Anda di halaman 1dari 2

Isnin 3-2-2020

Aku Sebuah Komputer

Aku sebuah komputer. Namaku Dell. Aku berwarna hitam. Banyak orang
suka menggunakanku.

Setelah aku dihasilkan, aku dibawa oleh sebuah lori ke sebuah kedai
komputer di Ipoh. Aku dipamerkan di dalam almari kaca. Nama kawan-
kawanku ialah Pikom, Acer, Intel dan lain-lain.

Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedaiku. Pemuda itu


memandangku dengan air muka yang riang. Pemuda itu amat suka
akanku. Oleh itu, dia pun membeliku.

Tuanku menggunakanku untuk menaip surat, menghantar e-mel dan


mengirim kad ucapan kepada kawan-kawannya. Biasanya tuanku
menggunakanku pada waktu malam.

Kini, aku sudah berusia dua tahun. Badanku masih kelihatan bersih
dan baru. Tuanku menjagaku dengan baik bagai menatang minyak yang
penuh. Aku berasa besar hati. Aku berharap agar aku dapat
berkhidmat untuk tuanku selama-lamanya.
Isnin 3-2-2020

Kawan Terbaik Saya

Rakan terbaik saya ialah Ng Wei Bin. Dia berumur 9 tahun. Dia sangat
pandai dan segak. Dia seorang yang baik hati dan berdisiplin.

            Dia sangat pandai dalam pelajaran.Apabila guru sedang mengajar, dia
akan membuat nota lau membaca beberapa kali untuk mengingatkan
pengajaran guru. Dia juga selalu mengulang kaji pada masa lapang. Oleh itu,
dia selalu mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas ketika ujian
sekolah. Setiap guru yang pernah mengajar juga memujinya.

            Dia juga sangat baik hati. Apabila saya menghadapi masalah dalam
pelajaran, dia akan mengajar saya dan tidak mengharapkan balasan. Bukan
sahaja dalam pelajaran, dia juga meminjamkan duit kepada kawan-kawannya
apabila mereka tidak membawa duit ke sekolah. Dia juga selalu menolong
guru menghantar buku-buku ke bilik guru.

            Dia bukan sahaja pandai dalam pelajaran, bahkan juga aktif dalam
sukan. Dia telah dipilih sebagai pemain badminton sekolah dan mewakili
sekolah untuk menyertai pertandingan badminton peringkat daerah. Di
samping itu, dia juga pandai dalam bercerita.

            Saya berharap persahabatan kami akan terus kekal.

Anda mungkin juga menyukai