Anda di halaman 1dari 5

DIARI KEHIDUPANKU

HANA RUDAINA

SMK DATUK BENDAHARA

Setiap manusia tidak lari dari kesilapan diri sendiri. Tanpa disedari kasih sayang
lebih mahal daripada harta dunia yang limpah ruah ini.

Aku anak angkat yang disayangi oleh keluarga angkatku. Aku selalu berasa
cemburu dibelakangi kerana aku sedar aku tidak bijaksana seperti keluargaku
sendiri. Aku mempunyai kakak yang beauty with brain aku yang aku tidak mampu
menandingi kebijakkan dan kecantikkannya.

“Kenapa lah kau tak sama macam sepupu kau, tengok dapat result semua
baik-baik,” nenekku berkata dengan nada suara yang tinggi.

“mmm…” aku memberi senyuman yang sngt tidak ikhlas.

Aku masih mampu bersabar. Aku menahan air mata yang hampir menitis
kerana mendengar bebelan nenek. Aku masih mampu berfikir dengan waras dan
masih mempunyai keimanan untuk redha dan bersabar atas semua yang terjadi
dalam hidup ini.Dengan izin-Nya aku mampu bertabah dan teruskan berusaha
sampai berjaya.

“MMM… kenapa aku tak pandai macam dorang eh,” bisik hatiku dengan
perasaan sedih.

Aku masih terdiam dan termenung sambil memikirkan kehidupan ini yang penuh
kesedihan dan kegembiraan.

***

Aku dahulu mempunyai ramai kawan. Kami bertiga selalu meluangkan masa
bersama-sama dan membuat kerja sekolah. Aku seorang kawan yang agak kasar
dan suka mengusik kawan-kawanku. Tetapi mereka selalu memberikan senyuman
dan tertawa dengan lawak yang aku selalu tuturkan.
Aku perlu berhati-hati memilih kawan supaya aku tidak terperangkap ke
dalam dunia kegelapan. Aku perlu pandai memilih kawan supaya tidak mudah
terpengaruh kepada perbuatan yang tidak baik.

Pada tahun 2022 kami sudah menjadi murid tingkatan 3 dan berazam untuk
belajar bersungguh-sungguh. Pada tahun itu aku telah membuat satu kesilapan
besar sehingga sorang kawanku terpaksa berpindah ke sekolah yang baharu. Aku
menyesal kerana tidak sempat berjumpa buat kali terakhir dan meminta maaf
dengannya secara bersemuka.

Tinggallah kami berdua dan tidak lama kemudian seorang murid perempuan
dari sekolah yang berdekatan berpindah ke sekolah aku dan menjadi classmate aku.
Pada mulanya aku tidak suka dia kerana aku takut dia akan merampas kawan aku.
Malah kawan aku sendiri pergi meninggalkan aku. Aku merasakan benci kerana
ditinggalkan begitu sahaja dan mereka bercerita buruk tentang aku.
“Kenapa kau dah taknak kawan aku ?” tanyaku kepadanya.
“Alah aku berkawan dengan kau pun sebab terpaksa,” balas dia dengan
perasaan bangga.

Semenjak itu aku menjadi seorang yang introvert dan aku menjadi trauma
untuk berkawan. Masuk tahun 2023 aku berasing kelas dengan mereka dan aku
merasa lega kerana dapat menjauhkan diri daripada orang-orang yang tidak
sehaluan denganku. Aku masih bertegur sapa tetapi tidaklah seperti dulu. Aku masih
mampu senyum walaupun hati ini masih terluka.
Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap
hidup dalam kenangan. Getus hatiku.

***

Cita- cita aku ialah menjadi seorang fashion designer. Aku mempunyi cita
rasa yang tinggi terhadap pakaian dan juga cara kehidupan aku sendiri. Aku perlu
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita aku. Idola aku adalah seorang
pereka fesyen iaitu Rizalman Ibrahim. Aku banyak menyimpan gambar-gambar
fesyen terbaharu untuk dijadikan rujukan.
Jatuh, bangkit lagi. Gagal, cuba lagi. Entah langkah keberapa yang akan
mengantarkan aku pada titik berhasil. Tugas aku adalah untuk terus berusaha,
berdoadan mengikuti alur takdir-Nya.

Jangan biarkan kegagalan menghentikan anda.Biarkan kegagalan membuat


anda lebih kuat dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Aku suka memakai pakaian yang mengikut ton warna yang sesuai dan ini
adalah satu hobi aku untuk menceriakan diri sendiri. Apabila aku berasa sedih, aku
akan mencari idea pakaian untuk diri sendiri. Ini adalah satu-satunya cara untuk aku
menghilangkan segala stress dalam kehidupan seharian. Aku juga seorang yang
actif pada media social contohnya tiktok dan Instagram. Aku mencari idea
pemakaian di dua aplikasi tersebut.

***

Aku seorang tiktokers yang mempunyai 5k followers dan 144.1k likes di tiktok.
Aku mula terpengaruh tiktok pada tahun 2020. Tiktok juga merupakan aplikasi yang
aku selalu gunakan sewaktu di rumah. Banyak kebaikan tiktok contohnya dapat
mengetahui berita harian. Kawan-kawan aku ramai mempunyai tiktok tersendiri. Aku
juga suka scroll tiktok dan kebanyakkannya semua tentang fesyen pemakaian.

Tiktok juga menambahkan kenalan remaja-remaja tetapi perlu menggunakan


aplikasi tersebut dengan baik. 10% daripada pengguna tiktok adalah scammer dan
sebagainya. Aku dilahirkan pada zaman teknologi yang banyak kebaikkan dan
keburukkan.

Aku mempunyai ramai kawan dan dapat menambahkan kawan di aplikasi


tiktok. Tiktok juga dapat membuatkan rasa ceria dan gembira apabila membuat
content tiktok. Aku juga dapat meningkatkan pembelajaran di sekolah.

Aku juga meminati membuat content sehingga selalu dimarahi ibu. Tetapi aku
masih degil pada waktu itu. Ayah aku sangat memahami aku dalam semua situasi.
Aku suka menambahkan kenangan melalui video tiktok dan dapat disimpan untuk
menjadikan memori satu hari nanti.
“Kau ni dah takde kerja lain ke nak buat, tu lipat baju tu, pergi kemas rumah
sekarang ” ibu memarahi aku dengan nada suara yang kuat.

“Baiklah” aku hanya mampu mengikut apa yang disuruh dan menunduk kepal

***

Selepas tamat sekolah menengah, aku ingin sambung belajar di kolej yang
mempunyai kos yang aku mahukan. Akum ahu sambung belajar kerana gaji lebih
besar daripada tak sambung belajar. Aku juga berhajat untuk membawa inu dan
ayah aku ke tanah suci iaitu mekah. Target aku juga untuk mendapat kerja yang aku
meminati iaitu fashion designer. Aku berharap dengan usaha ini nnti akan
mendapatkan hasil yang memuaskan.

Masa yang senggang aku akan membuat nota penting tentang ilmu yang aku
dapat pada setiap hari. Aku juga seorang yang meminati subjek Bahasa Inggeris
kerana bagi aku ia adalah satu subjek yang amat mudah untuk aku mencapai skor
yang terbaik. Sejak kecil aku dibesarkan denan Bahasa Inggeris sebelum berpindah
ke Melaka pada tahun 2017.

***

Aku dulu adalah seorang yang tidak pandai menghargai sesuatu perkara. Aku
juga sering dimarahi dan bersikap tidak baik kepada orang sekeliling. Pernah sekali
aku mendapat karma pada seseorang yang aku membelikan sesuatu tetapi dia telah
membuang barang itu ke lantai dan bercakap kasar. Pada waktu itu aku rasa serba
salah kepada orang yang aku tidak menghargai kehadiran mereka.

Tidak usah bazirkan masa dengan orang yang tidak pernah menghargai. Aku
memegang kata-kata itu sampai bila-bila. Tidak susah untuk menjadi seorang yang
baik tetapi banyak cabaran yang kita akan lalui nanti. Terutamanya pada umur yang
semangkin meningka dewasa lagi banyak ujian yang perlu aku lalui nanti. Aku bukan
jenis yang mudah give up kalau mahukan sesuatu. Tapi, kadang aku perlu give up
untuk sesuatu yang tidak mendatangkan nilai.

Aku berazam untuk menjadi seorang yang berjaya kerana aku mahu
menerokasi dunia yang penuh dengan perkara yang baharu. Tidak rugi untuk
bersusahkan diri dengan pembelajaran kerana aku tetap akan mendapat
kesenangan pada waktu yang akan datang. Jadilah seorang yang berguna daripada
tiada ilmu apa-apa dalam diri ini. Semoga aku mencapai target dan kemampuan aku
pada masa yang akan datang.
“Aku perlu belajar bersungguh-sunguh. Nanti aku
dapatlah banggakan mak ayah aku nanti” aku terfikir dan bercakap sendirian.

Pengajarannya ialah jangan berhenti belajar, barulah anda boleh terus


saksikan perkembangan dalam diri ini. Berimpian besar, ia adalah percuma dan
tetapkan impian dan lakukan tindakan untuk mencapainya dengan mengikut jejak
orang yang sudah berjaya.

Belajar berungguh-sungguh tidak membawa aku ke kegagalan namun jika


aku teruskan belajar, aku masih ada peluang untuk berjaya dan menjadi seorang
insan yang berguna di masa yang akan datang.

Kesimpulannya, bersyukurlah terhadap apa yang didapati dan berbanyakkan


bersabar. Supaya aku dapat menjadi seseorang yang berguna,berilmu dan
berpengetahuan pada masa hadapan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai