Anda di halaman 1dari 12

ABSQ2103

ULUM AL-QURAN
SEPTEMBER 2016

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KOTA BHARU, KELANTAN

0
PENGAJIAN ULUM AL-QURAN

1.0 PENGENALAN PENGAJIAN ULUM-AL-QURAN


Pengajian yang berkaitan dengan ulum Al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting
untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang
terdapat dalam Al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih sempurna. Walaupun secara pasti
dan tersusun pengajian dan penulisan serta pembukuan tentang Ulum al-Quran baru di susun
pada abad ke 3 hijrah , namun sebenarnya ia telah bermula secara tidak langsung semenjak
zaman Nabi,sahabat dan tabi’in. Cuma apa yang berlaku pada zaman tersebut perbahasan
tentang ulum al-Quran masih belum teratur dan berselerak (Hidayat, 2013).

Dikalangan sahabat yang alim dan terkenal dalam bidang tafsir dan Ulum Al-Quran ialah;
1- Khulafa’ al-Rasyidin
2- Ibn Abbas
3- Ibn. Mas’ud
4- Ubai Ibn Kaab
5- Zaid Bin Thabit
6- Abu Musa al-Asyari
7- Abdullah Ibn Al-Zubir

Dikalangan Tabiin yang alim dan terkenal dalam bidang Tafsir dan Ulum al-Qu’an ialah:
1- Qatadah
2- Ata’ Ibn Yasar
3- Mujahid
4- Sa’id Bin Jubair
5- Hasan Al-Basri
6- Zaid Bin Aslam

1
Pengertian Ulum Al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan
Pengertian pada bahasa:
Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ‘ilm. Ia boleh ditakrifkan
sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran
pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz yang telah diturukan kepada nabi
Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu
ibadat. Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.

Pengertian pada Istilah:


Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya,
sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran, I’jaz, nasikh
mansukh,sebab-sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-Quran.

Zarqani:
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya,
pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, I’jaznya, nasikh dan
mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.

Imam al-Suyuti:
Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi
penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan
dengannya.

2.0 KENAL PASTI DAN MENJELASKAN KARYA ULUM AL-QURAN


TEMPATAN
Al-Quran al-Karim wa Bihamisyihi Turjuman al-Mustafid
Oleh Syekh Abdurrauf bin Ali al-Fansury al-Singkily. Tarjuman al-Mustafid merupakan
salah sebuah karya Melayu terawal dalam bidang agama, bahkan merupakan karya tafsir
lengkap yang terawal di alam Melayu. Selama lebih daripada tiga abad, ia dikenali sebagai
terjemahan Tafsir al-Baydawi. Karya ini menjadi rujukan bukan sahaja oleh orang awam
bahkan pusat-pusat pengajian pondok dan pesantren. Nilainya yang tinggi telah
menyebabkan para ilmuwan mengkajinya dari pelbagai aspek seperti sejarah, bahasa,
pengaruh dan sebagainya. Kitab ini beredar di pelosok alam Melayu sebagai Terjemahan
Tafsir al-Badawi.
2
Kitab ini dikarang oleh Syeikh Abdul Rauf al-Singkeli, salah seorang ulama Aceh pada abad
ke 17 Masihi. Ia dinamakan Tarjuman al-Mustafid yang bermaksud ‘Penunjuk Bagi Peraih
Faedah Ilmu’. Karya ini dianggap sebagai karya lengkap kitab tafsir Melayu terawal ditulis di
Alam Melayu. Sebelum itu pernah ada tafsir surah al-Kahf yang ditulis di zaman Hamzah al-
Fansuri atau Shams al-Din al-Sumatrani dengan gaya tafsir al-Khazin, namun ia hanya satu
surah sahaja dan bukan tafsiran lengkap kepada al-Quran. Kitab tafsir Tarjuman al-Mustafid
ini bukan sahaja tersebar luas di bumi Melayu, bahkan juga hingga ke Turki, Mesir, Mekah,
dan sebagainya.

Di Tanah Melayu, ia menjadi tafsir al-Quran yang lengkap hampir tiga abad sebelum
kelahiran kitab-kitab tafsir yang lain. Manuskrip tulisan tangan ini akhirnya dicetak dengan
pertamanya bermula apabila Syeikh Muhammad Zain al-Fatani membawa manuskrip
Tarjuman al-Mustafid ke Turki serta ditunjukkan kepada Sultan Turki (Mohd, et.al, 2014).
Baginda berkenan supaya beliau menyemak serta mencetaknya. Setelah beberapa kali
dicetak, maka tampillah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi membuat pembetulan serta
mengadakan nota kaki terhadap beberapa perkara yang kurang lengkap atau mengelirukan.

Kitab Turjuman al-Mustafid


Manuskrip yang ketebalannya mencecah 697 halaman ini sangat penting bagi menunjukkan
bahawa perkembangan tafsir al-Qur’an bukan hanya terbatas kepada kitab Tarjuman al
Mustafid semata-mata. Namun kitab-kitab lain juga turut dikarang oleh ulama Melayu. Walau
bagaimanapun, manuskrip tafsir al-Qur’an ini tidak dapat dikenal pasti pengarangnya
memandangkan fizikalnya terlalu uzur dan teksnya tidak lengkap malah bahagian awal dan
akhirnya telah hilang

Kitab Tafsir
Selain dari kedua-dua manuskrip di atas, penulisan tafsir al-Qur’an lebih kepada penulisan
terjemahan makna-makna al-Qur’an bagi surah-surah tertentu sahaja. Antara manuskrip yang
ditemui ialah manuskrip yang bertajuk Kitab Tafsir. Manuskrip ini mengandungi tafsir atau
terjemahan bagi surah al-Fatihah dan al-Baqarah berserta ikhtilaf antara imam-imam qari dari
sudut qiraatnya. Turut dinyatakan ialah kisah-kisah yang berlaku mengikut ayat-ayat al-
Qur’an yang berkaitan. Selain itu terdapat juga manuskrip yang bertajuk Tafsir al-Qur’an
yang merupakan kitab terjemahan al-Quran bagi himpunan surahsurah terpilih daripada juzuk
16 hingga juzuk 30
3
Mir’at al-Qur’an
Merupakan manuskrip yang paling banyak di dapati dan ianya dianggap sebagai Kitab tajwid
pertama yang disusun dalam Bahasa Melayu. Penyusun kitab ini ialah Ibnu Syeikh Abdul
Mu’ti Ibnu Syeikh Muhammad Salih. Ulama ini tidak menjelaskan dari mana beliau berasal.
Walau bagaimanapun apabila memperhatikan kemunculan kitab Mir'atul Quran pada tahun
1193H/1779M, maka dapat dipastikan bahawa beliau adalah sezaman dengan beberapa ulama
terkemuka seperti Syeikh Abdus Samad al-Falimbani dan Syeikh Muhammad Arsyad bin
Abdullah al-Banjari.

Tajuk lengkap karya beliau ialah Mir’at al-Quran fi Tashil li Ma’rifati Ahkam alTajwid lil
Mulkil Wahhab. Dalam koleksi Pusat Manuskrip Melayu, terdapat sebelas buah manuskrip
kitab ini. Beberapa buah disimpan di Muzium Islam Pusat Islam Kuala Lumpur dan koleksi
peribadi al-Marhum Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah. Berdasarkan carian di internet, kami
juga menemui satu salinan manuskrip ini yang di simpan di King Sa’ud Universiti, Arab
Saudi. Berdasarkan maklumat tersebut kami mengandaikan bahawa kitab ini cukup masyhur
dan digunakan dalam pengajian tajwid di Alam Melayu dan juga di Timur Tengah (Mohd,
et.al, 2014).

3.0 MEMBINCANGKAN TOPIK PEMBAHASAN TERPILIH DALAM KARYA


ULUM AL-QURAN
i. Ilmu Nasikh Mansukh
Di dalam al-Qur'an ada ayat-ayat mengenai perintah atau larangan tertentu yang kaedah
hukumnya telah diganti atau dipindahkan ke ayat lain yang notabene merupakan kesimpulan
hukum dari perintah atau larangan tersebut. Ilmu yang berkaitan dengan permasalahan
semacam ini dikenal dengan istilah nasakh.

Nasakh ( an-Nashu ) menurut istilah bahasa pengertiannya menunjukkan kepada suatu


ungkapan yang berarti membatalkan sesuatu kemudian meletakkan hal lain sebagai
pengganti, dengan cara menghapuskan sama sekali atau memindahkan. Pengertian nasakh
meliputi 2 hal, yakni nasikh artinya adalah pengganti (yang menghapuskan), sementara
mansukh adalah yang diganti (yang dihapuskan). Bab nasakh merupakan salah satu tiang
penyangga yang paling besar dalam ijtihad, kerana untuk memahami pengertian perintah-
perintah amatlah mudah iaitu hanya dengan melalui makna lahiriah (tersurat) dan berita
-berita yang ada, demikian pula untuk mengetahui bebannya tidaklah sukar pelaksanaannya.
4
Hanya saja yang menjadi kesulitan itu ialah mengetahui bagaimana caranya mengambil
kesimpulan hukum dari makna-makna yang tersirat di balik nas . Para imam berkata:
Seseorang tidak boleh menafsirkan al-Qur'an sebelum mengetahui nasikh dan mansukhnya.

Pembahasan Mengenainya
Nasakh diketahui melalui riwayat yang tegas dari Rasululah saw. atau dari seorang shahabi
yang berkata: Ayat ini menasakhakan ayat itu. Kadang-kadang dengan nasakh ini
pertentangan antara dua ayat dapat diselesaikan, tentu saja dengan mengetahui sejarah
sehingga dapat diketahui mana yang lebih awal atau akhir turunnya. Dalam mengetahui
nasakh tidak boleh bersandar kepada para mufassirin atau ijtihad para mujtahidin tanpa
berdasarkan kepada nas yang sahih. Sebab nasakh ini bererti mencabut suatu undang-undang
dan menetapkan undang-undang yang lain yang telah ditetapkan di zaman Rasulullah saw.
Kerana itu ia harus berdasarkan kepada riwayat dan sejarah yang sahih, tidak boleh
berdasarkan kepada pendapat dan ijtihad (Ahmad & Ahmad, 1997).

ii. Ilmu Asbabun Nuzul


Dari segi istilah, asbabun nuzul membawa maksud apa-apa peristiwa yang berlaku yang
menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat, atau pemberian jawapan terhadap
sebabnya, atau untuk menerangkan tentang hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu
atau sebagai menjawab pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah. Lalu turunlah ayat bagi
menjelaskan perkara tersebut.

Menurut Manna Khalil al-Qattan dalam bukunya Mabaahits Fii ‘Uluumil Qur’an, Asbabun
nuzul adalah sesuatu yang kerananya AlQuran diturunkan untuk menerangkan status
(hukun)nya, pada masa hal itu terjadi, baik berupa peristiwa mahupun pertanyaan (Yusuf,
1999). Oleh itu asbabun nuzul dapat diertikan sebagai sebab sebab turun ayat. Dan ‘sebab’ ini
dapat dilihat dalam bentuk peristiwa yang berlaku. Apabila ayat diturunkan sebagai
penjelasan atau penceritaan sempena berlakunya sesuatu peristiwa.maka peristiwa tersebut
dinamakan asbabun nuz.

Pembahasan Mengenainya
Untuk mendapatkan pengetahuan tentang asbabun nuzul ,tidak boleh dengan hanya
bersandarkan pendapat atau akal fikiran atau Bi al-ra’yi semata-mata. Sebaliknya perlulah
disandarkan kepada riwayat yang sahih dan mendengar serta menyaksikan sendiri ayat itu
5
diturunkan ataupun mereka mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji mengenainya. Mereka
mestilah terdiri dari kalangan sahabat, tabi’in dan mereka yang bertungkus lumus mengkaji
ilmu ini yang terdiri dari kalangan ulama yang dipercayai (Rosmawati, 2010).

Al Wahidi berkata “ Tidak boleh berbicara sebab turunnya ayat-ayat al Quran, kecuali dengan
periwayatan yang dinukilkan dari mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui
sebab-sebab turunnya dan meneliti ilmunya (Jalaludin, 2008).

Untuk mengetahui asbabun nuzul bukanlah perkara mudah, ia mestilah berdasarkan panduan
dan riwayat yang sahih. Ulama salaf dan ahli tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati dalam
masalah ini. Ulama biasanya mengetahui sebab turunnya sesuatu ayat melalui riwayat para
tabi’in atau melalui sahabar Rasulullah atau melalui riwayat yang secara sah berasal daripada
nabi. Dan riwayat-riwayat tersebut bukanlah pendapat semata-mata , tetapi merupakan
riwayat yang marfu’ yang bersandarkan kepada nabi, barulah riwayat tersebut diterima
sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat-riwayat yang sah bersandarkan kepada nabi atau
riwayat marfu’ itu adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hal ini seperti yang
dijelaskan oleh al-Wahidi: “ Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan
asbab nuzul , kecuali dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan
mendengar sendiri secara langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat,
mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya.

iii. Ilmu Majaz


Al-Qur'an merupakan kalamullah yang diturunkan kepada umat manusia untuk di baca,
difahami dan diamalkan apa-apa yang dikandungnya. Dan Rasul yang di pilih-Nya untuk
menerima wahyu tersebut adalah Nabi Muhammad saw yang berasal dari bangsa Arab. Oleh
karana itu, dengan kehendak-Nya, al-Qur'an di turunkan oleh-Nya kepadanya dengan
bahasanya dan bangsanya, yaitu bahasa Arab.

Hal ini dimaksudkan agar Nabi Muhammad saw bisa melafalkannya dengan baik dan benar,
mencerna dan memahaminya secara langsung, sehingga tugas yang dibebankan kepadanya,
yaitu menyampaikan wahyu kepada umatnya, bisa sampai kepada mereka dari berbagai
seginya: lafadz, makna dan kandungannya, juga agar mereka sendiri tidak mengalami
6
kesukaran dalam menerima, melafalkan, mencerna dan memahami apa yang di sampaikan
olehnya kepada mereka dari ayat-ayat al-Qur'an tersebut. Namun ketika bangsa Arab pada
waktu itu sangat menyukai gaya bahasa yang tinggi dan indah, maka al-Qur'anpun di
turunkan oleh-Nya dengan gaya bahasa yang lebih tinggi dan indah dari gaya bahasa yang
berkembang pada saat itu yang tidak ada tandingannya agar menjadi perhatian mereka
sekaligus melemahkan gaya bahasa mereka dihadapan gaya bahasa Allah (kalamullah)
sehingga mereka tertarik dan terpengaruh olehnya, dan akhirnya mereka mengikuti apa yang
di kandungnya.

Pembahasan Mengenai
Perbedaan Pendapat Mengenai Ada Tidaknya Majaz di dalam Al-Qur'an
Berkaitan dengan persoalan majaz, secara historis setidaknya ada tiga kelompok berbeda
pandangan, yang memposisikan majaz sebagai lawan dari haqiqat, iaitu (Narsh, t.t.):
Pertama, Mu’tazilah, yang secara dogmatis ajarannya banyak bersinggungan dengan majaz.
Mereka menjadikan majaz sebagai senjata untuk memberikan interpretasi terhadap teks-teks
yang tidak sejalan dengan pemikiran mereka.

Kedua, Dzahiriyah, kelompok yang menolak keberadaan majaz baik dalam bahasa maupun
dalam al-Qur’an, dan sebagai konsekuensi mereka juga menolak adanya ta’wil (interpretasi).
Pada intinya, mereka menentang dengan keras pemahaman terhadap teks yang melampaui
bahasa.

Ketiga, Asy’ariyyah, yang mengakui adanya majaz dengan persyaratan-persyaratan tertentu.


Paling tidak mereka memposisikan diri secara moderat di antara dua kelompok tersebut di
atas.

Perbedaan pendapat berkenaan dengan eksistensi majaz dalam al-Qur’an ini, disebabkan
karena perbedaan analisis dan kesimpulan mengenai asal-usul bahasa. Kalangan Mu’tazilah
berkeyakinan, bahwa bahasa semata-mata merupakan konvensi murni manusia. Sementara
kalangan Dzahiriyah berkeyakinan, bahwa bahasa merupakan pemberian Tuhan (tawqify)
yang diajarkan kepada Adam, dan setelah itu beralih kepada anak keturunannya. Berbeda
dengan kelompok Asy’ariyyah, yang menyatakan bahasa merupakan kreativitas manusia,
akan tetapi tidak bisa dipungkiri, bahwa Tuhan juga berperan dalam memberikan kemampuan
kepada manusia.
7
iv. Ilmu Jadal Al-Qur’an
Posisi al-Qur’an sebagai kitab terakhir yang diturunkan Tuhan kepada manusia
mengharuskannya untuk selalu relevan dan mampu menembus ruang dan waktu (salih li kulli
zaman wa al-makan). Fenomena jadal al-Qur’an adalah salah satu bentuk nyata relevansi al-
Qur’an, di mana ia selalu berdialog dengan lokalitas dan temporalitas para pembacanya.
Perkembangan studi al-Qur’an kontemporer, khususnya kajian jadal al-Qur’an, justru
berjalan kontra-produktif dengan tujuan penurunan al-Qur’an itu sendiri. Para pengkajinya
cenderung memahami fenomena jadal menggunakan pendekatan moral dan hukum dengan
status halal-haram dan tata cara berdebat yang baik sebagai fokus kajiannya. Ironisnya,
sebagian pihak malah menelan mentah-mentah fenomena tersebut sehingga menghadirkan
pemahaman yang meresahkan. Akhirnya al-Qur’an hanya menjadi standard penentuan hukum
dan kehilangan keluwesannya untuk berdialog dengan siapapun yang membacanya.

Pembahasan Mengenainya
Berbagai upaya dalam membantah kebenaran al-Qur`ân, dilakukan manusia sejak masa
turunnya, namun selalu kandas. Sebab bantahan al-Qur`ân selalu lebih kuat. Kekuatan
bantahan al-Qur`ân ini, antara lain adalah dalam kedudukan uslub bahasanya yang juga
bermuatan mu’jizat. Menurut al Zarqani bahwa di antara kemukjizatan al-Qur`ân terdapat
pada “kefasihan lafadznya serta keindahan uslubnya yang tidak bisa ditandingi.”
Pembicaraan di sekitar bantah membantah dalam al-Qur`ân itulah yang kemudian dalam
disiplin ‘Ulum al-Qur`ân dikenal dengan istilah Jadal al-Qur`ân. Tulisan ini, akan mencoba
melihat permasalahan di sekitar Jadal al-Qur`ân tersebut, meliputi: pengertian Jadal, macam
dan topiknya, tujuan dan metodenya.

Jadal al-Qur`ân memiliki berbagai tujuan, yang dapat ditangkap dari ayat-ayat al-Qur`ân yang
mengandung atau yang bernuansa Jadal. Secara umum, kegunaan Jadal A-Qur’an bagi kita
umat muslim ialah untuk memperkuat iman kita karena dengan adanya perdebatan-
perdebatan dalam Al-Qur’an mampu membuka cakrawala kita tentang kebenaran Allah, kitab
Allah dan para RosulNya. Serta menambah pengetahuan kita bahwa Allah dan kebenaran Al-
Qur’an tidak terbantahkan.

8
Ilmu Aqsam Al-Quran
cara etimologi aqsam merupakan bentuk jamak dari kata qasam. Kata qasam memiliki makna
yang sama dengan dua kata lain yaitu: halaf dan yamin yang berarti sumpah. Sumpah
dinamakan juga dengan yamin karena kebiasaan orang Arab ketika bersumpah saling
memegang tangan kanannya masing-masing.

Sedangkan secara terminologi aqsamul Qur’an adalah ilmu yang membicarakan tentang
sumpah-sumpah yang terdapat dalam al-Qur’an. Kemudian yang dimaksud sumpah sendiri
adalah sesuatu yang digunakan untuk menguatkan pembicaraan. Menurut al-Jurjani seperti
yang dikutip oleh Hasan Mansur Nasution sumpah adalah sesuatu yang dikemukakan untuk
menguatkan salah satu dari dua berita dengan menyebutkan nama Allah atau sifatnya Lain
halnya dengan Miftah Faridl dan Agus Syihabudin, menurut mereka sumpah adalah salah
satu alat taukid yang cukup efektif didalam kelaziman perhubungan atau komunikasi.

Pembahasan Mengenainya
Sumpah (qasam) dalam ucapan sehari-hari merupakan salah satu cara untuk menguatkan
pembicaraan yang diselingi dengan pembuktian untuk mendorong lawan bicara agar bisa
menerima/mempercayainya. Jadi apa makna sumpah dari Allah Swt tersebut.? Abu Al-Qasim
Al-Qusyairi menjawab bahwa sesuatu dapat dipastikan kebenarannya dengan dua cara, yaitu
persaksian dan sumpah. Kedua cara itu dipergunakan Allah dalam Al-Qur’an sehingga
mereka tidak memiliki hujjah lagi untuk membantahnya. Al-Qur’an diturunkan untuk seluruh
manusia, dan manusia mempunyai sikap yang berbeda-beda terhadapnya. Diantaranya ada
yang meragukan, ada yang mengingkari dan ada pula yang amat memusuhi. Karena itu
dipakailah qasam dalam kalamullah, guna menghilangkan keraguan, melenyapkan
kesalahfahaman, menguatkan berita, dan menetapkan hukum dengan cara paling sempurna.

4.0 MENGANALISIS PERBEZAAN ANTARA AL-BURHĀN DAN AL-ITQĀN


Analisis perbandingan ayat 1:
Pada kedua-dua penafsiran ayat 1 ini, terdapat perbezaannya dari sudut tema perbincangan.
Tafsir al-Azhar membincangkan tentang kesempurnaan dalam beragam perlukan pada wahyu
dan tauladan dari Rasulullah. Manakala Tafsir Fi Zilal al-Quran pula membincangkan tentang
wahyu itu sebagai keperluan hidup manusia kerana dengan penolakkan wahyu seseorang
akan dianggap tidak beriman. Adapun dari sudut metodologi penafsiran juga terdapat
perbezaan antara kedua-dua buah tafsir. Tafsir al-Azhar menggunakan penafsiran bi ma’thur

9
iaitu penafsiran ayat al-Quran dengan pendapat Sahabat daripada riwayat Ibnu Abbas dalam
menerangkan pangkal ayat pertama. Manakala Sayyid Qutb menafsirkan ayat ini
keseluruhannya bi ra’yi

Analisis perbandingan ayat 2:


Terdapat persamaan antara kedua tafsir dalam penafsiran ayat 2 dari sudut temanya iaitu
kesaksian atas kebesaran ciptaan-Nya kepada manusia. Selain itu penafsiran dalam kedua-dua
penafsir ini adalah bi ra’yiyang mana penafsirannya berdasarkan pengalaman dan pandangan
dalam akidah Islam.

Analisis perbandingan ayat 3:


Terdapat persamaan tema dalam penafsiran ayat ini dalam kedua-dua buah tafsir iaitu
kebesaran Allah SWT yang terdapat di bumi untuk orang yang berakal, walaupun wujud
perbezaan dari sudut gaya penafsiran yang mana dilihat Sayyi Qutb menafsirkan secara
perbandingan antara langit dan bumi, gunung dan sungai, serta menyatakan dua tanda utama
kebesaran Tuhan di muka bumi iaitu tumbuh-tumbuhan dan kejadian siang dan malam.
Manakala Hamka menafsirkan ayat ini secara kronologi bagi setiap tanda kebesana Tuhan
dari peranan gunung-ganang sehingga pendebungaan tumbuh-tumbuhan. Dari penafsiran ini
kedua-dua penafsir menggunakan penafsiran bi ra’yi yang bersifat sains dan pengalaman
persekitaran.

Analisi perbandingan ayat 4:


Pada penafsiran diatas, terdapat persamaan dari sudut tema yang diutarakan iaitu kebesaran
Allah SWT yang terdapat di bumi untuk orang yang berfikir. Manakala dari sudut metodologi
penafsiran adalah sama iaitu setiap penafsir menafsirkan ayat ini bi ra’yi dengan
menerangkannya secara pengalaman persekitaran. Sayyid Qutb juga turut membandingkan
pasangan kandungan ayat ini iaitu pohon kurma bercabang dengan tidak bercabang, pasangan
yang wujud pada aneka rasa buah yang lain dengan pasangan yang wujud pada tanaman
(sayuran dan bungaan), pokok kurma dan anggur. Manakala gaya penafsiran Hamka pula
menggambarkan beliau mengaitkan tanda kebesaran Tuhan dengan situasi yang terdapat di
persekitaran Indonesia seperti sawah padi dan buah-buahan di Indonesia.

10
5.0 KESIMPULAN
Pengajian yang berkaitan dengan ulum Al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting
untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang
terdapat dalam Al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih sempurna. Keadaan ini menjadi
seseorang itu lebih menghayati al-Quran dengan lebih sempurna dan mahir.
(2800 patah perkataan)

Rujukan
Ahmad Syadali & Ahmad Rofi’i,. (1997). Ulumul Qur’an II. Bandung: Pustaka Setya.
Hasan Mansur Nasution. (1992). Rahsia Sumpah Allah. Bandung: Mizan
Hidayat Ismail. (2013). Ulum Al-Qur'an. Atas talian 8 November 2016, dari
file:///C:/Users/user/Downloads/Nota%20Ulum%20Al-Quran.pdf
Jalaluddin as Suyuthi. (2008). Asbabun Nuzul, Sebab Turunnya Ayat Al-Quran. Jakarta :
Gema Insan.
Jalaluddin Rakhmat. (1999). Tafsir Sufi Al-Fatihah. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya.
Mohd Asmadi Yakob, Mohd Ashrof Zaki Yaakob & Syuhaida Idha binti Abd Rahim. (2014).
Manuskrip Al-Qur’an Dan Ilmu-Ilmunya (Ulum Al-Qur’an) Di Alam Melayu :
Tumpuan Terhadap Manuskrp Ilmu Tajwid. Shah Alam Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA
Nasr Hamid Abu Zaid. (t.t.) Naqd al-Khitaab al-Diniy. Kairo: Jumhuuryyah Mishr
al-’Arabyyah, Abu Zaid, hal. 122.
Rosmawati Ali. (2010). Pengantar Ulum Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd
Yusuf Qaradawi. (1999). Berinteraksi dengan Al-Quran. Jakarta: Gema Insani Press.

11

Anda mungkin juga menyukai