Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN NASIONALISME

Semangat nasionalisme dapat mewujudkan rakyat yang saling bekerjasama dan

bertoleransi antara satu sama lain. Dengan mengamalkan semangat nasionalisme ini,

semua kaum dapat mengamalkan kebudayaan, adat resam, agama dan bahasa masing masing

yang mempunyai keperibadian budaya dan identity tersendiri. Kesannya, perpaduan antara kaum

dapat disemai. Sehingga sekarang, masyarakat Malaysia masih hidup dalam keadaan harmoni tanpa

mengira agama, bangsa dan negara. Individu yang mengamalkan semangat nasionlisme yang tinggi

akan membentuk jati diri yang kukuh di samping meningkatkan potensi kecemerlangan diri demi

negara. Jati diri yang kukuh, membolehkan masa diuruskan dengan aktiviti yang berfaedah seperti

bersukan. Contohnya Dato Nicole Ann David muncul sebagai pemain squash nombor satu dunia

sekaligus menaikkan nama negara di persada dunia. Ternyata, jati diri yang teguh dapat

mengharumkan negara.

Semangat nasionalisme yang tinggi juga dapat menjamin keselamatan negara. Kuasa-kuasa

asing takut untuk menceroboh negara sekiranya barisan tentera kita kuat dan mempunyai semangat

juang yang tinggi. Kedaulatan negara akan terus terjamin. Buktinya, semasa pencerobohan di Lahad

Datu, pasukan pertahanan negara tidak gentar melawan musuh negara. Mereka yang terkorban

diangkat sebagai perwira atas keberanian mereka mempertahankan negara. Dengan semangat

nasionalisme yang mantap, kedaulatan negara dapat dipertahankan. Semangat nasionalisme juga

dapat memupuk perasaan taat setia terhadap pemimpin dan negara. Ini dapat mengelakkan

demontrasi jalanan. Segala ketidakpuasan hati disuarakan mengikut saluran yang betul. Rakyat

dapat hidup dengan penuh harmoni tanpa memikirkan sentimen perkauman. Keamanan negara

akan terus terjamin. Kestabilan politik juga dapat dikekalkan apabila pemimpin mentadbir negara

dengan penuh bertanggungjawab. Program pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan

dengan sempurna untuk kepentingan rakyat. Contohnya program usahawan muda. Kepimpinan yang

bertanggungjawab ini akan melahirkan hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat. Keadaan ini

sudah pasti membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Sebagai

contohnya kepimpinan yang berwibawa Perdana Menteri Dato Seri Najib berupaya menggerakkan

jemaah menteri mentadbir negara Malaysia dengan mantap.


Manfaat seterusnya ialah memacu kemajuan ekonomi setanding dengan negara maju yang

lain. Semangat nasionalisme yang kuat mampu meningkatkan produktiviti dan seterusnya

mendorong rakyat untuk bersaing dari segi ekonomi. Rakyat berupaya menjadi tenaga kerja yang

mahir untuk membangunkan negara. Kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan dan seterusnya

meningkatkan taraf hidup. Oleh itu, kemakmuran negara akan dapat dinikmati oleh segenap lapisan

masyarakat.

KEJAYAAN MALAYSIA
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil
daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat (10m)

 Dapat mengekalkan kestabilan politik


 Dapat memacu ekonomi setanding dengan negara maju
 Dapat mengurangkan kemiskinan tegar
 Melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr.Mahathir
 Melahirkan angkasawan negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar
 Melahirkan ahli sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nichol
David
 Mengeluarkan kereta nasional iaitu Proton Saga, MyVi,
 Dapat membina bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas,
KLIA, Menara kuala Lumpur
 Dari segi telekomunikasi mewujudkan Koridor Raya Multimedia
 Dapat membina Litar Sepang
 Dapat membina Pusat pentadbiran Putra Jaya

Anda mungkin juga menyukai