Anda di halaman 1dari 4

Kesetiaan kepada raja dan negara Untuk membentuk sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu, kerjasama antara

rakyat dengan kerajaan adalah penting. Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya tidak melibatkan rakyat-rakyat ataupun rakyat-rakyat tidak melibatkan diri mereka dalam program-program tersebut secara aktif.Program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan harus mengutamakan kebajikan rakyat dan tanpa mengabaikan kepentingannya bagi kerajaan. Sebagai contohnya, setiap kali menjelang hari perayaan, kerajaan, masyarakat pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO akan mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan akan dihidang dan dinikmati bersama. Jenis-jenis makanan yang dihidangkan mestilah tidak melanggar pantang larang pelbagai kaum. Misalnya, kaum Islam dilarang memakan daging khinzir, dan kaum Hindu serta sesetengah kaum Buddha dilarang memakan daging lembu, oleh yang demikian, makananmakanan yang disediakan haruslah tidak melanggari pantang larang kaum-kaum tersebut. Sekiranya tidak, maka prasangka akan wujud di antara kaum-kaum dan matlamat utama pihak-pihak tersebut iaitu memupuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan tidak akan dicapai. Selain itu, rakyat juga harus menunjukkan kehormatan kepada kerajaankerajaan semasa menghadiri program-program tersebut. Rakyat seharusnya melibatkan diri dalam program-program tersebut dengan aktif dan cuba menghindari prasangka-prasangka terhadap apa-apa yang telah dilakukan oleh kerajaan. Sebagai seorang rakyat Malaysia juga, kami mengetahui bahawa kebanyakkan daripada kita mempunyai perasaan yang tidak begitu bangga dengan negara kita. Kita sentiasa mengkutuk bahawa sebarang programprogram yang dianjurkan oleh kerajaan sebenarnya adalah menggunakan cukai yang tinggi yang telah kita berikan pada setiap bulan, iaitu bermaksud menggunakan duit rakyat. Di samping itu, rakyat juga akan berasa setiap perbuatan kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan lain seperti NGO dan lainlain adalah mempunyai muslihat di sebalik udang setiap kali mereka memberikan faedah kepada kita. Sebenarnya, adakah kita pernah memikir dan membuat kesimpulan terhadap perbuatan mereka dengan tanpa prasangka? Cubalah, kita fikirlah dengan secara waras, apakah matlamat utama pihak-pihak tersebut menganjurkan program-program tersebut? Matlamat utama mereka adalah untuk menyatupadukan kita semua supaya kehuru-haraan seperti perkara 13 Mei tidak akan berlaku lagi. Kita tidak hendak dijajah semula dan disengsarakan lagi. Oleh itu, secara tuntasnya kerjasama antara kerajaan dan rakyat adalah penting. Sekiranya hanya terdapat pihak-pihak yang berkenaan sahaja bertungkus lumus dalam menyatupadukan rakyat manakala rakyat hanya mengambilkan sikap

endah tak endah terhadap yang yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tersebut, maka sebarang usaha yang telah dilakukan tidak akan mencapai apa yang dikehendaki. Sebagai seorang rakyat yang setia, kita harus sentiasa mengambil berat tentang perkembangan negara. Kita perlu sedar tentang apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Setelah mengetahuinya, kita perlu bertindak untuk menyokongnya sekiranya ianya adalah berpatutan dan bukannya membantah dengan sewenang-wenangnya. Dengan adanya sokongan dan bantuan daripada rakyat, kami pasti bahawa perpaduan dalam kalangan etnik di Malaysia pasti akan meningkat. Kedaulatan undang-undang Corak pendidikan negara kita juga memainkan peranan yang penting dalam memupukkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Pihak kerajaan telah menentukan undang-undang pendidikan seperti akta Pendidikan 1996 untuk diikuti oleh para guru dan warga sekolah yang lain. Guru-guru sekolah sepatutnya mematuhi undang-undang atau akta-akta yang telah ditetapkan ini tanpa ada sebarang penentangan. Apa yang berlaku pada zaman kini adalah terdapat guru yang tidak berminat dalam bidang perguruan dan mempunyai prejudis perkauman ketika menjalankan tugasnya. Hal ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tidak wujudnya perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum dan etnik. Hal ini demikian kerana guru yang tidak berminat dalam mengajar akan mengambil sikap sambil lewa semasa mengajar, sikap ini juga akan memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang. Tindakan guru yang sebegini adalah bercanggah dengan undang-undang pendidikan selaras dengan prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu Kedaulatan Undang-undang. Selain itu, guru-guru yang kurang minat untuk menjadi guru juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Bagi mereka yang mempunyai prejudis terhadap kaum-kaum yang lain daripadanya, mereka akan melayan pelajar-pelajar mereka dengan secara tidak adil.Hal ini mungkin akan melahirkan pelajar-pelajar yang juga mempunyai prejudis perkauman yang kuat dan akhirnya perpaduan antara kaum tentu tidak dapat wujud di dalam negara kita. Tuntasnya, program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih-pelatih yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran perlu menapis guru-guru lepasan institut-

institut yang berkenaan supaya guru yang betul-betul berkualiti dan memahami undang-undang perguruan dapat diwujudkan di sekolah-sekolah. Tindakan ini dapat mengurangkan guru-guru yang tidak bertanggungjawab di sekolah. Dengan adanya guru yang memahami akan keperluannya kerjasama dengan pihak kerajaan, maka akan wujudlah generasi-generasi baru yang bersatu padu dan gembira serta bangga untuk menjadi seorang rakyat Malaysia. Kepercayaan kepada tuhan Aspek agama dan kepercayaan yang berlainan juga memberi pengaruh dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ketidakadilan yang wujud dalam persekitaran sekolah juga harus dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Contohnya, kemudahan-kemudahan dan juga prasarana harus dilengkapi dengan sempurna tanpa mengira sekolah jenis kebangsaan ataupun sekolah kebangsaan. Dari segi pengagihan sumber pendidikan pula, pengagihan guru, bantuan kewangan yang diberi kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dan lain-lain juga hendaklah diuruskan dengan teliti dan adil. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar dan seterusnya memupuk perpaduan di antara pelajar. Tambahan lagi, segala perubahan dasar pendidikan juga haruslah melindungi hak asasi individu iaitu tidak mengubah ciri-ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran di sekolah jenis kebangsaan. Selain itu, pemahaman tentang kebudayaan, adat resam dan pantang larang kaum lain juga harus disampaikan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menghormati perbezaan yang ada pada setiap orang. Bukan itu sahaja, guru-guru juga harus memahami konsep pendidikan dengan betul. Terdapat masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah. Fungsi peperiksaan telah disalah ertikan dan guru-guru serta pihak sekolah dipersalahkan jika anakanak mereka tidak cemerlang dalam peperiksaan. Masalah ini menghantui hampir semua kaum dan etnik dinegara kita sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah Cina mahupun sekolah Tamil. Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir-butir berkenaan pelaksanaan membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberikan kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Hal ini telah melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir

secara rasional, kritis dan kreatif. Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dan seterusnya membantutkan usaha untuk mengekalkan perpaduan di negara kita.Tegasnya, Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Not really understand what u mean.what is it relation with rukun negara?

Kepercayaan kepada tuhan? Not sure Walau bagamanapun, kumpulan kami berpendapat bahawa faktor yang terutama dalam mempengaruhi hubungan etnik di negara kita adalah konsep asimilasi yang dipegangkan oleh kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini demikian kerana asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama dengan formulanya A + B + C = A. Kita sedar bahawa setiap kita sanggup berpejuang demi mempertahankan kebudayaan dan identiti kita, akan tetapi konsep asimilasi tersebut berperanan menghapuskan perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti golongan minoriti dan mencantum dan menyatukan kebudayaan dan identiti golongan minoriti tersebut yang sama dengan kebudayaan dan identiti golongan majoriti dan membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama di samping mengekalkan kebudayaan dan identiti gologan majoriti. Oleh sebab itu, demi mempertahankan kebudayaan dan identiti sendiri, kita mempunyai prasangka terhadap kaum yang lain sehingga tidak dapat bersatu padu. Cadangan kumpulan kami adalah menukarkan konsep asimilasi kepada konsep amalgamasi untuk memupukkan perpaduan antara pelbagai kaum. Konsep amalgamasi melahirkan hubungan berbentuk sebati iaitu satu proses yang budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru iaitu A + B + C = D. Kerajaan seharusnya membentuk satu budaya dan identiti yang baru dengan menggabung kesemua budaya dan identiti etnik yang terdapat di negara kita. Hal ini akan mengurangkan ketidakpuasan antara pelbagai kaum dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan antara pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai