Anda di halaman 1dari 12

1.

1Konsep Rasm Uthmani dan Sejarahnya


1.1.1 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf
hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga
boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
1.1.2 Pengertian Rasm Uthmani
Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah
ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha
penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim
kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk
penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada
bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana
kebiasaannya.
1.1.3 Hukum mempelajari Rasm Uthmani
Hukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah.
1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani
1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi
Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih
meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada
Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan
Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu.

2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran


Pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat
ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati
rukun dikira syaz atau ditolak.
3. Meliputi Tujuh Huruf
Tujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm
Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh
Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh
kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata
nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir
sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau
kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, isymam
dan sebagainya.
4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir.
Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril
a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama
dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan
mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina
Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.
Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan
dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting
untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
KELEBIHAN RASM UTHMANI

1.mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

2.mengikut tulisan Al-Quran yang asal

2.boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar

3.memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis jenis bacaan )

4.sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih

5.dipersetujui oleh lebih 12000 orang sahabat

6.salah satu daripada mukjizat Al-Quran

7.bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir

8.berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat dengan hujah yang jelas

9.ditulis mengikut bacaan Rawi ( periwayat )

10.mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan huruf

contoh Al-Quran zaman dahulu sebelum di ubah dari tahap ke tahap oleh ulamak nahu dan qura' Al-
Quran

TAHAP PENULISAN ALQURAN

penulisan Al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap tahap seperti
berikut :

TAHAP PERTAMA : belum diletakkan sebarang tanda

TAHAP KEDUA : ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali ( wafat pada tahun 69 hijrah
pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam ) merupakan tokoh @ pengasas ilmu nahu

TAHAP KETIGA : mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin
'Asim al-Laisy dengan pemerintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi.

TAHAP KEEMPAT : mula diletakkan dengan tanda tanda baris ( harakah ) yang dipelopori oleh Khalil bin
Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan, juge
merupakan tokoh nahu, beliau ialah guru kepada sibawaih ( ulamak nahu )

TAHAP KELIMA : ditambah dengan tanda tanda waqaf dan lain lain tanda lagi

PENULISAN AL QURAN ( ILMU RASM )

ilmu rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz lafaz atau ucapan untuk memelihara
pengucapan huruf hurufnya dari segi lafaz, huruf huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah
menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf, penulisan ( rasm ) Al-Quran
ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma'( sepakat ) oleh seluruh ulama
mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi
Muhammad s.a.w, yang di mmaksudkan dengan tauqifiyyah ialah satu ketetapan dari Rasulullah s.a.w
yang tidak boleh menyalahinya

PEMBAHAGIAN RASM

rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1 rasm Qiasi / imla'i = iaitu penulisan menurut pengucapan @ pertuturan

2 rasm Istilahi / Uthmani = iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan
penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang,
menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah

kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah kaedah ini, oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui
sebagai penulisan yang bersifat tuqifiyyah, maka penggunaan tulisan Imla'i atau qiasi tidaklah di
haruskan..

antare jenis Al-Quran mushaf uthmani yang ade zaman skang


Sejarah Al-Quran

1. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf
(tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman
bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin Abi
Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk
Mekah al-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin
Said, Ubai bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.

Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan dan
mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan
Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah
terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini,
Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat
Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis
(kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran

Menurut Bahasa Arab, perkataan khat (‫ )طخ‬bererti garis memanjang pada sesuatu perkara
dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti
pen, qalam dan sebagainya.

Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan
pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi
huruf-huruf Hijaiyyah.

Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang
Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia
dinamakan dengan khat al-Hijazi.
Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya.
Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan
wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada
penulisan Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka
terdapat sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan
lagi khat al-Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan
khat al-Kufi.

3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah S.A.W.

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di
mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-
penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.

Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat iaitu
Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan
dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid
bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.

Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan
ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-
lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun
kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq
R.A. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperangan
antaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam
peperangan tersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.

Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid
dalam peperangan tersebut."

Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kali
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha
pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai
Qurra' yang gugur syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan
mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan
dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang
lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk
lembaran suhuf.

Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah
Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat,
lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti
Umar al-Khattab r.a.

5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang
dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia,
Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan
membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat
bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid bin
Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.

Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan Abu
Darda' r.a.

Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai bin
Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu
Musa al-Asha' ari r.a.

Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina Ali bin
Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun
25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai
perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-
Quran.Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang
bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah
telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk
menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi
perbalahan dan perselisihan tersebut.

Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran
yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain
yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin
Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina
Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini
menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan
bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para
Qurra'.

Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa
orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Menurut
pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak
enam mushaf al-Quran.

Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan
"Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan
Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di
wilayah- wilayah berkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang
adil dan mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.

Mereka terdiri daripada:

i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.

ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.

iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke
Basrah.

v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.


Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-
Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau
bagaimanapun, perbezaan bacaan (‫ )تاءارقل هججو‬yang ada hingga sekarang ini tidaklah
berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w.
secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:

i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran.

iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan.

iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.

v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang
ini.

6. Kelebihan Rasm Uthmani

AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang
sebenar.

iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).

v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.


vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran. viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.

ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. xi. Ditulis
mengikut bacaan Rawi (riwayat).

xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf

7. Tahap Penulisan AI-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (‫ )بارعل ةطقن‬yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali
(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).

iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (‫ )ماجعل ةطقن‬yang dipelopori oleh Yahya bin
Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof
al-Thaqafi,

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori
oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah
Abdul Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-
negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini

Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:
i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di
negara-negara Islam.

ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara
Afrika.

iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara
Asia Tengah.

iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan
di Sudan.

9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)

Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan untuk
memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan
huruf.

Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara
ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk
tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

10. Pembahagian Rasm

Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Rasm Qiasi/Imla'i. - Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.

ii. Rasm Istilahi/ Uthmani. - Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak
sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa
kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf
dan penulisan Hamzah.
Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf
Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuan
Nabi), maka penggunaan tulisan Imla'i atau Qiasi tidaklah diharuskan.

Disusun Oleh : Ustaz Md Abdu Bin Sahak B.A (Hons) Al Quran & Qiraat Universiti Al Azhar
Mesir.

Imam Qiraat.

Nama sebenarnya ialah Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. Ayahnya bernama Abdullah dan
keturunannya ialah Abu al-Najud manakala ibunya pula bernama Bahdalah. Ada juga yang
mengatakan nama sebenar ‘Asim ialah ‘Asim ibnu Bahdalah.

Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi juga digelar sebagai Abu Bakar kerana beliau
berketurunan Arab asli daripada kabilah Bani Asad di Kufah dan salah seorang daripada al-
Qurra’ al-Sab’ah. Beliau telah mangambil ilmu qiraat daripada dua orang sahabat iaitu Ani
Ramthah Rifa’ah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri. Imam ‘Asim maenjadi tabi’in
kerana Abi Ramthah telah mengambil riwayat daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal manakala
al-Harith pula mengambil riwayat daripada Abi Ubaid al-Qasim bin Salam.

Guru kepada Imam ‘Asim ialah Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah al-
Sulami al-Dharirr, Abi Maryam Zarrin bin Hubaisy bin Habsyah al-Asadi dan Abi Amru
Sa’dun bin Ilyas al-Syaibani. Mereka bertiga pula mengambil riwayat daripada Uthman bin
Affan dan Ali bin Abi Thalib. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa al-Sulami
mengambil riwayat daripada Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Ibnu Mas’ud, Ali, Ubai dan
Zaid mengambil riwayat daripada Rasulullah s.a.w.

Imam ‘Asim adalah Imam yang pertama dalam bidang Qiraat di Kufah selepas Abi Abdul
Rahman al-Sulami dan menjadi tumpuan serta tempat rujukan semua manusia dari segenap
pelusuk dunia. Beliau dianugerahkan suara yang merdu, pandai membaca al-Quran al-Karim
dengan bertajwid serta mempunyai sebutan dan lahjah yang jelas. Abu Bakar ibnu ‘Iyash
(Syu’bah) berkata : “ Tidak pernah aku melihat seorang manusia yang pandai membaca al-
Quran al-Karim melainkan ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi yang begitu mahir dalam bidang ilmu
bahasa, nahu dan pakar dalam bidang feqah ”.
Berkata Yahya bin Adam dari Hassan bin Soleh : “ Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih
fasih bercakap melainkan Imam ‘Asim bin al-Najud al-Kufi”. Abu Bakar bin ‘Iyash berkata : “
Imam ‘Asim pernah jatuh sakit selama dua tahun tanpa membaca al-Quran dan membuat
sebarang kerja. Apabila beliau sembuh dari penyakitnya, beliau dapat membaca al-Quran tanpa
melakukan sebarang kesalahan”.

Imam ‘Asim mempunyai beberapa orang anak murid. Di antaranya Hafs bin Sulaiman, Abu
Bakar Syu’bah bin ‘Iyash, ( kedua-duanya ialah perawi yang masyhur ), Abaan bin Taghlab,
Hamad bin Mihran al-A’masyh, Abu al-Munzir Salam bin Sulaiman, Sahl bin Syu’aib, Syaiban
bin Muawiyah dan lain-lain lagi. Imam ‘Asim juga pernah mengambil riwayat daripada Abu
Amru bin al-A’la, Khalil bin Ahmad dan Hamzah bin al-Ziyat.

Beliau wafat pada akhir tahun 127 Hijrah di Kufah.