Anda di halaman 1dari 6

HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.

W KE MADINAH: FAKTOR DAN KEPENTINGANNYA


TERHADAP PENYEBARAN ISLAM Oleh: Hatika Binti Megat Jamil Nor Asyikin Binti
Saman Nor Hashimah Binti Wasiuddin Norhidayah Binti Zulkefli Disemak oleh:
Muhammad Yusri bin Yusof PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi
atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya, kerja kursus CTU151 bertajuk
Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah: Faktor dan kepentingannya terhadap
penyebaran Islam berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam
kesempatan ini, kami ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua
pihak yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung
sehingga kerja kursus ini berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan
kepada Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @ Salleh yang banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami. PENDAHULUAN Hijrah merupakan perkara
sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat Islam. Hijrah ialah
perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku
dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun
Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan strategi
baru untuk menyebarkan Islam. Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah
berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan
ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W
berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan
orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah
memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin AlKhattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat
keberaniannya. 1.0 DEFINISI HIJRAH 1.1 BAHASA Hijrah pada bahasa bermaksud
perpindahan atau perubahan daripada satu keadaaan kepada keadaan yang
lebih baik ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). 1.2 ISTILAH Hijrah
pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari
Makkah ke Madinah untuk menyebarkan Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd.
Salam Kamil, 2006 ). 1.3 KONSEP Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang
lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan
semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai
keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku ( Muhd
Bukhari Lubis, 1981 ). Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu
sebagai suatu pelarian. Pendapat orientalis Barat ini boleh disangkal kerana

konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat dengan
menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke
Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat
dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke
Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah.
Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya
selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya,
Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan
baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang
bukan Islam ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ). Penghijrahan yang berlaku pada hari
ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah.
Misalnya, pada hari ini, penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat
peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini di
sesebuah negara adalah tidak diundang, malah mereka akan dihantar pulang ke
negara asal masing-masing ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ). 2.0 PERISTIWA HIJRAH
2.1 SEBELUM HIJRAH Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai
usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat dakwah Islam ( Zulkarnain Yunus dan
Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Musyrikin Makkah telah melakukan pelbagai usaha
menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk bergilir-gilir
melaksanakan agama masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita
kepada Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam,
Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga
telah melakuka penyeksaan terhadap orang Islam dan membuat perancangan
untuk membunuh Nabi ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada
tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan
Rasulullah

S.A.W

secara

sulit.

Pertemuan

itu

telah

membawa

kepada

termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini dibuat pada tahun 621
Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi kandungan
perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak
membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak
menderhaka kepada Rasulullah S.A.W ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil,
2006 ). Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke
tiga belas kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara
Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan Madinah.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah menerima Rasulullah
S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah. Kemudian,

mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu


Rasulullah S.A.W serta orang Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam
Kamil, 2006 ). 2.2 SEMASA HIJRAH Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke
Madinah, musyrikin Makkah telah berbincang bagi menghalang Nabi daripada
berhijrah. Mereka telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W semasa baginda
sedang tidur ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada malam
penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah mengepung rumah Nabi untuk
membunuh baginda tetapi Allah telah menurunkan wahyu bagi memberitahu
Nabi tentang rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar
berhijrah ke Madinah. Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar
tidur di atas katil baginda dan Nabi telah berjaya keluar dari rumahnya lalu
menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah ( Zulkarnain Yunus
dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari
Makkah menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di sana. Setelah 3 hari 2 malam di
dalam Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah dengan dibantu
oleh Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari dan
membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba'
( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada 2 Rabiulawal tahun ke
13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ), Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah
selamat

sampai

di

Madinah.

Mereka

berdua

disambut

dengan

penuh

kegembiraan oleh penduduk Madinah ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil,
2006 ). 2.3 SELEPAS HIJRAH Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan
Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus kepada pembinaan masjid
sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu juga,
beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah
( Naeem Siddiqi, 1985 ). 3.0 SEJARAH HIJRAH 3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH
Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah menuju ke
negeri Habsyah. Rombongan ini terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan empat
orang wanita kemudian disusuli oleh rombongn berikutnya sehingga mencapai
seratus orang, diantaranya ialah Usman bin Affan beserta isteri beliau
Ruqayyah,Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Jafar bin Abu Talib dan lainlain. Penghijrahan ini berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi.
Setibanya di negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan
perlindungan yang baik dari rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke Habsyah. Beliau
tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah mengutus Amr bin Ash dan
Abdullah bin Abi Rabiah ke Habsyah supaya meminta Raja Habsyah menolak

kedatangan kaum muslimim tetapi baginda bersikap bijaksana kerana baginda


tidak

hanya

menerima

keterangan

dari

sebelah

pihak

sahaja

akhirnya

permohonan kaum muslimin untuk tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja


dan tuntutan Quraisy ditolak ( Faisal Ismail, 1984 ). 3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF
Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan sokongan
dari Khabilah Tsaqif terhadap musuh-musuh islam Makkah. Beliau menggunakan
tutur kata yang baik dan sikap yang penuh dengan hormat dan bijak ketika
menemui

pemuda-pemuda

Kabilah

Tsaqif

dan

mengajak

mereka

untuk

mentauhidkan Allah dan memeluk agama Islam. Namun begitu ajakan baginda
tidak dihiraukan oleh pemuda-pamuda tersebut malah mereka menolaknya
dengan kasar. Baginda diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu.
Baginda tabah menghadapi segala cubaan yang ditimpakan kepadanya. Baginda
terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke Baitullah lalu beliau Tawaf dan
sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya ( Faisal Ismail et.all, 1984 ).
3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah
pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini
berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W
berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah dan telah
memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar bin al-Khattab telah
berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya
( Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman et.all, 2006 ). 4.0 SEBAB DAN
TUJUAN HIJRAH Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13
tahun.Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W dalam masa
tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah, nabi Muhammad S.A.W telah
mangambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah. Terdapat beberapa faktor
berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w
ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam
wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk
membunuh Nabi Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar
segera berhijrah. Perintah ini yang berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal
yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota
Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan
sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah. Hijrah bertujuan
untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy
telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun,
penghijrahan itu bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan

tersebut

tetapi

ini

merupakan

strategi

Nabi

Muhammad

S.A.W

untuk

mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru akan


memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga
membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna
diwujudkan. Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan
jemputan

masyarakat

Arab

Madinah

yang

sedang

menghadapi

pelbagai

konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering bertelagah sesame
sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu,
golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi
Muhammad S.A.W untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad
S.A.W juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa
bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all, 2006 ). 5.0 KEPENTINGAN HIJRAH
Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun
masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah
berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman
dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering
terganggu ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ). Hijrah juga telah dapat
menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,
budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di
Madinah. Ini sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat
menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan kegiatan lain untuk menikmati
kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Tanpa perpaduan, keharmonian hidup
dalam sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud. Apabila keadaan ini
berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk mencapai
kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal ( Rosnanaini binti Suliman et.all,
2006 ). Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim
hijrah ini telah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di
Negara Islam seperti Malaysia. Setiap tahun, Negara kita, Malaysia, mengadakan
sambutan maal hijrah dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan
umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi
sekarang ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ). Hijrah juga menunjukkkan
bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat
cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan
bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup
memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang

lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian
daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia berkorban, bekerjasama,
dan tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat dalam jiwa
kita ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ). Peristiwa hijrah ini telah
memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting selain
sebagai

suri

rumah

untuk

menggerakkan

kemajuan

sesebuah

negara.

Contohnya, puteri Abu Bakar Al-Siddiq, Asma. Beliau telah berjaya membantu
perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila beliau dengan beraninya telah
menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy
kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun menyedari tindakannya
berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar ( Rosnanaini binti
Suliman et.all, 2006 ). Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran
jiwa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan
kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu, baginda tidak pernah
berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif ini patut dicontohi
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ). KESIMPULAN Berdasarkan topik yang
dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami dapat
simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak
kesan samada dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat
menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda
lakukan ada yang disokong oleh orang sekelilingnya dan ada juga yang
menbantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan hasil apabila
berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda.
Antaranya, kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita
juga harus bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga
hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan berdoa
dalam apa jua yang kita lakukan.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai