Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Mengenai Ilmu Tafsir serta

Penjelasan Mengenai Kemunculan dan Perkembangannya


Pendahuluan:
Al-Quran Al-Karim adalah mukjizat Islam yang berterusan, yang tidak menambah kepadanya
kemajuan ilmu melainkan pengukuhan dari segi kemukjizatan. Ia diturunkan oleh Allah kepada Rasul
kita Muhammad - - untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dan
memandu mereka ke jalan yang lurus. Lalu Baginda - - telah menyampaikannya
kepada para pendampingnya dan mereka adalah Arab tulen maka mereka memahaminya dengan
kebiasaan mereka, dan apabila terkeliru terhadap mereka pemahaman sesuatu ayat, mereka akan
menanyakan Rasulullah - - mengenainya.

Tafsir Pada Zaman Nabi dan Para Sahabat Baginda


Al-Bukhari dan Muslim serta lain-lain telah meriwayatkan daripada Ibnu Masud, beliau berkata:
Apabila diturunkan ayat ini: {Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka
dengan kezaliman} 1 itu telah menyukarkan terhadap orang ramai. Lalu mereka telah berkata: Ya
Rasulullah! Dan siapakah di kalangan kami yang tidak akan menzalimi dirinya? Baginda bersabda: (Ia
bukanlah yang kamu maksudkan. Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan oleh Hamba Yang
Soleh: {Sesungguhnya syirik adalah benar-benar kezaliman yang besar} 2, ia hanyalah syirik).
Rasulullah - - dahulunya mentafsirkan kepada mereka sebahagian ayat.
-

Muslim dan lain-lain telah mengeluarkan daripada Uqbah bin Aamir, beliau berkata: Aku
mendengar Rasulullah - - bersabda ketika Baginda di atas mimbar: ({Dan
persiapkanlah untuk menghadapi mereka sedaya upaya kamu dari segi kekuatan} 3,
ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah).
2F

Para Sahabat telah bersungguh-sungguh untuk menerima Al-Quran daripada Rasulullah -


-, menghafalnya dan memahaminya, dan itu telah menjadi kemuliaan untuk mereka.
-

Daripada Anas - - beliau berkata: Dahulunya seseorang lelaki dari kalangan kami,
apabila dia membaca (yakni menghafaz) Al-Baqarah dan Aali Imran, dia menjadi hebat di
tengah-tengah kami. Iaitu besar.

Mereka juga bersungguh-sungguh untuk beramal dengannya dan berhenti pada hukum-hukumnya.
-

Telah diriwayatkan daripada Abi Abd Ar-Rahman As-Salmi, bahawa beliau berkata: Telah
menceritakan kepada kami, orang-orang yang dahulu mengajarkan kami Al-Quran, seperti
Uthman bin Affan, Abdullah bin Masud dan lain-lain, bahawa mereka dahulu apabila mereka
mempelajari dari Nabi - - sepuluh ayat, mereka tidak melampauinya sehinggalah

Al-Anaam : 82
Luqman : 13
3
Al-Anfaal : 60
1
2

Pengenalan Ilmu Tafsir

mereka mempelajari apa yang ada di dalamnya dari segi ilmu dan amal. Mereka berkata: Oleh
itu, kami mempelajari Al-Quran, ilmu dan amal sekali gus 4.

Penulisan Al-Quran
Rasulullah - - tidak mengizinkan mereka untuk menulis sesuatu daripada Baginda
melainkan Al-Quran, kerana bimbangkan akan terkeliru Al-Quran dengan yang lain.
-

Muslim telah meriwayatkan daripada Abi Saed Al-Khudri, bahawa Rasulullah - telah bersabda: (Janganlah kamu semua menulis daripadaku, sesiapa yang telah menulis
daripadaku selain Al-Quran maka hendaklah dia memadamkannya. Ceritakanlah daripadaku
dan tiada kesalahan, sesiapa yang menipu di atas [nama]ku dengan sengaja, maka bersiaplah
untuk tempatnya dari Neraka) 5.
4F

Sekalipun Rasulullah - - telah mengizinkan sebahagian pendamping Baginda sesudah


itu untuk menulis hadith, apa-apa yang berkaitan dengan Al-Quran kekal bersandarkan kepada
periwayatan melalui rencana pada zaman Rasulullah - -, serta pada pemerintahan Abu
Bakr dan Umar - -.
Pada zaman pemerintahan Abu Bakr - - telah berlaku peperangan terhadap golongan
murtad dari kalangan kabilah-kabilah Arab. Kematian ramai para penghafaz Al-Quran selepas
peperangan Yamamah telah menyebabkan Umar menasihatkan Abu Bakr agar mengumpulkan AlQuran. Setelah diyakinkan, Abu Bakr telah memerintahkan Zaid bin Thabit agar melaksanakan
pengumpulan Al-Quran dan beliau telah mengumpulkan Al-Quran dari simpanan peribadi para
Sahabat 6 dan hafalan mereka 7.
5F

6F

Datang pemerintahan Uthman - - dan berlaku dorongan-dorongan 8 kepada


penghimpunan umat Islam di atas satu mashaf, lalu itu telah disempurnakan, dan ia dinamakan
dengan Mashaf Imam. Telah diutus beberapa naskhah darinya ke seluruh pelosok, dan tulisannya
dinamakan sebagai Rasm Uthmani, kerana menisbahkan kepada Beliau. Ini dikira sebagai permulaan
bagi ilmu Rasm Al-Quran.
7F

Telah mengeluarkan Abdur Razzaq apa yang pada maknanya, daripada Mamar, daripada Aato bin As-Saaib,
daripada Abi Abdir Rahman As-Salmi. Ia telah dikeluarkan Ibnu Jarir di dalam pendahuluan Tafsir beliau,
daripada Aato, daripada Abi Abdir Rahman dan ia telah disahihkan oleh Ahmad Syakir, kerana Aba Abdir
Rahman As-Salmi adalah seorang tabiin yang tidak menceritakan melainkan daripada para Sahabat.
5
Sahih Muslim, hadith no. 5326.
6
Yang kebanyakannya pada tulang bahu unta, pelepah tamar, kepingan batu dan kulit kerana bahan-bahan
berkenaan adalah medium penulisan biasa pada zaman berkenaan.
7
Sahih Al-Bukhari, hadith no. 4603.
8
Antara dorongan tersebut adalah: Pada tahun 25-26H, Huzaifah bin Al-Yaman yang pulang dari pembukaan
Armenia dan Azerbaijan, telah berjumpa dengan Uthman untuk menyatakan sesuatu perkara yang
mengejutkan. Beliau mendapati percanggahan bacaan Al-Quran yang serius berlaku di negara-negara bukan
Arab yang baru ditakluk oleh Islam, dan beliau bimbang orang Islam akan berbalah berkenaan Al-Quran seperti
mana orang-orang Yahudi dan Nasrani berbalah tentang kitab mereka. [Al-Bukhari no. 4604]
4

Pengenalan Ilmu Tafsir

Kemudian berlaku pemerintahan Ali - -, lalu Abu Al-Aswad Ad-Duali telah meletakkan
kaedah-kaedah dengan perintah beliau, bagi menjaga keelokan pertuturan, serta pemeliharaan
terhadap Al-Quran Al-Karim. Ini juga dianggap sebagai permulaan bagi Ilmu Eirab Al-Quran.

Tafsir Pada Zaman Para Tabiin


Para Sahabat terlah berterusan menukilkan makna-makna Al-Quran dan penjelasan sebahagian ayatayat Quran dengan perbezaan di antara mereka, kerana perbezaan kemampuan mereka untuk
memahami, serta perbezaan pendampingan mereka terhadap Rasulullah - -, dan itu
telah dinukilkan daripada mereka oleh pelajar-pelajar mereka dari kalangan Tabiin.
Di antara ahli tafsir yang termasyhur dari kalangan Sahabat adalah: Para Khalifah yang empat, Ibnu
Masud, Ibnu Abbas, Ubai bin Kaab, Zaid bin Thabit, Abu Musa Al-Asyarie dan Abdullah bin AzZubair, Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Jabir bin Abdillah, Abdullah bin Amru bin Al-Aas dan
Aisyah binti Abi Bakr.
Telah banyak periwayatan mengenai tafsir daripada Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Masud dan
Ubai bin Kaab. Apa yang diriwayatkan daripada mereka tidak mengandungi tafsiran yang
menyeluruh bagi Al-Quran, ia hanya terhad kepada makna sebahagian ayat; berkenaan tafsir
kekeliruannya dan penjelasan mujmalnya.
Sementara para Tabiin pula, terkenal pada mereka sekumpulan yang mengambil ilmu dari para
Sahabat dan berusaha mentafsirkan sebahagian ayat.
Terkenal dari pelajar-pelajar Ibnu Abbas di Mekah: Saed bin Jubair, Mujahid, Ikrimah maula Ibnu
Abbas, Towus bin Kaisan Al-Yamani dan Aato bin Abi Rabah.
Terkenal dari pelajar-pelajar Ubai bin Kaab di Madinah: Zaid bin Aslam, Abu Al-Aaliyah dan
Muhammad bin Kaab Al-Qurazi.
Terkenal dari pelajar Abdullah bin Mas`ud di Iraq: Alqamah bin Qais, Masruq, Al-Aswad bin Yazid,
Murrah Al-Hamazani, Aa`mir As-Syabi, Al-Hasan Al-Basri dan Qatadah bin Daamah As-Sadusi.
Berkata Ibnu Taimiyah: Adapun Tafsir, orang yang paling mengetahui mengenainya adalah ahli
Mekah, kerana mereka adalah para pendamping Ibnu Abbas, seperti Mujahid, Aato bin Abi Rabah,
Ikrimah maula Ibnu Abbas, dan lain-lain lagi dari kalangan pendamping Ibnu Abbas seperti Towus,
Abi As-Syathaa, Saed bin Jubair dan yang seperti mereka. Begitu juga ahli Kufah dari kalangan para
pendamping Ibnu Masud, dan itu menjadikan mereka berbeza daripada orang lain. Ulama ahli
Madinah di dalam Tafsir pula adalah seperti: Zaid bin Aslam yang diambil oleh Malik darinya ilmu
Tafsir, dan telah mengambil juga daripadanya anaknya Abdurrahman serta Abdullah bin Wahb 9.
Yang diriwayatkan daripada mereka semua adalah merangkumi: Ilmu Tafsir, Ilmu Gharib Al-Quran,
Ilmu Asbab Nuzul, Ilmu Makkiy dan Madaniy serta Ilmu Nasakh dan Mansukh, tetapi ini semuanya
kekal bersandarkan kepada riwayat melalui rencana.

Pendahuluan Ibnu Tafsir di dalam Usul Tafsir, m/s 15.

Pengenalan Ilmu Tafsir

Tafsir Pada Zaman Penulisan


Telah datang zaman penulisan pada Kurun Kedua, lalu bermula penulisan Hadith dengan bab-babnya
pelbagai, dan itu merangkumi apa yang berkaitan dengan Tafsir. Sebahagian Ulama telah
menghimpunkan apa yang diriwayatkan berkenaan tafsiran bagi Al-Quran Al-Karim daripada
Rasulullah - - atau daripada para Sahabat atau daripada para Tabiin.
Telah terkenal dari kalangan mereka: Yazid bin Harun As-Salmi yang mati pada tahun 117 Hijriah,
Syubah bin Al-Hajjaj yang mati pada 160 Hijriah, Wakie bin Al-Jarrah yang mati pada tahun 197
Hijriah, Sufyan bin Uyainah yang mati pada 197 Hijriah dan Abdur Razzaq bin Hammam yang mati
pada tahun 211 Hijriah.
Mereka semua ini adalah dari kalangan imam-imam Hadith, maka himpunan mereka terhadap Tafsir
adalah himpunan bagi satu bab daripada bab-bab Hadith. Tidak sampai kepada kita dari tafsir-tafsir
mereka sesuatu yang bertulis melainkan manuskrip Tafsir Abdur Razzaq bin Hammam.
Kemudian telah menyusuri laluan mereka sesudah itu satu kumpulan dari kalangan Ulama dan
mereka telah meletakkan tafsir yang menyeluruh bagi Al-Quran mengikut susunan ayat-ayatnya.
Yang terkenal di kalangan mereka Ibnu Jarir At-Tabari yang mati pada tahun 310 Hijriah.
Demikianlah bermulanya Tafsir, bermula dengan nukilan melalui jalan penyampaian dan
periwayatan, kemudian penulisannya sebagai satu bab daripada bab-bab Hadith, kemudian ia
dikarang secara bebas dan berasingan. Berikutnya datang tafsir melalui petikan dan kemudian tafsir
melalui pendapat.

Penulisan-penulisan Lain Yang Berkaitan Dengan Al-Quran


Seiring dengan ilmu Tafsir, wujud karangan khusus pada tajuk-tajuk yang berhubung dengan AlQuran dan seseorang ahli tafsir tidak boleh tidak memerlukannya.
Telah mengarang dari kalangan Ulama Kurun Ketiga Hijrah:
- Ali bin Al-Madini guru Al-Bukhari yang mati pada tahun 234 Hijriah mengenai Asbab Nuzul.
- Abu Ubaid Al-Qasim bin Sallam yang mati pada tahun 224 Hijriah mengenai Nasakh dan
Mansukh, serta Qiraat.
- Ibnu Qutaibah yang mati pada tahun 276 Hijriah mengenai Musykal Al-Quran.
Telah mengarang dari kalangan Ulama Kurun Keempat Hijrah:
- Muhammad bin Kholaf bin Al-Marziban yang mati pada tahun 309 Hijriah: Al-Hawi fi Ulum AlQuran.
- Abu Bakr Muhammad bin Al-Qasim Al-Anbaari yang mati pada tahun 328 Hijriah mengenai Ulum
Al-Quran.
- Abu Bakr As-Sajastani yang mati pada tahun 330 Hijriah mengenai Gharib Al-Quran.
- Muhammad bin Ali Al-Adfawi yang mati pada tahun 388 Hijriah: Al-Istighna di Ulum Al-Quran.
Kemudian silih berganti penulisan sesudah itu:
- Abu Bakr Al-Baqillani yang mati pada tahun 403 Hijriah mengenai Eijaz Al-Quran,
- Ali bin Ibrahim bin Saed Al-Haufi yang mati pada tahun 430 Hijriah mengenai Eirab Al-Quran,
4

Pengenalan Ilmu Tafsir

Al-Mawardi yang mati pada tahun 450 Hijriah mengenai Amthal Al-Quran,
Al-Izz bin Abdus Salam yang mati pada tahun 660 Hijriah mengenai Majaz Al-Quran,
Ilmu Ad-Din As-Sakhowi yang mati pada tahun 643 Hijriah mengenai Ilmu Qiraat,
Ibnu Al-Qayyim yang mati pada tahun 751 Hijriah mengenai Aqsam Al-Quran.

Karangan-karangan ini setiap pengarangnya membincangkan satu bentuk dari ilmu-ilmu Al-Quran
dan satu kajian dari kajian-kajian yang berhubung dengannya.

Tafsir dan Takwil


Al-Quran Al-Karim adalah sumber pensyariatan pertama bagi Umat Muhammad, dan di atas
pemahaman maknanya, pengetahuan rahsia-rahsianya dan pengamalan dengan apa yang di
dalamnya bergantung kebahagiaan mereka. Tidak sama semua manusia di dalam memahami lafaz
dan frasanya walau dengan kejelasan penerangannya dan perincian ayat-ayatnya. Kerana perbezaan
pengetahuan di antara mereka adalah perkara yang tidak diragui mengenainya; orang yang awam
akan mengetahui dari makna-makna yang zahir dan dari ayat-ayat keumumannya, manakala orang
yang cerdik terpelajar akan mengeluarkan darinya makna yang hebat. Di antara ini dan itu ada
peringkat-peringkat kefahaman yang berbagai, maka tidak hairanlah Al-Quran memperoleh dari
anak-anak Umatnya perhatian yang melampau di dalam kajian untuk mentafsirkan perkataan yang
gharib atau mentakwilkan susunan ayat.
Firman Allah Taala:


[Maksudnya]: {Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk
menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaikbaiknya.} [Al-Furqan : 33]
Firman Allah Taala:




[Maksudnya]: {Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan
yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh
sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orangorang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa
yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan
maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir
maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam

Pengenalan Ilmu Tafsir

pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu
datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan
orang-orang yang berfikiran.} [Aali Imran : 7]

Makna Tafsir dan Takwil


Tafsir dari segi bahasa: Penerangan, penyingkapan dan penzahiran makna yang munasabah.
Tafsir dari segi istilah: Ilmu yang mengkaji mengenai cara penuturan lafaz-lafaz Al-Quran, maksudmaksudnya, hukum-hukumnya yang secara berasingan dan bersusun, makna-maknanya yang
dibawakan terhadapnya ketika susunan, dan penyempurnaan-penyempurnaan bagi semua itu.
Takwil dari segi bahasa:
i) kembali kepada asal.
ii) pada kata-kata pula bermaksud: memikirkan, menganggarkan dan menjelaskan.
Takwil kata-kata dari segi istilah:
i) pengembalian kata-kata kepada asalnya dan ia terbahagi kepada 2:
a. takwilan perintah: iaitu melakukan apa yang diperintahkan:
Apa yang diriwayatkan daripada Aisyah - -, beliau berkata: (Dahulunya Rasulullah
- - berkata di dalam ruku dan sujud Baginda: Maha suci-Mu, Ya Allah! dan
dengan memuji-Mu, Ya Allah! Ampunkanlah daku. Baginda mentakwilkan Al-Quran). Beliau
maksudkan, firman-Nya Taala: {Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan
mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.} 10 [An-Nasr :3].
9F

b. takwilan perkhabaran: benda yang dikhabarkan itu sendiri, apabila ia berlaku:


Firman-Nya Taala: {Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab
yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan, untuk menjadi
hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman. Tidak ada perkara yang
mereka tunggu-tunggukan melainkan takwilannya, pada hari datang takwilannya,
berkatalah orang-orang yang telah melupakannya dahulu: "Sesungguhnya telah datang
Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi
syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau kami dikembalikan supaya kami
dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?"} [Aaraaf : 52-53].
ii) pentafsiran dan penjelasan maknanya: Ia adalah apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Jarir At-Tabari
di dalam Tafsir beliau dengan kata-kata: Kata-kata mengenai takwil firman-Nya Taala yang
sekian dan sekian, juga dengan kata-kata beliau: Telah bercanggahan ahli Takwil mengenai
ayat ini, yang beliau maksudkan adalah Tafsir.
Takwil pada kebiasaan golongan mutakhir: Pengalihan lafaz dari makna yang terkuat kepada makna
yang tidak kuat kerana dalil yang mengiringinya istilah ini tidak menepati apa yang dikehendaki
dengan lafaz takwil di dalam Al-Quran di sisi golongan Salaf.

10

Hadith riwayat Al-Bukhari no. 775, 4586 dan Muslim no. 746.

Pengenalan Ilmu Tafsir

Perbezaan Tafsir dan Takwil


Para Ulama bercanggahan mengenai perbezaan di antara Tafsir dan Takwil berpandukan apa yang
telah lalu mengenai makna Tafsir dan Takwil kita boleh merumuskan pendapat yang terpenting di
dalam apa yang berikut:
1. Jika kita mengatakan: bahawa takwil adalah penjelasan kata-kata dan penerangannya, maka
takwil dan tafsir mengikut ini adalah hampir dan serupa.
2. Jika kita mengatakan: bahawa takwil adalah kehendak kata-kata itu sendiri, maka takwil
kehendak adalah perlakuan yang dikehendaki itu sendiri, takwil perkhabaran adalah perkara
yang dikhabarkan itu sendiri. Mengikut ini perbezaan menjadi besar di antara Tafsir dan Takwil,
kerana Tafsir adalah penjelasan dan penerangan kata-kata.
3. Dikatakan: Tafsir adalah apa yang terletak dijelaskan di dalam Kitab Allah atau ditentukan di
dalam Sahih Sunnah, kerana maknanya telah zahir dan nyata. Takwil pula adalah apa yang
diistinbatkan oleh para Ulama.
4. Dikatakan: Tafsir sering kali digunakan pada lafaz-lafaz dan perkataan-perkataannya, manakala
Takwil sering kali digunakan terhadap makna-makna dan frasa-frasa.

Bentuk-bentuk Tafsir
Pentafsiran Al-Quran Al-Karim dibahagikan kepada beberapa bentuk berdasarkan:
a) Sumber pentafsiran:
- Petikan atau nukilan (mathur)
Ia adalah yang bersandarkan kepada nukilan yang mengikut aturan: Tafsir Al-Quran dengan
Al-Quran, atau dengan As-Sunnah kerana ia datang menjelaskan terhadap Kitab Allah, atau
dengan apa yang diriwayatkan daripada para Sahabat kerana mereka adalah orang yang
paling mengetahui berkenaan Kitab Allah, atau dengan apa yang dikatakan oleh para Tabiin
kerana mereka biasanya menerima perkara berkenaan daripada para Sahabat.
-

Pandangan atau pendapat (rayu)


Ia adalah apa yang bersandar di dalamnya seorang mufassir dalam penerangan makna
terhadap kefahamannya yang khas dan istinbatnya dengan pendapat semata-mata
sedangkan tiada darinya kefahaman yang bertepatan dengan roh Syariat atau bersandarkan
kepada nas-nas Syariat

b) Uslub pentafsiran:
- Tafsir Secara Perincian (Tahlili)
Ia adalah Tafsir yang seorang mufassir akan mengekori ayat-ayat berdasarkan susunan
mashaf, tak kira sama ada ia membincangkan sejumlah ayat yang berturut-turut atau satu
surah sempurna atau Al-Quran Al-Karim seluruhnya. Dia akan menjelaskan apa yang
berkaitan dengan setiap ayat dari segi maksud-maksud lafaznya, bentuk balaghah di

Pengenalan Ilmu Tafsir

dalamnya, sebab-sebab turunnya, hukum-hukumnya, maknanya dan sebagainya. Ia adalah


uslub tafsir tertua, kerana Tafsir pada awal permulaannya membincangkan ayat-ayat yang
berturutan dan seorang mufassir tidak akan melampaui kepada yang lain.
-

Tafsir Secara Perbandingan (Muqaran)


Ia adalah Tafsir yang seorang mufassir akan pergi kepada satu-satu ayat, lalu dia
menghimpunkan nas-nas yang di dalam tajuknya, tak kira sama ada nas-nas Quran yang lain
atau nas-nas Nabawi atau kata-kata para Sahabat atau kata-kata para Tabiin dan ahli-ahli
tafsir atau kitab-kitab samawi yang lain. Kemudian dia akan membandingkan di antara nasnas berkenaan dan menimbang di antara pendapat-pendapat tersebut, serta dia
membentangkan dalil-dalil lalu seterusnya menjelaskan yang terkuat darinya.

Tafsir Secara Frasa atau Menyeluruh (Jumali atau Ijmali)


Ia adalah cara yang seorang mufassir akan pergi kepada ayat-ayat Al-Quran mengikut
susunan mashaf, lalu dia menjelaskan makna frasa-frasa di dalamnya bagi mencari-cari
tujuan yang dilontarkan oleh frasa-frasa berkenaan. Dia melakukan perkara tersebut dengan
gambaran-gambaran dari lafaznya sendiri untuk memudahkan pemahamannya, dan
menjelaskan maksud-maksudnya kepada pembaca dan pendengar.

Tafsir Secara Tajuk (Maudhuie)


Ia adalah uslub yang pemiliknya tidak mentafsirkan di dalamnya ayat-ayat Al-Quran
mengikut susunan mashaf. Bahkan dia akan menghimpunkan ayat-ayat Al-Quran yang
membicarakan mengenai satu tajuk lalu dia mentafsirkannya. Seperti tafsir Al-Quran dengan
Al-Quran atau tafsir ayat-ayat hukum.

Rujukan:
1. Mabaahith fi Ulum Al-Quran Manna Al-Qattan - 2000
2. Muhadharaat fi At-Tafsir Al-Maudhuie Profesor Abbas Eiwadh Allah Abbas 2007

Adli Mohd Saad


Yayasan Taalim
Taman Tun Dr. Ismail

Anda mungkin juga menyukai