Anda di halaman 1dari 1

Al-Hisab Perhitungan Yang Adil

9.6.1 Pengertian Al-Hisab


1. Al-Hisab ialah perhitunganamalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat.
2. Al-Hisab dilaksanakan di mahsyar sebelum ditentukan hukuman sama ada masuk
syurga atau neraka.
3. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:”Tidak berganjak kedua-dua kaki
seseorang dari tempat berdirinya pada hari kiamat sehingga disoal tentang umurnya
ke mana dihabiskan , tentang ilmunya bagaimana digunakan , tentang harta
bendanya bagaimana dia menggunakannya.

9.6.2 Proses Pelaksanaan Al-Hisab


1. Allah S.W.T akan menghitung semua amalanyang dilakukan oleh manusia sama
ada kecil atau besar, dan tidak ada sesuatu pun yang hanya dapat disembunyikan
daripada perhitungan Allah SWT.
2.Semua amalan yang dilakukan akan ditayangkan semula pada hari akhirat kecuali
dosa yang telah diampunkan oleh Allah SWT.
3.Setiap manusia akan diberikan buku catatan amalan yang ditulis olehMalaikat
Raqib dan Atid sebagai bukti terhadap amalan baik atau jahat.
4. Terdapat orang yang dihisab dengan cara yang mudah dan terdapat orang yang
dihisab dengan cara yang susah.
5. Orang mukmin yang menyembunyikan keaiban saudaranya di dunia,Allah SWT
akan menyembunyikan keaiban di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Perkara pertamayang akan di hisab
terhadap amalan seseorang pada hari kiamat ialah solat.

9.6.3 Hikmah Al-Hisab


1. Takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab.
2. Menunjukkan keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
3. Mendorong manusia supaya menegakkan keadilan dan menjauhi kezaliman.
4. Menggalakkan manusiasupaya melakukan kebaikan untuk mendapatkan ganjaran
daripada Allah SWT di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai