Anda di halaman 1dari 5

Uthman bin affan

Dasar Pemerintahan
Melantik Pegawai dari Kaum Keluarga Sendiri
Khalifah Uthman banyak melantik keturunan Umayyah memegang
jawatan penting dalam pentadbirannya. Diantaranya termasuklah Marwan
Bin al-Hakam sebagai Setiausahanya, SAid Bin al-As sebagai Gabenor
Kufah, Abdullah Bin Amir sebagai Khalifah Basrah, Abdullah Bin Saad Bin
Abi Sarrah sebagai Gabenor Mesir dan sebagainya. Bagi Uthman,
keturunan Umayyah sememangnya terkenal dengan pengalaman mereka
di dalam bidang pentadbiran di samping mempunyai kedudukan ekonomi
yang kukuh. Bagi Uthman juga, kedua-dua faktor ini tidak sahaja dapat
melancarkan pentadbiran, malah akan mengelakkan berlakunya
penyelewengan.

Membina dan Menguatkan angkatan Tentera Laut


Uthman banyak membelanjakan wang negara bagi mengukuhkan
kedudukan angkatan tentera laut khususnya di Mesir dan Syria. Angkatan
tentera laut hanya diwujudkan pada zaman Uthman. Hal ini tentu
memerlukan banyak belanja. Kebetulan gabenor di kedua-dua tempat ini
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau. Gabenor Mesir adalah
Abdullah Bin Said Bin Abi Sarrah manakala Gabenor Syria ialah Muawiyah
Bin Abu Sufian. Akibatnya, timbul tuduhan yang mengatakan Uthman
menggunakan wang tersebut untuk kepentingan peribadi dan keluarganya
sendiri.

Memperkenalkan Dasar Pertukaran Tanah


Khalifah Uthman telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu Dasar
Pertukaran Tanah di Iraq dengan tanah di Hijaz dan Yaman. Melalui dasar
ini, mereka yang memiliki tanah di Hijaz dan Yaman boleh menukarkannya
dengan yanah sawafi (terbengkalai) di Iraq yang terkenal dengan
kesuburannya. Tujuan Uthman adalah untuk membalas jasa golongan
tentera. Peluang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja yang memiliki
tanah di kedua-dua tempat tersebut. Di antara mereka yang
menikmatinya termasuklah Talhah Bin Ubaidullah, Marulan Bin al-Hakam
dan Ashath Bin Qais al-Kindi.

Memihak kepada Quraisy


Khalifah Uthman telah menggubal dasar yang dibuat oleh Umar dengan
memberikan kuasa pemilikan tanah kepada orang Quraisy. Said Bin al-As,

Gabenor Iraq (Kufah) telah mengisytiharkan bahawa tanah-tanah sawad di


Iraq adalah kepunyaan kaum Quraisy. Dalam hal ini, Uthman telah
berdiam diri seolah-olah menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan
Said. Hal ini menimbulkan kemarahan orang bukan Quraisy terutamanya
golongan ahl al-ayyam yang kemudiannya dikenali sebagai al-Qurra.
Sebelum pengisytiharaan ini, merekalah diberi kuasa untuk mengerjakan
tanah-tanah tersebut.

Penghijrahan Bebas
Khalifah Uthman juga telah merombak dasar penghijrahan yang dibuat
oleh Umar. Uthman membenarkan para sahabat berhijrah ke luar dari
Semenanjung Tanah Arab. Hal ini menyebabkan ramai tokoh yang
berhijrah ke luar terutamanya ke kawasan baru yang dibuka/ditakluki,
khususnya di Mesir, Syria dan Iraq. Umar melarang penghijrahan ini
kerana bimbang mereka akan terpengaruh dengan kebudayaan asing dan
kemewahan hidup sedangkan bagi Uthman, penghijrahan ini dapat
menyebabkan proses penyebaran Islam berjalan dengan lebih lancar.

Menerbitkan Naskah Tunggal al-Quran


Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam agak luas. Hal ini
menyebabkan wujudnya perbezaan bacaan/sebutan al-Quran antara satu
tempat dengan tempat yang lain. Mereka membaca loghat masing-masing
disebabkan mereka gagal menguasai nahu Arab dengan baik. Uthman
akhirnya telah bertindak menerbitkan naskah tunggal al-Quran yang
dikenali sebagai "Mushanf Uthmani" dan dihantar ke setiap wilayah Islam.
Beliau juga memastikan agar al-Quran dibaca mengikut loghat Quraisy
kerana ia diturunkan dalam bahasa Quraisy. Naskah-naskah lain telah
dikumpul dan dibakar.

Lemah-lembut dalam Pentadbiran


Khalifah Uthman adalah seorang khalifah yang lemah-lembut berbanding
dengan Umar al-Khattab. Beliau sangat bersimpati dengan kesusahan
orang lain dan sering memaafkan kesalahan seseorang. Misalnya, Uthman
telah menggunakan "diyad" (wangnya sendiri) untuk membayar "diat"
(hutang darah) berhubung dengan pembunuhan Khalifah Umar. Beliau
juga telah memaafkan kesalahan Jundah al-Azdi yang telah dikenakan
hukum bunuh oleh kadi Kufah. Sikapnya yang lemah-lembut ini mungkin
dipengaruhi oleh sesiapa yang agak tua, iaitu 70 tahun ketika mula
memerintah.

Umar al khattab

Pembaharan dalam Pentadbiran


Pembentukan Majlis Syura
Umar telah menubuhkan Majlis Syura yang merupakan lembaga (Majlis
Perunding Negara) yang tertinggi. Ia terbahagi kepada 2 majlis Syura
Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri
daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Waqqas Bin Muaz Bin Jabal.
Semua perkara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial
negara
akan
dibincangkan
bersama-sama.
Majlis
Syura
juga
bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan
dalaman dan hubungan luar. Melalui amalan sistem syura, Umar telah
membuka peluang dan kebebasan yang seluasnya kepada semua orang
untuk mengemukakan fikiran dan pendapat mereka dari kebaikan dan
keadilan Islam sehingga beliau menganggap bahawa manusia yang tidak
dapat atau tidak mahu memberi pendapat adalah manusia yang tidak
berguna.
Perbahagian Wilayah Islam
Umar telah membahagikan Kerajaan Islam yang semakin luas kepada
beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pemerintahan Islam. Ia terdiri
daripada Hijaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir, Palestine, Juzirah dan Madinah.
Setiap wilayah dilantik beberapa orang pegawai. Mereka dikehendaki
datang ke Mekah pada setiap tahun untuk membuat laporan setelah
menunaikan haji. Orang ramai pula berpeluang untuk mengadukan hal
tentang pegawai-pegawai yang ditugaskan itu. Antara pegawai yang
terkenal ialah Muawiyah Bin Abu Sufian, Amru Bin al-As, Zaid Bin Smyah
dan sebagainya. Di antara jawatan utama yang dilantik di setiap wilayah
adalah Wali (Gabenor) yang menjadi ketua pentadbir awam dan panglima
tentera, pengarah perbendaharaan, pemungut cukai, ketua polis, hakim
(Qadi). Sebelum seseorang Gabenor dilantik, mereka haruslah
mengisytiharkan harta-benda masing-masing demi mengelakkan amalan
rasuah. Mereka juga diisytiharkan bahawa tidak menunggang kuda Turki
atau memakai pakaian yang mahal.
Memperbaharui Undang-undang Pentadbiran Tanah

Apabila wilayah jajahan Islam menjadi semakin luas, beberapa


pembaharuan
dalam
undang-undang
pentadbiran
tanah
telah
diperkenalkan. Misalnya, di Iraq, Syria dan Mesir, segala tanah awam
(sawafi) adalah hak kerajaan tempatan dan segala hasil daripada tanahtanah itu akan digunakan untuk membiayai kemudahan awam negara.
Tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduk Iraq tidak boleh dirampas tetapi
dikenakan cukai oleh Kerajaan Islam. Tanah-tanah milik pemerintah Rom
di Mesir dan Syiria dirampas dan dibahagikan kepada para petani.
Tentera/Umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara
jajahan melainkan pembelian. Hal ini berbeza dengan amalan sebelumnya
di mana tanah-tanah jajahan akan dibahagikan kepada tentera yang
menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam Ekonomi
Kadar dan sistem pungutan cukai telah diubah. Cukai dikenakan mengikut
perbezaan jenis tanaman dan kualiti tanah. Sebagai contoh, kadar cukai
untuk tanaman gandum adalah 2 kali ganda daripada cukai untuk
tanaman barli. Ladang-ladang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi.
Peraturan-peraturan yang tidak adil telah dihapuskan. Umar sering
meninjau daripada golongan Dhimmi dan pegawai-pegawai pemungut
cukai untuk menentukan sama ada cukai/jizyah yang dikenakan
menyusahkan mereka atau tidak. Sistem pemungutan cukai menjadi
cekap dan perbendaharaan negara bertambah. Umar turut memajukan
sektor pertanian negara. Rakyat digalakkan untuk membuka tanah-tanah
baru. Hak milik tanah-tanah pertanian diserahkan kepada sesiapa yang
mahu mengusahakannya. Namun hak tersebut akan terlupus jika ia gagal
menunjukkan hasil dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pengairan telah
dilaksanakan di Mesir dan Iraq untuk meningkatkan lagi hasil pertanian.
Umar turut memberikan perhatian supaya amalan penindasan ke atas
petani tidak berlaku.

Pembaharuan Pentadbiran Ketenteraan


Umar adalah khalifah pertama yang memberikan gaji kepada tenteranya.
Tentera Islam telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tentera tetap dan
sukarela. Tentera tetap diberikan gaji, pakaian seragam dan keluarga
mereka turut mendapat bantuan. Pusat-pusat ketenteraan telah
ditubuhkan di bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah,
Mawsil, Fustat, Hims dan sebagainya. Tentera-tentera akan dikenakan
peraturan dan disiplin tertentu yang sesuai dengan ajaran Islam. Pusatpusat tentera ini kemudiannya telah tumbuh sebagai pusat kebudayaan
Islam. Umar telah mengarahkan Abdullah Bin Qaisy untuk membina kubukubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh demi
keselamatan. Tentera-tentera diwajibkan menjalani latihan ketenteraan
seperti menunggang kuda, berjalan kaki tanpa kasut dan sebagainya. Ia
bertujuan untuk menanamkan semangat perjuangan pada setiap masa.
Umar juga menubuhkan jabatan penyiasatan jenayah tentera rahsia.

Pembaharuan Bidang Kehakiman


Umar telah mengetatkan syarat-syarat perlantikan seseorang untuk
menjadi hakim supaya golongan yang layak sahaja akan memikul tugas
tersebut. Seseorang itu mestilah mempunyai ilmu yang lengkap,
dihormati oleh masyarakat. Gaji untuk hakim telah dinaikkan supaya
mengelakkan kecenderungan menerima rasuah. Para hakim tidak
dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan. Jabatan kehakiman telah
dipisahkan sepenuhnya daripada jabatan-jabatan lain dan mempunyai
mahkamah keadilan dan kadi-kadi khas untuk menguruskan perbicaraan
serta peraturan-peraturan kehakiman yang tertentu.

Anda mungkin juga menyukai