Anda di halaman 1dari 6

Pahala Sembahyang Jenazah

Sebesar Gunung Uhud


Para tetamu Allah Ta’ala dan tetamu Rasulullah
yang budiman,

(a) Usahakanlah untuk tidak tinggalkan


sembahyang jenazah di dua tanah haram
yang mulia ini1.

(b) Luangkan sedikit masa untuk melakukannya


sebelum mengerjakan sembahyang sunat
ba’diyyah.

(c) Sembahyang jenazah ini tidak mengambil


masa yang lama, tetapi mendapat
ganjaran yang sangat besar iaitu sebesar
Gunung Uhud2.

1
Jangan juga tinggalkan ketika balik ke negara masing-masing.

2
Gunung Uhud terletak lebih kurang 4 km daripada Masjid Nabawi. Ia
adalah gunung terbesar di Madinah dan terletak di utara Madinah.
Panjang gunung ini mencapai 7 km, lebar 3 km dan tinggi 1077 meter
(3533 kaki). Gunung Uhud tidak bersambung dengan gunung lain,
tidak seperti kebiasaan gunung di Madinah. Sebab itulah penduduk
Madinah menyebutnya dengan “Jabal Uhud” yang bererti
“bukit/gunung yang tersendiri.”
1
(d) Pahala sebesar Gunung Uhud ini diperolehi
jika dilakukan di tempat atau masjid selain
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan
dilakukan di luar bulan Ramadhan.

Cuba bayangkan jika ia dilakukan:

(i) di Masjidil Haram (1 sembahyang


digandakan menjadi 100000
sembahyang di tempat lain) atau

(ii) di Masjid Nabawi (1 sembahyang


digandakan menjadi 1000
sembahyang di tempat lain),

(iii) pada bulan Ramadhan (1


sembahyang fardhu digandakan
menjadi 70 sembahyang fardhu yang
dilakukan pada selain bulan
Ramadhan)

(iv) secara berjemaah (1 sembahyang


berjemaah mendapat pahala 25 atau
27 ganjaran).

2
Hadith-hadith tentang kelebihan sembahyang
jenazah

(1) Daripada Sayyiduna Abu Hurairah berkata,


Rasulullah bersabda:

َّ َ َ َ ََ َ ُ َ َ َ َ َ َّ َ ُ َّ َ َ َ َ َ َ َ َ
ْ‫ْومنْْش ِهدْحتى‬،ْ‫منْْش ِهدْالجنازةْحتىْيص ْلىْعليهاْفلهْ ِقيْراط‬
ُْ‫ْ ْ ِمثل‬:‫ال‬ َْ ‫ان؟ ْ َق‬ َ َ َ َ َ َ َ َُ َ َ َ َ ُ
ْ ِ ‫ ْوما ْال ِقيْراط‬:‫ ْ ِقيْ ْل‬.‫ان‬
ْ ِ ‫تدفن ْكان ْله ْ ِقيْراط‬
َ َ ََ َ
.‫ْالع ِظيْمي ِ ْن‬ ‫الجبلي ِن‬

“Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga ia


disembahyangkan, maka dia mendapat satu qirath.
Dan sesiapa menyaksikannya sehingga ia
dikebumikan, maka dia mendapat dua qirath.
Baginda ditanya, Apakah dua qirath itu? Baginda
menjawab, “Pahala seperti dua gunung yang
besar.”3

(2) Dalam hadith lain daripada Sayyiduna Abu


Hurairah, sesungguhnya Rasulullah bersabda:

3
Muttafaq ‘alaih
3
َّ‫ان َم َع ُه َحتى‬ َ ََ ً َ ْ َ ً َْ ْ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ
‫ وك‬،‫م ِن اتبع جنازة مس ِل ٍم ِإيمانا واح ِتسابا‬
ْ َ َ ُ ْ َ ُ َّ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ َّ َ ُ
‫ ف ِإنه ير ِجع ِمن األج ِر‬،‫ ويفرغ ِمن دف ِنها‬،‫يصلى عليها‬
َ ‫ َو َم ْن‬،‫ ُك ُّل ق ْي َراط م ْث ُل ُأ ُحد‬،‫اط ْين‬
َ‫ص َّلى َع َل ْي َها ُث َّم َر َج َع َق ْبل‬ َ َْ
ٍ ِ ٍ ِ ِ ‫ِب ِقير‬
َ ْ ُ ْ َ ُ َّ َ َ َ ْ ُ ْ َ
.‫اط‬ٍ ‫أن تدفن ف ِإنه ير ِجع ِب ِقير‬

“Sesiapa yang mengikut (maksud menziarahi)


jenazah seorang muslim dengan penuh keimanan
dan mengharapkan ganjaran dan dia tetap
bersama mayat sehinggalah mayat tersebut
disembahyangkan dan ikut serta sehingga selesai
dikebumikan, maka sesungguhnya dia pulang
dengan mendapat dua qirath pahala; setiap qirath
sebesar Gunung Uhud. Dan sesiapa yang
menyembahyangkannya kemudian dia pulang
sebelum dikebumikan, sesungguhnya dia pulang
dengan satu qirath pahala.”4

(3) Dalam hadith lain, Rasulullah bersabda:

4
Riwayat Imam Bukhari
4
َ‫ص َّلى َع َل ْي َها ُث َّم َتب َع َها َح َّتى ُت ْد َفن‬َ ‫َم ْن َخ َر َج َم َع َج َنا َزة م ْن َب ْيت َها َو‬
ِ ِ ِ ٍ
َّ َ ْ َ َ ُ ُ ُ ْ َ ْ ُّ ُ ْ َ ْ َ َْ ُ َ َ َ
‫ ومن صلى‬،‫اط ِمثل أح ٍد‬ ٍ ‫ كل ِقير‬،‫كان له ِقيراط ِان ِمن أج ٍر‬
ُ ُ ُ ْ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َ َّ ُ َ ْ َ َ
.‫عليها ثم رجع كان له ِمن األج ِر ِمثل أح ٍد‬

“Sesiapa yang keluar bersama jenazah daripada


rumahnya dan bersembahyang ke atasnya,
kemudian dia mengikutnya sehingga dikebumikan,
dia mendapat dua qirath pahala yang mana setiap
qirath sebesar Gunung Uhud. Dan sesiapa yang
sembahyang jenazah, kemudian pulang, dia
mendapat pahala sebesar (satu) Gunung Uhud.”5

Rumusan:

Berdasarkan tiga hadith di atas, dapatlah dibuat


rumusan seperti berikut:

(i) Pahala menyembahyangkan jenazah


ialah 1 qirath.

(ii) Pahala menyembahyangkan jenazah


dan mengebumikannya ialah 2 qirath.

5
Riwayat Imam Muslim
5
(iii) 1 qirath adalah sebesar Gunung Uhud.

Suatu renungan…

“Bukankah setiap hari, hampir setiap selepas


sembahyang fardhu di kedua-dua masjid yang
mulia ini, akan ada didirikan sembahyang
jenazah?

Justeru, janganlah lepaskan peluang mendapat


ganjaran yang sangat besar ini daripada Allah
Ta’ala Yang Maha Pemurah…”

Al-Faqir ilallahil Qadir,


Ustaz Muhadir bin Haji Joll
6.30 pm, Rabu,
14 Ramadhan 1439H/ 30 Mei 2018M,
Bersebelahan dengan Al-Masjidil Haram,
Makkah al-Mukarramah.

Anda mungkin juga menyukai