Anda di halaman 1dari 4

5.

6 Pengukuhan Ekonomi Negara

Ekonomi adalah salah satu cabang yang umum untuk pembentukan sesebuah negara. Di
dalam negara Malaysia, soal ekonomi adalah tunjang utama yang memacu negara kearah
transformasi pembangunan dan kearah kemajuan dan kemodenan. Mengikut sejarah, negara
Malaysia pernah dilabelkan dengan gelaran sebagai Harimau Asia kerana negara berjaya
menghadapi Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998 dengan cemerlang berbanding di kalangan
negara-negara Asia yang lain. Sektor ekonomi negara juga adalah antara sektor yang turut
terlibat dalam revolusi dekolonisasi di sesebuah negara. Dekolonisasi telah menjadi antara sebab
utama perubahan besar dalam sejarah negara dan kita boleh amati perubahan tersebut dalam
segenap aspek kehidupan manusia pada era kemodenan ini. Menurut Burhan Che Daud (2020)
kesan daripada dekolonisasi terhadap negara telah mewujudkan sistem ekonomi berbentuk
kapitalis dan kaedah ekonomi perdagangan terbuka yang telah menjadi ikutan oleh kebanyakan
negara-negara dunia ketiga yang membangun termasuklah di negara Malaysia. Negara mengikut
rapat sistem ekonomi tersebut demi menwujudkan perkembangan ekonomi negara yang lebih
meluas sama ada di peringkat tempatan dan juga perkembangan ekonomi negara di peringkat
antarabangsa.

Kewujudan sistem ekonomi kapitalis kesan daripada dekolonisasi telah membantu serba
sedikit dalam mengukuhkan ekonomi negara. Menurut Agustiati dalam Jurnal Capitalism
Economic System (2009), sistem ekonomi kapitalis ialah sistem ekonomi yang merumuskan
bahawa alat pengeluaran, pengagihan dan penggunaan adakah dimiliki oleh persendirian iaitu
milik individu atau milik swasta. Sistem ekonomi kapitalis dapat mejana pengukuhan ekonomi
negara serta dapat memberi kesan yang positif dalam pembentukan inovasi perniagaan dan
kemakmuran masyarakat. Kerajaan dapat memberi kebebasan kepada pelabur untuk memajukan
aktiviti perniagaan mereka sekali gus menghasilkan kelompok masyarakat yang bebas
melakukan peniagaan dan menjana pelbagai inovasi kreatif untuk berniaga. Aktiviti ekonomi
yang maksimum dapat diwujudkan dan persaingan yang bebas akan terbentuk dan mewujudkan
pengeluaran produk pada tingkat harga yang munasabah dan rasional. Melalui sistem ekonomi
kapitalis ini, aktiviti ekonomi dapat digalakkan serta perniagaan dapat mencapai prestasi yang
baik.
Dekolonisasi di Malaysia telah memperkasakan aktiviti perdagangan yang melonjakkan
ekonomi negara di persada antarabangsa. Aktiviti perdagangan telah menjadi antara penggerak
utama dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Menurut Muhammad Idris (2021) perdagangan
antarabangsa dapat meningkatkan aktiviti import dan eksport barangan domestik ke luar negara
dan sebaliknya. Kewujudan pertumbuhan ekonomi yang berlaku terhadap negara akan
membuatkan syarikat-syarikat pengeksport menerima peningkatan kadar pemintaan barangan
dari luar negara membuatkan syarikat-syarikat ini memerlukan pekerja tambahan untuk
memenuhi permintaan pengguna. Maka, syarikat pengeksport secara tidak langsung telah
membuka peluang pekerjaan yang baharu yang dapat mengurangkan pengangguran di Malaysia.
Ekonomi perdagangan juga turut membuka peluang kepada perniagaan untuk meluaskan pasaran
ke peringkat global dan seterusnya membuka ruang untuk bekerjasama dengan syarikat asing
bagi membolehkan berlakunya aktiviti pemindahan teknologi moden.

Menurut Laura Basu (2019) kaedah dekolonisasi dalam ekonomi bertujuan untuk menjadi
hab dimana suara-suara dari seluruh lapisan masyarakat dengan latar belakang tradisi politik dan
intelektual yang berbeza untuk bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan dalam bidang
ekonomi, berganding bahu untuk menyumbang idea dan melangkah bersama-sama menuju
kearah masa hadapan yang lebih baik. Maka, kerjasama oleh setiap pihak adalah amatlah dituntut
bagi mewujudkan pemerkasaan ekonomi. Ekonomi negara yang stabil dan kukuh akan
mewujudkan perpaduan dan keharmonian masyarakat dan seterusnya mencapai falsafah
sejahtera di negara Malaysia ini.
6.3 Sikap Malas dan Bergantung Kepada Orang Luar

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, bangsa
dan agama. Dengan populasi penduduk sekitar 33 juta orang, Malaysia seharusnya mempunyai
tenaga pekerja yang mencukupi dalam pelbagai jenis industri di negara ini. Namun disebalik itu,
masih lagi terdapat segelintir daripada rakyat Malaysia yang tidak mahu menunjangi semangat
dekolonisasi dek kerana mereka mempunyai sikap-sikap negatif seperti sikap malas yang akan
menyukarkan dekolonisasi di Malaysia.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad (2019) sikap rakyat Malaysia yang tidak mahu
melaksanakan kerja-kerja yang tertentu seperti kerja-kerja yang berat, merbahaya dan kotor
walaupun kerja-kerja tersebut mampu dilakukan sendiri oleh rakyat Malaysia adalah antara
punca utama kemasukan buruh asing yang mengisi kekosongan jawatan pekerjaan-pekerjaan
tersebut. Perspektif rakyat Malaysia yang memandang enteng terhadap pekerjaan-pekerjaan ini
mengakibatkan berlakunya peningkatan rakyat yang menganggur di negara sendiri. Ini memberi
kesan yang negatif di mana peluang pekerjaan untuk rakyat menjadi kurang dan kadar
pengangguran akan meningkat menyebabkan tercemarnya imej negara Malaysia ini.

Sikap sesetengah rakyat yang malas untuk menceburi bidang-bidang berkaitan kemahiran
akan mengakibatkan kerugian besar kepada negara Malaysia sendiri. Menurut Suhail Mohamed
Kamarudin (2016) kebergantungan tinggi kepada pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja
buruh di negara ini akan mengakibatkan Malaysia kehilangan rakyat yang berkemahiran dalam
bidang-bidang yang berkaitan buruh. Tindakan rakyat tempatan mengupah pekerja asing untuk
melakukan kerja-kerja berat adalah kerana rakyat tempatan sendiri tidak mahu dan tidak sanggup
untuk bekerja di bawah terik matahari, berhujan dan memanjat bangunan-bangunan tinggi serta
tidak rela dibayar dengan gaji atau upah yang rendah. Dengan sikap tersebut, kebergantungan
kepada buruh asing akan meningkat serta membawa keuntungan kepada negara lain dan
bukannya kepada negara Malaysia sendiri.

Ideologi dekolonisasi tidak akan mampu mengubah negara Malaysia kepada negara yang
lebih berdaya saing sekiranya cabaran ini tidak mampu dibendung dengan sebaiknya. Sikap
rakyat Malaysia sendiri yang malas untuk melakukan kerja-kerja yang berat hanya akan
mendatangkan kerugian terhadap negara sendiri. Rakyat seharusnya bersusah payah dahulu
untuk menimba ilmu kemahiran dengan mengambil alih tugas buruh asing sebagai buruh kasar.
Melalui ilmu kemahiran yang diperolehi, rakyat Malaysia mampu menjadi golongan yang
berkemahiran tinggi dalam bidang pembinaan yang merupakan antara bidang yang terpenting di
Malaysia seterusnya menyebabkan ideologi dekolonisasi dapat diteruskan dengan sempurna.

8.0 Kesimpulan

Bernama (2016). Rakyat Kita Tak Sanggup Jadi Buruh Kasar. Akses pada 27 November 2022
dari https://api.hmetro.com.my/node/114532

Burhan Che Daud, (2020). Dekolonisasi. m.s. 93. Akses pada 22 November 2022 dari
http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/1247/1/BAB%209%20Dekolonisasi.pdf

Laura Basu, (2019). Decolonsing The Economy. Akses pada 22 November 2022 dari
https://www.opendemocracy.net/en/oureconomy/decolonising-economy/

Muhammad Idris (2021). 8 Manfaat Perdagangan Internasional. Akses pada 24 November 2022
dari https://money.kompas.com/read/2021/12/01/213040926/8-manfaat-perdagangan-
internasional?page=all

Nur Jamal Shaid, (2022). Sistem Ekonomi Kapitalis: Ciri-Ciri, Kelebihan dan Kekurangannya.
Akses pada 24 November 2022 dari
https://money.kompas.com/read/2022/01/16/151000326/sistem-ekonomi-kapitalis-ciri-ciri-
kelebihan-dan-kekurangannya?page=all

Prof Dr Mohd Nazari Ismail, (2019). Pekerja asing ramai sebab orang Malaysia malas? Akses
pada 27 November 2022 dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-asing-ramai-
sebab-orang-malaysia-malas-207358

Anda mungkin juga menyukai