Anda di halaman 1dari 11

7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT) UNTUK ORANG YANG


MENZIARAHI RASULULLAH 1

(1) NABI MENDENGAR SALAM DAN SELAWAT ORANG YANG MENZIARAHI


BAGINDA DENGAN PENDENGARAN YANG HAKIKI (BENAR)
Ketahuilah bahawa sesungguhnya apabila orang yang menziarahi Nabi Muhammad
berselawat dan memberi salam kepada Baginda di kuburnya, Baginda mendengarnya dengan
pendengaran yang hakiki (benar) dan Baginda menjawab selawat dan salam orang tersebut
tanpa ada perantaraan – janganlah engkau ingkari perkara tersebut.
Ia berbeza dengan orang yang berselawat dan memberi salam kepada Baginda dari
jauh. Selawat dan salamnya itu tidak sampai kepada Baginda dan Baginda tidak
mendengarnya melainkan dengan perantaraan (iaitu Malaikat) seperti mana yang telah
disebutkan di dalam banyak hadith tentang perkara tersebut. Dan nanti akan disebutkan
beberapa hadith daripada hadith-hadith tersebut.
Tidak syak lagi bahawa perkara itu 2 adalah sebesar-besar kegembiraan yang tidak
dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia adalah hadiah yang besar kepada orang yang
menziarahi Nabi , yang berdiri di hadapan Rasulullah . Dia tahu bahawa Baginda hidup (di
alam barzakh), boleh mendengar suara dan tawassulnya, mendengar hajat dan
permintaannya supaya Baginda memohon syafaat kepada Allah (untuknya) sehingga Dia
redha kepadanya, (juga supaya Allah) mengurniakan kepadanya apa yang dia inginkan
daripada kebaikan dunia dan akhirat.
Maka, agungkanlah3 sesiapa yang permintaannya didengar oleh Nabi dan Baginda
membalas permintaannya itu supaya dia bahagia dengan jawapan Baginda.
Maka ketika itu4, bersungguh-sungguhlah kamu untuk menziarahi Baginda.
Luaskanlah5 untuk menziarahi Baginda supaya kebaikan-kebaikan dan faedah-faedah ini juga
diberikan kepadamu dan engkau mendapat keuntungan yang banyak pada keadaan tersebut

1 Diterjemahkan daripada kitab Az-Zakha’ir al-Qudsiyyah fi Ziyarah Khair al-Bariyyah ( ‫الذخائر القدسية‬
‫ ) في زيارة خير البرية صلى الله عليه وآله وسلم‬karangan Al-Alim al-Allamah al-Khathib al-Baligh, Syaikh
Abdul Hamid Qudus al-Makki asy-Syafi’i, Lubnan: Dar al-Hawi, Cetakan Pertama, 1428H/2007M, ms. 37
- 44. Al-Faqir membuat sedikit ulasan dan penerangan di nota kaki untuk lebih jelas dan mudah difahami.
2 iaitu Nabi menjawab terus selawat dan salam orang yang menziarahi Baginda di kubur Baginda (pent.)
3 muliakanlah (pent.)
4 setelah engkau mendengar kelebihan-kelebihan ini (pent.)
5 masa dan rezekimu (pent.)

1
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

seperti mendapat apa yang diinginkan, dijawab apa yang diminta, diperbaiki keadaan (ahwal),
berjalan dalam perhiasan dengan perhiasan orang yang sempurna (ahl al-kamal),
menghapuskan apa yang tergelincir daripada kesalahan dan menyucikan apa yang ternoda
daripada segala akhlak dan sifat perilaku.
Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk perkara tersebut dan
menunjukkan jalan untuk kita kembali kepada-Nya supaya kita menjadi orang yang layak
berjalan pada jalan mulia itu dengan kurniaan dan kemuliaan-Nya, Amin.

(2) MALAIKAT BERJABAT TANGAN (MUSHOFAHAH) DENGAN PARA


PENZIARAH NABI
Al-Fakihi rahimahullah menyebutkan di dalam Huns at-Tawassul, menukilkan
daripada kitab Mafakhir al-Islam:
“Sesungguhnya ketika orang yang menziarah kubur Nabi yang mulia masih berada jauh
berbatu-batu daripada kota Madinah, para Malaikat yang telah diwakilkan datang dengan
segera kepada Nabi untuk menyampaikan selawat (daripada orang tersebut) kepada
Baginda. Mereka (Malaikat) berkata:

َ .َ‫ قَدَ جَاءَووَكَ َزائَ َريَن‬.َ‫ هَذَا فَ َلنَ َوفَ َلنَ َوفَ َلنَ الَذَيَنَ بَلَغَنَاكَ صَلَتَهَمَ عَلَيَك‬،َ‫يَا َرسَ َولَ الله‬
“Wahai Rasulullah, orang ini, orang ini, orang ini, yang kami telah sampaikan selawat
mereka kepada Tuan. Mereka telah datang menziarahi Tuan.”

Lalu Nabi bersabda:

‫ فَلَ َو َل‬.َ‫ َواقَضَ َوا حَ َواجَئَهَم‬،َ‫ َوعَانَقَوا عَنَي الَمَشَاة‬،َ‫الركَبَان‬


َ ‫ َوصَافَحَوا عَنَي‬،َ‫تَلَقَ َوهَمَ بَالتَ َرحَيب‬
َ .‫ َولكَنَ سَأَقَض َي حَقَهَمَ يَ َومَ َل يَجَدَونَ َوسَيلَةَ إَ َل مَحَبَتَي‬،‫ لَتَلَقَيَتَهَمَ مَاشَيَا‬،َ‫حَجَابَ الَمَدَينَة‬
“Pergilah bertemu mereka dengan penuh penghormatan, maafkanlah sesiapa yang menaiki
kenderaan, sayangilah sesiapa yang berjalan kaki6 dan tunaikanlah hajat-hajat mereka.
Kalaulah tidak kerana hijab-hijab di Madinah, nescaya sudah pasti aku datang berjumpa
mereka dengan berjalan, akan tetapi aku akan memberi hak mereka pada hari yang mereka
tidak menjumpai pertolongan (wasilah) melainkan kasih sayangku.”7

6Ucapan ini adalah untuk orang yang menziarahi Rasulullah sama ada menaiki kenderaan atau berjalan
kaki (pent.).
7Lihat Husn at-Tawassul fi Adab Ziarah Afdhal ar-Rusl, ms. 11-12. Dan lihat apa yang disebutkan oleh
Al-Hafizh As-Sakhawi rahimahullah daripada beberapa hadith yang berkaitan dengan disampaikan salam
kepada Nabi oleh orang yang memberi salam kepada Baginda dan Baginda membalas salam kepada
2
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

(3) MENDAPAT SYAFAAT NABI , DITINGKATKAN KEDUDUKAN DAN


MENCAPAI SEMUA APA YANG DIHAJATKAN
Setelah mengetahui atau selalu diingatkan dengan apa yang warid (datang) daripada
Nabi seperti hadith:

َ .‫ وجبت له شفاعتي‬،‫من زار قبري‬


“Sesiapa yang menziarahi kuburku, wajiblah baginya syafaatku,”
juga beberapa hadith yang akan datang, maka bertambahlah kesungguhan (himmah) untuk
menziarahi sebaik-baik manusia (iaitu Rasulullah ) walaupun dengan usaha yang
bersungguh-sungguh dan menempuh kesusahan dalam perjalanan yang jauh kerana yang
diharapkan daripadanya ialah supaya meningkatnya (keimanan) sehingga sampai kepada
kesempurnaan martabat (kedudukan) di akhirat, mendapat kedudukan-kedudukan yang
dibanggakan dengan berkat ziarah tadi, dan diharapkan dengan berkat kemuliaan dan
besarnya fadhilat orang yang diziarahi (iaitu Rasulullah ), (maka orang yang menziarahi
Baginda) akan mendapat keampunan dosa dan kesalahan dan terbitnya awan fadhilat yang
banyak dan mencurah-curah (kepadanya).
Ini adalah gambaran yang dapat dirasa. Kenapa tidak, sedangkan berdiri di hadapan
pintu Nabi yang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang-orang yang berdosa
dan melakukan kesalahan, adalah berdiri yang terpuji! Keadaan orang yang berdiri itu sentiasa
menyebutkan perkataan penyair yang baik itu:

َ َ‫عَنَ حَمَاكَمَ كَيَفَ أَنصَ َرفَ َ َوهَ َواكَمَ لَي بَهَ شَ َرف‬
َ‫َفَي سَ َوى أَبَ َوابَكَمَ أَقَف‬ ‫سَادَتَي لَ عَشَتَ يَ َومَ أَ َرى‬
“Dari penjagaan kamu, bagaimana aku boleh beredar pergi?
Dan keinginan kamu adalah suatu kemuliaan bagiku
Wahai penghuluku, tidak mungkin aku hidup suatu hari aku diperlihatkan
Pada selain pintu-pintumu aku berdiri.”

Dan bukanlah suatu yang tersembunyi8 juga yang sesungguhnya hadir ke hadhrah
Muhammadiyyah9 itu, padanya ada kerehatan dan boleh menghidupkan segala ruh, lebih-
lebih lagi pada hak sesiapa yang tidak layak dengan kedudukan yang sempurna yang
mengatakan:

mereka. Ia juga termasuk di dalam faedah-faedah (fawa’id) yang disebutkan di dalam Al-Qawl al-Badi’, ms.
311-329.
8 maksudnya perkara ini umum diketahui (pent.)
9 iaitu itu di hadapan kubur Nabi (pent.)

3
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

‫َزرَتَمَ جسَ َومَا َوزَ َرنَا نَحَنَ أَ َروَاحَا‬ ‫يَا َواصَلَيَنَ إَلَى الَمَخَتَ َار مَنَ مضَ ٍر‬
“Wahai orang yang telah sampai kepada Nabi daripada Mudhar
Kamu telah menziarahi jasad, sedangkan kami menziarahi ruh.”10

Sesungguhnya di akhir makna bait tersebut ada kaitan dengan suatu kaum yang
dijauhkan daripada menziarahi Nabi kerana keburukan yang bertitik tolak daripada sifat
sangat kedekut atau urusan yang tidak boleh diungkapkan.
Syawahid (penguat)
Dan termasuk penguat (syawahid) atas benarnya apa yang kami katakan, yang
pertama kata-kata penyair:

َ‫لَهَ سَأَلَ الَمَعَايَنَةَ الَكَلَيَم‬ ‫وَفَي طَلَبَ الَعَيَانَ لَطَيفَ مَعَنَى‬


“Dan pada menuntut apa yang dapat dilihat ada makna yang halus
Orang yang berkata bertanya tentang sesuatu yang nampak
dilihat.”11

Termasuk penguat juga: Tawajjuhnya orang-orang yang sentiasa menjaga hati dan
irfan dengan hal ehwal mereka di samping sentiasa merasakan dekat dengan Nabi (al-qurb
an-nabawi) dengan roh-roh mereka kepada bandar Nabinya, Sayyid walad ‘Adnan, itulah
yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan kalaupun terpaksa menanggung kesusahan
jasmani (badan) kerana (mereka akan dapat) mencapai mahabbah (kecintaan Nabi ) yang
diperolehi melalui suatu lathifah yang diisyaratkan oleh penyair sebentar tadi, semoga Allah,
pencipta seluruh manusia, merahmatinya.
Dan yang lebih dekat dengan nazham ini adalah perkataan sebahagian orang yang
mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam, yang mendapat faedah ziarah selepas
dapat merasainya dengan roh:

َ‫أخـذَتم فَ َؤادَيَ َوهَو بعَض َيَ فَمَا الَذَيَ يَـض َركم لَ َـو كَـانَ عَنَدَكم الَكل‬
“Kamu telah mengambil hatiku, sedang ia adalah sebahagian daripadaku, maka apa lagi

10Ia adalah sebahagian daripada bait syair Al-Allamah Ibnu ‘Arif al-Andalusi, termasuk di dalam orang
soleh yang terkemuka dan wali yang wara’. Imam Ibnu al-Khalqan telah menyebut bait-bait syairnya itu
dalam kitabnya Wafayat al-A’yan, 1/169.
11Bait syair ini adalah daripada Al-Allamah Ibnu Hazm azh-Zhahiri rahimahullah. Imam Ibnu al-
Khalqan menyebutkan di dalam kitabnya Wafayat al-A’yan, 3/326, menukilkan daripada Al-Hafizh Al-
Humaidi yang berkata: “Tidak pernah aku melihat orang yang bersyair secara spontan lebih laju
daripadanya (iaitu Ibnu Hazm).”

4
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

Yang boleh memudharatkan kamu sekiranya di sisi kamu ada segalanya.”12

Aku bersumpah, sesungguhnya menziarahi Nabi pada setiap tahun mempunyai


makna yang hanya dapat dirasai dengan perasaan hati (wijdan) oleh orang yang boleh
memahami (uli al-afham). Dan wajarlah diputuskan oleh pemutus-pemutus (al-qawathi) dan
ahli keluarga selainnya. Dan wajarlah bersungguh-sungguh untuk menziarahi Baginda
walaupun dengan tujuh tingkat – kalaulah ia menjadi suatu kefardhuan dan wajarlah pergi
kepadanya walaupun terpaksa mengumpul harta-harta dengan sepenuh hati dan (diperolehi
daripada) seluruh tempat.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita sebaik-baik kembali, dengan selalu
menziarahi tempat yang mulia itu, dengan menyempurnakan semua syarat dan beradab
dengan adab yang sempurna, dengan berkat Nabi Muhammad .

(4) MENINGGAL DUNIA DALAM ISLAM KEPADA ORANG YANG MENZIARAHI NABI

Sesungguhnya sesiapa yang menziarahi kubur Nabi yang mulia mendapat berita
gembira bahawa dia akan meninggal dunia dalam Islam mengikut apa yang difahami oleh
sebahagian para ulama yang terkemuka terhadap hadith yang terdahulu13.
Makna wajib mendapat syafaat Nabi dalam hadith:

َ .‫ وجبت له شفاعتي‬،‫من زار قبري‬


“Sesiapa yang menziarahi kuburku, wajiblah baginya syafaatku,”
ia adalah benar dan pasti dengan janji yang benar, yang tidak boleh diingkari kebenarannya
seperti mana yang disebutkan di dalam kitab Al-Manh karangan Imam Ibnu Hajar14.
Syaikh Abdur Rauf menjelaskannya lagi dengan katanya: “Dan jawapannya dengan
mendapat syafaat Nabi adalah benar akan berlaku untuk menenangkan jiwa jika
mendapatkannya. Jika tidak, Nabi pasti akan memberi syafaat sebagai suatu kebaikan dan
belas kasihan daripada Baginda. Maka tidaklah wajib untuk Nabi memberi syafaat seperti

12Ia adalah syair penyair sufi iaitu Ibnu al-Faridh rahimahullah. Ia hanyalah sebahagian daripada
qashidahnya yang terkenal di dalam Diwannya (ms. 135).
13 Di antara mereka ialah Al-Allamah Taqiyyuddin as-Subki rahimahullah. Lihat apa yang beliau sebutkan

di dalam kitabnya Syifa’ as-Siqam (ms. 13) selepas beliau menyebutkan hadith tersebut dengan sanad-
sanadnya.
14Lihat Manh al-Fattah Syarh Haqa’iq al-‘Idhah (ms. 482). Ia adalah hasyiah (syarah) Imam Ibnu Hajar
al-Haitami ke atas ‘Idhah karangan Imam Nawawi, rahimahumallah.

5
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

mana tidak wajib bagi Allah Taala untuk memberi pahala kepada orang yang melakukan
ketaatan.”15

(Faedah):

Lafaz “ َ‫ ” له‬adalah khas dengan syafaat sesuai dengan besarnya amalannya. Tidak ada
seorangpun yang terlibat selainnya16. (Syafaat itu adalah dalam pelbagai keadaan seperti)
bertambahnya nikmat atau diringankan huru-hara pada hari kiamat kepadanya atau
keadaannya akan dikumpulkan tanpa hisab atau diangkatkan kedudukannya di dalam syurga
atau ditambah syuhud (melihat) Allah Yang Benar dan dapat memandang-Nya atau selain
daripada semua kurniaan itu.
(Faedah):
Syafaat disandarkan kepada Nabi dengan syafaat yang mulia dan agung adalah
kerana syafaat akan menjadi agung dengan agungnya kedudukan orang yang memberi
syafaat. Dan tidak ada yang lebih agung daripada Rasulullah dan tidak ada syafaat yang
lebih agung daripada syafaat Baginda.
Semoga Allah memberikan syafaat ini kepada kita dengan berkat kebesaran Nabi
Muhammad di sisi-Nya17.
Syafaat Nabi termasuklah dinaikkan kedudukan dan meninggal dunia dalam Islam.
Ia adalah sebagai suatu kemuliaan dan hadiah kepada orang yang menziarahi tempat (suh)18
(kubur) Baginda, sama ada di kalangan orang yang khusus atau umum.
Allah tidak redha jika hanya diberikan makanan dan minuman dan ditambah apa-apa
pemberian lain kepada orang yang datang menziarahi Baginda. Bahkan (Allah mahukan)
mereka juga diberikan khabar gembira dengan meninggal dunia dalam keadaan husnul
khatimah dalam Islam. Itu adalah sebesar-besar perkara yang diidam-idamkan dan setinggi-
tinggi kurniaan Ilahi kepada semua orang yang berhak dimuliakan daripada kalangan para
Nabi, orang-orang yang benar (shiddiqin), orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Merekalah sebaik-baik untuk didampingi.

15Dalam iktiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, harus (ja’iz) bagi Allah Taala untuk memberi pahala kepada
sesiapa yang taat kepadanya, bukan wajib (pent.).
16Maksudnya hanya Nabi Muhammad sahaja yang akan memberi syafaat utama itu yang disebut juga
dengan “Asy-Syafa’ah al-Kubra” (Syafaat Besar) (pent.).
17Ia disebutkan oleh Imam Taqiyyuddin as-Subki rahimahullah dalam Syifa’ al-Asqam (ms. 13) dan Al-
Allamah Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam Al-Jauhar al-Munazhzham (ms. 71).
18‫ سُوح‬adalah jamak (plural) kepada ‫ ساحة‬. Jamaknya menjadi ‫ ساحات‬dan jamak ‫ ساح‬menjadi ‫ سُوح‬yang
bermaksud tempat lapang. Maksudnya di sini ialah sesiapa yang menjadi tetamu atau menziarahi Nabi,
menjadi sunnah Nabi akan memuliakan tetamu Baginda. Sebab itulah orang yang menziarahi Baginda akan
dimuliakan dengan syafaatnya dan meninggal dalam keadaan Islam (husnul khatimah), insyaAllah.

6
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

(5) ORANG YANG MENZIARAHI HADHRAHNYA YANG TINGGI AKAN MENDAPAT

DOA NABI

Di sebutkan di dalam Husn at-Tawassul: “Dikatakan, tidaklah seorang yang


dikurniakan dapat menziarahi Nabi melainkan selepas didoakan oleh lisan yang empunya
hadhrah Muhammadiyyah19. Jika didoakan sekali, maka dia akan menziarahi sekali, atau dua
kali maka dua kali dan begitulah seterusnya. Perkara itu bukanlah jauh mengikut apa yang
disebutkan di dalam haji20.
Maka bergembiralah dengan penuh kegembiraan wahai orang yang menziarahi Nabi
di mana ketua kepada orang yang terdahulu dan terakhir (Sayyid al-‘Awa’il wa al-‘Awakhir)
iaitu Rasulullah mendoakan kamu.
Menziarahi Nabi adalah seperti menghadiri majlis kahwin. Orang yang datang ke
majlis kahwin bukanlah orang yang tidak diundang (thufaili) dan bukan juga orang yang tidak
ada nilai. Bahkan tidaklah yang hadir ke majlis tersebut melainkan setiap yang diundang akan
wajib dimuliakan dengan sebaik-baik kemuliaan.
Apakah ada lagi kegembiraan yang lebih besar daripada kegembiraan bagi sesiapa
yang diminta untuk hadir menziarahi Nabi yang paling mulia? Apakah ada lagi peluang yang
boleh mengatasi peluang yang sangat agung ini?

(6) MERASA KEBERKATAN BEKAS-BEKAS TAPAK KAKI BAGINDA YANG MULIA

Apabila orang yang menziarahi Nabi sampai di bumi Madinah al-Munawwarah,


semoga Allah merahmati dan memberi keselamatan yang paling afdhal kepada Nabi-Nya,
kemungkinan kakinya memijak tempat yang pernah dipijak oleh kaki Nabi yang mulia.
Dengan terpijaknya kakinya di tempat yang pernah dipijak Nabi itu, dia akan
mendapat ganjaran, kurniaan dan keberkatan. Lebih-lebih lagi jika dia membawa rasa
keagungan (di dalam hatinya) ketika diam dan bergerak. Dia akan merasakan kebahagiaan
yang abadi di samping diberi hidayah yang menyenangkan. Ia sesunguhnya pemberian besar
yang mengembirakan.
Berbahagialah bagi sesiapa yang mengikuti perjalanannya. Dia akan mendapat
kemuliaan yang berkekalan.

19Maksudnya, kekerapan seseorang dapat menziarahi Nabi adalah kerana doa daripada Nabi sendiri
(pent.).
20Lihat Husn at-Tawassul (ms. 17-18). Maksudnya ialah sesiapa yang menjawab panggilan Nabi Ibrahim
alaihis salam untuk menunaikan haji sekali, dia akan menunaikan haji sekali. Jika banyak, maka banyak.
Begitulah seterusnya. Penulis mengqiyaskan ziarah Nabi dengan haji dalam perkara ini.

7
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

Padanya ada berita gembira yang dia sesungguhnya telah mendapat mengikut Nabi
secara nampak (praktikal)21 seperti mana dia mendapatnya dari segi makna.
Oleh itu, sewajarnya baginya, ketika dia telah sampai di tanah yang mulia – seperti
yang akan disebutkan nanti – untuk merasakan dalam dirinya tempat yang pernah dipijak oleh
kaki Rasulullah ketika dia berulang alik ke tempat itu22. Sesungguhnya tidak ada tempat
yang dia pijak, melainkan besar kemungkinan di situlah tempat pernah dipijak oleh kaki Nabi
yang mulia.
Justeru, janganlah dia meletakkan kakinya di tempat yang dipijaknya, melainkan
dengan merasai kehebatan Nabi (haibah), ketenangan (sakinah) dan membesarkan
23
Baginda (ijlal) . Bahkan yang lebih berhak kepada sesiapa yang sampai di bilik tersebut (bilik
makam Nabi ), untuk meletakkan pipi wajahnya ke tempat-tempat yang penuh dengan
cahaya24. Itulah yang paling perlu – tanpa ada kesangsian dan larangan padanya – sesuai
dengan perkataan orang yang pernah melakukannya25 dan berkata:

َ َ‫آوي‬
َ ‫ط لَهَا أَصَبَو َو‬
َ ٍ َ‫َعَلَى بَس‬ َ‫وَفَيَ دَ َار الَحَدَيَثَ لَطَيَفَ مَعَنَى‬
َ َ‫اوي‬
َ ‫َمَكَانَا مَسَهَ قَدَمَ النَ َو‬ َ‫لعليَ أَنَ أنال بَحَ َر َوجَهَي‬
“Dan di Darul Hadith ada sebuah makna yang halus
Aku kelilingi dan aku datangi setiap sisinya
Agar dengan pipi wajahku dapat menyentuh
Tempat yang dipijak oleh kaki Imam Nawawi.”26

Untuk itu, sebagai respon kepada syair yang indah ini, ketika aku masuk ke dalam bilik
kubur Nabi yang dicintai dan yang memberi syafaat, aku katakan:

َ َ‫َبَلَثَمَ تَ َرابَهَا الَعَطَ َر الشَذَي‬ َ ‫وفيَ دار ال َرس َول أَ َروَمَ أَحَظَى‬

21 kerana kakinya telah berada di tempat yang sama tempat kaki Nabi pernah berpijak (pent.)
22 di kubur Nabi dan tempat-tempat yang lain (pent.)
23 termasuklah membesarkan tempat yang dipijak itu (pent.)
24 di lantai-lantai bilik makam Nabi (pent.)
25 iaitu Imam Taqiyyuddin as-Subki (pent.)
26 Imam Abdul Wahhab as-Subki menyebutkannya di dalam kitabnya Thobaqat asy-Syafi’iyyah al-
Kubra (8/396) ketika menyebutkan biografi Imam Nawawi rahimahumallah ta’ala. Beliau menyebutkan
bahawa orang yang berkata itu adalah ayahnya iaitu Imam Taqiyyuddin Ali bin Abdul Kafi as-Subki
rahimahullah di mana ketika beliau (Imam Taqiyyuddin as-Subki) berada di Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah,
Damsyiq pada tahun 742H, iaitu ketika beliau hendak melakukan sembahyang Tahajjud di situ, beliau
meletakkan wajahnya ke lantai yang Imam Nawawi pernah duduk di situ ketika mengajar hadith dan ilmu-
ilmu lain. Beliau pun melantunkan dua bait syair tersebut. Semoga Allah merahmati semua para imam dan
ulama kita. Amin.

8
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

َ‫َمكانا مسه قدم النَبَي‬ َ‫لَعَلَي أَنَ أَنَالَ بحر وجهي‬


“Dan di bilik Rasul aku mencium dan aku beruntung
Dengan berkat tanahnya dengan wangian yang semerbak
Agar dengan pipi wajahku dapat menyentuh
Tempat yang dipijak oleh kaki Nabi .”

Semoga Allah memberikan kita rezeki dapat menyempurnakan sebaik-baik adab di


hadapan ketua orang ‘ajam dan Arab, Rasulullah , dan mengurniakan kita kekuatan untuk
mengikut jejak langkah Baginda, dan memberikan kita kecintaan yang tinggi kepada Baginda
dan ahli keluarga Baginda. Amin.

(7) MENDAPAT KEBAHAGIAAN KEPADA SESIAPA YANG SAMPAI DI PERSEMADIAN NABI


YANG MULIA

Sesungguhnya sampai di tempat persemadian Nabi Muhammad , berdiri di hadapan


pintunya, beradab di hadapannya dengan munajat, memberi salam dan mengucapkan pujian
yang indah-indah kepadanya adalah suatu tanda pertolongan ilahi, bahkan suatu kebahagiaan
yang abadi, lalu bagaimanakah jika semua perkara tadi disertakan dengan adab yang
sempurna seperti mana adab yang telah diajar oleh Baginda dan disertakan dengan khidmat
yang tinggi terhadapnya?
Tidak ada keraguan lagi, sesiapa yang berdiri mengadap wajah Baginda yang mulia,
pasti akan mendapat kemuncak kebahagiaan dan kesempurnaan kemuliaan kerana tidak syak
lagi bahawa Rasulullah melihat orang yang menziarahi Baginda. Setiap orang akan diberikan
suatu kurniaan mengikut kadar masing-masing kerana kurniaan (istimdad) adalah mengikut
kadar persediaan (isti’dad) untuk menerimanya27.
Sesiapa yang pandangan Rasulullah kena padanya28, dia akan mendapat semua
kebaikan, merasa bahagia yang tidak akan ada duka selepasnya, mendapat kesempurnaan
kemuliaan, pujian dan pilihan yang sempurna, berjaya dengan kejayaan yang membanggakan
dan mendapat keuntungan yang melimpah ruah kerana dia dipandang oleh Nabi . Itulah
kurniaan yang paling besar.
Dengan munajatnya kepadanya29 akan menghidupkan hatinya, berhasil mendapatkan
apa yang diingin dan dimaksudkan kerana tidak ada sesuatu yang lebih menenangkan
pandangan orang yang mencintai daripada melihat orang yang dikasihinya, dan tidak ada yang

27Lihat kupasan mendalam tentangnya oleh Imam Ibnu Hajar dalam Al-Jauhar al-Munazhzham (ms.
126).
28 Maksudnya sesiapa yang dilihat oleh Rasulullah (pent.)
29 Inilah yang dinamakan dengan tawassul (pent.).

9
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

lebih menenangkan hatinya daripada ingat kepada orang yang dicintainya serta
menghadirkan kebaikan-kebaikannya yang itulah kemuncak keinginannya.
Bahkan sesungguhnya melihat bekas daripada bekas-bekas yang ditinggalkan oleh
kekasihnya akan menghadirkan rindu di hatinya dan bertambah pula ingatannya kepadanya
seperti yang disebutkan di dalam syair:

‫َأَقَبَلَ ذَا الَجَدَ َار َوذَا الَجَدَا َرا‬ َ ‫أَمَ َر عَلَى الدَيَ َار دَيَ َار لَيَلَى‬
‫َولكَنَ حَبَ مَنَ سَكَنَ الدَيَا َرا‬ َ َ‫َومَا حَبَ الدَيَ َار شَغَفَنَ قَلَبَي‬
“Aku melalui rumah itulah rumah Laila
Aku kucupi dinding-dinding rumahnya
Bukanlah kerana cinta kepada rumah yang memenuhi hatiku
Akan tetapi cinta kepada orang yang tinggal di dalamnya.”30

Ini adalah juga seperti perkataan orang gila yang menunjukkan dia seorang yang gila31:

‫َوأهوى أن أط َوف بها مزا َرا‬ َ ‫أَحن إلى الدَيَ َار دَيَ َار لَيَلَى‬
‫َ َولكَنَ حَبَ مَنَ سَكَنَ الدَيَا َرا‬ َ‫َومَا حَبَ الدَيَ َار شَغَفَنَ قَلَبَي‬
“Aku rindu pergi ke rumah itulah rumah Laila
Dan aku ingin untuk mengelilinginya berkali-kali
Bukanlah kerana cinta kepada rumah yang memenuhi hatiku
Akan tetapi cinta kepada orang yang tinggal di dalamnya.”

Maka, ubatilah hatimu wahai orang yang menziarahi kubur Nabi dan tenangkanlah
matamu wahai orang yang melihat kebaikan-kebaikan peninggalan Baginda dan tanda-tanda
cahaya-cahayanya. Semoga Allah menerangkan hatiku dan hatimu dan memenuhkannya
dengan rasa cinta kepada-Nya dan kepada kekasih-Nya supaya ia menjadi pelengkap kepada
hati dengan kegembiraan yang sempurna. Amin.

Diterjemahkan oleh:
Al-Faqir ilallahil Qadir,
Ustaz Muhadir bin Haji Joll,
Selasa, 14 Rejab 1438H/ 11 April 2017M
Kota Nabi , Al-Madinah al-Munawwarah

30 Dua bait syair ini adalah daripada orang yang sangat mencintai Laila dalam Diwannya (ms. 127-128).
31 iaitu gila dalam dunia percintaan (pent.)

10
7 KEGEMBIRAAN (BISYARAT)

Catatan:

SYAIKH ABDUL HAMID KUDUS, seorang ulama besar yang


menjadi imam mazhab Syafi’i di Maqam Ibrahim.

Salah seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram dahulu. Lahir di


Makkah (1277H/1860M atau 1280H/1863M) dan meninggal di
Makkah pada tahun 1334H/1915M. Menghafaz Al-Quran sejak
kecil dan menghafaz banyak matan dalam pelbagai bidang ilmu.

Antara guru beliau ialah Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayyid
Utsman Syatho dan saudaranya Sayyid Abu Bakri Syatho dan
ramai lagi. Berkawan rapat dengan Syeikh Ahmad al-Fathani,
penulis Faridah al-Fara’id. Mahasiswa Melayu kedua belajar di
Universiti Al-Azhar selepas Syaikh Ahmad al-Fathani.

Menulis banyak karangan yang bermanfaat antaranya Irsyad al-Muhtadi ila Syarh Kifayah al-
Mubtadi, Al-Anwar as-Saniyyah ‘ala ad-Durar al-Bahiyyah, Fath al-Jalil al-Kafi bi
Mutammimah Matn al-Kafi fi ‘Ilmay al-‘Arudh wa al-Qawafi, Al-Futuhat al-Qudsiyyah fi
Syarh at-Tawassulat as- Sammaniyyah, Latha’if al-
Isyarat ila Syarh at-Tashil Kitab Az-Zakha’ir al-Qudsiyyah at-Thuruqat li Nazham al-
Waraqat fi al-Ushul al- fi Ziyarah Khair al-Bariyyah Fiqhiyyah, Kanz an-Najah
wa as-Surur fi al-Ad’iyah al- lati ila Tasyarruh ash-
Shudur, Risalah fi al- Basmalah min Nahiyah al-
Balaghah, Manzhumah fi al-Adab wa al-Akhlaq al-
Islamiyyah, Tholi’ as-Sa’d ar-Rafi’ fi Syarh Ilm al-Badi’,
Fiqh Rubu’ ‘Ibadat, Nubzah fi at-Tashawwuf, Ad-
Durrah ats-Tsaminah fi al- Mawadhi’ allati Tusannu
fiha ash-Shalah ‘ala Shahib as-Sakinah, Tasythir al-
Mudharriyyah fi ash- Shalah ‘ala Khair al-
Bariyyah, Majmu’ Bulugh al-Maram fi Maulid an-
Nabiy Shallalahu ‘alaihi wa Sallam, Raja’ Nail al-As’ad
wa al-Qabul fi Madah Saiyidatina az-Zahra’ al-
Batul, Bulugh as-Sa’d wa al-Amniyyah fi Madh Umm
al-Mu’minin al-Mabra’ah ash-Shiddiqiyyah, Al-
Jawahir al-Wadhiyyah fi al- Adab wa al-Akhlaq al-
Mardhiyyah, Az-Zakha’ir al-Qudsiyyah fi Ziyarah Khair al-Bariyyah, At-Tuhfah al-
Mardhiyyah fi Tafsir al-Quran al-‘Azhim bi al-‘Ajamiyyah, Dhiya’ asy-Syams adh-Dhahiyyah,
Maulid an-Nabiy Shallalahu ‘alaihi wa Sallam dan Kanz al-‘Atha fi Tarjamah al-‘Allamah as-
Sayyid Bakri Syatha.

11

Anda mungkin juga menyukai