Anda di halaman 1dari 24

Dalam QS Ali Imran (3) ayat 195 Allah Berfirman:

Artinya: Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman),


Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara
kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari
sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung
halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah
akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke
dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan
Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.
Dalam ayat ini, Allah taala memberitakan pengabulan doa Rasulullah kepadaNya. Bahwa Allah
akhirnya mengijinkan Rasulullah SAW untuk Keluar meninggalkan negri yang kafir setelah beliau
dan para sahabat diusir dari negri tersebut. Pengusiran orang kafir terhadap Rasulullah dan para
sahabat itu terjadi, karena Para Rasulullah dan para sahabat tidak setuju terhadap: dasar
(ideology) negara, Hukum, budaya, dan lain lain yang dianut dan dikembangkan negara kafir yang
menurut penilaian Rasulullah SAW adalah JAHILIYYAH.
Kata Hijrah dalam ayat ini mengandung pengertianMeninggalkan Negeri Kafir secara teritorial
karena ketidak setujuan / membenci dan memusuhi negri tersebut.

HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W KE MADINAH: FAKTOR DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP


PENYEBARAN ISLAM
Oleh:
Hatika Binti Megat Jamil
Nor Asyikin Binti Saman
Nor Hashimah Binti Wasiuddin
Norhidayah Binti Zulkefli
ACS1112A
Disemak oleh:
Muhammad Yusri bin Yusof

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat taufik dan hidayahNya, kerja kursus
CTU151 bertajuk Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah: Faktor dan kepentingannya
terhadap penyebaran Islam berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Dalam kesempatan ini, kami ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang
banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga kerja kursus ini
berjaya disiapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Muhammad Yusri bin Yusof @
Salleh yang banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami.

PENDAHULUAN
Hijrah merupakan perkara sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat Islam.
Hijrah ialah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari
satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud
perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan
kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
Peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12
September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq, selepas
penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah
memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin Al-Khattab telah
berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

1.0 DEFINISI HIJRAH


1.1 BAHASA
Hijrah pada bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaaan kepada
keadaan yang lebih baik ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
1.2 ISTILAH
Hijrah pada istilah ialah perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Makkah ke
Madinah untuk menyebarkan Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
1.3 KONSEP
Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk
menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh
dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai
keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku ( Muhd Bukhari Lubis,
1981 ).
Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat
orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep
hijrah Barat dengan menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah
ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian
Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan
rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat
tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah.
Akhirnya, Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda
diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang bukan Islam ( Muhd
Bukhari Lubis, 1981 ).
Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam
Makkah ke Madinah. Misalnya, pada hari ini, penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah
akibat peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini di sesebuah negara
adalah tidak diundang, malah mereka akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing ( Muhd

Bukhari Lubis, 1981 ).


2.0 PERISTIWA HIJRAH
2.1 SEBELUM HIJRAH
Tentangan terhadap Islam semakin hebat dan pelbagai usaha dari pihak Quraisy untuk menyekat
dakwah Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Musyrikin Makkah telah
melakukan pelbagai usaha menghalang dakwah Rasulullah S.A.W antaranya, tawaran untuk
bergilir-gilir melaksanakan agama masing-masing, menawarkan pangkat, harta dan wanita kepada
Rasulullah S.A.W, mengenakan sekatan ekonomi terhadap orang Islam, Bani Hasyim dan Bani
Abdul Mutalib selama 3 tahun. Selain itu, mereka juga telah melakuka penyeksaan terhadap orang
Islam dan membuat perancangan untuk membunuh Nabi ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam
Kamil, 2006 ).
Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W
secara sulit. Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama.
Perjanjian ini dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi
kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak
membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada
Rasulullah S.A.W ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke tiga belas kerasulan,
termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki
dan 2 orang perempuan Madinah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah
menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah.
Kemudian, mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah
S.A.W serta orang Islam yang lain ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
2.2 SEMASA HIJRAH
Sehari sebelum hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, musyrikin Makkah telah berbincang bagi
menghalang Nabi daripada berhijrah. Mereka telah bersetuju untuk membunuh Nabi S.A.W
semasa baginda sedang tidur ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Pada malam penghijrahan, pemuda musyrikin Quraisy telah mengepung rumah Nabi untuk
membunuh baginda tetapi Allah telah menurunkan wahyu bagi memberitahu Nabi tentang
rancangan kafir Quraisy tersebut dan memerintahkan baginda agar berhijrah ke Madinah.
Manakala, Saidina Ali telah diperintahkan oleh Nabi agar tidur di atas katil baginda dan Nabi telah
berjaya keluar dari rumahnya lalu menuju ke rumah Abu Bakar untuk mengajaknya berhijrah
( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).
Kemudian, Nabi bersama Abu Bakar keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur dan bersembunyi di
sana. Setelah 3 hari 2 malam di dalam Gua Thur, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah
dengan dibantu oleh Abdullah Bin Arqit. Setelah itu, baginda berhenti di Quba' selama 4 hari dan
membina masjid pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba' ( Zulkarnain Yunus dan
Mohd. Salam Kamil, 2006 ). Pada 2 Rabiulawal tahun ke 13 kerasulan ( 2 Julai 622 Masihi ),
Rasulullah S.A.W bersama Abu Bakar telah selamat sampai di Madinah. Mereka berdua disambut
dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Madinah ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil,
2006 ).
2.3 SELEPAS HIJRAH

Hijrah telah mempersaudarakan antara golongan Ansar dan Muhajirin. Hijrah juga telah menjurus
kepada pembinaan masjid sebagai tempat ibadah dan lambang perpaduan umat Islam. Selain itu
juga, beberapa perjanjian telah termeterai bersama golongan Yahudi di Madinah ( Naeem Siddiqi,
1985 ).

3.0 SEJARAH HIJRAH


3.1 HIJRAH PERTAMA: HABSHAH
Pada permulaannya, penghijrahan umat islam yang pertama ialah menuju ke negeri Habsyah.
Rombongan ini terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan empat orang wanita kemudian disusuli
oleh rombongn berikutnya sehingga mencapai seratus orang, diantaranya ialah Usman bin Affan
beserta isteri beliau Ruqayyah,Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Jafar bin Abu Talib dan
lain-lain. Penghijrahan ini berlaku pada tahun kelima kenabian tahun 615 Masihi. Setibanya di
negeri Habsyah, mereka mendapat sambutan, penerimaan dan perlindungan yang baik dari
rajanya. Ketika itu nabi tidak ikut ke Habsyah. Beliau tetap tinggal di Makkah. Orang Quraisy telah
mengutus Amr bin Ash dan Abdullah bin Abi Rabiah ke Habsyah supaya meminta Raja Habsyah
menolak kedatangan kaum muslimim tetapi baginda bersikap bijaksana kerana baginda tidak
hanya menerima keterangan dari sebelah pihak sahaja akhirnya permohonan kaum muslimin
untuk tinggal di Habsyah diperkenankan oleh raja dan tuntutan Quraisy ditolak ( Faisal Ismail,
1984 ).
3.2 HIJRAH KEDUA: TAIF
Seterusnya, baginda berhijrah ke Taif untuk mendapat dorongan dan sokongan dari Khabilah Tsaqif
terhadap musuh-musuh islam Makkah. Beliau menggunakan tutur kata yang baik dan sikap yang
penuh dengan hormat dan bijak ketika menemui pemuda-pemuda Kabilah Tsaqif dan mengajak
mereka untuk mentauhidkan Allah dan memeluk agama Islam. Namun begitu ajakan baginda tidak
dihiraukan oleh pemuda-pamuda tersebut malah mereka menolaknya dengan kasar. Baginda
diusir, diejek, dicemuh dan dilempari dengan batu. Baginda tabah menghadapi segala cubaan yang
ditimpakan kepadanya. Baginda terpaksa kembali ke Makkah dan terus menuju ke Baitullah lalu
beliau Tawaf dan sujud berdoa semoga Allah mengampuni kaumnya ( Faisal Ismail et.all, 1984 ).
3.3 HIJRAH KETIGA: MADINAH
Penghijrahan yang terakhir baginda ke Madinah pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September
tahun 622 Masihi. Penghijrahan ini berlaku secara rahsia dan berperingkat-peringkat. Nabi
Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah dan telah
memakan masa selama lebih kurang 12 hari. Namun, Umar bin al-Khattab telah berhijrah secara
bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya ( Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul
Rahman et.all, 2006 ).
4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAH
Dakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13 tahun.Pelbagai rintangan telah
dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah,

nabi Muhammad S.A.W telah mangambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.


Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam
wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi
Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang
berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi
Muhammad S.A.W ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W
dan sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.
Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy
telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu
bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi
Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat
baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan
sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah
yang sedang menghadapi pelbagai konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering
bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu,
golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W
untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga diperlukan untuk
mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all,
2006 ).
5.0 KEPENTINGAN HIJRAH
Hijrah mempunyai nilai yang sangat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab pada
masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini. Setelah berlaku hijrah ke Madinah, dakwah Islamiah
dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi, sedangkan di Makkah seruan
terhadap Islam sering terganggu
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,
budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. Ini
sangat penting kerana dengannya masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi,
agama dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup. Tanpa
perpaduan, keharmonian hidup dalam sesebuah masyarakat atau negara tidak akan wujud.
Apabila keadaan ini berlaku, matlamat dan visi masyarakat atau negara berkenaan untuk
mencapai kemajuan dan kemakuran tentu akan gagal ( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Sempena hijrah, wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam. Takwim hijrah ini telah mula
digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar al-Khattab. Pada
masa ini, takwim Hijrah digunakan di Negara Islam seperti Malaysia. Setiap tahun, Negara kita,
Malaysia, mengadakan sambutan maal hijrah dan matlamatnya adalah untuk mengingati
perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga menunjukkkan bahawa sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan
masyarakat cemerlang. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah telah memberikan
bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah. Mereka sanggup memberikan
tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam
Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sedia
berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat

dalam jiwa kita


( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).
Peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat memainkan peranan penting
selain sebagai suri rumah untuk menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri
Abu Bakar Al-Siddiq, Asma. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W
apabila beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang
gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun menyedari
tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar ( Rosnanaini binti
Suliman et.all, 2006 ).
Hijrah juga menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad S.A.W. Baginda
sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Selain itu,
baginda tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif ini patut dicontohi
( Rosnanaini binti Suliman et.all, 2006 ).

KESIMPULAN
Berdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami
dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada
dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai cabaran
dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada yang disokong oleh orang
sekelilingnya dan ada juga yang menbantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan
hasil apabila berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda. Antaranya, kita haruslah
bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum melakukan
sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan
berdoa dalam apa jua yang kita lakukan.

RUJUKAN
Faizal Ismail, ( 1984 ), Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman
Khulafaurasyidin. Yogyakarta: CV Bina Usaha.
Muhd Bukhari Lubis, ( 1981 ), Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam. Bangi, Selangor:
Ustara Sendirian Berhad.
Naeem Siddiqi, ( 1985 ), Muhammad Pembina Umat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin
Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, ( 2006 ), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Zulkarnain Yunus, Muhammad Salam Kamil, Xpress PMR. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.
http://lebaiyusri.blogspot.com/2011/03/kepentingan-hijrah-nabi-muhammad-ke.html

Marilah kita mendalami beberapa potong ayat al-Quran yang menyentuh tentang
peristiwa Hijrah dan beberapa kekuatiran, makna-makna dan dalil-dalil dari Kitab Fi
Zilal al-Quran karangan As-Syahid Sayyid Qutub rahimahullah. Firman Allah:
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan
daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu
atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka memikirkan tipu daya
dan Allah menggagalkan tipu daya itu. dan Allah sebaik-baik pembalas
tipu daya. (Al-Anfal: 30)
Pelajaran pertama: Konspirasi ke atas Rasulullah pada malam Hijrah
Dalam ayat di atas Allah mengingatkan tentang suasana yang berlaku di Mekah
sebelum berubah keadaan dan bertukar pendirian. Allah mewahyukan dengan penuh
keyakinan dan kepercayaan tentang masa depan, sepertimana Allah menarik
perhatian tentang urusan ketentuan dan hikmah Allah terhadap semua perkara yang
dilakukan dan dirancangkan..Umat Islam ketika ditujukan ayat ini kali pertama
dapat mengetahui keadaan dengan pengetahuan yang hidup, dapat dilihat dan
dirasai sendiri.
Memadai disebutkan perkara yang lalu dan Suasana ketakutan dan kebimbangan
yang ditanggung pada ketika itu dan tiada rasa ketenangan dan
ketenteraman..Perancangan orang-orang musyrikin dan tipu daya mereka terhadap
Rasulullah saw dalam menghadapi tindakannya yang ingin melepaskan diri dari
.mereka
Sesungguhnya musyrikin merancang untuk menangkap Rasulullah dan
mengurungnya sehingga mati, atau membunuhnya dan menghabiskan riwayat
hidupnya, atau mengusir baginda dari Mekah secara paksaan..Mereka merancang
semua ini, kemudian mereka memilih untuk membunuhnya dengan menetapkan
kerja keji ini disertai oleh pemuda-pemuda dari semua suku Arab supaya darah
baginda nanti akan bercerai berai pada semua suku, supaya Bani Hasyim tidak
mampumembalasnya kepada semua Arab, lalu rela dengan bayaran diyat dan
.selesailah sudah
Imam Ahmad berkata: Abdul Razak telah menyampaikan kepada kami, Mamar
memberitahu kami, Uthman al-Jariri memberitahuku, dari Maqsam utusan Ibn
Abbas, bahawa Ibn Abbas memberitahunya tentang ayat:Dan (ingatlah), ketika
orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya
terhadapmu.Beliau berkata: Pemimpin Quraisy telah bermesyuarat pada malam
Hijrah di Mekah, di mana salah seorang dari mereka berkata: Apabila tiba waktu
pagi kita ikat dengan tali. Salah seorang dari berkata pula: Kita bunuhnya sahaja.
Ada yang berkata: Kita usir sahaja. Lalu Allah telah memaklumkan tentang hal ini

kepada nabi saw. Dengan itu Ali disuruh tidur di katil Rasulullah saw dan baginda
keluar sehingga sampai di sebuah gua. Orang-orang musyrikin tidur sambil
mengawal Ali yang disangka nabi Muhammad saw. Apabila tiba waktu pagi mereka
telah menyerbu kepadanya. Tatkala mereka melihat Ali ternyata Allah telah
menggagalkan perancangan mereka . Lalu mereka bertanya: Di manakah sahabatmu
ini?. Kata Ali: Saya tidak tahu!. Kemudian mereka telah mengikut jejak nabi. Apabila
tiba di sebuah bukit mereka hati telah bercampur aduk. Lalu ada yang memanjat
bukit dan melalui sebuah gua. Mereka melihat muka pintu telah ada sarang labahlabah. Mereka berkata: Kalau (nabi Muhammad) memasuki gua ini tentu sarang
labah-labah ini tidak ada di muka pintunya..Nabi telah berada di gua ini selama tiga
.malam
mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya
itu. dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Al-Anfal: 30)
Gambaran yang dinyatakan Allah swt: mereka memikirkan tipu daya dan
Allah menggagalkan tipu daya ituGambaran yang mendatangkan kesan
mendalam..Pada ketika orang-orang Musyrikin berkumpul di Dar al-Nadwah untuk
berpakat , merancang dan memikirkan tipudaya..di mana Allah sentiasa berada di
sebalik mereka yang juga merancang dan menggagalkan tipu daya mereka,
sedangkan mereka tidak menyedarinya!
Inilah gambaran yang menyindir orang musyrikin dan pada waktu yang sama
gambaran yang menakutkan..Justeru, di manakah manusia yang lemah dan kerdil
menghadapi kuasa yang sebenar?! Kuasa Allah yang Maha Perkasa dan Maha Kuat
mengatasi hambanya, kuasa yang menguasai segala urusannya. Hanya bagi Allah
pengawasan atas segala sesuatu.
Penjelasan al-Quran yang melukiskan gambaran mengikut susunan bahasa al-Quran
yang unggul kerana boleh menggoncangkan hati dan menggerakkan perasaan
sedalam-dalamnya.
Pelajaran kedua: Kemenangan adalah dari sisi Allah yang dikurniakan
kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Firman Allah:
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) Maka
Sesungguhnya Allah Telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang
kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia
salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di
waktu dia Berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita,
Sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan
keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan
tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orangorang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi.
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 40)
Allah swt memberikan perumpamaan kepada mereka dari reality yang mereka
ketahui tentang pertolongan Allah kepada rasulNya tanpa bantuan dari mereka

dan tanpa kesetiaan mereka. Pertolongan akan diberikan kepada orang yang
dikehendakiNya.
Pada ketika orang Quraisy tidak berupaya menyekat nabi Muhammad walaupun
sejengkal, sebagaimana kekuatan yang palsu sentiasa tidak berupaya berhadapan
dengan suara kebenaran, tidak memiliki dorongan dan tidak mampu bersabar, lalu
mereka merancang dan memutuskan untuk membunuh nabi Muhammad saw, maka
Allah telah mendedahkan apa yang mereka rancangkan dan mewahyukan kepada
nabi supaya segera keluar dari Mekah. Dengan itu nabi keluar berseorangan yang
hanya ditemani oleh sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq, tanpa tentera dan tanpa
persiapan, sedangkan musuhnya ramai, dan kekuatan mereka dan kekuatan baginda
sangat jauh berbeza. Nada ayat yang menggambarkan situasi Rasulullah dan
sahabatnya:
ketika keduanya berada dalam gua.
Para musyrikin mencari jejak keduanya. Abu Bakar as-Siddiq berasa bimbang bukan
ke atas dirinya tetapi ke atas sahabatnya bahawa mereka akan dapat menjumpai
keduanya, lalu membunuh sahabatnya yang dicintai. Beliau berkata kepada
Rasulullah saw: Jikalau salah seorang dari mereka menundukkan kepala untuk
melihat melalui dua kakinya, tentulah mereka akan melihat kami melalui kedua
kakinya dan Rasulullah. Namun Allah menurunkan ketenangan di lubuk hati
Rasulullah saw, menghilangkan kegelisahan dan menenteramkan hatinya. Lalu
baginda berkata kepada Abu Bakar: Wahai Abu Bakar, jangan kamu sangka bahawa
kita berdua sahaja, tetapi ketahuilah Allah adalah yang ketiga.
Kemudian apakah akibat dari semua ini, kekuatan material seluruhnya dari satu
sudut, dan Rasulullah saw bersama sahabatnya dari satu sudut tanpa apa-apa?
Pertolongan yang hebat dari sisi Allah melalui tentera yang tidak dapat dilihat
manusia, dan kekalahan, kehinaan dan kelemahan adalah untuk orang-orang kafir:
dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah..dan
menjadikan kalimah Allah pada kedudukan tertinggi, memperolehi kemenangan,
kuat dan terlaksana: dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi
Kalimat Allah tidak dibaca dengan mansub, tetapi dibaca dengan marfu lebih
kuat dari segi makna, kerana memberi makna penetapan. Kalimah Allah itu yang
tertinggi adalah semula jadi dan asal, tanpa bergantung kepada peristiwa tertentu.
Allah yang bersifat Maha Perkasa tidak akan membiarkan utusanNya, kerana Allah
maha Bijaksana menentukan pertolongan yang sesuai dengan waktunya dan kepada
orang berhak menerimanya.
Keistimewaan terpenting yang dimiliki golongan muhajirin
Firman Allah:
(juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung
halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari
Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya.
mereka Itulah orang-orang yang benar. (Al-Hasyr: 8)

Inilah gambaran yang benar yang menjelaskan tentang keistimewaan terpenting


glongan Muhajirin..mereka telah diusir dari kampong halaman dan harta benda
mereka, mereka dipaksa keluar dari Mekah setelah keluarga dan kaum kerabat
mereka telah menyiksa dan menindas mereka, bukan disebabkan dosa yang
dilakukan tetapi kerana mereka mengatakan Allah adalah Tuhan kami..Mereka telah
keluar meninggalkan kampong halaman mereka dan harta benda
mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaanNya kerana mengharapkan kurnia dan keredhaan Allah. Tiada tempat perlindung
untuk mereka selain Allah dan pemelihara untuk mereka selain pemeliharaan
Allah..Mereka menuju ke Madinah dalam serba serba kekurangan dengan hati dan
pedang mereka dalam waktu yang singkat: dan mereka menolong Allah dan
RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang
berkata kalimah iman dengan lidah-lidah mereka, membenarkan dengan perbuatan
mereka. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Allah tentang pilihan
mereka kepadaNya. Mereka adalah orang yang benar janjinya dengan Rasulullah
untuk mengikutinya. Mereka adalah orang yang benar janjinya bersama dengan
kebenaran dalam bentuk yang hidup di muka bumi dan dapat disaksikan oleh
!manusia
Keistimewaan terpenting orang-orang Ansar
:Firman Allah
Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah
beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka
(Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka
(Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam
hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka
(Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin),
atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan
siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang
orang yang beruntung. (Al-Hasyr:9)
Inilah gambaran yang bersinar dan benar yang menjelaskan tentang keistimewaan
golongan Ansar. Kumpulan manusia ini begitu unggul sifatnya, sampai kepada
puncak kehebatan.
Orang-orang yang tinggal di Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan
golongan Muhajirin..iaitu negeri Hijrah (Yatsrib) yang menjadi kota rasul saw yang
telah menjadi tempat tinggal golongan Ansar sebelum Muhajirin dating, sama
seperti mereka telah memenuhi jiwa dengan iman, seolah-olah iman sebagai rumah
mereka..yang menggambarkan iman sebagai teduhan, iaitu lebih hampir
menggambarkan pendirian Ansar tentang iman mereka.
Rumah mereka, kampong mereka dan negeri mereka yang menjadi tempat tinggal
hati-hati mereka, menenteramkan jiwa-jiwa mereka, menenangkannya, sama seperti
memberikan seseorang dan menenteramkan dating ke rumah.
Mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka
(Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam
hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka
(Muhajirin)

Tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia seluruhnya seperti peristiwa ..


sambutan orang Ansar ke atas orang Muhajirin dengan sambutan penuh kecintaan
dan kasih saying, dengan pergorbanan yang penuh dermawan, dengan penyertaan
yang penuh kerelaan, dengan berlumba-lumba untuk memikul beban sehingga dapat
disaksikan bahawa seorang lelaki yang berhijrah (muhajir) di rumah seorang Ansar
melainkan melalui undian. Ini kerana bilangan orang yang menawarkan diri untuk
!menerima lebih ramai dari orang Muhajirin
dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka
terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin)
Mereka tidak mengharapkan apa-apa kelebihan atau harta dari orang Muhajirin. .
Tiada keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa dari pengorbana ini. Mereka
tidak berkata dengki atau berasa sempit, tetapi mereka hanya berkata sesuatu yang
.menggambarkan hati mereka yang bersih dan jujur
dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri
mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan
Mereka mengutamakan orang Muhajirin mengatasi diri mereka sendiri ..
sekalipun mereka berada dalam kesusahan. Pengorbanan besar orang Ansar tidak
.pernah berlaku dalam sejarah manusia
dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah
orang orang yang beruntung
Sifat kikir atau kedekut ini merupakan penghalang kepada semua kebaikan, ..
kerana kebaikan memerlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk, pengorbanan
harta, pengorbanan perasaan, pengorbanan tenaga dan pengorbanan di dalam
kehidupan. Tidak mungkin menghasilkan sesuatu kebaikan jika ada sifat kikir,
kerana sifat kikir sentiasa akan mendorongnya mengambil dan tidak mendorongnya
memberi. Orang yang dipelihara dari sifat kedekut atau kikir, maka dia akan
terpelihara dari penghalang kepada kebaikan. Oleh kerana itu, mulakanlah memberi,
.berkorban dan berhati mulia. Inilah keuntungan dengan makna yang sebenarnya
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=17606&SecID=363
http://zadud-duat.blogspot.com/2010/12/hijrah-di-bawah-naungan-al-quran.html#.VRAqi_yUdH0

HADITS RIWAYAT BUKHARI TENTANG NIAT DAN HIJRAH seri 04


Posted on 29 September 2012 by saifuddin

4. Pengertian Hijrah
Hijrah adalah perpindahan dari satu situasi atau kondisi yang satu ke kondisi atau
situasi yang lain. Hijrah merupakan perbuatan yang dianjurkan oleh Allah SWT,
bahkan bisa wajib tatkala sangat diperlukan. Secara garis besarnya hijrah itu terdiri
yang bersifat fisik yaitu perpindahan tempat, dan yang bersifat non fisik yaitu
perpindahan situasi atau mengubah keadaan. Hijrah bisa bernilai ibadah, jika untuk

Allah dan mengikuti Rasul-Nya, dan tidak bernilai ibadah bila dilakukan bukan
untuk mencarai ridla Allah SW. Beliau menandaskan lagi dalam sabdanya:

6.

Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita
yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dituju.
Hadits ini juga mengisyaratkan bahwa hijrah itu ada yang syari, ada pula yang
tidak. Hijrah yang syari adalah perpindahan untuk kepentingan tegaknya al-Islam,
demi meraih ridla Allah. Sedangkan hijrah yang tidak bernilai syari adalah yang
bukan kepentingan jalan Allah, dan tidak bertujuan meraih ridla-Nya. Oleh karena
itu, supaya segalanya bernilai ibadah, ikhlaskan tujuan untuk mencari ridla Allah
dan melakukannya berdasar syariah Allah, serta mengikuti sunnah Rasul-Nya.






Ibnu Abbas[1], meriwayatkan bahwa Rasl SAW menerima wahyu ketika berusia
empat puluh tahun, kemudian tetap di Mekah selama tiga belas tahun, kemudian
diperintah hijrah. Beliau hijrah ke Madinah dan berada di sana selama sepuluh
tahun hingga wafat. Hr. Ahmad (164-241H), al-Bukhari (194-256H), [2]
Dawah Islam yang dilakukan Rasul SAW pada awalnya secara sembunyisembunyi, kemudian bertambah luas hingga jumlah kaum muslimin empat puluh
orang, yang kemudian dibina secara khusus di Bait al-Arqam.[3] Kaum Quraisy
berusaha menghalangi risalah dengan berbagai usaha, mulai dari berbagai tawaran,
rayuan hingga kekerasan. Sejak tahun keempat kenabian, banyak kaum muslimin
yang disiksa secara kejam, hingga mendorong Rasul untuk menghijrahkan
shahabatnya ke Habsyah pada pertengahan tahun kelima. Rombongan pertama
sebanyak sepuluh orang, antara lain Utsman bin Affan beserta istrinya, Ruqayah
putri Rasul; Abdurrahman bin Auf, dan Zubair bin Awwam. Rombongan kedua
dipimpin Jafar sebanyak seratus orang. Pada bulan Dzul-hijah tahun keenam
kenabian, Umar bin Khathab dan Hamzah masuk Islam, yang mengakibatkan
semakin menambah kebencian musyrikin.

Pada tahun ketujuh dari kenabian, Bani Hasyim diboikot perekonomiannya hingga
menyengsarakan. Walaupun kaum muslimin mendapat cobaan berat dari segala
penjuru, terutama penindasan kaum musyrikin, baik dalam bidang ekonomi
maupun politik, semua itu tidak menurunkan semangat Rasul SAW dalam
berdawah. Pada tahun itu juga, Abu Thalib sebagai pimpinan suku Bani Hasyim
dan Siti Khadijah isteri Rasul yang mendukung dawah baik materil maupun
immateril, wafat.
Pada bulan syawal tahun kesepuluh dari kenabian (Mei-Juni 619 M), Rasul
berangkat ke Thaif. Namun ternyata orang Tha`if belum meraih hidayah, Rasul
diperlakukan tidak layak oleh mereka bahkan mendapat lemparan batu dan kotoran
hingga terluka. Menurut sebagian riwayat, setelah Rasul SAW kembali ke Mekkah
maka tahun itu pula Isra dan Miraj terjadi, sekaligus turun perintah shalat lima
waktu.
Dawah selanjutnya dilakukan dengan mendatangi berbagai lapisan masyarakat
seperti Bani Kilab, Bani Hanifah, Bani Amir, dan ternyata mendapat sambutan
yang menggembirakan. Pada musim haji berikutnya, berdatanganlah masyarakat
dari berbagai penjuru, yang dimanfaatkan Rasul SAW untuk mendawahi berbagai
kafilah dari luar penduduk Mekah. Di awal tahun kesebelas dari kenabian banyak
orang Yatsrib yang masuk Islam seperti: Suwaib bin Shamit, Iyas bin Muadz,
Tufail bin Amr, dan Dlamad al-Azdi.
Pada musim haji tahun kesebelas dari kenabian (Juli 620 M), jamaah Yatsrib
masuk Islam. Mereka adalah kaum muda Bani Najar seperti Asad bin Zararah dan
Auf bin Haris, dari Bani Zuraiq seperti Rafi bin Malik, dari bani Salmah seperti
Qathbah bin Amir, dari Bani Haram bernama Uqbah, dan dari Bani Ubaid bernama
Jabir bin Abdillah. Mereka bertekad akan mendawahkan Islam di Yatsrib sebagai
kampung halamannya.
Pada musim haji tahun keduabelas (Juli 621 M), bersama lima orang yang sudah
masuk Islam tahun sebelumnya (di luar Jabir), tujuh penduduk Yatsrib bangsa
Khazraj yaitu Muadz, Dzakwan, Ubadah, Yazid dan Abbas serta bangsa Aus yaitu
Abul-Haitsam dan Uwaim berbaiat kepada Rasul di Aqabah untuk diangkat
menjadi juru dawah. Inilah yang dinamakan Baiat al-Aqabah pertama. Rasul pun
mengutus Mushab bin Umair untuk ikut ke Yatsrib sebagai utusan dan melihat
situasi di sana.
Pada musim haji tahun berikutnya (Juni 622 M), sebanyak 73 orang Yatsrib
menunaikan haji dan berbaiat pada Rasul sebagai juru dawah Islam, yang

dinamakan Baiat al-Aqabah kedua. Mereka juga mengundang Rasul untuk hijrah
ke Yatsrib, dilatarbelakangi antara lain: (1) memperluas dawah, (2)
menyelamatkan muslimin yang tertindas di Mekah dan (3) menjalin persaudaraan
antara Aus dan Khazraj yang telah lama bermusuhan.
Di sisi lain, semakin luasnya jangkauan dawah Rasul dan bertambahnya jumah
muslimin, berakibat kaum musyrikin semakin membenci Rasul. Mulai saat itu
kaum muslimin diperintah Rasul untuk hijrah ke Yatsrib secara berangsur. Pada
hari Kamis, 26 Shafar (12-september- 622 M) para pembesar Quraisy semacam
parlemen, berkumpul di Dar al-Nadwa yang diikuti oleh Abu Jahl bin Hisyam,
Jubair bin Muthim, Thaimah, Harits, Syaibah, Utbah, Abu Sufyan, al-Nazhr, Abu
al-Bukhturi, Zamah, Hakim, Nabih, Munabbih, dan Umayah bin Khalaf. Mereka
bersepakat untuk mengepung dan membunuh Rasul SAW. Rasul mengetahui
ancaman kaum musyrikin tersebut dan siang harinya beliau mengunjungi rumah
Abu Bakr untuk mengajak hijrah, dan kembali ke rumahnya menunggu waktu
malam tiba.[4]
Pada malam 27 Shafar (13-9-622 M), Rasul SAW dan Abu Bakr meninggalkan
rumah, setelah berpesan pada Ali bin Abi Thalib,[5] untuk menempati tempat tidur
beliau, kemudian menuju Goa Tsur.[6] Pada malam itu pula pembesar Quraisy
sebanyak sebelas orang mengepung rumah Rasul SAW untuk melaksanakan pesan
Dar al-Nadwa, padahal di rumah tersebut hanya ada Ali bin Abi Thalib. Rasul dan
Abu Bakr berada di Goa Tsur selama tiga malam, hingga malam Ahad tanggal 30
Shafar.
Pada hari Senin 1 Rabi al-Awal, Rasul melanjutkan perjalanan menuju Yatsrib.
[7] Senin 8 Rabiul-Awal /23-September-622 M (perjalanan Tsur-Quba ditempuh
dalam waktu satu pekan), Rasul dengan Abu Bakr tiba di Quba dan mendirikan
Masjid di depan Rumah Kalstum bin al-Hadm.[8] Di Quba, Rasul menginap empat
malam dan hari Jumat melanjutkan perjalanan. Waktu zhuhur sampai di daerah
Bani Salim bin Awf, perintah shalat Jumat turun dan melakukan shalat Jumat
dengan berjamaah bersama seratus muslimin.[9] Setelah shalat Jumat Rasul
melanjutkan perjalanan dan sampai di Yatsrib tanggal 12 rabiul Awal. Inilah hijrah
terbesar yang dilakukan Rasul SAW bersama kaum muslimin. Kota Yatsrib
kemudian diberi nama al-Madinah al-Munawarah, sebagai pusat bersinarnya syiar
Islam ke seluruh penjuru dunia.
Hijrah menurut bahasa berarti pindah, baik secara fisik maupun non fisik. AlQurthubi (w.671H) menandaskan:





Hijrah berarti pindah dari satu tempat ke tempat lain dan menyengaja
meninggalkan satu posisi awal menuju posisi yang ke dua.[10]
Pengertian semacam ini bisa dipahami bahwa hijrah itu perpindahan posisi, baik
secara fisik maupun non fisik. Perpindahan fisik adalah pindah dari tempat yang
diduduki, sedangkan pindah non fisik adalah pindah pendirian, pergantian sikap,
atau perubahan tingkah laku. Menurut mufasir, orang yang berhijrah adalah:



Meninggalkan kampung halaman karena Allah demi menyelamatkan diri dari
kekacauan dan penindasan.[11]
Mahmud Hijazi[12] menjelaskan bahwa yang berhijrah adalah:




Meninggalkan keluarga dan kampung halaman untuk menegakkan kalimah Allah,
membela agama dan mengikuti Rasul SAW.[13]
Orang yang berhijrah karena didasari iman dan untuk jihad, maka akan meraih
rahmat dan ampunan Allah SWT. Firman-Nya:


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan
berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. Qs.2:218.
Selanjutnya arti hijrah tersirat dalam sabda Rasul SAW, sebagai berikut:


Orang hijrah adalah yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT. Hr.
Ahmad (164-241H), Ibn Hibban (w.354 H) [14]
Menurut riwayat al-Thabarani (260-360H), dalam khutbah Haji Wada, Rasul
bersabda:


Orang yang berhijrah adalah yang meninggalkan segala keburukan.[15]

5. Hikmah dan Fungsi Hijrah


Wahbah al-Zuhayli[16], berpendapat bahwa hijrah fisik yang dilakukan Rasul dan
para shahabatnya, cukup banyak hikmah dan fungsinya. Hikmah dan fungsi hijrah
yang paling penting antara lain: (1) Tegaknya syiar Islam dan menghindarkan
konflik keagamaan. (2) Mencari dan mendapatkan kemungkinan tersebarnya ajaran
Islam. Jika kaum muslimin yang tidak memiliki peluang untuk mendapat
bimbingan Islam dan memahami hukumnya di suatu tempat, maka sebaiknya
hijrah ke tempat lain untuk mendapatkannya. (3) Persiapan program untuk
terwujudnya pemerintahan Islami dan penyebarluasan syariat Islam ke seluruh
penjuru dunia. Semua itu nampak sekali dapat diwujudkan melalui hijrah dari
Mekah ke Madinah.[17]

6. Hijrah Fisik
Ibn al-Arabi,[18] berpendapat bahwa hijrah fisik diperlukan sepanjang masa
hingga hari kiamat apabila berlatar belakang sebagai berikut: (1) Melepaskan diri
dari desakan perang yang merugikan muslimin, menuju ke tempat yang
menguntungkan Islam dan muslimin, seperti perpindahan dari Dar al-Harbike Dar
al-Islam. (2) Menghindarkan diri dari perbuatan bidah demi
menyelamatkan al-Sunnah. (3) Perpindahan dari suatu tempat yang penuh maksiat
dan perbuatan haram, ke tempat bersih supaya tidak terbawa arus orang durhaka.
(4) Melepaskan diri dan ancaman penyakit yang apabila tidak berpindah akan

membahayakan badan. (5)Menyelamatkan diri dari ancaman orang jahat karena


berada di tempat yang kurang aman. (6) Menyelamatkan kekayaan yang sangat
berguna bagi perjuangan Islam.
Memerhatikan uraian di atas, jelaslah bahwa hijrah fisik itu tetap diperlukan, hanya
bentuk dan sifatnya bisa beraneka ragam. Namun tentang perpindahan dari Mekah
ke Madinah yang diperintah Rasul SAW kepada shahabatnya hanya berlaku
sebelum Futuh Mekah. Perhatikan hadits riwayat al-Bukhari berikut.





Ibn Abbas menerangkan bahwa Rasul SAW bersabda: Tidak ada kewajiban hijrah
setelah Futuh Mekah, melainkan jihad dan niat, maka jika diseru perang
segeralah penuhi panggilan tersebut. Hr. al-Bukhari (194-256H).[19]
Dengan demikian, semua hijrah itu dilakukan demi fi sabil Allah yaitu membela
agama Allah. Adapun yang dimaksud tidak ada hijrah setelah Futuh
Mekah, adalah tidak ada kewajiban hijrah dari Mekah ke Madinah. Hal ini tampak
sekali, bahwa Rasul SAW tidak mewajibkan muslim Mekah hijrah ke Madinah,
setelah Mekah beliau taklukkan dalam Futuhnya. Tanggal 10 Ramadlan tahun 8H,
Rasul SAW meraih Futuh Mekah dan turun Qs. Al-Nashr, dilanjutkan dengan
umrah al-Fath.
Tanggal 25 Ramadlan tahun tersebut, Khalid bin Walid menghancurkan berhala di
jazirah Arab. Inilah kemenangan gemilang yang diraih kaum muslimin pada bulan
Ramadlan. Setelah Futuh Mekah itu, berdasar hadits ini hijrah dimanifestasikan
dalam memperbaiki kualitas umat dalam segala aspek kehidupannya. Itulah salah
satu makna dari jihad dan niyyah, sebagaimana ditandaskan hadits ini.

E. Beberapa Ibrah
Dari kajian hadits di atas dapat diambil beberapa ibrah sebagai berikut: (1) Niat
merupakan penentu atas nilai suatu amal, baik ucap, sikap maupun perbuatan. (2)
Hijrah, nilainya bukan hanya ditentukan oleh cara, tapi juga dipengaruhi tujuan.
Hijrah yang baik adalah yang ditujukan untuk kepentingan Allah dan Rasul-Nya.
(3) Hijrah secara fisik dalam arti perpindahan tempat bersifat situasional. Hijrah

yang mutlak dilakukan adalah perubahan sikap, dari yang kurang baik menjadi
baik, terutama dalam jihad.
http://saifuddinasm.com/2012/09/29/08-hadits-riwayat-bukhari-tentang-niat-dan-hijrah-seri-04/

Faktor Berlakunya Hijrah


Oleh: Mohamad Asrafudin Fakhrullah Bin Zakari

Pengenalan
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari
segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota
Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam hidup
Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam
bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan
yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah.
Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.
Faktor Berlakunya Hijrah
Bai'at Aqabah
Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi
telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at
Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua,
bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu
menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.
Tekanan Musyirikin Mekah
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah
ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi
sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan
penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang
kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

Kegagalan Dakwah di Taif


Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain,
iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk
menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi.
Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai
hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.
Kematian Abu Talib dan Khadijah
Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk
berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang
isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang
Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi
dari ancaman.

Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah


Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan
sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap
penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil
berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.
Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi
Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana.
Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan
perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya
antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.
Kedudukan Madinah yang Strategik
Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat
sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat
dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.
Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama
Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini
memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun,
penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding
penduduk Mekah.
Wahyu

Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam
berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi
tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini
menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.
Kepentingan Hijrah
Perubahan Pusat Gerakan Islam
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan
lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat
dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-ajaran Islam
diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.
Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu
meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah
menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan, Mesir, Bani Bakar
dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima
utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi
di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra Farsi.
Perubahan Kedudukan Nabi
Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda
menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di Madinah,
baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama, pemimpin umat
dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.
Pertambahan Umat Islam
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan
Muhajirin. Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya
ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan
masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin
kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.

Penubuhan Negara Islam


Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya
membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir dikuasai oleh
kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai perlembagaan
bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya,
mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak seluruh masyarakat.

Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah


Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah
tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang
lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan yang teratur
diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat
seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk
Madinah hidup bebas dari penindasan.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka
dengan ikatan semangat Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan.
Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath
pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta
benda.
Permulaan Kalendar Hijrah
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem
kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634
M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun mengandungi 12 bulan atau 354
hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.
Perubahan Dasar Politik
Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja
penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya
Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.
HIJRAH SEBAGAI IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI CABARAN
Mengimbau kembali lipatan sejarah 1424 tahun yang lalu, Allah swt telah mentakdirkan satu
peristiwa hijrah yang besar dan teragung yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada
tanggal 1 Muharram setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan memperingati dan
meraikan peristiwa hijrah sebagai tanda permulaan tahun Islam. Namun seramai mana umat
Islam generasi kini dan akan datang dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa hijrah
tersebut sebagai panduan meniti cabaran dunia yang semakin global dari segi
kemanusiaan, peradaban akhlak, kegawatan ekonomi mahupun pergolakan dunia yang
semakin menuju kehancuran akibat peperangan yang berlaku.
Sebelum itu, ingin diterangkan maksud iktibar bermaksud pengajaran, contoh, ibarat dan
teladan. Manakala cabaran bermaksud takut, ejekan atau celaan yang membawa perihal
menguji kewibawaan seseorang.
Hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Habsyi, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud Orang-orang
yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. Ini

membuktikan bahawa hijrah adalah satu jihad bukannya pelarian dan arbitrasi seperti
yang ditafsirkan oleh sesetengah orientalis barat yang sengaja mahu menenggelamkan
pengertian suci hijrah itu sendiri.
Sesungguhnya hijrah baginda Rasul saw dan para sahabat adalah satu peristiwa sejarah
yang amat penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam dipelusuk dunia kerana
penghijrahan itu, memberi ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan ajaran Islam baik dari
aspek aqidah, syariat dan akhlak serta kaitannya kepada hubungan dengan Allah, hubungan
dengan manusia dan hubungan dengan alam sekitar.
Hijrah merupakan langkah penting melalui perancangan dan strategi yang cukup teratur
untuk mengubah wajah dan perwatakan dunia serta menentukan arah masa depan sejarah
manusia ke arah kesejahteraan, kebahagiaan, kemajuan serta kejayaan pembangunan
manusia.
Peristiwa hijrah bukan sahaja meninggalkan sejarah untuk dikenang dan dirayakan, malah
membawa iktibar dan pengajaran yang cukup bermakna dalam arus cabaran kehidupan
masa kini. Penghijrahan baginda Rasul saw itu sendiri adalah awal dari tekad perubahan
atau dalam istilah apapun samada reformasi, tajdid, islah dan sebagainya dari situasi yang
tidak menguntungkan kepada situasi yang lebih dinamik dan berkesan.
Cabaran masa kini yang harus diambil iktibar dan rujukan
1. CABARAN HIJRAH AQADIYYAH/PEGANGAN
Iaitu tekad dan komitmen penuh untuk melakukan hijrah dari berbagai tuhan dalam hidup
kita seperti mengagungkan manusia seperti artis atau tokoh, harta, kedudukan, persepsi
dan sebagainya daripada mengagungkan Allah swt. Betapa kekaguman kita terhadap
seseorang artis contohnya dimana sebahagian sikap umat Islam memberhalakan mereka
dengan mencontohi cara hidup yang jelas bertentangan dengan aqidah tanpa memikirkan
kesan sebaliknya kepada generasi manusia akan datang, sesudah perpindahan atau hijrah
yang positif ke arah yang lebih positif.
Jelas jika kita renung kembali penghijrahan Baginda Rasul saw ke Madinah dimana setiap
muslim dididik supaya patuh, menyerah dan menyembah Allah serta taat kepada ajaran
Islam yang didasarkan kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Berasaskan kekuatan
aqidah tersebut terbinanya sebuah masyarakat Islam yang kukuh dalam mentaati perintah
dan larangan Allah.
2. CABARAN HIJRAH TERHADAP PENGIBADATAN
Iaitu tekad dan komitmen penuh dari umat Islam untuk melakukan perubahan konsepsi
terhadap ibadah dalam Islam. Selama ini umat Islam masih memahami makna ibadah
sebagai kegiatan ritual yang terlepas dari masalah sosial dalam kehidupannya.
Konsekwensinya, terjadi personaliti yang berlainan atau sebaliknya di mana dalam satu
keadaan merasa menjadi hamba yang soleh namun alam keadaan yang lain tanpa disedari
menjadi hamba yang muflis dalam berbagai bentuk kehidupan.
Pemahaman terhadap konsepsi ibadah di atas sudah masanya direformasikan atau diubah
supaya umat Islam tidak lagi kehilangan banyak kunci-kunci syurga dalam bentuk amal
kemasyarakatan, pengelolaaan bangsa dan negara, pentadbiran ekonomi dan kemakmuran

akhlak. Sebab dengan menyedarkan umat Islam akan makna ibadah dalam proses amal
maaruf, penegakan keadilan dan penanaman motivasi agar umat bangkit melakukan
kewajiban dunia dan akhirat selaras dengan sabda baginda Rasul saw yang bermaksud :
Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esoknya dan bekerjalah kamu seolah-olah
kamu hidup selama-lamanya.
3. CABARAN HIJRAH AKHLAK DAN TINGKAHLAKU
Iaitu perubahan tingkahlaku dari dari segi lahir atau batin ke arah akhlak Islamik. Akhlak
yang diajarkan oleh Islam sesungguhnya adalah akhlak manusia yang universal. Contohnya,
ketika di musim haji, kita akan merasakan betapa attitude manusia akan beragam,
termasuk yang melampaui batas sehingga melompat di atas kepala jemaah haji lain yang
sedang duduk berzikir, sedangkan dalam hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Janganlah kamu duduk di antara dua orang tanpa izin keduanya, lalu bagaimana
melompati kepala orang ?
Cabaran akhlak yang paling ketara masa kini ialah krisis identiti diri dalam semua peringkat
umur. Di mana kita sering dilaporkan tentang keruntukan akhlak remaja, sumbang mahram
oleh golongan dewasa dalam keluarga, kekeruhan hubungan antara jiran tetangga,
masyarakat atau hubungan diplomatik antara negara. Jelas kekurangan peratus nilai murni
akhlak semakin susut selari dengan perkembangan global dunia tanpa sempandan yang
bersumberkan teknologi tinggi yang boleh disalurkan dari rumah ke rumah dengan hanya
memetik butang dan peristiwa negatif terpampang jelas di depan mata jika tidak dibendung
secara sihat.
4. CABARAN HIJRAH USRAWIYYAH/KEKELUARGAAN
Iaitu tekad dan komitmen baru untuk melakukan perubahan dalam pola pembangunan
keluarga. Keluarga disebutkan secara khusus kerana keluarga merupakan institusi
terpenting untuk melakukan perubahan-perubahan dalam kehidupan sosial
kemasyarakatan. Gagalnya institusi keluarga merupakan kegagalan dalam institusi
kemasyarakatan yang lebih luas.
Kalau selama ini, sebahagian umat Islam terlalu mementingkan duniawi kebendaan dalam
membangun kehidupan keluarganya, mungkin sudah masanya dilakukan perubahan yang
lebih seimbang antara material dan spritual. Jika umat Islam terlalu termotivasi untuk
mendidik anak ke peringkat tertinggi dalam bidang akademik, kini masanya keseimbangan
pendidikan tertinggi itu diselaraskan dengan pendidikan rohani. Pengisian hijrah ke arah
kehidupan keluarga Islamik yang sebelumnya dinodai oleh kekaburan dunia akan merubah
konsepsi masyarakat bukan Islam kepada cara hidup Islam yang sebenar berlandaskan
aqidah, ibadah, akhlak dan perundangan.
5. CABARAN HIJRAH MEMBUDAYAKAN AKAL BUDI
Iaitu tekad untuk memurnikan sistem pemikiran dan persepsi seorang muslim kepada
penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan intelektual dalam membezakan
perkara baik dan buruk, halal atau haram dan sebagainya. Penyalahgunaan akal kepada
sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan akan menghadirkan implikasi yang besar kepada
pandangan umum terhadap sesuatu perkara yang akhirnya diikuti tanpa dirujuk secara
waras. Contohnya melihat cara hidup barat dalam pergaulan dan berpakaian serta
cenderung untuk mengikutinya tanpa memikirkan kesan disebalik cara tersebut yang boleh
meruntuhkan akhlak dan tanpa disedari terjebak dalam sebuah penjajahan baru yang
dipanggil penjajahan intelektual.

Begitulah antara cabaran hijrah daripada banyak cabaran lain yang tidak dapat diungkapkan
di sini yang perlu diberi perhatian agar iktibar hijrah baginda Rasul saw yang lalu dapat
digunakan untuk memimpin generasi manusia kini dan akan datang supaya tidak lari lebih
jauh dari ajaran Islam sebenar seimbang dengan kemodenan cara hidup yang sedia ada.
Kesimpulan
Pertama sekali adalah jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah, tentu kita mempunyai
sikap optimis terhadap perubahan kehidupan dari yang buruk kepada yang baik.
Kemudiankita perlu sedar bahawa cabaran hidup masa kini dapat meningkatkan kesedaran
dan kepekaan terhadap nasib umat Islam akan datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang
benar dan diredhai Allah.
Seterusnya, umat Islam dapat mempelajari sejarah perjuangan baginda Rasul saw dan para
sahabat dalam membangunkan sejarah gemilang peradaban manusia, politik pemerintahan
berasaskan syariat. Terakhir adalah kita semua harus mempersiapkan generasi Islam kini
agar lebih memahami dan menghayati akhlak Islamiyyah yang tulis dalam pembentukan
tingkahlaku peradaban manusia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin


Pensyarah
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA
http://ctu151.blogspot.com/2009/04/faktor-berlakunya-hijrah.html

Anda mungkin juga menyukai