Anda di halaman 1dari 12

761114085716001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / TAHUN 2013

HBQE2203

AL-QIRAAT

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : :

761114085716001 761114-08-5716 012-3608660

:norhayatiazhar@rocketmail.com : SHAH ALAM

1 HBQE2203

761114085716001

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PENGENALAN PENGERTIAN DAN PENGENALAN RINGKAS ILMU QIRAAT

MUKA SURAT 3 3 5 6 9 10

PENGERTIAN DAN PENGENALAN RINGKAS RASM UTHMANI HUBUNGAN ILMU QIRAAT DAN RASM UTHMANI KESAN ILMU QIRAAT TANPA RASM UTHMANI KESIMPULAN/PENUTUP

2 HBQE2203

761114085716001

1.0 PENDAHULUAN Al-Quran merupakan kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diturunkan kepada nabi

Muhammad s.a.w, ditulis dalam bentuk mashaf, dipetik daripada riwayat yang mutawatir dan membacanya adalah satu ibadah. Bagi memastikan ayat-ayat al-Quran dibaca dengan betul, maka satu bidang ilmu yang berkaitan dengannya iaitu Ilmu Qiraat perlu dipelajari agar bacaan yang dilakukan betul berlandaskan syarak. Membaca al-Quran dengan Qiraat yang tidak Mutawatir adalah menjadi satu kesalahan dan diangggap berdosa di sisi syarak.

Rasm Uthmani pula merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran.

Jelaslah di sini, hubungan antara dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Di antara keduanya saling lengkapmelengkapi antara satu sama lain dan kedua-duanya dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya. Dengan mempelajari ilmu Rasm Uthmani dan ilmu qiraat, maka kemurnian dan kesucian Kalam Allah s.w.t dari sebarang penyelewengan dapat dipelihara.

Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan alQuran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan alQuran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain.

Di dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan dengan lebih terperinci tentang pengertian dan pengenalan Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani. Kemudian kita akan meneliti beberapa perkara yang ada perkaitan antara Ilmu Qiraat dan Rasm Uthmani, juga kesan sekiranya Ilmu Qiraat tanpa kaedah penulisan Rasm Uthmani.

2.0 PENGERTIAN DAN PENGENALAN ILMU QIRAAT Qiraat adalah jamak dari Qiraah yang bererti bacaan. Ia adalah mashdar dari qaraa. Dalam istilah keilmuan, qiraat adalah salah satu aliran atau mazhab pembacaan al-Quran yang

3 HBQE2203

761114085716001

dipilih oleh seorang imam qurra(membacakan al-Quran) sebagai salah satu aliran yang berbeza dengan aliran yang lain. Ilmu al-Qiraat bermula dari zaman Rasulallah s.a.w. Ia adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan membaca al-Quran kepada bangsa Arab yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang berbeza. Walau bagaimanapun, Qiraat bukan ciptaan Rasulallah s.a.w. Qiraat itu sendiri adala al-Quran kerana ia merupakan wahyu daripada Allah. Qiraat ini didasarkan kepada sanad-sanad yang bersambung kepada Rasulallah s.a.w. Tempoh (period) Qurra (orang yang mengetahui bacaan al-Quran berdasarkan kepada laporan-laporan) yang mengajarkan bacaan al- Quran kepada orang ramai menurut cara mereka masing-masing adalah berpundukan pada zama para sahabat. Di antara para sahabat yang terkenal mengajar qiraat ialah Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit, Ibnu Masud, Abu Musa Al Asyari dan lain-lain. Sebahagian besar para sahabat dan tabiin dari pelbagai negeri dan tempat yang lain datang belajar qiraat daripada mereka. Mereka itu semunya bersandarkan kepada Rasulallah s.a.w. Adz -Dzhahabi ada menyebutkan di dalam kitab Thabaqat Al Qurra bahawa sahabat yang terkenal sebagai guru san ahli Qiraat al-Quran ada seramai tujuh orang iaitu sayidina Utsman, Sayidina Ali bin Abu Tholib, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Ad Darda dan Abu Musa Al Asyari. Beliau juga mennjelaskan bahawa majority sahabat yang mempelajari qiraat daripada Ubai bin Kaab. Di antaranya ialah Abu hurarirah, Ibnu Abbas dan Abdullah bin As-Saib. Ibnu Abbas juga belajar dengan Zaid bin Thabit. Selepas itu, para sahabat itulah sejumlah tabiin di setiap negeri mempelajari ilmu al- Qiraat. Di antara para tabiin tersebut ada yang tinggal di Madinah seperti umar bin Abdul Aziz, Zaid bin Aslam, Ibnu Syihab Az-Zuhri dan Muadz bin Harits. Mereka yang tinggal di Mekah ialah Atha bin Abi Rabah, Ubaid bin Umair, Ikrimah dan Ibnu Abi Mulaikah. Para tabiin yang tinggal di Kufah ialah seperti Amr bin Maimun, Alqamah, Said bin Jubair, Ubaidah, Amr bin Syurahbil dan An-Nakhai. Tabiin yang tinggal di Basrah pula ialah seperti Abu Aliyah, Al-Hasan dan Ibnu Sirin. Manakala tabiin yang tinggal di Syam ialah seperti Al Mughirah bin Abi Syihab Al-Makhzumi dan Khalifah bin Saad iaitu anak murid kepada Abu Darda. Pada permulaan abad pertama Hijriyah di masa tabiin, tampillah sejumlah para ulama yang mengambil perhatian terhadap masalah qiraat secara sempurna kerana keadaan ketika
4 HBQE2203

761114085716001

itu menuntut demikian dan menjadikannya sebagai suatu disiplin ilmu yang berdiri sendiri sebagaimana mereka lakukan terhadap ilmu-ilmu syariat yang lain, sehingga mereka menjadi imam dan ahli qiraat yang diikuti dan dipercayai. Bahkan dari generasi ini dan generasi sesudahnya terdapat tujuh orang yang terkenal sebagai imam yang kemudian kepada merekalah qiraat dinisbatkan hingga sekarang ini. Para ahli Qiraat yang ada di madinah ialah Abu Jafar yazid bin Al Qaqa dan nafi bin Abdirrahman. Di Makkah, Abdullah bin katsir dan Humaid bin Qais Al Araj. Di Kufah, Ashim bin Abi An-Najud, Sulaiman Al-Amasy. Kemudian Hamzah dan Al-Kisai. Di Basrah, Abdullah bin Abi Ishaq, Isa bin Amr, Abu Amru Ala, Ashim Al Jahdari dan Yaqub Al hadrami. Manakala di Syam ialah Abdullah bin Amir, Ismail bin Abdillah bin Muhajir dan kemudiannya Yahya bin Harits dan Syuraih bin Yazid Al hadrami. Tujuh imam yang terkenal sebagai ahli qiraat diseluruh dunia ialah Abu Amr, Nafi, Ashim, Hamzah, Al-KisaI, Ibnu Amir dan Ibnu Katsir. 3.0 PENGERTIAN DAN PENGENALAN RINGKAS RASM UTHMANI Kalimah al-Rasm bermaksud penulisan. Penulisan adalah berhubung dengan ejaan hurufhuruf yang membentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan. Al-Uthmani pula adalah nisbah kepada Saidina Uthman (khalifah Islam yang ketiga) kerana penulisan al-Quran itu dilakukan dengan arahan beliau. Oleh itu, Rasm Uthmani bermaksud kaedah penulisan yang diguna dan diterima oleh Uthman dan para sahabat dalam penyalinan dan penulisan al-Quran pada zaman beliau. Dalam hal ini, Syeikh Abd al-Munim Kamil Syair telah menyatakan di dalam kitab beliau Al-Ijaz alQurani fi al-Rasm al-Uthmani, iaitu : yang dimaksudkan dengan perkataan ini (Rasm Uthmani) ialah kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam. Maka dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani adalah sebagai sandaran kepada Uthman ibn Affan r.a atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat alQuran. Penulisan al-Quran Rasm Uthmani adalah menurut kaedah-kaedah tertentu di mana ia tidaklah sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan. Ia menggunakan enam kaedah berikut, iaitu :
5 HBQE2203

761114085716001

1. Kaedah pembuangan atau pengurangan huruf ( Hazaf ) 2. Kaedah menambah huruf ( Ziyadah ) 3. Kaedah menuliskan huruf hamzah ( Hamz ) 4. Kaedah mengganti huruf ( Badal ) 5. Kaedah menulis perkataan bersambung dan berpisah ( Fasal dan Wasal ) 6. Kaedah mengenal dua jenis qiraat ( Qiraataani )

Kaedah penulisan Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran sejak dahulu lagi. Ianya diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana wahyu yang disampaikan kepada Baginda melalui Malaikat Jibril. Ini bermakna ia datangnya dari Allah S.W.T. Ia amat penting untuk dipelajari dan dikaji terutamanya apabila kita hendak menulis dan membaca kitab suci al-Quran. Terdapat beberapa keistimewaan Rasm Uthmani, antaranya ialah :

1. Bersifat tauqifi bukan taufiqi, maksudnya ia berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah S.A.W secara langsung. Secara dasarnya, Rasulullah tidak mngajar sesuatu kepada para sahabat melainkan telah mendapat perintah daripada Allah S.W.T.

2. Menjadi sebahagian rukun bacaan al-Quran. Ulama bersepakat bahawa rukun bacaan al-Quran ada tiga dan salah satu daripadanya adalah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz (ganjil) atau bacaan yang ditolak.

3. Meliputi tujuh huruf Maksud tujuh huruf sepertimana yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan.

4. Rasm yang bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir Menurut Sejarah Islam, Rasul melakukan semakan terakhir bacaan al-Quran dengan Malaikat Jibril dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya. Zaid bin Thabit kemudiannya diberi tanggungjawab untuk menulis dan

6 HBQE2203

761114085716001

mengumpulkan al-Quran oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman berdasarkan pembentangan tersebut.

4.0 HUBUNGAN RASM UTHMANI DENGAN ILMU QIRAAT

Seperti mana yang diketahui umum, mushaf pada zaman Khalifah sayidina Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris. Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut merangkumi tujuh huruf yang diturunkan ke atas nabi Muhammad baginda s.a.w berserta qiraat. Ini dapat dilihat dengan jelas dan nyata berdasarkan kepada beberapa contoh berikut iaitu :-

4.1Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan

Terdapat qiraat yang mengandungi lebih dari satu bacaan dan ia ditulis dengan satu penulisan sahaja.Contoh:

/ /
Merujuk kepada perkataan di atas, ia dibaca dengan dua qiraat iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin. Walaupun perkataan tersebut ia ditulis dengan sod, namun huruf asalnya ialah huruf sin. Kedua-duanya merupakan bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut hanya menulisnya dengan huruf sod sahaja sedangkan terdapat beberapa masyarakat Islam ketika itu seperti di Makkah membacanya dengan huruf sin.

4.2 Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama penulisan

Bahagian ini membincangkan qiraat yang ditulis dengan penulisan yang sama di mana ia merangkumi bacaan selainnya. Perbezaan yang wujud hanyalah pada baris dan titik. Misalnya :

:
7 HBQE2203

761114085716001

Perkataan yang bergaris di atas dibaca dengan dua qiraat iaitu huruf ba dan huruf ta. Keduaduanya adalah merupakan bacaan yang mutawatir dan Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris. Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi semua mushaf yang dihantar ke negara-negara Islam. Contoh lain ialah :

:
Berdasarkan pada ayat di atas, perkataan dibaca dengan dua qiraat. Qiraat pertama dibaca dengan mengekalkan huruf alif soghirah selepas huruf mim. Maka ia dibaca dengan dua harakat . Adapun qiraat yang kedua pula dengan membuang alif soghirah tersebut dan dibaca dengan kadar satu harakat sahaja, . Kedua-dua qiraat ini adalah betul lagi Mutawatir dan ia ditulis tanpa titik dan baris. Maka, penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

:
Juga pada kalimah di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu (yakzibun) dan

.(Yukazzibun).

Kedua-dua qiraat ini adalah merupakan qiraat yang betul lagi

mutawatir dan ia ditulis tanpa mempunyai titik dan juga baris. Maka penulisan perkataan tersebut merangkumi kedua-dua bacaan.

4.3 Rasm Uthmani yang berkaitan dengan buang dan tambah (Huruf dan Baris)

Terdapat juga perbezaan qiraat pada satu perkataan di mana ia berkaitan dengan penembahan dan pengurangan huruf. Contoh :

:
Pada kalimah yang bergaris di atas, terdapat dua bacaan yang b erbeza di antara satu sama lain di mana bacaan yang pertama seperti di atas

(oleh Ibnu Kathir, Abu Amr,

Asim, hamzah, Al Kissaie, Yaaqob dan Khalaf al-Asyir), manakala bacaan yang kedua pula
8 HBQE2203

761114085716001

ialah ( oleh Nafi, Ibn Amr dan Abu Jaafar). Oleh sebab bacaan pertama ditulis pada mushaf ahli Kufah dan Basrah, manakala bacaan kedua ditulis pada mushaf ahli Madinah dan Syam. Contoh :

:
Pada ayat di atas, terdapat dua qiraat yang berbeza dari segi penambahan perkataan dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan menambah ilmu pada ayat mengikut bacaan Ibnu Kathir. Terdapat juga penduduk di negara Islam lain membaca dengan membuang . Maka penambahan hanya berlaku pada mushaf Makkah sahaja.

5.0 KESAN KEPADA ILMU QIRAAT TANPA RASM UTHMANI

Rasm Uthmani mempunyai hubungan yang amat rapat dengan ilmu Qiraat. Tanpanya, qiraat akan menjadi shaz (ganjil) dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam ketika membaca Al-Quran.

5.1 Menjadi Qiraat Shazzah kerana tidak menepati salah satu daripada rukun bacaan. Qiraat yang sahih atau Mutawatirah mestilah menepati ketiga-tiga rukun bacaan. Ia mesti sesuai dengan salah satu mushaf Uthmani, di mana bacaan itu hendaklah wujud pada salah satu mushaf walaupun tidak ada dalam mushaf Uthmaniyah yang lain. Shazzah dari segi bahasa bermaksud terkeluar dari jumhur. Manakala dari segi istilah pula adalah setiap bacaan yang berlainan dari apa yang diriwayatkan dari setiap perawi dalam Qiraat yang tujuh. Menurut pendapat al-Allamah al-Syaikh Taj al-Din al-Subki dalam kitabnya Jami al-Jawami: Pendapat yang paling tepat untuk mengenali Qiraat Shazzah itu ialah Qiraat selain daripada Qiraat sepuluh. Kedudukan Qiraat Shazzah dari segi penggunaannya adalah tidak harus dibaca dan tidak dikira sebagai ibadah sekiranya membacanya. Hukumnya akan menjadi haram

9 HBQE2203

761114085716001

sekiranya kita beriktikad (yakin dan percaya) bahawa Qiraat Shazzah tersebut adalah alQuran.

5.2 Menimbulkan kekeliruan Ilmu Qiraat tanpa penulisan Rasm Uthmani akan menimbulkan kekeliruan yang boleh membawa perbalahan antara sesama umat Islam sendiri sebagaimana peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Saidina Uthman dahulu. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 25 Hijrah. Perbalahan hebat itu berlaku di kalangan kaum muslimin antaranya kerana perbezaan kaedah bacaan. Pada ketika itu, penduduk Syam dan Iraq telah berkumpul semasa memerangi negeri Armania dan Azarbaijan. Turut serta ketika itu adalah Huzaifah bin al-Yaman. Beliau mendapati banyak perselisihan yang berlaku adalah berkaitan dengan pembacaan al-Quran. Dalam perselisihan tersebut terdapat peristiwa caci-mencaci. Beliau menganggap perkara ini suatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat Islam, lalu beliau menceritakan hal ini kepada Khalifah Uthman. Akhirnya, Saidina Uthman memutuskan dan mengarahkan empat orang sahabat untuk menulis al-Quran dalam bentuk mushaf. Ia merupakan penyalinan ayat-ayat al-Quran yang sudah tercatat dalam suhuf Saidina Abu Bakar dan menjadikannya kepada beberapa jilid (mushaf) serta mengutusnya kepada setiap kota dalam negeri Islam. Tujuan utama penulisan al-Quran dalam bentuk Mushaf ini adalah supaya seluruh umat Islam bersatu dan mempunyai persamaan dalam pembacaan kitab suci mereka menurut apa yang terkandung dalam mushaf-mushaf dan menurut Qiraat-qiraat yang didapati sabit dan sah daripada Rasulullah s.a.w. dengan cara mutawatir. Qiraat-qiraat selain daripada itu dihapuskan.

6.0 KESIMPULAN/PENUTUP Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan r.a. Ia merupakan satu kaedah yang sangat hebat dan tinggi nilainya. Keagungannya dapat dilihat menerusi hubung kaitnya dengan perbezaan Qiraat
10 HBQE2203

761114085716001

yang pelbagai di dalam al-Quran. Kepelbagaian perbezaan Qiraat ini menyebabkan perlunya kepada penulisan yang diseragamkan supaya umat Islam khususnya pada zaman tersebut tidak terkeliru dari segi bacaan mutawatirah dan shazzah. Oleh itu, ilmu Qiraat amat perlu kepada Rasm Uthmani dan tidak boleh dipisahkan antara keduanya. Ilmu ini perlulah sentiasa dipelihara dalam usaha memartabatkan al-Quran dan Qiraat demi melahirkan generasi yang celik al-Quran pada setiap zaman.

11 HBQE2203

761114085716001
RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim Abdul Qadir Leong (2008). Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd. Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran (Mengenal ilmu, sejarah dan kandungan al-Quran). Batu Caves : PTS Publications Distributors Sdn. Bhd. Sayyid Muhammad Alwi Al-Maliki (2010). Keistimewaan-keistimewaan Al-Quran. Kuala Lumpur : Alam Raya Enterprise Syaikh Manna Al-Qaththan (terj) Haji Annur Rafiq El-Mazni (2006). Pengantar Studi Ilmu Al-Quran. Jakarta Timur : Pustaka Al-Kauthar http://amalaninsanulquran.blogspot.com/p/soaljawab.html www.ustazrahim.net/qiraat2011/

12 HBQE2203

Anda mungkin juga menyukai