Paca pembaca, sebelum kita membahasakan secara terperinci dalil peringatan Maulid
Nabi, mari kita lihat pendapat para Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah terhadap
peringatan maulid nabi tersebut.
"Maka bertanyalah kepada ahli zikir (orang yang mempunyai ilmu) jika kamu tidak
mengetahui" (Surah al-Nahl: 43 dan Surah al-Anbiya’: 7)
Perintah untuk bertanya kepada ahli zikir yakni ulama’ yang berilmu dan ulama’ Ahl
al-Sunnah Wa al-Jama`ah yang bertaqwa dan mengamalkan ilmunya, ternyata disuruh oleh
Allah ta`ala seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. Ini membuktikan bahawa pendapat
para ulama’ sangata penting, sebab mereka adalah pewaris para nabi. Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
" فَ َم ْن أَ َخ َذ، إِنَّ َما َو َّرثُوْ ا ْال ِع ْل َم، إِ َّن األَ ْنبِيَا َء لَ ْم ي َُورِّ ثُوْ ا ِد ْينَارًا َوال ِدرْ هَ ًما،إِ َّن ْال ُعلَ َما َء َو َرثَةُ األَ ْنبِيَا ِء
ٍّ "بِ ِه أَ َخ َذ بِ َح.
ظ
Maksudnya:
"Sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para Nabi, dan sesungguhnya para Nabi tidak
mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa
mengambilnya, ia telah mengambil bahagian yang sangat banyak" (Diriwayatkan oleh al-
Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)
Pembaca yang dikasihi sekalian, para ulama’ yang pendapatnya kami nukilkan di
dalam artikel ini adalah ulama’ pilihan yang kesolehannya telah dikenal di seluruh dunia.
Mereka adalah orang yang sangat takut kepada Allah. Semoga dengan membaca dan melihat
pendapat mereka, hati kita terbuka untuk memahami mengenai peringatan maulid Nabi
dengan benar. Amiin Ya Rabb.
Al-Imam Hasan al-Basri[2] adalah seorang tabi`in yang lahir di kota Madinah pada
dua tahun terakhir pemerintahan Khalifah `Umar bin Khattab radiyallahu`anhu suatu ketika
dahulu bahkan Khalifah `Umar radiyallahu`anhu mendoakan beliau dengan doannya berikut:
ِ َّ"اللَّهُ َّم فَقِّ ْههُ فِي ال ِّد ْي ِن َو َحبِّ ْبهُ إِلَى الن.
"اس
Maksudnya:
"Ya Allah jadikan dia sebagai orang yang memiliki kefahaman terhadap agama dan dicintai
oleh masyarakat"
“Bertanyalah kepada al-Hasan, kerana dia masih ingat sedangkan kami telah lupa”.
Demi melaksanakan anjuran sahabat yang selama 10 tahun menjadi pembantu Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam ini, mari kita lihat bagaiman pendapat al-Imam Hasan al-Basri
radiyallahu`anhu terhadap peringatan maulid Nabi. Di dalam sebuah riwayat disebutkan
bahawa al-Imam Hasan al-Basri radiyallahu`anhu mengatakan:[4]
"ت لَوْ َكانَ لِ ْي ِم ْث ُل َجبَ ِل أُ ُح ٍد َذهَبًا ألَ ْنفَ ْقتُهُ َعلَى قَ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ال َّرسُوْ ِل
ُ " َو ِد ْد.
Maksudnya:
"Andai kata-kataku memiliki emas sebesar bukit Uhud, maka akan kudermakan semunya
untuk penyelenggaraan pembacaan maulid Rasul"
Sudahkah kita dermakan sebahagian harta kita demi memuliakan hari kelahiran
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam? Sungguh menghairankan, jika untuk memuliakan dan
mengenang harij jadi organisasi, hari jadi perusahaan, hari jadi keluarga, hari jadi anak kita,
hari perkahwinan, kita rela mengeluarkan jumlah harta yang banyak. Tetapi untuk
mengenangkan kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ada sebahagian kita yang
merasakan keberatan dan enggan untuk mendermakan sebahagian hartanya. Semoga Allah
memberi kita taufiq dan hidayah. Amiin ya Rabb.
Al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah adalah seorang ahli sufi terkemuka. Cerita
tentang kesolehan beliau sangat banyak dan salah satunya adalah kekuatan prasangka baik
beliau kepada sesama Muslim.
Suatu hari ketika beliau sedang berpuasa sunat, al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi
rahimahullah berjalan melawat seorang yang membahagi-bahagikan air secara hebat. Dengan
suara lantang lelaki itu berkata:
Jawab beliau:
“Benar, akan tetapi aku berharap mendapatkan rahmat Allah sebagaimana doa lelaki
tersebut”.[5]
Cuba anda perhatikan keluasan ilmu al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah, beliau
berpuasa sunat tiada lain adalah demi mendapatkan rahmat Allah ta`ala. Ketika mendengar
seseorang menjanjikan rahmat Allah dengan seteguk air, maka beliau pun segera
meminumnya. Beliau percaya dan yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa lelaki
tersebut. Ini merupakan sebuah bukti kesucian hati beliau.
Ucapan yang muncul daripada hati manusia yang berjiwa mulia seperti ini tentu tidak
sama dengan ucapan seseorang yang belum diuji kesolehannya.
"،س َج ِد ْيدًا َ ِ َولَب، َوأَوْ قَ َد ِس َراجًا، َو َج َم َع إِ ْخ َوانًا،ط َعا ًما َ َم ْن ِهيَّأ َ ألَجْ ِل قَ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ال َّرسُوْ ِل
، َ َح َش َرهُ هللاُ تَ َعالَى يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َم َع ْالفِرْ قَ ِة األَوْ لَى ِمنَ النَّبِيِّ ْين، تَ ْع ِظ ْي ًما لِ َموْ لِ ِد ِه،َوتَ َعطَّ َر َوتَ َج َّم َل
َ" َو َكانَ فِ ْي أَ ْعلَى ِعلِّيِّ ْين.
Maksudnya:
Saudarku yang dirahmati sekalian, kenyataan al-Syeikh Ma`ruf al-Karkhi di atas telah
disampaikan lebih 1200 tahun yang lalu. Disebabkan itu, sungguh pelik jika dikatakan para
ulama’ al-Salaf al-Saleh tidak menyuruh seseorang itu untuk memuliakan dan menyambut
maulid nabi sallallahu`alaihi wasallam. Bentuk peringatan mereka mungkin agak berbeza
dengan peringatan kita dewasa ini, akan tetapi isinya tetap sama iaitu memuliakan kelahiran
Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
Al-Syeikh Sirri al-Saqathi adalah guru kepada al-Syeikh al-Imam al-Junaid al-
Baghdadi. Di samping itu, beliau juga merupakan murid Ma`ruf al-Karkhi rahimahullah.
Kesolehan dan kegigihan al-Syeikh Sirri al-Saqathi rahimahullah dalam beribadah tidak
dinafikan lagi. Al-Syeikh al-Imam al-Junaid rahimahullah berkata:[7]
“Aku tidak melihat seseorang yang lebih hebat ibadahnya daripada Sirri, selama 98 tahun
beliau tidak pernah berbaring kecuali pada saat sakit menjelang wafatnya”.
Maksudnya:
"Barangsiapa pergi ke sebuah tempat di mana di sana dibacakan mauled Nabi, maka dia telah
berada di sebuah syurga, kerana tujuannya pergi ke tempat itu tidak lain adalah untuk
mengungkapkan rasa cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, sedangkan
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda: Barangsiapa mencintaiku, maka dia
bersamaku di syurga"
Cuba kita perhatikan dengan teliti, beliau menyatakan bahawa seseorang yang duduk
di tempat pembacaan maulid Nabi demi cintanya kepada Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam bererti dia sedang duduk di taman Syurga. Kenyataan al-Syeikh Sirri al-Saqathi di
atas diucapkan selepas beliau mendalami al-Quran dan al-Hadith serta mengamalkannya.
Sekarang terpulang kepada anda, sama ada mahu mengikut pendapat ulama’ yang kami
kemukakan atau mahu mengikut pandagan golongan-golongan yang sesat seperti wahhabi
yang mengharamkan dan membid`ahkan maulid dan kesalehan mereka juga belum diuji.
Setiap hari, al-Imam al-Junaid berniaga di kedainya. Di sana, beliau bukan hanya
berniaga bahkan beberapa riwayat mengatakan bahawa setiap kali al-Syeikh al-Junaid
memasuki kedainya, maka dia mengerjakan solat sunat sebanyak 400 rakaat[11].
"ض َر َموْ لِ َد ال َّرسُوْ ِل َوعَظَّ َم قَ ْد َرهُ فَقَ ْد فَا َز بِا ِإل ْي َما ِن
َ " َم ْن َح.
Maksudnya:
Al-Imam al-Suyuthi merupakan salah seorang ulama besar yang lahir pada bulan
Rejab 849 Hijrah. Keluasan ilmu beliau telah terbukti dengan berbagai karya karangan beliau
lebih daripada 400 buah kitab. Di samping itu, beliau menghafal al-Quran, beliau juga
menghafal beberapa kitab besar seperti al-Minhaj karangan al-Imam Nawawi[12] dan juga al-
`Umdah. Beliau juga disebut-sebut sebagai mujaddid iaitu pembaharuan pada abad ke-9
hijrah.
Dalam himpunan fatwanya, al-Jafiz al-Suyuthi menulis satu bab khusus yang
menjelaskan keutamaan peringatan maulid nabi. Di bawah ini kami nukilkan dua kenyataan
beliau, insya Allah akan membangkitkan semangat kita untuk memuliakan hari kelahiran
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Beliau ditanya mengenai hukum menyambut maulid,
maka beliau berkata:[13]
"ُاس َوقِ َرا َءةُ َما تَيَ َّس َر ِمنَ القُرْ َءا ِن َو ِر َوايَة ِ َّع الن ُ ِع ْن ِديْ أَ َّن أَصْ َل َع َم ِل ْال َم ِولِ ِد الَّ ِذيْ هُ َو اجْ تِ َما
ُ ثُ َّم يُ َم ُّد لَهُ ْم ِس َماطٌ يَأْ ُكلُوْ نَه،ت
ِ ار َد ِة فِ ْي َم ْب َدإِ أَ ْم ِر النَّبِ ِّي َو َما َوقَ َع فِ ْي َموْ لِ ِد ِه ِمنَ اآليَا
ِ ار ْال َو
ِ َاألَ ْخب
َ َع ْال َح َسنَ ِة الَّتِ ْي يُثَابُ َعلَ ْيهَا
صا ِحبُهَا لِ َما فِ ْي ِه ِ ك هُ َو ِمنَ ْالبِد َ ِص ِرفُوْ نَ ِم ْن َغي ِْر ِزيَا َد ٍة َعلَى ذل َ َويَ ْن
ْ ِْظي ِْم قَ ْد ِر النَّبِ ِّي َوإ
ِ ار بِ َموْ لِ ِد ِه ال َّش ِري
ْف ِ ار ْالفَ َر
ِ ح َواال ْستِ ْب َش ِ َظه ِ " ِم ْن تَع.
Maksudnya:
"تِ َواآلفَا.ََو َما ِم ْن ُم ْسلِ ٍم قُ ِرى َء فِ ْي بَ ْيتِ ِه َموْ لِ ُد النَّبِ ِّي إِال َرفَ َع هللاُ تَ َعالَى ْالقَحْ طَ َو ْال َوبَا َء َو ْال َحرْ ق
َ فَإ ِ َذا َمات،ت ِ ك ْالبَ ْي َ ِص ع َْن أَ ْه ِل َذلَ ْض َو ْال َح َس َد َو َع ْينَ السُّوْ ِء َواللُّصُو َ ت َو ْالبَ ْغ ِ ت َوالنَّ َكبَاِ َو ْالبَلِيَّا
ْك ُم ْقتَ ِد ٍر
ٍ ق ِع ْن َد َملِي
ٍ ص ْدِ َو َكانَ فِ ْي َم ْق َع ِد،اب ُم ْن َك َر َونَ ِكي َْر
َ "هَوَّنَ هللاُ تَ َعالَى َعلَ ْي ِه َج َو.
Maksudnya:
"Tidaklah sebuah rumah Muslim dibacakan maulid nabi padanya melainkan Allah singkirkan
kelaparan, wabak penyakit, kebakaran, berbagai jenis bencana, kebencian, kedengkian,
pandangan buruk, serta pencurian daripada penghuni rumah itu dan jika ia meninggal dunia,
maka Allah memberinya kemudahan untuk menjawab pertanyaan Malaikat Munkar dan
Nakir. Dan dia kelak akan berada di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Maha
Berkuasa".
" َول ِكنَّهَا َم َع ذلِكَ قَ ْد،ح ِمنَ ْالقُرُوْ ِن الثَّالَثَ ِةِ ِف الصَّال ِ َأَصْ ُل َع َم ِل ْال َموْ لِ ِد بِ ْد َعةٌ لَ ْم تُ ْنقَلْ ع َِن ال َّسل
ًَت بِ ْد َعة
ْ ض َّدهَا َكان ِ ب َ َّ فَ َم ْن تَ َحرَّى فِ ْي َع َملِهَا ْال َم َحا ِسنَ َوتَ َجن،ض ِّدهَاِ ت َعلَى َم َحا ِسنَ َو ْ َا ْشتَ َمل
تٍ ِ"وقَ ْد ظَهَ َر لِ ْي ت َْخ ِر ْي ُجهَا َعلَى أَصْ ٍل ثَاب َ : َوقَا َل."ً"ح َسنَة. َ
Maksudnya:
“Asal peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikan daripada (ulama’) al-
Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid
mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam peringatan maulid
berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk),
maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata
bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.
4. PENDAPAT AL-IMAM AL-HAFIZH AL-SAKHAWI
" ثُ َّم َما،َث "بَ ْع ُد َ َوإِنَّ َما َحد،ضلَ ِة ِ ح فِ ْي ْالقُرُوْ ِن الثَّالَثَ ِة ْالفَا ِ ِف الصَّال ِ َلَ ْم يُ ْنقَلْ ع َْن أَ َح ٍد ِمنَ ال َّسل
صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه- َ ار َو ْال ُمـ ُد ِن ْال ِعظَ ِام يَحْ تَفِلُوْ نَ فِ ْي َشه ِْر َموْ لِ ِد ِه ِ َاإل ْسالَ ِم فِ ْي َسائِ ِر األَ ْقط ِ زَال أَ ْهـ ُل َ
، يَ ْع َملُوْ نَ ْال َوالَئِ َم ْالبَ ِد ْي َعةَ ْال ُم ْشتَ ِملَةَ َعلَى األُ ُموْ ِر البَ ِه َج ِة ال َّرفِ ْي َع ِة-َو َسلَّ َم َو َش َّرفَ َو َك َّر َم
ِ َويَ ِز ْي ُدوْ نَ فِ ْي ْال َمبَرَّا،ُظ ِهرُوْ نَ ال ُّسرُوْ َر ْ َوي،ت
ْ بَل،ت ِ ص َدقَا َّ اع الِ َص َّدقُوْ نَ فِ ْي لَيَالِ ْي ِه بِأ َ ْن َو َ َويَت
ْث َكانَ ِم َّما ُ َظهَ ُر َعلَ ْي ِه ْم ِم ْن بَ َر َكاتِ ِه ُكلُّ فَضْ ٍل َع ِمي ٍْم بِ َحي ْ َوت،يَ ْعتَنُوْ نَ بِقِ َرا َء ِة َموْ لِ ِد ِه ْال َك ِري ِْم
صحِّ لَ ْيلَةَ ا ِإل ْثنَ ْي ِن الثَّانِ َي َع َش َر ِم ْن َشه ِْر َ َْف َعلَى األ ُ َكانَ َموْ لِ ُدهُ ال َّش ِري:ت ُ "قُ ْل:ال َ َ ثُ َّم ق."ِّب َ ُجر
َ َو ِح ْينَئِ ٍذ فَال،ك ٍ لِثَ َم: َوقِي َْل،ُ لِلَ ْيلَتَي ِْن خَ لَتَا ِم ْنه: َوقِي َْل،َربِيْع األَ َّو ِل
َ ِ لِ َع ْش ٍر َوقِ ْي َل َغ ْي ُر َذل: َوقِ ْي َل،ان
ب اال ْستِطَا َع ِة بَلْ يَحْ س ُُن فِ ْي أَي َِّام ال َّشه ِْر ُكلِّهَا ِ س بِفِع ِْل ْال َخي ِْر ِف ْي ه ِذ ِه األَي َِّام َواللَّيَالِ ْي َعلَى َح َس َ ْبَأ
" َولَيَالِ ْي ِه.
Maksudnya:
“Peringatan Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf
al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada setelah itu di
kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar sentiasa mengadakan
peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah. Mereka mengadakan jamuan-
jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal yang menggembirakan dan baik. Pada
malam harinya, mereka mengeluarkan berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan
kegembiraan dan suka cita. Mereka melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada
kebiasaannya. Bahkan mereka berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan
nampaklah keberkahan Nabi dan Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”.
Kemudian al-Sakhawi berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat
yang paling sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat
lain malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya tidak
mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini sesuai dengan
kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan waktu malam bulan
Rabi'ul Awwal seluruhnya” .
Telah berkata al-Syeikh al-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan (W. 1304 H) di dalam
kitabnya Sirah al-Nabi, merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah:[15]
صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َوهَ َذا ْالقِيَا ُم ُم ْست ََحبُّ لِ َما فِ ْي ِه َ َّت ْال َعا َدةُ أَ َّن الن
َ اس إِ َذا َس ِمعُوْ ا ِذ ْك َر َوضْ ِع ِه ِ َج ُر
صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َ ِم ْن تَ ْع ِظي ِْم النَّبِ ِّي
ك َكثِ ْي ُر ِم ْن ُعلَ َما ِء األُ َّم ِة الَّ ِذ ْينَ يُ ْفدَى بِ ِه ْم
َ َِو َسلَّ َم َوقَ ْد فَ َع َل َذل
Maksudnya:
"Telah berlaku kebiasaan, bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka
ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersam-sama untuk menghormat dan membesarkan Nabi
Muhammad sallallahu`alaihi wasallam. Berdiri ini adalah suatu perbuatan yang baik kerana
dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan sesungguhnya
telah mengerjakan perbuatan seperti itu dikalangan daripada ulama’-ulama’ ikutan ummat".
Sayyid Zaini Dahlan merupakan Mufti Besar Mazhab Syafi`e di Makkah (W. 1304
H), di antara kitab karangan beliau adalah:
1. Al-Futuh al-Islamiyyah.
2. Tarikh Daulah al-Islamiyyah.
3. Al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah.
"Berkata al-Halabi di dalam kitab Sirah: Telah dikhabarkan bahawa di hadapan al-Imam al-
Subki pada suatu kali ketika berkumpul ramai ulama’-ulama’ pada zaman itu. Kemudian
salah seorang daripada mereka membaca perkataan Sarsari dalam memuji Nabi. Pada ketika
itu al-Imam al-Subki dan sekalian ulama’ yang hadir berdiri bagi menghormati Nabi".
Anak beliau juga merupakan seorang ulama’ besar iaitu Tajuddin al-Subki (W. 657 H)
pengarang kitab “Jam`u al-Jawami`”, kitab usul fiqh besar yang telah diguna pakai oleh dunia
Islam di dalam mempelajari usul fiqh.
Beliau juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan
adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi.
"Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat tiap-tiap tahun, bersetuju dengan hari maulid Nabi
Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, memberi sedekah, membuat kebajikan, melahirkan
kegembiraan dan kesenangan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga
mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam, membesarkan baginda dan bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan-Nya yang telah
mengirim Rasul bagi kebahagiaan seluruh makhluk".
Al-Imam Abu Syamah adalah seorang ulama’ besar dalam mazhab Syafi`e. Beliau
hidup pada abad ke-VII Hijrah dan beliau adalah guru dari al-Imam al-Nawawi.
Merayakan maulid Nabi dengan suatu perayaan dengan perbanyak sedekah dan bakti pada
hari maulid dan melahirkan kegembiraan atas maulid Nabi adalah suatu “bid`ah
hasanah/baik” iaitu sesiapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala.
Mengadakan perayaan maulid Nabi adalah manifestasi daripada kecintaan kita kepada
Nabi kita Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
Bid`ah Hasanah iaitu suatu perkara yang dilakukan dan ia belum pernah dilakukan
oleh Nabi di zamannya tetapi ia adalah perbuatan baik, berfaedah, untuk umum dan
berfaedah kepada masyarakat.
Perayaan maulid Nabi memang tidak di zaman nabi tetapi ia sangat baik untuk
disambut kerana ia dapat membangkitkan rasa cinta kepada Nabi, mengasihi Nabi,
mengenang perjuangan Nabi, mencontohi akhlak Nabi dan sebagainya. Maka hal itu adalah
bid`ah hasanah iaitu bid`ah yang baik dan sesiapa mengerjakannya akan mendapat pahala.
Bid`ah Sayyi`ah, iaitu bid`ah yang buruk dan keji dan barangsiapa melakukannya
akan mendapat dosa seperti sembahyang dalam bahasa melayu, azan dalam bahasa melayu
dan sebagainya.
Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima kebenaran sebagai sebuah
kebenaran dan kemudian bersedia mengikutinya dengan senang hati. Amiin Ya Rabb.
[1] Ahmad bin Zain al-Habsyi (1987), Syarh al-`Ainiyyah, Singapura: Kerjaya, cet. 1, h. 29-
30.
[2] Al-Imam Hasan al-Basri merupakan salah seorang tabi`in yang agung. Ayah beliau
adalah budak Zaid bin Thabit al-Ansari radiyallahu`anhu dan ibunya bernama Khariyyah
adalah budak Ummu Salamah radiyallhu`anha. Beliau dilahirkan pada 2 tahun terakhir
sebelum wafatnya Khalifah `Umar al-Khattab radiyallahu`anhu. Beliau sempat bertemu
sekurang-kurangnya 100 orang sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam. Beliau wafat pada
bulan Rejab 116 hijrah dalam usia 89 tahun. Kenyataan di bawah ini adalah salah satu
ungkapan hikmah beliau:
[3] Al-Zahabi (t.t.), Siyar A`lam Nubala’, Beirut: Dar al-Fikir, j. 3, h. 410.
[4] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.
[5] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-
Khair, h. 427-428.
[6] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.
[7] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar al-
Khair, h. 417-418.
[8] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.
[9] Mufti ialah orang yang dapat mengeluarkan fatwa dalam berbagai permasalahan agama
kerana keluasan dan ketinggian ilmunya serta keluhuran budinya.
[10] Abu al-Qasim `Abd al-Karim bin Hawazin (t.t), al-Risalah al-Qusyairiyyah, (t.tp): Dar
al-Khair, h. 430.
[11] Ibid, 430.
[12] Al-Imam al-Nawawi rahimahullah nama asalnya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya
bin Syaraf al-Nawawi. Lahir di Nawa pada bulan Muharram 631 hijrah. Sejak kecil lagi
beliau telah menghafal al-Quran. Pada tahun 649 hijrah. Beliau menuntut ilmu di Dimaskus.
Selama dua tahun di sana, beliau tidak pernah tidur berbaring. Beliau tidur dengan duduk.
Dalam waktu empat bulan setengah, beliau telah menghafal kitab al-Tanbih. Kitab-kitab
karangan beliau sangat banyak seperti Ridayus al-Salihin yang telah tersebar ke seluruh
penjuru dunia dan banyak di baca di tanah air kita. Beliau wafat pada 24 Rejab 676 hijrah di
Nawa dalam usia 45 tahun. (Lihat Faruq Hamadah (t.t.), Dalil al-Raghibin Ila Riyad al-
Salihin, (t.tp): Dar al-Thaqafah, cet 1, h. 10-12.
[13] `Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuthi (t.t), al-Hawi Li al-Fatawi, (t.tp): Dar al-
Fikir, j. 1, h. 221-222.
[14] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anah al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 255.
[15] Abu Bakar bin Muhammad Satha al-Dimyathi (t.t.), I`anath al-Thalibin, (t.t.p): Dar al-
Fikir, j. 3, h. 363.
[16]Ibid, h. 364.
[17]Ibid. 364.