Anda di halaman 1dari 8

KOD : EID 1143 ULUM AL-QURAN

DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN ISLAM

NAMA PELAJAR : HABIBUNNAJAH BIN MOHAMAD FAUZA

NOMBOR MATRIK : 3232012571

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK : PENGERTIAN ULUM QURAN

NAMA PENSYARAH : HASRI BIN HARUN


NO DAFTAR TAJUK MUKASURAT

1. DAFTAR TAJUK 2

2. PENGERTIAN ULUM AL-QURAN DARI SEGI BAHASA DAN 3


ISTILAH
3. TAHAP PERKEMBANGAN ILMU ULUM AL-QURAN 4

4. BIDANG PERBAHASAN ULUM AL-QURAN 6

5. FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN 8


PENGERTIAN ULUM QURAN DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
1.0 ‘Ulum al-Qur’an, dari segi bahasa, merupakan gabungan dua kata bahasa Arab iaitu ‘Ulum
dan al-Qur’an . Perkataan ulum adalah bentuk jamak dari kata ‘ilm yang merupakan bentuk
masdar dari kata ‘alima, ya’lamu yang bermaksud mengetahui. (Mahmud Yunus: 1990).
Dalam Qamus al-Muhit kata ‘alima disinonimkan dengan kata ‘arafa iaitu mengetahui dan
mengenal. Kata ‘ilm semakna dengan ma’rifah yang bermaksud “pengetahuan”. Sedangkan
ulum bermaksud sejumlah pengetahuan.

Menurut istilah, “Al-Qur’an” adalah firman Allah yang bersifat mu’jizat yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad, yang tertulis dalam mushaf-mushaf, yang dinukil dengan jalan
mutawatir dan yang membacanya merupakan ibadah. Menurut Al-Jurjani, Al-Qur’an adalah
wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah yang ditulis dalam mushaf dan diriwayatkan
secara mutawatir (beransur-ansur).

Menurut kalangan pakar usul fiqih, fiqih, dan bahasa Arab, Al-Qur’an adalah kalam Allah
yang diturunkan kepada Nabi-Nya, lafadz-lafadznya mengandung mu’jizat, membacanya
bernilai ibadah, diturunkan secara mutawatir dan ditulis dari surat Al-Fatihah sampai akhir
surat yaitu An-Nas. Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahwa kata “Al-
Qur’an” adalah firman Allah yang bersifat mu’jizat yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW dengan perantara malaikat Jibril yang tertulis dalam mushaf-mushaf yang
dinukil kepada kita secara mutawatir, membacanya bernilai ibadah, yang diawali dengan
surat Al-Fatihah dan diakhiri dengan surat An-Nas.

Ulum al- Qur’an , menurut Manna’ al-Qattan (1973) adalah: “Ilmu yang mencakup
pembahasan-pembahasan yang berhubungan dengan Al-Qur’an, dari segi sebab turunnya,
pengumpulan dan urutan-urutannya, pengetahuan tentang ayat-ayat makkiyyah dan
madaniyyah, nasikh dan mansukh, mahkam dan mutasyabih, dan hal-hal lain yang berkaitan
dengan Al-Qur’an.

al-Zarqaniy (tanpa tahun) memberikan definisi yang tidak jauh berbeda dengan al-Qattan,
bahwa ulum al- Qur’an adalah: “Beberapa pembahasan yang berhubungan dengan Al-Qur’an
dari segi turunnya, susunannya, pengumpulannya, penulisannya, bacaannya, tafsirnya,
kemukjizatan, naskh dan mansukhnya, penolakan dari hal-hal yang bisa menimbulkan
keraguan terhadapnya, dan sebagainya”.
TAHAP PERKEMBANGAN ILMU ULUM AL-QURAN

2.0 Dalam usaha untuk menjelaskan tentang pertumbuhan dan perkembangan Ulum Al-
Quran, maka pada umumnya hal tersebut dapatlah ditinjau dalam tiga tahap, dengan menilai
tahap yang dilalui oleh ilmu ini, iaitu yang pertama, Tahap sebelum dituliskan dalam bentuk
buku. Rasulullah dan para sahabat merupakan orang dan golongan yan paling arif dan faham
tentang isi kandungan al-Quran dan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya. Walaupun
begitu, kearifan dan kefahaman meraka terhadap al-Quran belum ditulis dan belum
dikumpulkan dalam bentuk buku. Hal itu disebabkan mereka waktu itu tidak perlu dan tidak
terdesak untuk berbuat demikian.Pada masa sahabat tidak perlunya kepada pembukuan Ulum
al-Quran jelas apabila kita teliti dan tinjau di mana Nabi orang pertama yang menerima
wahyu daripada Allah. Antara lain, Allah sendiri yang melimpahkan rahmat-Nya kepada
Nabi dengan cara mengumpulkan al-Quran di dalam dada Nabi, dan Baginda telah
membacanya secara rahsia dan pengertian al-Quran.

Manakala para sahabat pula merupakan golongan yang terdiri daripada kalangan Arab Tulen.
Justeru itu mereka dapat memahami ayat-ayat al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah.
Seandainya timbul sebarang masalah dalam mamahami sesuatu ayat, mereka akan menemui
Rasulullah dan meminta penjelasan tentang perkara itu. Selain dari itu, ada para sahabat yang
tidak pandai menulis dan alat tulis pada masa itu berkurangan, ini merupakan salah satu
faktor dan halangan untuk menulis dan membukukan ilmu tersebut. Konteks lain juga,
ditambah dengan larangan Nabi kepada sahabat daripada menulis apa-apa yang Baginda
sampaikan kepada mereka selain daripada al-Quran. Hal itu, kerana Baginda bimbang
bercampur aduknya al-Quran dengan perkara lain seperti hadis-hadis.Dengan itu dapatlah
dirumuskan bahawa ilmu-ilmu mengenai al-Quran telah sedia ada dan tumbuh secara kukuh
pada awal Islam. Berdasarkan faktor-faktor di atas, maka ilmu tersebut disampaikan secara
lisan sahaja.

Yang kedua pula adalah Tahap persediaan kearah penulisan bentuk buku. Pada zaman
Saidana Uthman, mula berlaku percampuran di antara orang Arab dengan bangsa-bangsa
lain. Keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan akan terhakis keistimewaan keAraban
bangsa Arab dan pada msa yang sama juga telah timbul perselisihan dalam membaca al-
Quran. Oleh sebab itu, khalifah Uthman telah memerintahkan supaya al-Quran disalin di
dalam satu mashaf yang rasmi. Tindakan Uthman itu telah dianggap meletakkan batu kepada
satu ilmu yang dikenali sebagai Rasm al-Quran atau ilmu Rasm al-Uthmani.
Kemudiannya, Saidina Ali telah memerintahkan Abu Aswad al-Du’ali supaya mencipta
beberapa kaedah nahu Bahasa Arab bagi memelihara keselamatan Bahasa Arab. Oleh itu juga
bolehlah dikatakan dan dianggap bahawa Saidina Ali adalah orang pertama yang meletakkan
asas bagi ilmu I’rab al-Quran.
Seterusnya pula, terdapat sejumlah para sahabat dan Tabi’in telah meletakkan asas bagi
bidang ilmu Tafsir, Ilmu Asbab al-Nuzul, Ilmu al-Nasakh dan Mansukh, Ilmu Gharib al-
Quran dan bidang-bidang lain yang bernaung di bawah Ulum Al-Quran. Diantara tokoh
tersebut ialah keempat-empat khalifah al-Rasyidin, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Mujahid,
‘Ikrimah dan al-Hasan al-Basri. Oleh itu, tempoh ini dianggap sebagai tahap persediaan kea
rah pembukuan bidang Al-Quran.

Pada tahap ketiga pula adalah Tahap penulisan dalam bentuk buku.Pada kurun kedua Hijrah
telah muncul sebagai kitab dalam berbagai bidang dalam kajian Ulum al-Quran. Bidang
kajian pertama ialah ilmu Tafsir, kerana ia dianggap sebagai ibu kepada ilmu-ilmu yang ada
hubungan dengan al-Quran. Diantara kalangan penulis Tafsir yang terawal ialah Syu’bah al-
Hajjaj (m. 160H), Sufian Ibn ‘Uyainah (m. 197H) dan Waki’ al-Jarrah (m. 197H). cara
tafsiran meraka pula ialah dengan mengumpulkan segal pendapat para sahabat dan tabi’in.
Kemudian muncul seorang ahli Tafsir yang terkenal iaitu Ibn Jarir al-Tabari yang telah
menghasilkan sebuah kitab Tafsir yang cukup terkenal hingga hari ini. Penulisan dalam
bidang Tafsir terus mendapat perhatian dari kalangan ulama hingga kini. Bidang-bidang lain
yang berhubung dengan al-Quran, selain Tafsir juga dikarang secara berperingkat-peringkat.

Pada kurun ke-3 Hijrah, Ali Ibn al-Madini telah mengarang kitab Asbab al-Nuzul, Abu
‘Ubaid al-Qasim Ibn Salam (m.224H) telah menulis mengenai al-Nasakh dan al-Mansukh.
Kemudian muncul penulis yang berkaitan khusus dengan Ulum al-Quran iaitu Ali Ibn
Ibrahim Ibnu Said al-Khaufi (m. 439H) dengan kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, Tahir
al-Jazairi dengan kitab al-Tibyan Fi Ulum al-Quran dan Subhi al-Saleh dengan kitabnya
Mahahith Fi Ulum al-Quran.
BIDANG PERBAHASAN ULUM AL-QURAN

3.0 1. Ilmu Tafsir & Ta'wil al -Quran


-Dikesan pada abad ke-2H dan Mengumpulkan koleksi periwayatan tafsir yang diriwayatkan
daripada para sahabat.Tokoh terbesar adalah Sufian Uyainah, Waki' al-Jarrah dan Syu'bah al-
Hajjaj.

2. Ilmu I'rab al-Quran


-Saidina Ali dikatakan pelopor kepada ilmu ini kerana beliau telah memerintahkan Abu Aswad
ad-Duali mencipta kaedah Nahu (tatabahasa Arab). Tokoh : Ali b. Ibrahim al-Khaufi

3. Ilmu Qiraat al-Quran


-berkaitan dengan cara bacaan al-Quran
Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

4. Ilmu Nasikh Mansukh


-berkaitan dengan ayat-ayat menasakhkan (menghapuskan/memadamkan) ayat-ayat yang lain
sama ada dari segi bacaannya, hukumnya atau kedua-duanya sekali.
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

5. Ilmu Sebab Nuzul


-berkaitan sebab-sebab atau peristiwa-peristiwa penurunan ayat.
-Tokoh : Ali al-Madini ( Guru Imam Shafie)

6. Ilmu Makki & Madani


-membicarakan tentang ayat-ayat atau surah-surah yang dinisbahkan kepada Makkah dan
Madinah.
-Tokoh : Muhammad b. Ayub ad-Dirris

7. Ilmu Fadhail
-membicarakan tentang kelebihan dan kehebatan al-Quran
-Tokoh : Abu Ubaid al-Qasim b. Salam

8. Ilmu Gharib al-Quran


-membincangkan tentang perkataan-perkataan yang sukar terdapat dalam ayat-ayat al-Quran
-Tokoh : Abu Bakar al-Sajistani

9. Ilmu Amthal al-Quran


- membincangkan tentang perumpamaan-perumpamaan yang terdapat dalam al-Quran
Tokoh : Al-Mawardi

10. Ilmu Majaz al-Quran


-membincagkan tentang ayat-ayat al-Quran yang mengandungi simbolik bahasa Arab
11. Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat
-membincangkan hukum yang jelas dan kesamaran
-Tokoh : Ibnu Taimiyah

12. Ilmu Jadal Al-Quran


-membincangkan tentang hujah-hujah atau dalil-dalil dalam gaya bahasa arab untuk
menetapkan sesuatu
-Tokoh : Najmuddin at-Thufi

13. Ilmu Aqsam al-Quran


-membincagkan tentang jenis-jenis sumpah yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran
Tokoh ; Ibnu Qayyim
FAEDAH MEMPELAJARI ULUM AL-QURAN

4.0 Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat besar kepada
setiap individu dan masyarakat antaranya adalah dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran. Selain itu dapat menambahkan keyakinan kepada
pengkaji al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan
manusia.
Di samping itu juga dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia
diturunkan sampai sekarang dimana jalan penyampainnya adalah secara mutawatir dan
membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta mengeluarkan hukum
daripadanya.
Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan perkara yang
berkaitan dengan al-Quran.dan kelebihan seperti memahami kalam Allah atau al-Quran
sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in.
Akhir sekali dapat mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir al-Quran dan Mengetahui
keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran. serta Dapat mentafsir al-Quran
dengan baik dengan mempelajarinya.

Anda mungkin juga menyukai