Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Kampung Kacang Putih

Menurut pengurus DTS iaitu Encik Sathis, penempatan asal kebanyakan


penduduk perkampungan ini sebenarnya adalah menetap di kaki Gunung Cheroh,
Ipoh, Perak. Di mana lokasi asal perkampungan tersebut kini berhampiran dengan
Kuil Sri Subramaniar, iaitu tempat perayaan Thaipusam kat Bandar Ipoh Ini. Di
sinilah tempat moyang mereka menetap setelah berhijrah ke Malaya pada awal
abad ke-19. Penduduk di sini terdiri dari petani, pekerja dan peniaga termasuk yang
menjual kacang putih.Namun dalam satu kejadian malang pada awal tahun 70-an,
bongkah batu kapur yang besar dari Gunung Cheroh telah menghempap kampung
tersebut.Selepas dari kejadian itu, penempatan tersebut telah dipindahkan ke
kawasan sekarang. Di penempatan baru ini, penduduk yang terselamat meneruskan
perniagaan kacang putih dengan penghasilan produk kacang putih seperti kacang
santong, vadei, pakoda, kacang hijau dan maruku yang telah diwarisi secara turuntemurun. Oleh kerana hampir semua keluarga yang memulakan hidup baru di
penempatan baru tersebut terlibat dalam industri kacang putih, mereka kemudiannya
bersepakat menamakan perkampungan baru tersebut sebagai Kampung Kacang
Putih dan ia terus kekal hingga sekarang.

Anda mungkin juga menyukai