Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai
barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan
barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari
segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam
menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang
jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi,
termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih
awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi
pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga
semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan
kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk
luar negara.
Tindakan yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri,
untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus
mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan
negara ini.Rakyat Malaysai perlu mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap
prejudis terhadap barangan tempatan. Dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa
manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang
negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk
menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.
Rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan
buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan."Berikutan itu, Fomca
dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai
bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. "Senarai itu boleh diperolehi daripada pelbagai sumber
termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-
syarikat terbabit yang mengeluarkan barangan berkenaan. Jika rakyat Malaysia mengutamakan
barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk
mengimport bahan itu.Berikutan itu, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai
barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit
sekarang. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli
barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import.
Cara seterusnya, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi
kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit
disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit. Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat
berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk
mengurangkan kesan hutang.
Seterusnya ialah peranan Media. Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-
usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu
kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi
mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini
menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan
tempatan.
Usaha mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan
dapat memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha untuk
membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan promosi
untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk
memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, semua agensi, sekto swasta dan NGO harus
memainkan peranan masing-masing.
Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan
pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan
sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran
mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur
yang baik rakyat mudah mendapatkan barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Tetapi
penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang
tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem pengedaran yang kurang efisien. Pegawai-pegawai
kerajaan yang berkenaan perlu memberi perhatian serius kepada perkara ini dan mencari jalan untuk
menangani masalah ini.
Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta
tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap
keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan
cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk
import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan
anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti
Usaha Kajian dan Pembangunan (Research and Development atau R&D) perlu diberi perhatian dan
galakan oleh kerajaan dan swasta. R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan
dan kerelaan untuk mencuba pakai.Semua pihak perlu memberi galakan kepada pembangunan
kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera
yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini. hadiah-hadiah dan peruntukan berlu disediakan kepada
para pengkaji untuk mengkaji dan menghasilkan produk ciptaan tempatan.
Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-
dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen
belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat
masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat
Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?
Selesaikan Pekerjaan
Kebanyakan pimpinan senang mengutarakan rencana besar mereka, tapi berapa banyak dari para bos
ini yang benar-benar bisa menyelesaikan apa yang mereka katakan? Pimpinan yang tak bisa
menyelesaikan atau membuktikan perkataannya akan kehilangan kepercayaan dari anak buah dan
pelanggannya. Kemampuan untuk menyelesaikan tugas dan hal-hal yang dikatakan sangat krusial.
Cobalah untuk membangun tujuan dan ukur kemampuan Anda untuk bisa menyelesaikannya.
Apresiasi Tulus
Seorang pimpinan harus bisa bersikap tegas, sekaligus juga bisa mengayomi dan bijaksana. Jika ada anak
buah yang mampu menyelesaikan target, Anda pun harus bisa menyampaikan apresiasi Anda
kepadanya. Pimpinan yang memiliki pandangan ke depan harus bisa dan mau memberikan pujian
dengan imbalan setimpal yang benar-benar diwujudkan, seperti promosi, kenaikan gaji, bonus, dan
lainnya. Hal semacam ini akan memotivasi karyawan, tak hanya untuk membuat produktivitas mereka
meningkat, tapi juga keinginan untuk setia kepada perusahaan lebih lama.
Wawasan 2020
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial,
kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga
melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial
dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Cabaran utama
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis
Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan
2020:
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan
keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam
satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.
Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi
itu realistik?
Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1%
setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi
Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-
tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata
6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada
puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk
mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam
nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan
pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun
akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah
2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),
berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh
Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang
tahun 2020 berbanding 1990.