Anda di halaman 1dari 3

Malaysia yang kita banggakan

KALAU ditanya kepada rakyat terbanyak, apakah harapan mereka untuk masa hadapan, sudah tentu
ramai yang menjawab bahawa mereka ingin melihat negara ini kembali dikenali sebagai sebuah
negara yang ekonominya berkembang pesat, di mana ramai pelabur yang datang membuka
perniagaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini terbuka luas.

Selain kepesatan ekonomi, sudah tentu rakyat juga mahukan keselamatan dan kesihatan yang
terjamin. Lebih-lebih lagi pada waktu pandemik Covid-19 yang mengancam nyawa.

Rata-rata rakyat mahukan kepastian bahawa kerajaan yang memerintah dapat meletakkan
kepentingan keselamatan dan kesihatan mereka mengatasi segalanya.

Selebih daripada itu, rakyat mahu agar anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan yang
terbaik, tidak kira sekolah mana pun yang mereka pergi.

Negara kita pada hari ini telah melalui pelbagai fasa dalam pembangunan negara. Sejak Persekutuan
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan penubuhan Malaysia pada tahun 1963,
Malaysia telah diperintah oleh tiga koalisi parti-parti politik.

Barisan Nasional (BN) memerintah negara dari 1957 hingga 2018, Pakatan Harapan (PH) dari Mei

Rakyat sudah tentu akan membuat perbandingan antara ketiga-tiga kerajaan ini untuk menilai
kerajaan yang mana telah membawa perubahan.

Sudah tentu sukar untuk dibandingkan antara ketiga-tiganya kerana yang satu memerintah selama
lebih 60 tahun, berbanding yang dua lagi. Namun, indikator-indikator kecil yang dekat di hati rakyat
sudah tentu akan dijadikan asas untuk membuat penilaian itu. Kerajaan yang ada pada hari ini
berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk memenuhi semua tuntutan itu. Pandemik Covid-19
yang melanda seluruh dunia sejak Mac 2020 tidak membantu segala usaha yang telah diambil.

Pada waktu ini, impak ke atas segala aspek kehidupan termasuk ekonomi dan sosial negara adalah
sangat merisaukan. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup, selain ramai rakyat kehilangan

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNICEF), kadar pengangguran dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur sahaja telah meningkat dua kali ganda antara bulan September dan
Disember 2020.

Keadaan politik dalam negara juga tidak dilihat stabil. Majoriti masyarakat melihat persengketaan
antara parti-parti politik lebih tertumpu kepada usaha satu pihak untuk kekal berkuasa manakala
satu pihak lain pula cuba untuk mengambil alih kuasa.

Kebanyakan rakyat tidak merasa kesungguhan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh rakyat akibat penularan Covaid-19. Sebaliknya rakyat berasakan bahawa dasar yang
diperkenalkan lebih membebankan rakyat daripada membantu mereka.

Apa pun usaha baik yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini tetap dipandang serong dan mendapat
reaksi negatif kerana tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sudah semakin terhakis.

Pengadil
Persoalan demi persoalan yang dikemukakan tetapi tidak mendapat satu jawapan yang boleh
meyakinkan. Apakah yang perlu dilakukan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati
dan dibanggai oleh rakyat Malaysia sendiri.

Adakah kita memerlukan satu badan bebas sebagai pengadil yang dapat memperbetulkan masalah
dalam negara secara tidak berpihak? Adakah kita sudah sampai ke tahap di mana rakyat perlu
mengambil alih tugas menjaga negara ini?

Yang pasti pada waktu ini terdapat beberapa kerisauan dalam kalangan rakyat. Selain apa yang telah
disebutkan pada permulaan artikel ini, ramai yang berpandangan bahawa keutamaan perlu
diberikan kepada isu perpaduan kaum dalam negara.

Perdana Menteri baru-baru ini telah melancarkan Blueprint Perpaduan Negara. Syabas penulis
ucapkan kepada kerajaan. Sama penting dengan Blueprint ini adalah agar semua pemimpin kerajaan
dan pemimpin politik daripada kedua-dua belah pihak harus menjadi contoh ikutan rakyat Malaysia.

Mereka harus menunjukkan bagaimana untuk rakyat berbilang kaum hidup bersama.

Kita memerlukan satu naratif yang dapat menggambarkan Malaysia yang kita semua dambakan.
Usaha ke arah membina sebuah negara bangsa yang diidamkan oleh semua rakyat harus diceritakan
dengan jelas.

Bagi membina satu naratif yang dapat difahami dan diterima oleh semua kaum dalam Malaysia,
negara memerlukan pemimpin masa depan yang tidak lagi menggunakan isu perkauman untuk
memenangi pilihan raya.

Malaysia memerlukan pemimpin yang benar-benar dapat mewakili semua kaum dan yang
menghargai setiap sumbangan rakyat Malaysia.

Sebenarnya sebahagian penting daripada cita-cita untuk menjadikan Malaysia yang kita banggakan
terkandung dalam mukadimah Rukun Negara kita iaitu bahawasanya negara kita Malaysia

Memelihara cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil d

Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Marilah sama-sama kita dalami hasrat tersebut dan bersama menjaya-kannya.

Datuk Dr Anis Yusal Yusoff ialah Felo Utama di KITA, UKM. Beliau pernah menjadi Presiden Institut
Integriti Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah GIACC, JPM.

Anda mungkin juga menyukai