Anda di halaman 1dari 1

Karangan Pendek: Usaha Menangani Kenaikan Harga Barang

Mutakhir ini, perbelanjaan rakyat malaysia semakin bertambah kerana kenaikan harga
barang. Usaha perdana untuk menangani kenaikan harga barang ialah masyarakat harus
mengamalkan amalan berjimat cermat dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Sementara itu, kerajaan hendaklah menganjurkan kempen kesedaran kepenggunaan dengan
menyiarkan kepentingan berjimat cermat di media masa.

Selain itu, pihak berwajib juga perlu menjalankan pemantauan dan tindakan tegas dengan
mengadakan lawatan secara mengejut dan membuat pemeriksaan. Seterusnya, ibu bapa patut
merancang perbelanjaan keluarga, iaitu perbelanjaan yang mengikut pendapatan. Sebagai
impaknya, masalah berhutang dapat dielakan dengan membuat perbelanjaan yang terancang.

Walhasil, masyarakat harus menguruskan perbelanjaan dengan bijak agar dapat menangani
masalah kenaikan harga barang.

Anda mungkin juga menyukai