Anda di halaman 1dari 1

Ancaman Globalisasi terhadap Malaysia.

Kemukakan cara-cara untuk menangani dengan berkesan.

Dari sudut ekonomi, kerajaan perlu memberi sokongan kepada sektor-sektor baharu yang
berpotensi untuk berkembang. Hal ini bagi memastikan sektor itu mengalami pertumbuhan dinamik
serta mapan. Perkara ini penting bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan
rakyat mempunyai pendapatan. Sumber semula jadi dan kepelbagaian bio patut dimanfaatkan bagi
meluaskan ekonomi dengan cara memperbanyak penyelidikan serta penghasilan produk.

Dari sudut sosial, rakyat sewajarnya menanamkan semangat patriotisme yang bersungguh.
Kita sepatutnya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat perlu menyokong segala dasar yang
diwujudkan oleh kerajaan. Antara sokongan yang boleh dipamerkan adalah dengan menyokong
barangan buatan tempatan untuk meningkatkan saingan produk tempatan berbanding produk luar
negara. Secara tidak langsung, peniaga tempatan lebih bermotivasi untuk berniaga.

Dari sudut teknologi, kerajaan perlu melatih generasi pada hari ini yang berkemahiran tinggi
untuk mendalami sektor IT. Penguasaan teknologi maklumat boleh memberi manfaat kepada struktur
organisasi, sistem pengurusan, budaya perniagaan, kekuatan modal dan rangkaian perdagangan
dengan pihak luar. Masyarakat yang mempunyai daya saing yang tinggi mampu menjadi daya tarikan
pelaburan. Oleh itu, pembangunan negara kita dapat ditingkatkan dari segi perhubungan dan
infrastruktur.

Dari sudut pendidikan, kerajaan perlu menaik taraf kemudahan pendidikan bagi tujuan
pembelajaran. Generasi muda perlu didedahkan dengan bermacam-macam ilmu pengetahuan supaya
tidak ketinggalan dalam arus globalisasi. Penyediaan kemudahan dalam pendidikan atau alat bahan
bantu mengajar dipercayai dapat meningkatkan mutu pengajaran. Pada masa yang sama, lahirlah
generasi yang berpemikiran futuristik.

Anda mungkin juga menyukai