Anda di halaman 1dari 4

Ilustrasi wajah Parameswara

Parameswara ialah putera raja dari Palembang. Palembang


ketika itu adalah dibawah naungan Majapahit. Parameswara
telah dilahirkan pada tahun 1344. Pada tahun 1390, baginda
telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja
Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa
mertuanya.
      Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari
janji setianya kepada Maharaja Majapahit. Parameswara
berusaha membebaskan Palembang dari penguasaan
kerajaan Majapahit. Tindakan ini telah menyebabkan
Maharaja Majapahit menghantar panglima perangnya untuk
menghalau Parameswara dari Palembang.

perjalanan Parameswara ke Melaka


Parameswara telah melarikan diri ke Temasek, iaitu nama lama bagi Singapura
bersama pengikut dan ahli keluarganya. Pada
waktu itu, Temasek diperintah oleh seorang
Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh
Raja Siam bernama Temagi. Parameswara telah
membunuh gabenor itu dan mengisytiharkan
dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan
pulau-pulau di sekelilingnya. Kejadian ini
menimbulkan kemarahan kepada Siam.
Parameswara telah melarikan diri ke Muar
sebelum Siam sempat menyerangnya dan
menetap di situ selama kira-kira dua tahun.

singapura dikenali sebagai Temasik pada zaman dahulu


Di Muar, Parameswara gagal menubuhkan sebuah
kerajaan di dua buah tempat iaitu di Biawak Busuk dan
Kota Buruk kerana diganggu oleh
kehadiran biawak yang terlalu
banyak dan peristiwa sebuah
pondok yang tiba-tiba runtuh.
Baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang
bernama Sening Ujung atau sekarang dikenali sebagai Sungai
Ujung dan Bertam hingga akhirnya tiba di sebuah
perkampungan nelayan.

pelanduk putih menendang anjing buruan Parameswara


Pada suatu hari, Parameswara dan pengikutnya pergi berburu. Apabila kepenatan,
Parameswara bersandar pada sepohon pokok.Tiba-tiba, anjing perburuan
Parameswara ditendang oleh seekor
pelanduk putih dan anjing itu terjatuh ke
dalam sungai. Parameswara  yang
ternampak peristiwa itu berasa amat kagum
melihat akan keberanian dan kekuatan
pelanduk putih itu. Parameswara
berpendapat bahawa tempat itu sangat
bertuah dan sesuai dijadikan negeri.
Parameswara menamakan tempat itu
berdasarkan nama pokok yang
disandarnya, iaitu Melaka.

Peta minda kronologi kedatangan Parameswara ke Melaka


Nomborkan rentetan peristiwa berikut supaya menjadi turutan peristiwa yang betul.

PERISTIWA NOMBOR
Parameswara berperang dengan Temagi untuk mendapatkan kerajaan
Temasik. Temagi telah terbunuh dalam peperangan tersebut dan
menyebabkan Siam marah lalu menyerang Parameswara. Parameswara
melarikan diri ke Muar.

Parameswara gagal menubuhkan kerajaan Biawak Busuk kerana kehadiran


biawak yang sangat banyak.

Parameswara berasal dari Palembang yang berada di bawah penguasaan 1


kerajaan Majapahit.

Kemudian Parameswara menubuhkan kerajaan Kota Buruk namun gagal


kerana kubu yang dibina tiba-tiba runtuh. Parameswara bergerak ke Melaka.

Parameswara berperang dengan kerajaan Majapahit untuk melepaskan diri


daripada penguasaan kerajaan Mahapahit. Parameswara kalah dalam
peperangan tersebut dan bertindak melarikan diri ke Temasik.

Parameswara membina kerajaan Melaka yang dinamakan sempena nama


pokok tempat Parameswara bersandar.

Parameswara melihat anjing perburuannya ditendang pelanduk kecil sehingga


jatuh ke dalam sungai. Parameswara kagum dengan peristiwa tersebut.

SOALAN KUIZ

1.Siapakah yang mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka?
______________

2. Dari manakah Parameswara berasal ?
_______________

3.Parameswara melarikan diri ke Muar setelah diserang oleh


Kerajaan ________ di Temasik.

4. Temasik ialah negeri di bawah naungan kerajaan _______.

5. Apakah yang berlaku kepada Parameswara semasa berehat di bawah sepohon
pokok?
__________________________________________________________________

6. Nama Melaka di ambil sempena nama _________ 

Anda mungkin juga menyukai