Anda di halaman 1dari 3

Jawapan Esei

1a.

1b.
1c.
1d.
Setiap rakyat perlu mematuhi undang-undang kerana ia bertujuan
mengekalkan dan mewujudkan ketenteraman dalam masyarakat. Ia bertujuan
memberhentikan dan menghalang ahli masyarakat daripada melakukan perkara
jahat atau tidak bermoral.
Undang-undang juga bertujuan mengajak dan menggalakkan ahli
masyarakat, termasuk pimpinannya untuk melakukan perkara yang betul. Ia
menggalakkan kebaikan bersama dalam masyarakat dan menjana kehidupan
bersama yang aman damai dengan menggalakkan toleransi antara puak atau
kumpulan masyarakat.
Undang-undang perlu dilaksanakan dengan tegas supaya dapat
mengawal tingkah laku masyarakat. Ini adalah kerana ketegasan undang-
undang menyebabkan masyarakat takut hendak melakukan kesalahan jenayah.
Contohnya, hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah dapat
mengurangkan kegiatan penyeludupan dadah di negara kita. Undang-undang ini
telah menjadi ikutan beberapa buah negara lain di dunia.
Undang-undang yang tegas itu dapat menjadi pengajaran kepada orang
lain agar tidak melakukan kesalahan yang serupa. Pelaksanaan itu memberikan
kesan yang baik kepada masyarakat dan negara. Keadaan tersebut dapat
mendidik masyarakat menjadi lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang
negara. Dengan itu, undang-undang dapat mewujudkan kehidupan yang aman
dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai