Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN BOLA JARING Setiap permainan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Begitu juga dengan permainan bola jaring.

Orang pertama yang telah memperkenalkan sukan bola jaring ini ialah Dr. James Naismith pada tahun 1981 di Kolej Springfield, Massachusetts, USA. Beberapa tahun kemudian Dr. Toles yang berketurunan Amerika telah memperkenalkan sukan ini di England. Pada tahun 1900 dan 1901, undang-undang bola jaring telah digubal oleh sebuah persatuan rekreasi di England. Sejak itu bola jaring diterima dengan dimainkan dengan meluas. England memperkenalkan sukan ini kepada negara-negara lain, khususnya negara- negara Komanwel. New Zealand dan Australia merupakan negara yang terawal menerima sukan ini. Pada masa yang sama pengenalan kepada sukan ini telah diusahakan di negara- negara Eropah, Asia dan Amerika Selatan. Pada tahun 1901, Persatuan Ling telah membentuk satu jawatankuasa untuk merangka undang-undang dan peraturan bola jaring dengan berpandukan undangundang bola keranjang di Amerika. Menjelang tahun 1906, undang-undang yang dirangka telah diperkenalkan oleh R. Jamieson di New Zealand dan pada tahuntahun berikutnya ia telah berkembang ke Kanada, Afrika Selatan, Australia, Perancis, Denmark dan Amerika Syarikat. Sejak 1906 sukan ini telah berkembang ke seluruh dunia hinggalah ke negara kita Malaysia. Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Indies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.

SEJARAH BOLA JARING

Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular padaawal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukanini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika.Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All EnglandWomen s Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antaraEngland dan Scotland pada tahun 1938).

Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Padatahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuahpersatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federationof Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.

Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring. PersatuanBola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah mengambil bahagiandalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkanpertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysiajuga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia,Kadzlun Abas dinobatkan sebagai Best shooter di

World Junior Netball Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi memenangi gelaran ini pada tahun 2001.

KEDUDUKAN PEMAIN Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan (sesetengah variasi remaja/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain perlu memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain tersebut. Setiap pemain hanya dibenarkan di sudut tertentu di gelanggang: pemain yang terkeluar dari kedudukan mereka dianggap "offside".

Kedudukan pemain digambarkan di bawah:

Had kawasan pemain bola jaring adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

PEMAIN Penjaga Gol (GK) Pertahanan Gol (GD) Pemain Tengah (C) Penyerap Sayap (WA) Penyerang Gol (WD) Penjaring Gol (GS)

HAD KAWASAN 1,2 3,4,5 2,3,4 2,3 3,4 1,2


4

2 1

4 5

TUGAS PEMAIN DALAM PASUKAN

1) Penjaga gol (GK) Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasangol. Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

2) Penahan gol (GD ) Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal manamana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

3) Penahan sayap (WD) Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA.

4) Pemain tengah (C) Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

5) Penyerang sayap (WA ) Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanyamenghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akanmenghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

6) Penyerang gol (GA ) Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

7) Penjaring gol (GS) Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan.

8) Pengadil Terdapat dua orang pengadil dan dua orang pegawai yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa. Pengadil bertanggungjawab untuk memeriksa gelanggang,peralatan, pakaian pemain sebelum permainan dimulakan serta mengawal permainan semasa berlangsung.
6

9) Pemain pengganti Markah dikira mengikut bilangan jaringan gol. Bola akan dimasukkan ke dalam bakuljaring yang berlubang. Penjaga gol (GK) akan melindungi bulatan golnya daripadadimasuki pihak lawan. Jika pasukan lawan berjaya menembusi kawasan ini maka pemainitu akan mencuba menjaringkan gol. Jaringan gol dibuat apabila bola dilontar masuk kedalam jaring dari atasnya. Gol hanya boleh dijaringkan oleh GS dan GA sahaja.

KEMAHIRAN ASAS BERMAIN

i) Gerakan Kaki

Dalam permainan bola jarring, gerakan kaki merupakan salah satukemahiran penting yang diharapkan semua pemain memahirkannya. Untukkemahiran ini, seseorang pemain mestilah berlari dengan laju dan pada jarakyang berubah ubah. Dia perlu menukar haluan secara serta merta sambilmemecut juga serta merta. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki bolehdipergunakan dalam permainan bola jarring.

Kemahiran gerakan kaki selalu selalu dikaitkan dengan kemahiran lain.Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerimabola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringnya. Pemain pemain yang dapat mengamalkan kemahiran dengan mudah dapatmengelakkan diri daripada lain sama ada semasa membuat hantaran, menerimabola dan membuat jaringan.

ii) Mengawal dan mengelak

Pemain perlu mampu menjadi penyerang dan penghalang sekaligus.Biasanya pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang,sementara pasukan lawannya diaggap pasukan penghalang. Maka setiap pemain perlu mahir sebagai penyerang dan penghalang. Dia perlu mahir menangkap dan melontar bola.

Apabila menyerang, pemain mestilah pantas melintasi lawannya dan bergerak ke tempat lapang untuk menerima hantaran. Pemain boleh meninggalkan lawan atau melepaskan diri daripada lawan dengan mengelak,melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula hendaklah juga pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada diadang oleh lawan.
8

Apabila mengawal, pemain hendaklah menghalang lawan membuat hantaran atau jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan tempat bola akan dilontar. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang akan dilontar. Lazimnya,kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan.

iii) Cara mengambil lambungan Tiap-tiap pemain perlu tahu cara mengambil lambungan kerana dalampermainan mereka tentu akan terlibat untuk mengambil lambungan. Jika pemainitu berjaya mendapatkan bola, maka pasukannya akan membuat serangan.Ringkasnya, cara berikut boleh dijadikan panduan. 1. kedua dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing masing) 2. angan pemain hendaklah lurus ke bawah dan ke sisi tubuh. 3. kedudukan kaki pemain bergantung kepada keselesaan pemain. Tetapijarak antara kaki yang terdekat dengan pihak lawan mestilah lebih kurangsatu meter. 4. kedua dua pemain tidak boleh bergerak sebelum wisel dibunyikan. Jikasalah seorang bergerak, maka hantaran percuma akan diberikan padapihak lawan. 5. apabila wisel dibunyikan dan bola dilambungkan ke udara, pemain mesti mencuba mendapatkan bola itu sebelum ia bergerak tinggi ke atas. 6. pemain boleh menangkap atau menepis bola ke arah rakannya. 7. jika gagal mendapatkan bola, pemain mesti cuba bersedia untuk menghalang hantaran yang akan dibuat oleh pemain seorang lagi.

iv) Menjaring

Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalan sukan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun cuma dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan, namun pemain-pemain lain perlu juga mahir.Sebab adakalanya, penjaring tidak dapat bermain dengan baik maka dia perludiganti oleh pemain lain.

PERALATAN

Ada beberapa peralatan yang diperlukan dalam sukan bola jaring. Antaranya ialah sebiji bola, gelanggang (tertutup atau terbuka) dan tiang gol.

i) BOLA

Sukan bola jaring memerlukan bola khas untuk bola jaring. Rupanya seperti bola keranjang. Bola tersebut berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g, dikenali sebagai bola 5 size. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.

ii) GELANGGANG

Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan tertutup. Gelanggang ini merupakan gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup.

10

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak di tengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol. Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.

iii) TIANG GOL

Di kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya 3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.

11

PAKAIAN Pemain akan memakai pakaian seragam yang sesuai. Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang, stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip. 1. Pakaian pemain mestilah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian berkenaan hendaklah dipakai setiap kali bermain di sepanjang kejohanan. 2. Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track. Seluar pendek dan seluar track yang sendat (tight) tidak dibenarkan. 3. Setiap pasukan dikehendaki membawa bib masing-masing. Ketinggian ukuran pada bib adalah 4-6 inci. 4. Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit. 5. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. 6. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. 7. Huruf-huruf di bawah hendaklah disemadikan di bahagian hadapan dan belakang baju pemain. G.S = Penjaring Gol (Goal Shooter) G.A = Penyerang Gol (Goal Attack) W.A= Penyerang Sayap (Wing Attack) C = Pemain Tengah (Centre) W.D= Penangkis Sayap (Wing Defence) G.D = Penahan Gol (Goal Defence) G.K = Penjaga Gol (Goal Keeper)

12

PERATURAN BOLA JARING i) PASUKAN BERTANDING 1. Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan tersebut dikira kalah. 2. Apaila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan permainan, permainan boleh dihentikan dua (2) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh meneruskan permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai dibenarkan ke gelanggang pada masa itu. 3. Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berada di gelanggang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan diberikaan kepada pasukan lawan dengan mata 15 - 0.

ii) PERTUKARAN PEMAIN & POSISI 1. Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. 2. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah diambil kira. 3. Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. 4. Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada: -Masa rehat. -Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun, dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan diberhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi. 5. Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan.

13

iii) KECEDERAAN DAN KESAKITAN 1. Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. 2. Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. 3. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

iv) KELEWATAN 1. Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 2. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. 3. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. 4. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila: - Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. -Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.
14

-Sebaik sahaja selepas rehat. CARA BERMAIN Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan. Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain. Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran, membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain. i) MULA BERMAIN Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar,C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masingmasing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan. Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil. Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga

15

saat. Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula . Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang. ii) OFFSIDE, FAULT DAN PENALTI Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagaiof f side. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikirao ff side. Pemain akan dikira fault jika : Pemain yang memegang bola atau tidak memegang bola, tersentuh pemain

lawan atau merampas atau memukul bola sehingga boleh terlepas daripada pihak lawan. Pemain berada kurang 0.91m (3 kaki) daripada pemain yang sedang membuat

lontaran. Pemain itu dikira menghalang. Pemain menggertak, mengugut atau menjerit ke arah pemain pihak lawan

dengan tujuan melakukan gangguan mental terhadap pemain pihak lawan.

Hukuman fault ialah di mana pasukan lawan akan diberi : - Jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan gol. - Pilihan sama ada memilih hantaran penalti ataupun jaringan penalti jika kesalahan berlaku di dalam bulatan. -Hantaran bebas diberikan kepada pihak lawan di tempat berlakunya kesalahan. Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku

16

perebutan bola ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan. iii) PENALTI Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan :

a) Apabila undang-undang boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.

b) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan). Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul. Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti,atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang- undang gerak kaki, seolah- olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dangan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.

iv) HANTARAN PERCUMA Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahankesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.
17

v) HANTARAN PENALTI ATAU JARINGAN PENALTI Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti: Satu percubaan untuk menahan hantaran. Jaringan juga boleh dibuat oleh

seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran

penalty atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah

berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau

menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh

membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan.

18

vi) HANTARAN KE DALAM

Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya : Pemain terakhir menyentuh bola itu. Pemain yang menerima hantaran,tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar

gelanggang

vii) LAMBUNGAN Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila : a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. c) Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang. d) Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola. e) Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.

19

REFLEKSI

Setelah menyelesaikan kertas kerja bola jarring ini, saya telah banyak menimba ilmu tentang permainan sukan bola jaring. Sebelum ini, saya tidak pernah melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau permainan bola jaring dan tidak tahu apa-apa tentang permainan ini. Saya berasa gembira kerana berpeluang memahami permainan bola jaring ini dengan melibatkan diri saya dalam permainan ini dengan rakan-rakan sekelas saya. Ini juga kerana saya dapat mempelajari tentang sejarah, teknik-teknik bermain, peralatan yang digunakan, dan sebagainya yang tidak pernah saya pelajari semasa saya mencari maklumat untuk kertas kerja ini. Semasa membuat kertas kerja ini, saya telah banyak melayari internet dan merujuk kepada beberapa buah buku untuk mencari maklumat tentang sejarah, peraturan-peraturan, cara-cara bermain, dan sebagainya tentang permainan ini. Dengan ada bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing, Puan Azybah, saya berpeluang belajar membaling bola jaring dengan beberapa jenis cara dan apa yang harus dilakukan oleh setiap pemain yang berada di kedudukan yang berlainan dalam permainan ini. Kesimpulannya, saya bersyukur kerana saya dapat belajar bermain bola jaring dan memahami ilmu tentang permainan ini dalam semester ini. Saya berharap saya turut berpeluang untuk melibatkan diri dalam permainan lain yang juga dapat menambahkan ilmu saya pada semester yang akan datang nanti.

20

RUJUKAN

Aminah Mohd. Salleh. (1989). Bola Jaring. Fajar Bakti Sdn.

Fouzee H. A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani : Bola Jaring.

Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc/35891617/Peraturan-Bola-Jaring http://www.scribd.com/doc/38620823/Peraturan-Permainan-Bola-Jaring http://smkpp14.net/web_documents/peraturan_pertandingan_bola_jaring.pdf

http://www.scribd.com/doc/17706309/Bola-Jaring

http://www.infofisioterapi.com/info/bola-jaring-wikipedia-bahasa-melayuensiklopedia-bebas.html

21

Anda mungkin juga menyukai