Anda di halaman 1dari 5

KELEMAHAN DAN KEBAIKAN KARNIVAL SUKAN

Pada tarikh ______________________ bertempat di_______________kami telah menganjurkan karnival sukan. Karnival sukan yang dianjurkan adalah bertujuan bagi melatih peserta kursus yng terdiri dari guru-guru dalam mengendalikan acara sukan dan permainan di sekolah masing-masing kelak. Karnival sukan ini tidak tertumpu pada satu aspek permainan sahaja tetapi menggabungkan permainan dan sukan acara olahraga yang sinonim dengan peringkat sekolah. Antara acara yang sukan dan permainan yang dianjurkan

ialah_______________________________. Sepanjang penganjuran karnival sukan ini, kesemua peserta kursus terlibat secara langsung sebagai ahli jawatankuasa dan merangkap peserta pertandingan. Perancangan yang dibuat mengambil masa selama ______________ dan dengan kerjasama yang diberikan akhirnya karnival sukan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar. Namun setiap penganjuran pasti terdapat kelemahan dan kebaikannya. Kebaikan dan kelemahan yang dapat saya kenal pasti sepanjang pengajuran karnival sukan ini adalah : KEBAIKAN Pengurusan Kejohanan Melalui penganjuran karnival ini, saya dapat mengetahui cara-cara yang terbaik untuk

menguruskan kejohanan bermula dari tugas sebagai ahli jawatankuasa sehinggalah terbabit sehinggalah terlibat sebagai peserta kejohanan itu sendiri. Pengurusan karnival ini tidak hanya pada penganjuran acara yang dipetandingan tetapi juga dari segi pengurusan kewangan. Saya dan rakan-rakan dapat mempraktikkan elemen pengurusan risiko yang dipelajari dalam menjayakan karnival ini seperti dalam aspek pengurusan kewangan atau belanjawan. Aspek ini memainkan peranan penting kerana secara tidak langsung akan membolehkan kita mengetahui hasil penganjuran kita sama ada mendapat keuntungan atau kerugian. Urusan rasmi seperti penempahan padang dan gelanggang juga dapat dipelajari. Pengalaman seperti ini belum pernah dirasai di sekolah kerana memandangkan kejohana sukan sekolah kerap kali diadakan di padang

sekolah masingmasing.Ini memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada saya apabila kembali ke sekolah nanti dengan mengambil kira elemen-elemen pengurusan risiko.

Semangat Kerjasama Semasa menguruskan kejohanan,semangat kerjasama dapat dipupuk dan di semai. Kami bekerjasama bermula dari mesyuarat jawatankuasa lagi bagi memastikan penganjuran ini berjalan dengan lancar.Semua ahli jawatankuasa memberi kerjasama yang amat baik.Semasa hari kejohanan,kami bekerjasama dalam menyediakan ,mengurus dan mengemas gelanggang dan tempat kejohanan dengan perasaan yang gembira tanpa sebarang ketegangan.Kami memastikan segala peralatan yang di pinjam seperti kanopi, kerusi dan meja urusetia berada dalam keadaan yang baik dan memastikan kelengkapan gelanggang dengan mengambil kira elemen peralatan (equipment) di dalam pengurusan risiko di mana kesemua peralatan tersebut selamat

digunakan.Saya dan rakan-rakan juga memastikan keselamatan kawasan permainan atau padang (environment) dengan memeriksa keadaan kawasan tersebut sehari sebelum kejohanan dan pada pagi kejohanan berlangsung untuk menggelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan semasa karnival ini berlangsung.

Sikap kepimpinan Sepanjang penganjuran karnival ini, kesemua peserta kursus terlibat secara langsung bagi menjayakan segala yang telah dirancang. Melalui lantikan AJK kejohanan karnival sukan ini. Setiap peserta telah diberikan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Semasa penganjuran ini sikap kepimpinan setiap peserta kursus dapat dilihat, mereka memberikan komitment yang penuh bagi menjayakan karnival ini. Sememangnya penganjuran seperti ini dapat mencungkil bakat setiap guru dalam pengendalian kejohanan sukan. Sikap ini amat membantu guru apabila berada di sekolah kelak kerana kami tidak akan kekok lagi sekiranya diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengurukan kejohanan sukan.

Kesabaran Pengelolaan ini juga mengajar erti kesabaran kepada saya.Sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik dan aman tanpa sebarang kekalutan.Sikap sabar amat dititikberatkan kerana dalam penganjuran kejohanan ini ,kita terpaksa melayan pelbagai karenah manusia dan situasi yang tidak dijangkal .Kesemua ini berkaitan dengan orang (people) yang terdapat dalam elemen pengurusan risiko.Dengan menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan yang akan

berlaku,ia memberikan kesan yang positif kepada saya dalam menangani masalah berkaitan ini. Namun, berkat kesabaran kami dapat menjalankan kejohanan ini dengan baik tanpa ada

gangguan dari pihak-pihak lain. Peserta jemputan iaitu teridiri daripada staf pendidikan juga memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang kejohanan berlangsung.Malahan,mereka memberi sumbangan yang besar dengan bekerjasama dalam menjayakan permainan bola tampar yang pada awalnya tiada penyertaan. Perlindungan Insurans Semasa mengikuti kursus PITO ini,saya dan rakan-rakan telah mengisi borang yang melibatkan insurans perlindungan diri.Secara tidak langsung,pada hari kejohanan kami dilindungi dengan polisi tersebut yang mana termasuk juga dalam elemen pengurusan risiko.Polisi sebegini penting sebagai perlindungan jika berlaku sebarang kemalangan atau kecelakaan. Namun sepanjang pengendalian dan pengajuran karnival ini tidak ada peserta kursus yang terlibat dengan sebarann kecederaan berat. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan.

KELEMAHAN Semasa berlangsungya karnival tersebut,tidak banyak kelemahan yang wujud kerana karnival tersebut dapat dijalankan dengan baik.Antara kelemahan yang timbul ialah:

Pelan Kontegensi Belanjawan Semasa menyiapkan kertas kerja berkaitan karnival ini, kami lupa memasukkan pelan kontegensi belanjawan yang terkandung dalam elemen pengurusan risiko yang merupakan aspek penting

dalam sesuatu penganjuran.Oleh itu,kami

mengalami

sedikit

masalah apabila cuba

menyelesaikan kes sumbangan pengadil yang memerlukan penggunaan wang.Berkat tunjuk ajar tenaga pengajar kami,En. Megat segala kesulitan dapat diatasi.

Sumbangan / Cenderamata Pengadil Semasa menyediakan cenderamata untuk pengadil,kami lupa memasukkan item penting iaitu sumbangan dalam bentuk wang.Dalam realiti sukan apabila kita menjemput pengadil,kita mestilah membayar pengadil tersebut.Begitu juga yang berlaku dalam penganjuran sukan dan permainan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebanggsaan.Ketika itu,bajet kami telah tiada ( elemen belanjawan dalam pengurusan risiko) dan kami sedikit buntu untuk mengatasi masalah tersebut.Hasil perbincangan dengan tenaga pengajar kami,En.Megat,kami telah berjaya menemui jalan penyelesaian iaitu kami bersepakat untuk membuat kutipan duit sesama kami.Syukur, kami berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan kejohanan berlangsung dengan baik.

Penyertaan Dari aspek penyertaan pemain pula,kami mengalami masalah untuk permainan bola jaring dan bola tampar.Syarat kedua-dua permainan tersebut memerlukan penglibatan peserta

wanita.Mungkin disebabkan publisiti yang kurang dan tidak menyeluruh,penyertaan peserta wanita dari bahagian staff kurang menggalakkan dan menyebabkan tiadanya penyertaan.Ini semua memberikan pengalaman yang amat berharga kepada kami untuk penganjuran yang akan datang di sekolah masing-masing.Dengan mengambil kira elemen people dalam pengurusan risiko,insyaallah masalah sebegini tidak akan timbul untuk kejohanan yang akan datang.

CADANGAN /PENAMBAHBAIKKAN

1. Pelan Kontigensi belanjawan haruslah dibuat semasa menyiapkan kertas kerja untuk menggelakkan dari berlakunya keciciran wang dan sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.

2. Hari dan masa kejohanan mestilah bersesuaian dengan saiz kejohanan.Jika kejohanan itu kejohanan yang besar,pemilihan hari amat penting untuk menggelakkan dari kekangan masa yang terhad seterusnya dapat melicinkan perjalanan kejohanan tersebut.

3. Untuk mendapatkan sambutan yang menggalakkan, publisiti mestilah dibuat secara menyeluruh dan berterusan supaya pihak yang berkenaan sedar tentang sesuatu kejohanan yang dianjurkan.

Anda mungkin juga menyukai