Anda di halaman 1dari 21

@motivstudio

Ya Allah! Bantu Aku!


Macam mana
Aku nak cari duit ni?
Panduan Menyelesaikan Masalah Kewangan
Mengurus Kewangan Anda
Pengurusan kewangan bermula daripada pendidikan kewangan.
Membuat bajet adalah penting untuk memastikan aliran tunai yang
stabil. Perlindungan insurans pula merupakan salah satu cara untuk
mengurus risiko kewangan. Perkhidmatan kaunseling disediakan
untuk mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Merancang Kewangan 1

Mendapatkan Pendidikan
2
Kewangan

Mendapatkan Kaunseling
3
Kewangan

Membuka Akaun
4
Bank

Mendapatkan Pelindungan
5
Insurans & Takaful

Mengurus Wang Tidak


6
Dituntut

1
1. Merancang kewangan
Langkah-langkah untuk membuat rancangan kewangan. Cara
terbaik menyimpan dan membuat tabung kecemasan. Menabung
dengan SSPN.

Perancangan
a. Kewangan

Simpanan & Tabung


b. Kecemasalan

c. SSPN

2
1. A. perancangan kewangan
Perancangan kewangan adalah langkah pertama dalam mengurus
kewangan anda. Empat langkah seterusnya adalah:

1. Tetapkan matlamat kewangan anda.


2. Ketahui ke mana wang anda pergi.
3. Kaji tabiat perbelanjaan anda.
4. Buat rancangan perbelanjaan.

Langkah 1: Tetapkan matlamat kewangan anda


Matlamat kewangan adalah perkara yang ingin anda lakukan
dengan wang anda selepas jangka masa tertentu. Menetapkan
matlamat akan memastikan anda membelanjakan dan menyimpan
wang dengan cara yang membolehkan anda mencapai matlamat
anda. Matlamat kewangan anda boleh dibuat untuk jangka pendek,
jangka sederhana atau jangka panjang, bergantung kepada faktor
seperti usia, pendapatan, status perkahwinan dan komitmen
keluarga.

Matlamat Jangka Jangka Jangka


Kewangan Pendek Sederhana Panjang

Menyelesaikan Hutang
Kad Kredit

Membeli Kereta

Membeli Rumah

Menyimpan Untuk
Persaraan

3
Langkah 2: Ketahui ke mana wang anda dibelanjakan
Seterusnya, anda perlu mengetahui bagaimana anda
membelanjakan wang anda. Lakukan ini dengan mencatat
perbelanjaan anda dengan terperinci untuk suatu jangka waktu
tertentu, contohnya, lapan minggu. Tujuan anda bukan untuk
mengurangkan perbelanjaan anda, tetapi untuk mengetahui di mana
anda telah membelanjakan wang anda.

Langkah 3: Kaji tabiat perbelanjaan anda


Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai wang
lebihan atau anda ingin menambahkan simpanan, anda perlu
meneliti tabiat perbelanjaan anda. Lihat senarai perbelanjaan anda
dan tanyakan pada diri anda adakah ia keperluan atau kemahuan.
Kurangkan perbelanjaan kemahuan, dan cari tanda-tanda tabiat
berbelanja buruk yang perlu anda ubah.

Langkah 4: Buat rancangan perbelanjaan


Setelah mempelajari tabiat perbelanjaan anda, kini anda dapat
membuat rancangan perbelanjaan yang akan membolehkan anda
mencapai matlamat kewangan anda.

Sumber: BankingInfo

4
1. b. simpanan & tabung kecemasan

Simpanan
Mula menabung seawal mungkin. Tiada masa yang terbaik untuk
memulakannya. Semakin cepat anda bermula, semakin banyak
simpanan anda. Sasarkan untuk menabung sekurang-kurangnya
10% daripada pendapatan anda setiap bulan sebelum anda
berbelanja. Tingkatkan simpanan anda apabila anda mendapat
pendapatan tambahan, misalnya apabila anda menerima bonus.
Simpan wang anda dalam akaun simpanan tetap. Dengan kadar
faedah/keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan akaun
simpanan, simpanan anda akan bertambah dengan lebih cepat.
Berjimat sebelum berbelanja dan bukan sebaliknya.

Kebanyakan orang melakukan sebegini:


PENDAPATAN tolak PERBELANJAAN = Baki digunakan untuk
SIMPANAN atau PELABURAN

Cara yang sepatutnya:


PENDAPATAN tolak SIMPANAN atau PELABURAN = Baki
digunakan untuk PERBELANJAAN

Dengan cara ini, anda dapat memastikan bahawa anda mempunyai


sedikit simpanan dari pendapatan yang diperoleh setiap bulan.

5
Tanda amaran tabiat perbelanjaan yang buruk :-
1. Anda menggunakan simpanan anda untuk membayar bil semasa;
2. Anda hanya membayar jumlah minimum hutang kad kredit anda;
3. Anda selalu meminjam untuk berbelanja sebelum hari gaji seterusnya;
4. Anda hanya membayar jumlah minimum yang perlu dibayar dan tidak
mengurangkan jumlah hutang anda; dan
5. Anda mendapati diri anda bertengkar dengan pasangan atau ahli
keluarga anda mengenai wang.

Tabung Kecemasan
Pertimbangkan membuat Tabung Kecemasan sebanyak 3 hingga 6
bulan jumlah perbelanjaan bulanan anda, untuk sebarang
perbelanjaan yang tidak disangka. Dengan cara ini, anda dapat
menjauhkan diri daripada berhutang apabila tiba-tiba memerlukan
wang. Namun, jangan gunakan wang dari dana untuk memenuhi
perbelanjaan biasa atau untuk memenuhi matlamat kewangan anda.

Langkah membina dana kecemasan


1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, misalnya perumahan,
makanan, pengangkutan, utiliti dan pembayaran hutang lain.
2. Tentukan jumlah bulan perbelanjaan bulanan yang anda inginkan
dalam dana kecemasan anda.
3. Kira jumlah dana kecemasan anda, iaitu jumlah perbelanjaan
bulanan pada langkah 1 darab dengan bilangan bulan di langkah 2.
4. Masukkan dana ke dalam dana kecemasan anda.

Sumber: BankingInfo

5
SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan
satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan
pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang
menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit
melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan
pelaburan.

Sila layari laman web PTPTN di: https://lovesspn.ptptn.gov.my/

2. Mendapatkan Pendidikan Kewangan


Di dalam persekitaran semasa ini, pendidikan kewangan lebih
diperlukan dan memainkan peranan yang penting. Dengan
penyertaan dan penglibatan di dalam sistem kewangan secara
efektif boleh meningkatkan kesejahteraan ekonomi individu dan
perniagaan. Oleh itu pendidikan kewangan merupakan kunci kepada
masyarakat kita bagi mendapat faedah dari sistem kewangan dan
teknologi baru yang boleh mengubah lanskap kewangan. Ia akan
membantu pengguna untuk lebih memahami risiko yang terlibat
dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan dalam
membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

a. Maklumat Pendidikan Kewangan

b. Memohon Pendidikan Kewangan

6
2. A. maklumat pendidikan kewangan
Pendidikan kewangan amat diperlukan dan memainkan peranan yang
penting. Ia akan membantu pengguna untuk lebih memahami risiko
yang terlibat dalam menguruskan kewangan dan akan memudahkan
dalam membuat keputusan kewangan yang lebih baik. Oleh itu,
untuk membina satu generasi dengan kecekapan kewangan ia harus
bermula diperingkat awal. Ini telah menjadi motivasi pada Bank
Negara Malaysia dalam membangunkan AKPK untuk menjadi
sebuah agensi yang menyediakan pendidikan kewangan kepada
pengguna dewasa.

Terdapat empat modul pendidikan iaitu:-


1. Pengajian Tinggi
2. Permulaan Pekerjaan
3. Famili
4. Persaraan

AKPK turut menyediakan portal POWER! bagi orang awam


mendapatkan informasi menyeluruh pendidikan kewangan yang
disediakan AKPK seperti :

1. eLearning
2. eEvent
3. Bahan Terbitan AKPK
4. Kajian AKPK

Untuk maklumat mengenai pendidikan kewangan yang disediakan


oleh AKPK, sila layari Portal Rasmi Agensi Kaunseling & Pengurusan
Kredit.

7
2. b. memohon pendidikan kewangan
Program Pendidikan Kewangan oleh AKPK dibuka untuk organisasi
yang menitikberatkan pengurusan kewangan di kalangan warga
kerjanya. Untuk memohon, sila layari Sistem Tempahan Atas Talian
AKPK untuk mengetahui lebih lanjut mengenai modul-modul
Pendidikan Kewangan yang disediakan.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

8
3. Mendapatkan Kaunseling Kewangan
Kebolehan mengurus wang anda dengan bijak merupakan suatu
kemahiran yang penting supaya anda boleh berbelanja mengikut
kemampuan anda dan mencapai matlamat kewangan anda.

Maklumat Kaunseling
a. Kewangan

Memohon Kaunseling
b. Kewangan

3. a. Maklumat Kaunseling Kewangan


Kaunseling kewangan berperanan untuk memberikan nasihat dan
pengetahuan di dalam pengurusan kewangan peribadi.
Perkhidmatan ini tidak terhad kepada mereka yang mempunyai
masalah kewangan sahaja tetapi perkhidmatan ini terbuka kepada
mereka yang ingin membuat perancangan kewangan yang lebih
teratur.

Pelan kewangan peribadi yang baik mampu:

1. Memberikan anda kawalan terhadap hal ehwal kewangan


dengan lebih baik
2. Mengeratkan lagi hubungan peribadi anda dengan orang
sekeliling
3. Bebas dari kebimbangan kewangan dan mencapai matlamat
peribadi hidup anda.

9
AKPK menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat kewangan
secara percuma kepada individu meliputi perkara berikut seperti di
bawah iaitu:

a) Pengurusan Belanjawan
b) Pengurusan Aliran Tunai
c) Isu-isu Berkenaan Kredit dan Pinjaman

Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Agensi Kaunseling


dan Pengurusan Kredit

3. b. Memohon Kaunseling Kewangan


Anda boleh mendapatkan khidmat Kaunseling Kewangan secara
percuma di pejabat cawangan atau pejabat kaunseling AKPK yang
terdekat. Sila layari Portal Rasmi Agensi Kaunseling dan Pengurusan
Kredit untuk maklumat lanjut.

4. membuka akaun bank


Semua bank diwajibkan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan
asas untuk semua.

10
5. Mendapatkan Perlindungan Insurans &
Takaful
Insurans dan Takaful merupakan instrumen kewangan bertujuan
untuk melindungi diri, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku
musibah atau perkara yang tidak diingini.
MAKLUMAT AM INSURANS DAN TAKAFUL
Insurans terbahagi kepada dua iaitu:
1. Insurans Am
2. Insurans Am merupakan polisi insurans yang melindungi anda
daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung
3. Insurans Hayat
4. Insurans Hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah
wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi
sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti
kematian.

Takaful adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam


sebuah dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’).

Anda dikehendaki untuk memeterai kontrak (aqad) yang


menjadikan anda salah seorang peserta dan bersetuju untuk
membantu antara satu sama lain sekiranya mana-mana peserta
mengalami sebarang musibah, sama ada kematian, hilang upaya
kekal, kerugian, kerosakan atau lain-lain musibah yang dilindungi di
bawah pelan takaful anda.

Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip Syariah yang


menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang polisi. Secara
amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
takaful keluarga dan takaful am.

11
6. Mengurus wang tidak dituntut

a. Definisi Wang Tidak Dituntut

b. Pendaftar Wang Tidak Dituntut

c. Siapa Wajib Mematuhi Akta


Wang Tidak Dituntut 1965

d. Serahan Wang Tidak Dituntut

d. Permohanan Tuntutan Wang Tak


Dituntut

e. Sekuriti TIdak Dituntut

12
6. a. Definisi wang tidak dituntut
1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada
empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak
kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar
kepada kakitangan;
dividen;
keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai
fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang
telah matang;
cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah
tercapai.
Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan


oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa
tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

akaun simpanan;
akaun semasa;
Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan
automatik).

13
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak
dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa
tidak kurang dari dua (2) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

1. akaun pemiutang dagangan


2. akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk


maklumat lanjut.

14
6. b. pendaftar wang tidak dituntut
Pendaftar adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kewajipan
dan fungsi yang terletak di bawah Bahagian II, Akta Wang Tak
Dituntut 1965 seperti berikut :

1. Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima.


2. Membayar balik WTD kepada empunya WTD sekiranya terdapat
permohonan tuntutan.
3. Memeriksa rekod syarikat atau firma bagi memastikan
kepatuhan peruntukan Akta.
4. Mencadangkan kompaun dan hukuman denda terhadap syarikat
atau firma yang gagal mematuhi peruntukan Akta.

Akauntan Negara Malaysia telah dilantik oleh Menteri Kewangan


sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) pada 1 Jun 1975.

Perlantikan Pendaftar Wang Tak Dituntut menurut Seksyen 9 (1)


dan Seksyen 9 (2) Akta Wang Tak Dituntut 1965 adalah seperti
berikut :

P.U.(B) 221
"Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen-Kecil (1)
Seksyen 9 Akta Wang Tak Dituntut 1965, Menteri Kewangan telah
melantik Akauntan Negara sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut
mulai daripada 1 haribulan Jun, 1975." [Perb.(12.20) 443/34 - 1
Jld.2;P.N.(PU2)254.]

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk


maklumat lanjut.

15
6. c. wajib mematuhi akta wang tak
dituntut 1965
Syarikat yang ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Syarikat
1965, termasuk syarikat asing yang ditetapkan di bawah Bab 2
Bahagian XI Akta tersebut;
Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang
berkaitan dengan faedah-faedah persaraan;
Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja; dan
Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan
perniagaan.

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk


maklumat lanjut.

6. d. serahan wang tak dituntut


Seksyen 10 Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat/firma
bertanggungjawab untuk perkara berikut:

1. Menyelengggara dan menyimpan satu daftar bagi wang yang


tidak dituntut sehingga 31 Disember mengikut format yang
ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
2. Menyerahkan wang beserta dengan daftar wang tak dituntut
tidak lewat dari 31 Mac tahun berikutnya.
3. Mengemukakan daftar wang tak dituntut bagi tujuan
pewartaan.

16
Mulai tahun 2016, bayaran serahan WTD adalah melalui Online
Banking.
Syarikat/firma perlu mengemukakan perkara berikut semasa
membuat serahan WTD:
Sila Rujuk Senarai Semak Dokumen Serahan WTD
Prosedur serahan WTD
Notis Makluman Serahan WTD

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk


maklumat lanjut.

6. e. permohonan tuntutan wang tak


dituntut (wtd)
Seksyen 13(1), Akta WTD 1965

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah


empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon
WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil
Disatukan.
Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau
adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-
undang ke atas WTD tersebut.
Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan
WTD.
Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan
tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu
dikemukakan semasa membuat tuntutan.
Sila layari Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk
maklumat lanjut

17
6. f. sekuriti tak dituntut
1. Sekuriti tak dituntut adalah terdiri daripada saham, bon dan
lain-lain instrumen kewangan orang awam yang telah
dipindahkan kepada Kerajaan atas nama Menteri Kewangan dan
Akauntan Negara Malaysia berdasarkan Akta-akta yang
berkuatkuasa. Walaupun sekuriti ini telah dipindahkan ke atas
nama Menteri Kewangan atau Akauntan Negara Malaysia,
rekod mengenai pemilik asal masih diselenggara oleh Kerajaan
bagi tujuan memulangkan sekuriti/hasilnya kepada
pemilik/warisnya di satu masa hadapan.
2. Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia
merupakan pemegang amanah bagi sekuriti yang tak dituntut
seperti termaktub di bawah Seksyen 14,Seksyen 29 dan Seksyen
30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA),
Sekyen 65 Akta Pemegang Amanah 1949, Seksyen 36 Akta
Syarikat Amanah 1949 dan Seksyen 353 Akta Syarikat 1965.
3. Kesemua terimaan dalam bentuk dividen, faedah dan hasil
jualan sekuriti adalah diakrukan terlebih dahulu dalam rekod
kepada pemilik sebelum wang tersebut diserah kepada
Pendaftar Wang Tak Dituntut. Wang yang diserah tersebut
adalah tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan
pemilik/pengganti/warisnya boleh membuat tuntutan bila-bila
masa kerana tiada had masa dikenakan.

Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk


maklumat lanjut.

18
Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai