Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Pembukaan Melaka

Sejarah pembukaan Melaka bermula pada tahun 1400 Masihi apabila


Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut
takhta kerajaan Majapahit. Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura
pada tahun 1390-an. Negeri tersebut kemudian diserang oleh Siam kerana
Parameswara telah membunuh Temagi. Hal ini memaksanya berpindah lebih ke
utara. Siam telah bersedia mengatur rancangan untuk menyerang Temasik.
Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak
selamat. Ketika di Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara
melaui Sening Ujung dan Bertam.

Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di


Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk
putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke sungai.
Parameswara terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa
tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Parameswara memerintahkan
supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan sebagai Melaka, mengambil
sempena nama pokok tempat Parameswara sedang berteduh ketika berlakunya
peristiwa yang ganjil itu.
Peta

Anda mungkin juga menyukai