Anda di halaman 1dari 3

NAMA : SITTI RIMA BINTI NAJIR

NO. IC : 920526126778

TAJUK ESEI : HALA TUJU NEGARA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), hala tuju bermaksud arah, hala,
jurusan. tujuan maksud, kehendak, sasaran dan tujuan. Negara pula membawa
maksud sebagai sebuah institusi pemerintah yang tersusun yang bertanggungjawab
melaksanakan keputusan serta menguatkuasakan undang-undang dan segala
peraturan kerajaan (Kamus Dewan edisi kedua, 1984). Negara juga boleh
didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau
wilayah, mempunyai sempadan tetap dan jelas, penduduk yang tetap, mempunyai
sistem pemerintahan, merdeka, berwibawawa, mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara lain, beridentiti dan mempunyai perlembagaan (Kamus Pelajar Edisi
keempat, 2015). Melalui definisi ini, dapat disimpulkan maksud hala tuju negara ialah
tujuan dan sasaran sesebuah institusi pemerintahan untuk kesejahteraan rakyat dan
kemajuan negara yang ditadbirnya. Oleh hal yang demikian, esei ini akan
membincangkan beberapa hala tuju yang pernah diperkenalkan oleh beberapa
Perdana Menteri Malaysia.

Di Malaysia, hala tuju negara merupakan satu konsep yang dibentangkan


oleh YAB Perdana Menteri Keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa
pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Melalui hala tuju
ini, satu wawasan (vision) strategik jangka panjang telah diperkenal dengan tujuan
untuk dijadikan panduan arah dasar yang luas meliputi pelbagai aspek berkaitan
pembangunan negara dalam hubungan dengan perkembangan ekonomi dunia
keseluruhannya. Secara keseluruhannya, hala tuju ini dijadikan sebagai panduan
arah tujuan, panduan sasaran negara yang biasanya mengambil jangka masa
maksimum 30 tahun. Terdapat beberapa hala tuju negara yang diperkenalkan oleh
beberapa orang pemimpin negara. Antaranya, Tun Dr Mahathir Mohammad sendiri
telah memperkenalkan Wawasan 2020 pada 28 Februari 1991. ‘Malaysia- The Way
Forward’ merupakan idea yang yang menjadi satu pemikiran dan rangka kerja
mengenai matlamat menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Dasar wawasan
2020 mengandungi Sembilan cabaran dan terasnya ialah pembangunan menyeluruh
dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi memastikan kejayaannya,
rakyat perlu mewujudkan lapisan masyarakat Malaysia yang berakhlak tinggi untuk
pembangunan yang mantap menjelang tahun 2020. Namun begitu, Wawasan ini
dapat disimpulkan tidak mencapai objektifnya yang akhirnya membawa kepada
pembentukan dan pengenalan hala tuju baharu yang dikenali sebagai Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030.

1
Seterusnya, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB) sebagai hala tuju
baharu negara telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr
Mahathir Mohammad semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Kesebelas (KPS RMKe-11) pada 18 Oktober 2018 di Parlimen.
Seterusnya, kerangka asas WKB dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri dalam
Perutusan Perdana Setahun Malaysia baharu Kerajaan Pakatan Harapan pada 9
Mei 2019. WKB adalah iltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang
adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik,
wilayah dan rantaian bekalan. WKB memberi penekanan kepada prinsip
kesaksamaan keberhasilan (equaitability of outcomes) dan bukannya kesaksamaan
peluang (equitability of opportunities). Terdapat tiga objektif WKB yang digariskan
iaitu Pembangunan untuk semua, Menangangi jurang kekayaan dan pendapatan
serta Negara bersatu, makmur dan bermaruah. WKB juga telah memperkenalkan
tujuh teras utama iaitu Ekosistem perniagaan dan Industri, Aktiviti Pertumbuhan
ekonomi utama, Modal Insan, Pasaran buruh dan pampasan, kesejahteraaan sosial
pekerja, keterangkuman wilayah dan modal sosial. Walaubagaimanapun, WKB ini
seperti dipinggirkan terutama setelah berlaku pergolakan konflik dalaman politik dan
akhirnya telah membawa kepada pengenalan satu lagi hala tuju negara oleh
kerajaan perpaduan yang telah dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setelah Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU ke-15) diumumkan telah
membawa Malaysia kepada sebuah kepimpinan baru iaitu Kerajaan Perpaduan.
Pembentukan kerajaan perpaduan inijuga merupakan langkah penting dalam
menamatkan kemelut ketidaktentuan politik dan parlimen tergantung yang tidak
pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah negara. Berbalik kepada hala tuju negara,
akhirnya setelah Kerajaan Perpaduan terbentuk, YAB Perdana Menteri Kesepuluh
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Malaysia Madani yang akan
menggantikan dasar WKB yang telah diperkenalkan empat tahun lalu. Perancangan
pelaksanaan projek pembangunan kerajaan berdasarkan kepada Kerangka
Malaysia Madani yang dimulakan dengan Belanjawan 2023 dan kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Malaysia Madani merupakan suatu
ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan
pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi
musyawarah dan maklum balas rakyat. Misi Malaysia Madani adalah untuk
mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih makmur dan maju berterskan enam
nilai Madani melalui kepercayaan antara kerajaan dengan rakyat, daar ketelusan
dan kerjasama. Manakala visinya pula untuk mencorak maa hadapan Malaysia
dengan segala potensi yang ada dengan mengambil kira segala bentuk perubahan
yang mengubah dunia dan bercita-cita mengeudi Malaysia dalam zaman pasca
normal yang serba rumit melalui laras bahasa, konsep dan budaya kearifan

2
tempatan. Malaysia Madani mempunyai enam teras utama antaranya ialah
Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Kesimpulannya, pemimpin negara perlu meneliti dan memperkenalkan hala


tuju negara yang mampan, seimbang dan keboleh capaiannya adalah tinggi
berdasarkan keadaan semasa. Akhir sekali, diharapkan dengan hala tuju negara
yang baharu akan dapat memandu negara dalam mencapai sasaran dan matlamat
terutama untuk menjadi negara yang boleh duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara maju yang laian. Semua rakyat Malaysia juga haruslah
bertanggungjawab dan mengambil peranan masing-masing dalam menjayakan hala
tuju negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai