Anda di halaman 1dari 1

KAWAN TERBAIK SAYA

Rakan terbaik saya ialah Ng Wei Bin. Dia berumur 12 tahun. Dia

sangat pandai dan segak. Dia seorang yang baik hati dan berdisiplin.

Dia sangat pandai dalam pelajaran. Apabila guru sedang mengajar, dia

akan membuat nota lalu membaca beberapa kali untuk mengingatkan

pengajaran guru. Dia juga selalu mengulang kaji pada masa lapang. Oleh itu,

dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas ketika ujian sekolah.

Setiap guru yang pernah mengajar juga memujinya.

Dia juga sangat baik hati. Apabila saya menghadapi masalah dalam

pelajaran, dia akan mengajar saya dan tidak mengharapkan balasan. Bukan

sahaja dalam pelajaran, dia juga meminjamkan duit kepada kawan-kawannya

apabila mereka tidak membawa duit ke sekolah. Dia juga selalu menolong guru

menghantar buku-buku ke bilik guru.

Dia bukan sahaja pandai dalam pelajaran, bahkan juga aktif dalam

sukan. Dia telah dipilih sebagai pemain badminton sekolah dan mewakili

sekolah untuk menyertai pertandingan badminton peringkat daerah. Di

samping itu, dia juga pandai dalam bercerita.

Saya berharap persahabatan kami akan terus kekal.

Anda mungkin juga menyukai