Anda di halaman 1dari 31

LAPORAN

BINA INSAN GURU FASA II

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & KECEMERLANGAN MATEMATIK

SEKOLAH RENDAH

ANJURAN :

KUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)


AMBILAN NOVEMBER 2011

TARIKH :10 JUN 2011

HARI :JUMAAT

TEMPAT :

RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2,


LORONG PAUH JAYA 2/3,
TAMAN PAUH JAYA,
13500 PERMATANG PAUH,
PULAU PINANG.

PENSYARAH :

EN. ROSLI BIN AB. RAZAK


PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PN. JAFIZAH BINTI JAAFAR


PENSYARAH TUTOR

DISEDIAKAN OLEH :
TAN YEIT FONG
NO K/P : 710325-07-5008

0
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1.0 BIODATA DIRI 1

2.0 SEKAPUR SIREH 2

3.0 PENDAHULUAN 3

4.0 MATLAMAT 4

5.0 OBJEKTIF 5

6.0 LAPORAN REFLEKSI

6.1 LAPORAN AKTIVITI 6-9

6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 9-10

( SWOT )

7.0 PENILAIAN KENDIRI 11-13

8.0 LAPORAN BERGAMBAR 14-19

9.0 LAMPIRAN

9.1 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM 20

9.2 ORGANINSASI PORGRAM 21-23

9.3 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM 24-25

9.4 SENARAI NAMA ANAK-ANAK RUMAH AMAL 26-30

PERMATA KASIH

1
BIODATA DIRI

NAMA PENUH : TAN YEIT FONG

TARIKH LAHIR : 25/03/1971

NO.KAD PENGENALAN : 710325-07-5008

E-MAIL : tanyeitfong33@gmail.com

NO. TELEFON : 012-4257186 , 05-7162285

TEMPAT BERTUGAS : SK PERMATANG TOK MAHAT,

14300 NIBONG TEBAL

KURSUS : PGSR-MATEMATIK COHORT 2

NOVEMBER 2009

2
Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan
seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa ll sehingga berjaya.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan program BIG ini.
Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka program ini dapat
dilaksanakan dengan sempurnanya.

Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar
selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa
dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan.
Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa
atau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini.

Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang
diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang
kelak.

Sekian terima kasih.

3
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diwajibkan
kepada semua guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan dan
telah mula diolaksanakan sejak 2001.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu
didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama,
nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan
perkembangan program.

4
Matlamat program ini diadakan adalah untuk :-

 Memberikan motivasi khususnya kepada murid-murid yang akan


menduduki UPSR pada tahun 2016
 Menberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains kepada murid-murid yang akan
menduduki UPSR pada tahun 2016.
 Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat termasuklah
gotong-royong membersihkan kawasan kubur.
 Memperkasakan jati diri dan perbadi guru yang lebih mantap
dan jitu.

5
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:

1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental,
emosi, rohani dan sosial;
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
serta perpaduan masyarakat;
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan ; dan
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan
mengendalikan sesuatu program dengan baik.

6.0 LAPORAN REFLEKSI

6.1 LAPORAN AKTIVITI

Kami berkumpul di Dewan Bendahara dan bertolak ke Rumah Amal Permata


Kasih di Permatang Pauh pada pukul 7.45 pagi dengan bas institut. Puan Jafizah
bt Jaafar merupakan pensyarah iringan bagi program ini. Kami sampai di

6
destinasi pada pukul 8.45 pagi. Setiba di sana, kelihatan anak-anak rumah amal
tersebut telah bersedia menunggu ketibaan kami dengan penuh ceria dan
bergaya.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengacara majlis, Encik Muhammad


Shukri untuk memberi penerangan secara ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang
akan dijalankan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Puan Jafizah bt Jaafar
sebagai penasihat serta pensyarah iringan .

Pada pukul 9.00 pagi, aktiviti-aktiviti dijalankan seperti yang dirancangkan. Slot
motivasi, slot kecemerlangan UPSR Matematik, slot kecemerlangan bahasa
Inggeris serta rekreasi matematik dijalankan serentak mengikut stesen. Para
penceramah bagi setiap slot akan dibantu oleh fasilitator-fasilitator.

Slot motivasi yang diketuai oleh Puan Sarveswari memberi semangat dan
dorongan kepada anak-anak agar mereka lebih bersedia untuk pembelajaran di
sekolah dan seterusnya untuk menghadapi cabaran hidup yang akan mereka
tempuhi kelak.

Bengkel Peningkatan Matematik UPSR dikendalikan oleh Puan Norhayati bt


Otkman, Puan Suhain bt Shaharuddini, Puan Azmah bt Awang Ahmad dan Puan
Wahida bt Ibrahim.Anak-anak didedahkan tentang format kertas Matematik
UPSR secara umum dan cara pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Tajuk –
tajuk utama seperti nombor bulat dan pecahan diterangkan secara teliti kepada
mereka agar dapat menguasai kemahiran tersebut. Tip-tip penukaran unit yang
melibatkan hari,jam,tahun,bulan,minggu,kg.km diberi dengan harapan mereka
dapat menggunapakai tip-tip tersebut semasa menduduki peperiksaan UPSR.
Selain daripada itu, anak-anak rumah amal tersebiut juga diajar untuk
membentuk bentuk 3 matra seperti kubus, kuboid dan piramid daripada
bentangan yang sediakan oleh mereka.

Bengkel Peningkatan Bahasa Inggeris UPSR dikendalikan oleh Puan komathy


a/p Raja Mogan, Puan Chanderalekha a/p Kalaimutho dan Encik Mohd Izham
Abd Hamid. Objektif perlaksanaan bengkel ini adalah untuk membuka minda
7
pelajar untuk mengenali diri dan memahami teknik menjawab soalan soalan
berasaskan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris / kertas 2 / bahagian B.
Para penceramah member penerangan secara terperinci dengan contoh soalan
peperiksaan supaya mereka memahami kehendak soalan-soalan tersebut. Ilmu-
ilmu yang disampaikan diharap dapat membantu mereka untuk menghadapi
peperiksaan UPSR dengan lebih yakin.

Program Rekreasi Matematik ini dikendalikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Pn.
Rabiyah bt. Ibrahim, Pn. Rosmawati bt. Muhammad dan Pn. Rosilawati bt. Idris.
Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membina jati diri peserta
agar lebih bersikap positif, kuat semangat, berani dan yakin pada diri sendiri,. Di
samping itu slot inimembawa konsep bahawa Matematik merupakan satu mata
pelajaran yang menyenorokkan ( Matematik Is Fun ). Aktiviti ini dijalankan di luar
kawasan rumah amal iaitu di padang permainan yang berdekatan. Aktivti
nyanyian dan permainan yang dijalankan ternyata berjaya membentuk keyakinan
diri ,bersifat positif dan berani berhadapan dengan orang lain.

Aktiviti gotong-royong untuk mengecat rumah amal turut dijalankan serentak.


Semua peserta kursus yang tidak terlibat dalam program motivasi dan
kecemerlangan UPSR melibatkan dirti dalam aktiviti gotong royong. Saya juga
turut membantu AJK Gotong royong dalam aktiviti mengecat ini. Sebelum
bermula mengecat kami berbincang untuk menentukan bahagian rumah yang
akan dicat semula, iaitu bahagian depan termasuk bahagian pintu masuk. Kerja-
kerja seperti mengikis berkas-berkas cat yang mengelupas dan membersihkan
dinding perlu dibuat sebelum mengecat. Walaupun terpaksa bekerja kuat di
bawah kepanasan namum dengan kerjasama dan semangat bekerja yang tinggi
dalam diri setiap individu, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan
sempurna. semua kerja mengecat dalam tempoh masa lebih kurang 3 jam .

Setelah selesai semua aktiviti, kami semua berkumpul untuk mengadakan


majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada anak-
anak rumah amal.Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh anak-

8
anak rumah amal. Ketua bagi setiap slot memberi laporan ringkas dan membuat
rumusan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Majlis tamat dengan ucapan
penutup dari Puan Jafizah dan penasihat rumah amal .Jamuan ringkas
diadakan pada penghujung majlis. Majlis bersurai. Kami bertolak balik ke
institut pada pukul 12.30 tengah hari.

Pada pukul 3.00 petang , kami berkumpul semula di perkarangan surau Al Falah
di IPG KPP. Kami membahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya iaitu
menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan suaru Al Falah dan kawasan pra
sekolah IPG KPP. Program Bina Insan Guru Fasa ll ini tamat pada pukul 6.00
petang.

6.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )

Strength (Kekuatan)
Para peserta kursus PGSR merupakan guru yang berpengalaman dalam
mengajar dan berurusan dengan murid-murid sekolah. Kepakarana ini dapat
digunakan dengan baik dalam melaksanakan slot motivasi dan slot
kecemerlangan UPSR khususnya subjek Matematik. Mereka dapat memberi
pendedahan yang menyeluruh kepada anak-anak yang bakal menghadapi
peperiksaan UPSR tahun ini. Selain itu, kami juga mempunyai dua orang
guru kaunseling yang telah menjalankan sesi motivasi dengan jayanya.
Mereka dapat menyemarakkan semangat anak-anak berusaha dengan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

Weakness (Kelemahan)
Masalah kekangan masa merupakan kelemahan bagi program BIG kali ini.
Jadual waktu kuliah yang padat dan peperiksaan akhir semester
menyebabkan kami tidak sempat membuat perancangan yanglebih baik
lagi.Masalah ruang rumah yang agak sempit menimbulkan sedikit masalah
semasa menjalani lot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR. Aktiviti-aktiviti

9
ini dijalankan serentak di ruang tamu rumah amal tersebut menyebabkan
murid tidak dapat member tumpuan sepenuhnya kerana gangguan suara
dari kumpulan yang lain.
AJK gotong royong mengecat hanya sempat mengecat semula bahagian
depan ruamh amal tersebut kerana kesuntukan masa.

Opportunity (Peluang)
Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada
kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat dan kursus
berbentuk akademik yang lebih menarik dan mencabar pada masa akan
datang.

Threat (Halangan)
Halangan program ini adalah kesuntukan masa. Input-input yang diberi
hanya meliputi kemahiran asas sahaja. Teknik-teknik menjawab soalan
Matematik tidak sempat dijalankan. Bilangan peserta program yang tidak
ramai dan kurang berpengalaman dalam aktiviti mengecat hanya sempat
mengecat bahagian hadapan rumah amal tersebut.

7.0 REFLEKSI KENDIRI

Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program


Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan untuk
memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan,
sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping memberi sumbangan
sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada pihak yang memerlukan
dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya

10
mengikutiprogram sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu
pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.

Program BIG kali ini kami telah pergi ke Rumah Amal Permata Kasih yang
terletak di Permatang Pauh Tujuan kami ke sana adalah untuk memberikan
khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini serta
menjalani aktivti gotong royong mengecat rumah amal tersebut.

Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan semua


ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama
dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan. Walaupun
kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta
tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya
selaku bendahari program bergabung tenaga dengan AJK hadiah dan
cenderamata untuk memutuskan jenis sumbangan yang patut disumbangkan.
Kami hanya berpeluang membeli barangan sumbangan selepas peperiksaan
semester tiga. Kami mencuba sedaya upaya untuk memaksimumkan pembelian
dengan jumlah budget di tangan agar dapat memenuhi cadangan barangan
keperluan dari pihak penaung rumah amal tersebut.

Setiba di rumah amal, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut sedang


menunggu ketibaan kami di halaman rumah mereka dengan penuh sabar dan
penuh ceria. Mereka megenakan pakaian yang cantik dan senyuman yang
manis. Saya berasa terharu kerana menurut penaung rumah amal tersebut
kebanyakan daripada anak-anak itu telah balik ke pangkuan keluarga masing-
masing semasa cuti sekolah. Oleh kerana kunjungan kami, mereka sanggup
balik ke rumah amal ini untuk member sokongan bagi program ini. Pada ketika
itu,saya tersa untuk membantu mereka sedaya upaya dengan menyumbangkan
tenaga saya dengan sebaik mungkin bagi menjayakan program ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain,kelihatan mereka menjalankan tugas


yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Ini menunjukkan bahawa saya

11
dan rakan-rakan begitu prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang dpikul.
Daripada aspek ini, saya sebenarnya belajar betapa besarnya tanggungjawab
seorang pemimpin dan rasa tanggungjawab seorang ahli biasa dalam
melaksanakan amanah yang diberi oleh ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat
penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh pihak
pentadbirdi sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan
tanggungjawab.

Dengan kerjasama setiap pasukan kerja,dalam tempoh masa lebih kurang 4


jam, kami berjaya menghabiskan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Dari
pengalaman ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya semangat
bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika
para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir ,
rakan sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat amat diperlukan.

Saya juga menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada hari
tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam mengecat.
Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat kapur di
permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat. Oleh sebab
itu cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh
rakan yang berpengalaman, saya mampu menolong menjalankan tugas ini
dengan baik. Saya merasa gembira kerana mampu melakukan tugasan ini
dengan baik. Walau bagaimanapun,dalam hati saya masih terasa kemahiran
pada diri saya masih tidak mencukupi kerana baju kesayangan penuh dengan
bintik-bintik putih ( kesan cat ). Pengalaman ini boleh saya pratikkan kelak untuk
mengecat bilik darjah atau rumah sendiri.

Saya sempat bersembang dengan beberapa orang kanak-kanak tentang


keluarga mereka dan pencapaian mereka dalam pelajaran. Seacara tidak
langsung melalui perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih
prihatin kepada anak murid mereka dan memahami mereka sama ada dari segi
latar belakang atau segi emosi. Ini adalah kerana pencapaian dalam pelajaran
berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga .Guru perlu lebih sabar dan
12
bersifat penyayang ketika berurusan dengan mereka agar perasaan mereka
tidak tersinggung dan terasa selamat. Keadaan ini akan membawa mereka
berjumpa dengan kita jika mereka menghadapi masalah.

Kesimpulannya,banyak pengalaman dan


cabaran telah saya hadapi sepanjang
program ini dijalankan. Program ini
sebenarnya memberi saya peluang
untuk membina sifat-sifat pendidik dan
pemimpin yang penting dalam diri untuk
menjadi seorang guru berdedikasi pada
masa akan datang

Disediakan oleh,

Tan Yeit Fong

PGSR Matematik Kohort 2 Ambilan Nov. 2009

8.0 LAPORAN BERGAMBAR


Sebelum program BIG Fasa ll

13
Semua peserta kursus tunggu bas institut dengan penuh kesabaran di Gelanggara,

IPG Kampus Pulau Pinang.

Yeh, kami dapat “ seat VIP “ ! Siap sedia bertolak ke Permatang Pauh

Program BIG Di Rumah Amal Permata Kasih

14
Selamat tiba di destinasi Anak-anak sedang menunggu…

Membawa barangan sumbangan dan alatan keperluan

Bersalaman dengan anak-anak Rumah Amal Permata Kasih

15
Pintu masuk utama… Pengacara majlis member penerangan

Ucapan dari Puan Jafizah Bacaan doa oleh Utz. Azlan Shah…

Bengkel Peningkatan Matematik Slot Motivasi

16
Bengkel Peningkatan bahasa Inggeris Program Rekreasi Matematik

Sibuk mengisi maklumat Macam ni baru betul, ok ?

Bersedia untuk mengecat Eh, susah juga nak buka tin ini!

17
Apa yang penting ? kerjasama… Em.. kerja kami bertaraf profesional…

Kemas juga hasil kerja saya Pegang kuat-kuat kerusi tu, nanti jatuh…

Pemberian cenderamata kepada Pn Subiha dan anak-anak Rumah Amal Permata


Kasih

18
Sumbangan ikhlas daripada kami…… Anak-anak menjamu selera

Gambar kenangan-kenangan Gotong royong di Surau Al Falah

Rehat sejenak selepas penat bekerja Pasti surau persekitaran surau bersih

19
LAMPIRAN
9.1

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA


INSAN GURU FASA II

9.2

20
ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA II

KUMPULAN PGSR MATEMATIK ( AMBILAN NOVEMBER 2009 )

PENAUNG
TN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD

PENYELARAS
ENCIK ROSLI BIN AB RAZAK

PENASIHAT / PENSYARAH TUTOR


PUAN JAFIZAH BINTI JAAFAR

PENGERUSI
MIOR AZHAR BIN ABD HALIT

NAIB PENGERUSI
NORIHAN BINTI AWANG CHA

SETIAUSAHA
SARIMA BINTI ISHAK

BENDAHARI
TAN YEIT FONG

AHLI JAWATANKUASA

21
PENGANGKUTAN
NOR ATIZAH BINTI JAP
KESELAMATAN
AZLAN SHAH BIN LUCKMAN
KU ABD FITRI BIN KU ABDUL HALIM

DOKUMENTASI
ZAITY AKHTAR BINTI DIN
SITI HAMIDAH BINTI SHAHARUDDIN
MOHD SHAHNON BIN YUSOFF
ROSLAN BIN YAAKUB

MAKANAN
ZARINA BINTI ABDUL WAHAB

PERALATAN
ZARINA BINTI ZAKARIA

CENDERAMATA / HADIAH
CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO
WAN ZARAINEE BINTI WAN JUSOH

TUGASAN KHAS
MOHD IZHAM BIN ABD HAMID

PENGACARA MAJLIS / WAKIL


MOHD SHUKRI BIN SAMSU

22
PENCERAMAH SLOT MOTIVASI
SARVESWARI A/P SINNASAMY
SALINA BINTI SAMINGON

PENCERAMAH SLOT MATEMATIK


NORHAYATI BINTI OTHMAN
AZMAH BINTI AWANG AHMAD
SUHAINI BINTI SAMSUDIN

FASILITATOR
KOMATHY A/P RAJA MOGAN
RABIYAH BINTI IBRAHIM
ROSILAWATI BINTI IDRIS
ROSMAWATI BINTI MUHAMMAD

GOTONG-ROYONG DI KAWASAN KEDIAMAN


SALWA BINTI ISMAIL
NORIHAN BINTI AWANG CHA

9.3

JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 : 10 JUN 2011

23
MASA AKTIVITI TINDAKAN

7.45 pagi Bertolak dari IPGKPP ke Rumah Amal


Permata Kasih,Permatang Pauh.

8.45 pagi Sampai di Rumah Amal Permata Kasih ,


Permatang Pauh.

8.40 pagi Majlis bermula :


- Ucapan pengerusi En. Syukri
- Bacaan doa En. Azlan Shah
- Ucapan Pn. Jafizah

9.00 pagi Program bermula :


1) Program Motivasi (Mengenal diri)
untuk murid tahun 3 dan 4. Pn. Sarveswari
2) Program Kecemerlangan UPSR
Matematik untuk murid tahun 6. Pn. Norhayati
3) Program Kecemerlangan Bahasa
Inggeris untuk murid tahun 5. Pn. Komathy
4) Program Rekreasi Matematik untuk
murid berumur 6, 7 dan 8 tahun. Pn. Rabiah
5) Gotong royong mengecat luar rumah. Semua

12.00 Majlis penutup :


tengahari 1) Laporan setiap program
2) Persembahan nasyid dari anak-anak
Rumah Amal Permata Kasih.
3) Ucapan pensyarah tutor.
4) Ucapan penaung rumah amal
5) Penyampaian sumbangan dan
cenderamata.
6) Jamuan makan tengahari
7) Sesi bergambar
8) Taklimat akhir aktiviti di rumah amal

MASA AKTIVITI TINDAKAN

12.30 Bertolak pulang ke IPGKPP


24
tengahari - Solat jumaat
- Makan tengahari

3.00 petang Berkumpul di perkarangan Surau Al Falah


IPGKPP

3.10 petang Gotong royong membersihkan kawasan


surau IPGKPP dan pra sekolah IPGKPP

6.00 petang Program berakhir dan bersurai.

9.4

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM


RUMAH AMAL PERMATA KASIH

PENAUNG :
25
1. ENCIK WAN MUHD SHAHRUN BIN WAN MUHD NASIR
2. PUAN SUBIHA BINTI SAFAR

BIL. NAMA MURID UMUR CATATAN


1 MURSYIDAH BT AHMAD 8
2 FATHAYAH BT ROSLAN 7
3 DURRATUN NAFISAH BT FAIZ 8
4 NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN 8
5 WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD 8
ANUAR
6 MUHAMAD ATUF SYAHMI B ANUAR 7
7 MOHD RAFIQ B. NAJMUDIN 6
8 MUHAMAD ZAHID B. ROSLI 6
9 MUJAHID B. ROSLI 9
10 FAKHRUL ROZI BIN ROSLI 7
11 SAFWATUL AISYAH BT. FAUZI 7
12 SAFWATUL KHODIJAH BT. FAUZI 7
13 MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI 10
14 MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN 10
15 AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR 10
16 NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN 9
17 NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN 9
18 MUHD MIQDAD B.ROSLI 11
19 MUHD RAFIQ B. FAIDZ 11
20 UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI 11
21 MUHD ATHIR B. ROSLAN 12
22 MOHD USAMAH B. AHMAD 12
23 ABDUSSYAKIR BIN FADHIL 12
24 UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN 12
25 NOR AZWANI BT AZMAN 12
26 SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR 12
27 SALIMAH BT. FAUZI 9
28 MOHD JAFNI B. JALIL 10
29 MOHD JUNDULLAH B FAUZI 10
30 OTHMAN B AHMAD 10
31 ULFAH BT ROSLI 11
32 ALFATIH B ISMAIL 12
33 SHAMIMI BT JALIL 12
SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM
RUMAH AMAL PERMATA KASIH

AKTIVITI : PROGRAM MENGENALI DIRI


26
(MOTIVASI TAHUN 3 DAN 4)

KUMPULAN 1
NAMA FASILITATOR :
PN.SARVESWARI A/P SINNASAMY
PN.SALINA BINTI SAMINGON

AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MUJAHID B. ROSLI
2. MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI
3. MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN
4. AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR
5. NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN
6. NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM


RUMAH AMAL PERMATA KASIH

AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK


27
SEKOLAH RENDAH ( MOTIVASI TAHUN 6 )

KUMPULAN 2
NAMA FASILITATOR :
PN.NORHAYATI BT OTHMAN
PN.AZMAH BT AWANG AHMAD
PN.SUHAINI BT SAMSUDIN
PN.WAHIDA BT IBRAHIM

AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MUHD ATHIR B. ROSLAN
2. MOHD USAMAH B. AHMAD
3. MUHD ATHIR B.ROSLAN
4. UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN
5. NOR AZWANI BT AZMAN
6. SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM


RUMAH AMAL PERMATA KASIH

AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA


INGGERIS SEKOLAH RENDAH
28
KUMPULAN 3
NAMA FASILITATOR :
PN.KOMATY A/P RAJA MOGAN
PN.CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO
EN.MOHD IZHAM B. ABD HAMID

AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MUHD MIQDAD B.ROSLI
2. MUHD RAFIQ B. FAIDZ
3. UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM


RUMAH AMAL PERMATA KASIH

AKTIVITI : PROGRAM REKREASI MATEMATIK


KUMPULAN 4
NAMA FASILITATOR :
29
PN.RABIAH BT IBRAHIM
PN.ROSMAWATI BT MUHAMAD
PN. ROSILAWATI BT IDRIS

AHLI-AHLI KUMPULAN:
1. MURSYIDAH BT AHMAD
2. FATHAYAH BT ROSLAN
3. DURRATUN NAFISAH BT FAIZ
4. NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN
5. WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD ANUAR
6. MUHAMAD AYUF SYAHMI B ANUAR
7. MARFID B. NAJMUDIN
8. MUHAMAD ZAHID B. ROSLI

30

Anda mungkin juga menyukai