Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah bagi membendung masalah inflasi Disediakan oleh : Chiam Hui Wen 6RK1 Inflasi bermaksud suatu proses

kenaikan tingkat harga umum untuk semua barang secara menyeluruh dan serentak dalam ekonomi.Semasa berlakunya inflasi,harga umum naik berterusan bermakna kos hidup rakyat akan meningkat. Pihak kerajaan harus mengambil beberapa langkah untuk mengawal inflasi.Langkah-langkah bagi membendung masalah inflasi adalah dasar fiskal men guncup .Dasar fisikal menguncup merupakan kerajaan menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan dan kemampuan membeli masyarakat akan menurun.Hal ini akan mengurangkan perbelanjaan dan permintaan agregat.Pengurangan permintaan agregat akan menyebabkan harga umum menurun dan akhirnya inflasi tarikan dapat diatasi. Dasar kewangan menguncup merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah inflasi.Dasar kewangan menguncup adalah bank pusat akan mengurangkan penawaran wang dan meningkatkan kadar bunga bagi mengurangkan perbelanjaan pengguna untuk mengatasi masalah inflasi.Bank Negara boleh mengurangkan bekalan wang melalui langkah-langkah menaikkan nisbah cadangan,menaikkan kadar bank,menjual bon kerajaan di pasaran terbuka,melaksanakan funding,dan mengetatkan kawalan kredit terpilih. Pihak kerajaan boleh menganjurkan kempen penggantian import untuk membendung masalah inflasi .Pihak kerajaan dan firma swasta boleh bekerjasama dalam pelaksanaan kempen-kempen menggalakkan penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan supaya masyarakat tempatan kurang mengimport .Apabila banyak kempen penggantian import dilaksanakan dari semasa ke semasa,inflasi diimport boleh dicegah dengan berkesan. Tambahanpula,pihak kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang untuk mengatasi masalah inflasi.Penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung kenaikan harga barangan atau perkhidmatan dan mengekang inflasi.Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak harus dikenakan tindakan dan hukuman yang semaksimum mungkin sebagai pengajaran kepada peniaga lain. Langkah yang seterusnya adalah peranan pemimpin dan penjawat awam.Peranan pemimpin dan penjawat awam harus melaksanakan polisi kerajaan dengan berkesan untuk mengawal inflasi.Kerajaan harus memantapkan defisit pendapatan negara,meningkatkan produktiviti masyarakat,menjamin kestabilan mata wang negara ,menaikkan kadar faedah simpanan dan memastikan pengagihan barangan keperluan di seluruh negara.

Kesimpulannya,pihak kerajaan harus berusaha untuk membendung masalah inflasi.Rakyat juga hendaklah bekerjasama dengan kerajaan supaya tindakan mengatasi masalah inflasi boleh dijalankan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai