Anda di halaman 1dari 12

1

1.0 PENDAHULUAN
Og^4C 4g~-.- W-EON44`-47
W-ONOgC -.- W-ONOgC4
4OcO- Ojq4 jO-
7Lg` W p) u7+;N4O4L> O)
7/E* +1NO O) *.-
OcO-4 p) u7+47 4pONLg`u>
*.) gO4O^-4 @O=E- _
ElgO OOE= }=O;O4 ECj>
^)_
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-
orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan
rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang
demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan. (Surah An Nissak:59)
Kembalikan kepada Allah dan rasul yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut
jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru, tidak dapat tidak, manusia tidak
hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang
mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.
Sebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga
keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu
Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda :
Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi
ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang
merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan
kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat
selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya.
Hadis merupakan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, ia termasuk dalam dalil bagi
menentukan hukum serta peraturan agama selain al-Quran. Ia terbahagi kepada dua
bahagian. Yang pertama berperanan penting dalam menjelaskan maksud al-Quran.
2

Sementara yang kedua pula menghuraikan hukum-hukum yang tidak dinyatakan
oleh Allah dalam kitab-Nya.
Ini sesuai dengan dua firman Allah dalam surah An Nahl ayat 44
ge4L)O4l^) @O+O-4
.4L^4O^4 El^O) 4O-g]~.-
4))-4l+g +EELUg 4` 4@O+^
jgO) _^UE4 ]NO-E4-4C
^jj
yang bermaksud : Kami turunkan kepadamu (Muhammad) akan Quran supaya
engkau jelaskan kepada manusia apa yang diturunkan (Quran) kepada mereka.
Dan surah An Nissa ayat 59
Og^4C 4g~-.- W-EON44`-47
W-ONOgC -.- W-ONOgC4
4OcO- Ojq4 jO-
7Lg` W p) u7+;N4O4L> O)
7/E* +1NO O) *.-
OcO-4 p) u7+47 4pONLg`u>
*.) gO4O^-4 @O=E- _
ElgO OOE= }=O;O4 ECj>
^)_
Yang bermaksud: Hai orang beriman! Ikut olehmu akan perintah Allah dan ikut
olehmu akan perintah rasul.
Walau bagaimanapun, agak menyedihkan apabila tidak semua semua daripada
sunnah baginda dilaksanakan dalam kehidupan kita. Dan tambah menyayat hati
apabila wujud segelintir pihak yang memesongkan sunnah Rasulullah dengan
memutar belitkan hadith.
2.0 PENGERTIAN AS-SUNNAH

3

As-Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik. Rasul SAW
bersabda:
"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang
sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya
mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu
memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala
sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan
barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka
atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari
qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan
dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang
dimaksudkan oleh bahasa.

Pengertian As-Sunnah menurut istilah ahli hadith: ialah segala yang
dipindahkan dari Nabi SAW baik yang merupakan perkataan, perbuatan, mahupun
yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun
sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang
demikian sama dengan pengertian hadith.

Pengertian As-Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala
yang dipindahkan dari Nabi SAW sama ada perkataannya dan perbuatannya,
mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang
dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat
selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya".
(Hadith riwayat Malik)

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
4

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]



3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah:
(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak
mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya;
(b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para
sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat
Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat
larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan
ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan
bahawa yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu
mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani
Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada
Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang
kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya
sebahagian sahabat:

5

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma
binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."

Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh dalil
syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith, mahu pun
berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf (Qur'an) dan
menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti membukukan
ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-
khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud &Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi
saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya
ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah; talak yang dijatuhkan
dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu: ialah suatu yang dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya. Menurut
ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu: ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw atau
para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah


3.0 PENGERTIAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Ahli Sunnah Wal Jamaah pula ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada
Nabi SAW dan para sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripada hadis yang
menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya
satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang
berpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya, mereka itulah Ahli
Sunnah wal Jamaah
4.0 AJARAN YANG MEMBEZAKAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
6

As Syeikh Muhammad Abdul Hadi Al-Masri dalam bukunya Ahli Sunnah Wal
Jamaah Maalimul Inthilaq Al-Kubra menjelaskan bahawa prinsip yang membezakan
antara Ahli Sunnah dengan golongan lainialah komitmen mereka terhadap sunnah
Rasulullah dan jemaah sahabat yang diredhai Allah SWTSikap inilah yang
membentuk pandangan umum yang dapat dijadikan kayu ukur identiti mereka dan
yang membezakan mereka dengan golongan ,kelompok aliran yang menyimpang
dari ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah Jelasnya kesemuanya dapat disimpulkan
seperti berikut:-
1. Ahli Sunnah Wal Jamaah menyepadukan agama melalui ilmu dan amalan ,
zahir dan batin.Ahli Sunnah Wal Jamaah mempersepadukan agama melalui
ilmu dan amalan, zahir dan batin dengan berpegang kepada kemurnian Islam
yang dibawa oleh Nabi SAW dan dipelihara oleh para shabat.
2. Ahli Sunnah mempersatukan agama secara bersepadu dalam menegakkan
ajarannya.Mereka sepakat dalam hal ini kerana Al-Jamaah merupakan sebab
dan akibat sekaligus sebagai ketaatan dan rahmat
3. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan sederhana lagi lurus di antara
kelompok umat antara melebihkan dan mengabaikan.Mereka berada di
tengah-tengah kelompok umat, sebagaimana kedudukannya di tengah-
tengah berbagai aliran dan agamaJalan lurus itu ialah agama Islam yang
bersih sebagaimana termaktub dalam kitab Allah. Jalan yang lurus adalah
Ahli Sunnah Wal Jamaah , kerana sunnah yang murni adalah agama
Islam.Perkara ini banyak disebutkan dalam hadith-hadith yang diriwayatkan
oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para musnad seperti Imam
Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan lainnya bahawa nabi bersabda;
Ertinya:Umat ini akan berpecah kepada 73 golongan 1 golongan masuk
syurga dan 72 masuk neraka, nabi ditanya siapakah golongan yang masuk
syurga itu, baginda menjawab, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

4. Ahli Sunnah Wal jamaah berpegang kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijmak.
5. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah penerus sejarah bagi penganut agama
Islam. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pengasas umat Muhammad.
7

6. Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Ahli Syariah yang mengikuti sunnah Rasul
meliputi seluruh aspek ajaran Islam sama ada akidah, manhaj tinjauan,
perubahan-perubahan, tujuan-tujuan asasi, siasah syariah mahupun lainnya.
7. Ahli Sunnnah hanya mengambil sumber hokum yang kuat ketetapannya
daripada Rasulullah SAW dan Salafus Soleh.
8. Ahli Sunnah adalah orang yang paling mengetahui hal ehwal Rasul, baik
berupa perkataan mahupun perbuatan-perbuatannya serta yang paling besar
kecintaan dan kesetiaan baik terhadap sunnahnya mahupun pendukungnya
9. Ahli sunnah adalah orang yang mencintai hadith nabi dan patuh
melaksanakan isi kandungannya.
10. Ahli Sunnah memiliki pengetahuan yang tinggi tentang sunnah,
mengamalkannya dan mempertahankannya
11. Ahli sunnah berbeza dalam ijtihad mereka sesuai dengan tingkat
pengetahuan mereka terhadap sunnah
12. Ahli Sunnah sentiasa berusaha agar perbezaan ijtihad mereka mengarah
kepada satu pendapat bagi menjaga kesejahteraan hidup
13. Ahli Sunnah tidak mengabaikan kebenaran
14. Ahli Sunnah adalah golongan yang mendapat pertolongan.Ahli Sunnah
merupakan orang-orang yang mendapat petunjuk dan pegangan agama yang
benarAllah telah berjanji untuk membela Islam dan mengunggulkannya
daripada agama-agama lain Oleh kerana itu, Ahli sunnah merupakan
golongan yang mendapat pembelaan dan pertolongan Allah sebagaimana
disabdakan oleh Baginda:
Ertinya: Ada segolongan daripada umatku yang membela kebenaranMereka
tidak memperdulikan orang-orang yang mengecewakan atau yang
menentang mereka sampai dating hari kiamat.
Mereka adalah golongan yang mendapat kemenangan dan selalu membela
kebenaran kerana mereka mengikuti petunjuk agama yang hak..
15 Ahli Sunnah adalah jumhur Al-Kabir.Ahli Sunnah adalah majority umat
Muhammad yang berpegang teguh kepada kitab Allah dan Sunnah Rasul,
mencintai para sahabat dan mengambil hadith Nabi Muhammad SAW
daripada mereka baik dalam hal ilmu dan amalan atau pun fiqah dan perilaku.
5.0 DEFINISI BIDAH
8

Bidah itu dari bahasa Arab : ba,da,a ( ) cipta.Ia berasal daripada
perkataan Al-Ibda ( ) iaitu mewujudkan satu penciptaan tanpa peniruan dan
ikutan. Ini sebagaimana disebutkan dalam Mufradat Al-Quran, oleh al-Raghib al-
Asfahani. Perkataan ini juga diguna pakai dengan perkataan al-Mubda ( ) (yang
dicipta), begitu juga perkataan al-Bid(), ia juga diguna pakai untuk maksud al-
mubdi( )(pencipta) dan al-mubda' isim fail dan isim maf'ul.
Mengikut mazhab , bidah itu bermaksud:-
1) Membawa satu pendapat di mana orang yang mengatakan pendapat itu; atau
2) Mengamalkannya tidak mengikut pedoman yang dibawa oleh pembawa
syariat (Nabi Muhammad S.A.W;atau
3) Tidak mengikut contoh-contoh yang terdahulu; dan
4) Tidak mengikut prinsip-prinsip yang diyakininya.
Hadis yang dijadikan sandaran dan asas kepada pegangan Wahhabi ialah hadis
riwayat Abu Daud, iaitu:
, , .
Ertinya: Setiap yang baru (diada-adakan itu) adalah bidah dan setiap bidah adalah
sesat dan setiap yang sesat itu berada di dalam neraka.
6.0 PEMBAHAGIAN BIDAH
Abu Numan meriwayatkan daripada Ibrahim bin al-Junaid katanya ; Aku
mendengar al-Shafie berkata : Bidah itu terbahagi kepada dua , iaitu bidah
mahmudah (bidah terpuji) dan bidah mazmumah(bidah tercela). Apa yang sejajar
dengan as-Sunnah dikira terpuji dan apa yang bercanggah dengan as-sunnah dikira
tercela.
1

Dalam kitab Manaqib al-Shafie , al-Baihaqi meriwayatkan daripada beliau (al-
Shafie )katanya :Perkara-perkara baru ada dua bentuk:
Pertama: Perkara baru yang diadakan itu bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan
sunnah atau athar, atau ijmak. Inilah bidah yang sesat.

1
Riwayat Abu Numan dalam kitab Hilyat al-Auliya(9/113)
9

Kedua: Perkara baru yang baik dan tidak bercanggah dengan mana-mana perkara
yang disebutkan ( iaitu Al-Quran,sunnah,athar dan ijmak), maka ia tidak
dicela.Dalam hal ini Umar r.a pernah menyebutkan berkaitan solat Tarawih secara
berjemaah pada bulan Ramadan dengan katanya : Ertinya: Sebaik-
baik bidah ialah yang ini.
Apa yang beliau maksudkan bahawa perbuatan itu ialah perkara baru yang
tidak dilakukan sebelumnya. Jika perkara itu pernah dilakukan sebelumnya , maka ia
tidak disanggah berdasarkan keterangan tersebut.
7.0 SEBAB-SEBAB TIMBULNYA BIDAH.
1.Jahil tentang agama.Memperkatakan urusan agama tanpa ilmu adalah dusta dan
dusta adalah haram kerana ia adalah permainan dan perangkap syaitan .Firman
Allah dalam surah Al-Araf, ayat 33.
~ E^^) 4OEO "O)4O
=gO4OE^- 4` 4OE_ Ogu+g`
4`4 =}C4 =^e"-4 =/^4l^-4
)OO4) --EC^- p4
W-O7)O; *.) 4`
j)O46NC gO) 4LCUc p4
W-O7O> O>4N *.- 4` 4pO+u>
^@@
Ertinya: Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-
perbuatan Yang keji, sama ada Yang nyata atau Yang tersembunyi; dan perbuatan
dosa; dan perbuatan menceroboh Dengan tidak ada alasan Yang benar; dan
(diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak
menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu
memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak mengetahuinya,
Firman Allah dalam surah al-Anam ayat 144.
=}g`4 )e"- u-4L^- ;g`4
@O4l^- u-4L^- ~
10

^4O-~..-47 4OEO g
u-4OV^1- E` ;eUE4-;--
gO^OU4N N~4O u-4OV^1- W u
+-4 47.-EOg+ ^O) N:O4
+.- -EOE_) _ ;}E OU^
^}Og` O4O4^- O>4N *.- 6O
E_NOg "EEL- )OO4) Ug
Ep) -.- Ogg4 4O^-
--g)U-- ^jj
Ertinya: Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor
(sepasang jantan betina). Tanyalah (Wahai Muhammad): "Adakah Yang diharamkan
Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau Yang dikandung oleh rahim dua
betinanya? ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta
menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) Dengan Yang demikian
ini?" oleh itu, siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang berdusta terhadap
Allah untuk menyesatkan manusia Dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan?
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum Yang zalim.
Rasulullah S.A.W berabda:
Barangsiapa yang diberi fatwa tanpa ilmu, maka dosanya tertanggung atas orang
yang member fatwanya(Hadis Riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Majah dan Ad-
Darimi)
2. Terpengaruh dengan budaya kafir dan mengikutinya. Contoh menyambut
kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu.
3. Kejahilan dalam Bahasa Arab sehingga menimbulkan kesalahan dan kesesatan.
Contohnya di dalam mentafsirkan ayat al-Quran dan Hadith.
4. Jahil mengenai Sunnah Rasulullah S.A.W iaitu menganggap semua hadith adalah
sahih dan boleh beramal dengannya sedangkan kategori hadith ada yang sahih,
hasan ,dhaif dan maudu.

11

8.0 KESIMPULANNYA.
Setiap amalan di dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan
cermat berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.Ada ketikanya amalan mereka itu
merupakan bidah terpuji dan ada ketikanya bidah tercela dan khurafat yang mesti
ditentang dan ada juga yang menjadi persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di
kalangan ulama).
Rasulullah S.A.W telah berpesan akan pentingnya berpegang teguh
dengan sunnah baginda S.A.W iaitu dengan mengikut apa yang telah ditunjukkan.



RUJUKAN
1 Al-Quran Al-Karim
2. Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris(2000), Al-Bidaah Bahaya&Keburukannya,
Al-Hidayah Publishers,Kuala Lumpur.
3. Dr.Yusuf Qardhawy Muhammad Al-Ghazali (2004) , Bidah dan Syirik Perkara
yang membatalkan Tauhid atau Mengurangkan Ksesmpurnaannya,Jasmin
Enterprise,Kuala Lumpur.

4 Haji Zainal Sakiban Al-Jauhari(2010),Persoalan Bidah Menurut Ahli Sunnah
Wal Jamaah,Cetak Ratu Sdn. Bhd,Johor Bahru

5 Haji Zainal Sakiban Al-Jauhari(2009),Ahli Sunnah Wal Jamaah kenapa perlu
di pertahankan di Nusantara, Cetak Ratu Sdn. Bhd,Johor Bahru

6. http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id60.html
7. http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1157-apa-itu-sunnah.html

12

Anda mungkin juga menyukai