Anda di halaman 1dari 41

WAJ 3104: Rakaman Bunyi

Ahli Kumpulan: Cheow Le Yi Lok Seow Hui Ooi Mei Ti Yap Chiou Shum

Pensyarah Bimbingan : En. Mohd Shafiee bin Hassan

Bengkel Membuat Rakaman Bunyibunyian dengan Menggunakan Alat Perakam Digital

DEFINISI RAKAMAN BUNYI


Proses memindahkan bunyi di persekitaran murid ke dalam pita rakaman. Boleh dilakukan di rumah pada waktu tengah malam yang sunyi atau di dalam makmal khas di sekolah atau PKG. Hasil rakaman itu lebih baik kerana sesebuah makmal bahasa membolehkan data bunyi yang dirakam tidak terjejas oleh bunyi-bunyi lain yang tidak dikehendaki.

BUNYI ALAM & MEKANIKAL


BUNYI ALAM
Bermaksud bunyi-bunyi yang diperoleh di persekitaran manusia secara semula jadi, ciptaan Tuhan. contoh: -bunyi kicauan burung. -bunyi haiwan peliharaan. -bunyi haiwan liar - guruh, air terjun, tanah runtuh, ombak dll.

BUNYI MEKANIKAL
Bunyi yang terhasil daripada pelbagai benda ciptaan manusia. contoh: -bunyi kenderaan - bunyi peralatan muzik - bunyi alat pertukangan - bunyi pemotong rumput dll.

PERALATAN RAKAMAN MUDAH


Terdapat banyak jenis dan bentuk alat perakam di pasaran. Komputer riba kini dibekalkan dengan perisian Sound Gallery pada bahagian PowerPoint atau Webcam yang dilengkapi alat perakam audio.

Faedah Menggunakan Alat Perakam Digital


Penggunaan alat perakam dapat menarik minat muridmurid kerana pembelajaran dapat dilakukan di luar kelas. Mahir menggunakan alatan moden selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Dapat menguasai kemahiran baru digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa. Murid-murid minat belajar melalui pengalaman sendiri dengan menguasai teknk, kaedah dan cara merakam suara. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan sekali gus menarik minat murid-murid untuk memelihara keindahan alam sekitar.

Rakaman Bunyi Alam

Rakaman Bunyi Mekanikal

MEMBUAT ASOSIASI BUNYI DENGAN ABJAD


Memasukkan bunyi dari Sound Gallery dan ulasan ke dalam persembahan slaid PowerPoint. Kemudahan Record Sound yang ada dalam PowerPoint boleh digunakan untuk merakam suara terus ke dalam slaid yang telah siap dibina.

Kelebihan Mengasosiasi Bunyi dengan Abjad


Murid-murid mudah tertarik kepada aktiviti yang mengaitkan mereka dengan pengalaman sedia ada. Dengan itu, mereka akan cepat megingat dan menghafal abjad yang mahu diperkenalkan itu. Murid-murid dapat mengenali dan membunyikan huruf yang diperkenalkan dengan jelas melalui aktiviti ini.

Aktiviti 1
Membunyikan huruf konsonan dikaitka dengan bunyi haiwan. Semua murid-murid duduk dalam separa bulatan menghadap guru. Murid-murid diminta membuat pergerakan ular dengan menggerakkan anggota badan mereka. Semasa membuat pergerakan murid-murid diminta meniru bunyi ular seperti hisss secara berulangulang kali. Murid-murid mengaitkan bunyi hisss dengan sebutan huruf s. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berulang-ulang.

Aktiviti 2
Membunyikan huruf konsonan dikaitkan dengan alam semula jadi Murid-murid menonton slaid yang mengandungi gambar ombak menghempas pantai. Murid-murid diminta mendengar bunyi ombak tersebut. Murid-murid meniru bunyi ombak burrr. secara kelas dan secara individu. Guru mengaitkan bunyi burrr dengan konsonan r. Murid-murid menyebut bunyi burrr dan r berulang-ulang kali.

Aktiviti 3
Membunyikan huruf vokal dikaitkan dengan bunyi buatan sendiri Beberapa orang murid-murid dipanggil ke hadapan kelas. Mereka diminta melakonkan arahan yang diberikan oleh guru. Misalnya guru meminta murid-murid melakonkan watak orang sakit perut dan membunyikan perkataan aaaaa.. untuk menunjukkan keadaan sakit itu. Semua murid-murid dikehendaki mengeluarkan bunyi aaaaaa. Guru mengaitkan bunyi aaaaaa.. dengan vokal a.

Aktiviti 4
Membunyikan huruf konsonan dikaitkan dengan bunyi benda maujud. Guru menunjukkan beberapa benda maujud seperti tin, kompang dan baldi. Murid-murid menyebut nama benda-benda yang ditunjukkan. Murid-murid berada dalam kumpulan bertiga atau berempat. Setiap kumpulan diberi benda yang berlainan. Murid-murid diminta mengetuk benda yang diberi misalnya kumpulan A mengetuk tin.

Aktiviti 4
Kumpulan murid-murid diminta meniru bunyi ketukan tersebut dengan penekanan pada konsonan t-tang, p-pang, d-dung. Aktiviti ini boleh diulang dengan benda-benda maujud yang lain dengan memberi penekanan pada konsonan yang hendak diajar pada hari itu.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai