Anda di halaman 1dari 1

Isi 2 Selain itu, ianya penting bagi mengurangkan risiko seseorang daripada menghidapi penyakit-

penyakit yang berbahaya. Kebanyakan di antara kita gemar memakan makanan segera dan makanan
ringan yang tidak berkhasiat tetapi sedap di tekak. Untuk makluman semua, makanan ini mengandungi
kolesterol, garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi. Sekiranya kita terlalu kerap makan makanan ringan
atau segera, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi
dan juga strok. Justeru, pemakanan cara betul yang menetapkan kuantiti jenis makanan yang wajar untuk
kita ambil dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit malah meningkatkan tahap kesihatan
diri secara langsung. Bak kata peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
Pakar kesihatan telah pun memperkenalkan piramid makanan sebagai panduan kepada semua dalam
merencana pemakanan yang seimbang. Kini ia menjadi tanggungjawab kita bersama untuk
mengamalkan diet sihat ini supaya manfaatnya dapat dinikmati bersama. Isi 3 Dalam masa yang sama,
amalan ini dapat memberikan kesihatan mental yang stabil serta perkembangan memori yang lebih
cekap dan berkesan. Terdapat frasa yang menyatakan bahawa apa yang kita makan akan menjadi darah
dan daging kita kerana secara analoginya, jika kita mengambil makanan yang baik maka baiklah fizikal
dan mental kita. Berdasarkan kajian saintifik, otak manusia adalah pusat kawalan seluruh sistem badan
yang dipengaruhi oleh nutrien-nutrien yang terdapat dalam diet kita. Mineral seperti kalsium dan sodium
terlibat dalam proses penghantaran impuls dalam sistem saraf badan kita. Intihannya, pemakanan sedikit
sebanyak mempengaruhi pembentukan diri secara fizikal dan mental seseorang. Persis kata mutiara
daripada Imam As Syafie bahawa makan secara berlebihan atau tidak berkhasiat membuatkan badan
menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk
beribadah. Isi 4 Akhir sekali, pemakanan yang betul amat penting untuk diamalkan oleh setiap individu
kerana ia membantu meningkatkan kecantikan rupa paras. Dalam zaman yang mengutamakan imej dan
penampilan mutakhir ini, anda boleh mendapatkan rupa paras yang diidam-idamkan hanya dengan
mengamalkan diet yang betul. Realitinya, masyarakat di Malaysia mudah terpedaya dengan produk
kosmetik dan makanan tambahan yang menggunakan taktik penjualan penuh helah demi mendapatkan
keuntungan. Hasilnya, ramai yang menderita dek kerana kesan sampingan yang diperoleh akibat
mengambil produk yang tidak melepasi saranan Kementerian Kesihatan. Situasi ini menjadi bukti bahawa
masyarakat kita mementingkan kecantikan rupa paras dan mudah untuk mengambil jalan pintas dengan
mengambil produk makanan tambahan. Izharnya, amalan ini membantu meningkatkan ketrampilan diri
tanpa sebarang kesan sampingan dan ianya lebih mudah untuk didapati berbanding produk makanan
tambahan yang memerlukan kos yang lebih banyak. Penutup Kesimpulannya, pelbagai kepentingan yang
akan diperoleh dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Mungkin anda tidak sedar dalam jangka
masa pendek tetapi jika diamalkan secara konsisten pada jangka masa panjang, ia akan meninggalkan
kesan yang lebih holistik kepada diri kita khasnya dari sudut kesihatan. Semoga masyarakat kita sedar
bahawa penjagaan kesihatan hendaklah diutamakan kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Pihak kerajaan pula seharusnya melaksanakan kempen yang lebih berkesan secara meluas supaya
setiap golongan masyarakat mendapat didikan yang betul dan cara yang tepat untuk mengamalkannya
demi menghasilkan komuniti yang sihat dan sejahtera. Diharapkan inisiatif yang dirancang mendapat
kerjasama dan sambutan daripada rakyat supaya aspirasi menjadikan negara kita negara yang sihat
dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat. Related :

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/makanan-seimbang.html

Anda mungkin juga menyukai