Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Lapita merupakan suatu istilah yang merujuk kepada budaya Pasifik kuno yang ada pada
masyarakat Austronesia yang mana kebudayaan ini telah menjadi induk kepada kebudayaan
yang ada pada masyarakat Mikronesia, Polinesia dan beberapa kawasan di Melanesia. Nama
Lapita ini merujuk kepada nama tempat atau tapak yang terdapat di kawasan New Caledonia
baru iaitu salah satu kawasan pertama yang ditemui mempunyai tembikar. Kebudayaan Lapita
telah pun wujud dalam lingkungan Melanesia sekitar 2000SM dan idea ini disokong oleh
catatan ahli arkeologi yang mana mereka mendakwa pembentukan koloni masyarakat
Austronesia adalah sekitar 1600SM-500SM di Ocenia Dekat dan 1500SM-900SM di Ocenia
Jauh. Oleh itu, apabila membincangkan tentang pembentukan kebudayaan Lapita, para
arkeologi mengatakan bahawa kebudayaan ini merupakan suatu pertembungan di antara dua
budaya iaitu rumpun Austronesia dari Utara Nusantara dengan penduduk asal di Papua New
Guinea. Pertembungan ini hasil daripada migrasi kedua-dua budaya iaitu dari Nusantara iaitu
rumpun Austronesia yang berasal dari Farmosa melalui Filipina, Borneo dan Sulawesi serta
Maluku yang telah diadaptasi oleh penduduk asal Papua dan Non-Austronesian.1
Migrasi yang berlaku dalam masyarakat Lapita ini telah membawa bersama
kebudayaan asal mereka seperti aktiviti pertukaran barang atau sistem barter, teknik
pelayaran yang hebat, sistem pertanian dan perkebunan yang lebih sistematik, penternakan
binatang yang domestik seperti khinzir, anjing dan ayam serta pembinaan petempatan di
pinggir pantai sebagai kawasan perlindungan di samping mudah mendapat sumber makanan.
Oleh hal yang demikian, kedudayaan Lapita ini telah mempengaruhi corak kehidupan dan
perkembangan koloni awal di pasifik. Seterusnya, kebudayaan Lapita ini juga turut
menghasilkan kebudayaan yang dikenali sebagai Melanesia Muda yang terbentuk sekitar
tahun 1500SM iaitu hasil pertembungan di antara kebudayaan Non-Lapita dengan Lapita.
Proses pembudayaan ini lebih kepada evolusi dalaman iaitu dimana proses ketamadunan
manusia berkembang melalui unsur yang sedia ada dengan mengambil kira pengaruh luaran
bagi membentuk identiti sendiri. Contohnya seni pembuatan tembikar yang telah diadaptasi
oleh rumpun Papua, Non-Austronesia dan Non-Lapita yang mana corak dan reka bentuknya
telah disesuaikan dengan cara hidup dan persekitaran mereka. Perubahan dalam kebudayaan
Melanesia Muda ini telah berkembang ke Mikronesia (Ocenia Jauh) hasil daripada migrasi yang
berbekalkan kemajuan budaya Melanesia Muda.2
Manakala kebudayaan Lapita yang ada pada Polinesia pula dapat dilihat melalui asas-
asas kepada proses pembudayaannya lebih ke hadapan berbanding pengadaptasian yang
berlaku dalam lingkungan Melanesia dan Mikronesia. Kedatangan orang Austronesia ke
Polinesia kira-kra 1200-1000SM berbekalkan teknik pelayaran yang telah berkembang maju.
Kehidupan mereka di Polinesia lebih berfokuskan kepada bahan mentah dalam laut (hasil laut)
di samping penternakan domestik dan pertanian seperti tanaman bunga, sayur-sayuran, dan
buah-buahan. Secara keseluruhannya, masyarakat dari Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia
telah menerima perubahan yang unggul akibat pengadaptasian budaya orang Austronesia dari
Nusantara untuk menghasilkan kebudayaan Lapita seterusnya berkembang menjadi satu asas
pembentukan kebudayaan di ketiga-tiga rantau atau lingkungan tersebut. Ibarat akar umbi,
kebudayaan Lapita telah mendasari evolusi dalaman perkembangan kebudayaan di Pasifik.
Perkembangan di antara kebudayaan tersebut menjadi titik tolak kepada kewujudan identiti
ketamadunan koloni-koloni di rantau Pasifik sekaligus mempengaruhi pembentukan
kebudayaan Austronesia di Pasifik.3

1 Wuri Handoko, Asal-usul Masyarakat Maluku, Budaya dan Penyebarannya, Kapata Arkeologi, 3(5), 2007, hlm 4.
2 Lee Bih Ni, Sejarah Australasia dan Ocenia, Penerbit: Desktop Publisher, 2004, hlm 5-6.
3
Ibid, hlm 22.

1
Peta 1: Pergerakan masyarakat Austronesia

KOLONISASI PASIFIK 50,000 SM – 900 M

MICRONESIA

MELANESIA

POLYNESIA

Sumber: https://www.google.com

2.0 PENGARUH KEBUDAYAAN LAPITA


Antara corak kebudayaan Lapita yang telah mempengaruhi kehidupan rumpun Papua dan
Non-Austronesia adalah dari segi petempatan. Umum telah mengetahui bahawa masyarakat
Austronesia mempunyai kemahiran teknologi dalam pembuatan rumah. Sebagai contoh,
petempatan dibina di sepanjang persisiran pantai dengan menggunakan batu atau papan
biasa dengan keluasan dan saiz yang lebih besar berbanding sebelumnya. Pembinaan ini
adalah bersaiz lebih daripada 15 meter tinggi dan 6 meter lebar, begitu juga dengan atapnya
yang mempunyai ketinggian lebih daripada 12 meter dan struktur tiang batu yang lebih besar
seperti yang terdapat di Guam dan Mariana. Petempatan dibina di kawasan pantai bagi
memudahkan mereka mencari sumber makanan laut seperti ikan dan moluska. Manakala dari
aspek pembinaan, orang-orang Austronesia di Polinesia telah memperlihatkan kemajuan dari
segi seni bina yang lebih moden seperti kubu pertahanan, kediaman elit, dan pembinaan batu
besar sebagai platform. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan masyarakat pada masa kini bahawa
pengadpatasian budaya Lapita di Polinesia telah membina petempatan yang sangat kompleks
berdasarkan perkembangan yang didasari oleh evolusi dalaman yang ditambah dengan
penggunaan teknologi yang jauh lebih baik.4 Justeru itu, dapat dikatakan bahawa pengaruh
kebudayaan Lapita ini telah memperlihatkan bahawa masyarakat di kawasan Polinesia telah
mempunyai kediaman dan bukannya tinggal di dalam gua-gua seperti sebelumnya.
Gambar 1: Struktur Megalitik tiang batu untuk rumah
tradisi di Guam, Gugusan pulau Mariana

Sumber: https://www.google.com

4
Ibid

2
Selain itu, pengaruh masyarakat Lapita juga turut dilihat dari segi bidang kesenian. Di
mana masyarakat Lapita sangat terkenal dengan kepakaran dalam pembuatan barangan
tembikar, yang mana mereka mahir melukis bahagian luar tembikar dengan corak geometri
serta mereka turut menerapkan unsur angka dalam ukiran tersebut malah sesetengah reka
bentuk yang terdapat pada tembikar Lapita dikatakan berkaitan dengan corak tatu yang ada
pada masyarakat Polinesia moden dan juga pada kulit kain. Pembuatan tembikar ini mula
diperkenalkan diantara 1350SM dan 750SM di kepulauan Bismarck. Melalui penemuan para
arkeologi, mereka menyatakan sehingga kini terdapat tiga gaya tembikar Lapita yang pernah
ditemui, antaranya ialah tembikar Lapita proto-Barat, tembikar Lapita Barat dan tembikar
Lapita Timur. Di mana, tembikar Lapita proto-Barat hanya meluas di kepulauan Bismarck yang
dikatakan bertarikh sekitar 1600-1200SM. Penemuan tembikar di kepulauan ini dilaporkan
masih sempurna bentuknya dan mempunyai corak yang sukar untuk diikuti iaitu dengan
menggunakan teknik cap bergerigi. Manakala tembikar Lapita Barat yang ditemui adalah
bertarikh 1200SM di Kepulauan Bismarck dan mewakili tembikar Lapita di Solomon, Vanuatu
dan di kawasan New Caledonia. Tembikar Lapita Barat yang dijumpai ini merupakan tembikar
yang mempunyai unsur tempatan. Tembikar yang dijumpai di Lapita Barat ini mempunyai
corak yang tidak sukar jika dibandingkan dengan tembikar Lapita proto-Barat yang hanya
menggunakan teknik tekan. Bagi tembikar Lapita Timur pula telah ditemukan di Fiji dan
Polinesia Barat yang bertarikh 1000SM. Corak tembikar yang digunakan masih sederhana dan
dipengaruhi dengan gaya Lapita Barat di kawasan Malo, Vanuatu Utara.5 Selain itu,
penghasilan tembikar yang dibawa oleh kebudayaan Lapita turut dikatakan mempunyai maka
yang tersendiri seperti makna spiritual. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan
tembikar yang dipengaruhi oleh masyarakat Lapita adalah dihasilkan dari tanah liat dengan
cara pembakaran serta bahang panas yang tidak melampau. Oleh itu, jenis-jenis tembikar
yang terhasil adalah seperti teko, mangkuk dan piring dengan dekorasi yang berunsurkan
wajah manusia.6 Berdasarkan gambar tembikar dibawah dapat dikatakan bahawa pengaruh
kebudayaan Lapita kepada masyarakat di persekitaran seperti Melanesia dan Polinesia sangat
bermanfaat kerana sedikit sebanyak kebudayaan Lapita ini masih lagi didaptasi oleh
sesetengah masyarakat yang berada di rumpun Austronesia pada masa kini. Oleh itu, dengan
adanya pengaruh kebudayaan Lapita dari segi kesenian terutamanya pembuatan tembikar
telah memperlihatkan bahawa masyarakat yang menerima pengaruh kebudayaan Lapita ini
telah mengalami kemajuan dari segi pembuataan tembikar.

Gambar 2: Tembikar dalam kebudayaan Lapita

Sumber: https://www.google.com

5 Peniel Chandra, Oseania: Sebaran Tinggalan Arkeologis Serta Hubungan dan Kontak Budaya Austronesia di
Kepulauan Pasifik, Universitasi Hasanuddin: Jurusan Arkeologi Fakultas Sastra, hlm 6-7.
6 Asrofah Afnidatul Khusna, Migrasi Austronesia di Asia Tenggara, Universitasi Gadjah Madah: Jurusan Arkeologi
Madah, 2015, hlm 8.

3
Pengaruh kebudayaan Lapita juga dapat dilihat dari segi adat pengkebumian. Di mana
ahli-ahli arkeologi yang menjalankan pengalian di pulau-pulau Pasifik di Vanuatu telah
menemui tanah perkuburan tertua di rantau tersebut dan telah menemui kubur-kubur yang
dipenuhi dengan tengkorak manusia yang tidak mempunyai kepala. Kerangka-kerangka yang
dianggarkan berusia 3,000 tahun tersebut tergolong dalam masyarakat Lapita iaitu penduduk
yang terawal di Pasifik. Kajian ini telah dilakukan oleh seorang ahli arkeologi dari Australian
National University iaitu Matthew Spriggs. Dalam penemuan ini juga, beliau telah menemui
sebanyak 70 badan tanpa kepala bersama dengan tujuh tengkorak dan beberapa periuk yang
jarang ditemui. Manakala, pada tahun 2003 suatu pengallian kubur telah dilakukan semula
dan mendapati 35 badan dalam 25 kubur adalah seperti pengkebumian dalam balang. Semua
rangka manusia tersebut didapati tidak mempunyai kepala yang mana kepala tersebut telah
dipisahkan setelah pegkebumian dilakukan dan akan digantikan dengan cincin yang diperbuat
daripada kulit cengkerang dan kemudiannya kepala tersebut akan dikebumikan semula. Kajian
ini telah dijalankan oleh seorang ahli arkeologi dan etnologi iaitu Frederique Valentin dari
Nanterre Perancis. Dimana dalam kajian itu juga beliau menyatakan bahawa tengkorak yang
ditemui di Vanuatu ini sebahagian besarnya berkaitan dengan kelompok etnik Melanesia di
Pasifik Barat. Namun beliau tidak menyangkal bahawa tengkorak yang tertua pernah ditemui
iaitu dalam lingkungan 3000 tahun yang yang lalu lebih kepada kelompok Polinesia di Asia.
Pendapat beliau ini turut disokong melalui bukti arkeologi yang mengidentitikan perkara
tersebut berdasarkan budaya Lapita kuno. Di samping itu, satu kajian turut dilakukan oleh
ahli antropologi dan zoompologi, di mana mereka telah menggali di kawasan Lapita dan
akhirnya mereka telah menjumpai sebatang tulang yang menyerupai rangka atau tulang
manusia.7 Kebudayaan Lapita dari segi adat pengkebumian ini banyak didaptasikan oleh
masyarakat Polinesia berbanding dengan masyarakat Melanesia kerana kebanyakan
tengkorak atau tempurung kepala lebih banyak dijumpai di kawasan pulau Efate di Vanuatu
iaitu kawasan masyarakat Polinesia. Hal ini dapat dibuktikan apabila saintis dari Australia dan
Perancis telah membandingkan tengkorak tersebut dan mereka mendapati bahawa ciri-ciri
tengkorak manusia itu lebih didominasi dalam masyarakat Polinesia.

Gambar 3: Tengkorak manusia yang


dijumpai di Pulau Efate, Vanuatu

Sumber: https://www.upi.com

Kebudayaan Lapita juga merupakan kebudayaan yang mempunyai kemajuan yang


baik dalam bidang teknologi pelayaran. Oleh itu, apabila masyarakat Austronesia bermigrasi
ke kawasan Melanesia dan Polinesia yang telah pun mempunyai kemahiran dalam pelayaran

7 Frederique Valentin, Early Lapita Skeletons form Vanuatu Show Polynesian Craniofacial Shape, PNAS, 113(2),
hlm 2.

4
telah meningkatkan lagi kemahiran mereka dari segi ilmu navigasi dan juga teknologi
pembuatan perahunya. Ilmu navigasi disini bermaksud penentuan kedudukan atau pandu
arah yang mana pandu arah pada masa itu dilakukan dengan cara melihat kedudukan benda-
benda langit seperti matahari dan bintang-bintang. Keadaan ini dapat dilihat apabila
masyarakat Austronesia telah datang ke kawasan Polinesia, di mana kawasan ini terdiri
daripada pulau-pulau iaitu terdiri dari kawasan segi tiga iaitu kepulauan Hawaii di Utara,
Paskah Island di Timur dan Ke New Zealand di Selatan. Kedatangan masyarakat Austronesia
ke kawasan tiga segi kepulauan ini telah membawa kebudayaan mereka iaitu ilmu pelayaran
dengan menggunakan pandu arah atau navigasi. Di mana, ilmu navigasi yang yang mereka
gunakan pada masa itu adalah menggunakan deria mereka sendiri iaitu secara tradisional.
Oleh itu, pengadpatsian ilmu navigasi itu telah ditingkatkan lagi oleh masyarakat dalam
Polinesia dengan cara menghafal fakta-fakta penting, seperti gerakan bintang tertentu iaitu
mereka akan meningkat di ufuk laut, melihat keadaan cuaca, masa perjalanan dan melihat
keadaan spesies hidupan liar yang berkumpul pada kedudukan tertentu. Manakala
kedatangan masyarakat Austronesia pada awalnya hanya melihat keadaan langit iaitu
sekiranya mendung akan ada masalah seperti angin yang kuat disertai hujan yang lebat. Oleh
hal yang demikian, dapat dinyatakan bahawa pengaruh kebudayaan orang Austronesia ke
Polinesia kira-kira 1200-1000SM berbekalkan teknik pelayaran yang telah berkembang maju
dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Polinesia. Hasil daripada pengaruh di Nusantara telah
memperlihatkan bahawa teknik pembuatan perahu dan teknologi navigasi berasaskan bintang
yang telah beradaptasi dengan persekitaran lingkungan Polinesia semakin bertambah maju
hasil daripada pengaruh budaya Lapita.8 Manakala pengaruh kebudayaan Lapita dari segi
teknologi pelayaran di kawasan Mikronesia dapat dilihat apabila mereka menggunakan kaedah
navigasi dengan cara membaca corak gelombang dan lekukan laut dengan menggunakan alat
“carta kayu” iaitu suatu alat yang diperbuat daripada kayu, serat dan cangkang. Hal ini berlaku
kerana, sebelum kedatangan rumpun Austronesia di kawasan Mikronesia, masyarakat
Mikronesia terutamanya yang berada di kawasan pulau yang tinggi tidak dapat melakukan
pelayaran kerana tidak mempunyai ilmu navigasai pada masa itu. Keadaan tersebut berlaku
kerana kawasan pulau-pulau Mikronesai sering berlaku bencana alam yang teruk seperti
siklon. Namun dengan adanya kebudayaan Lapita yang dibawa oleh rumpun Austronesia telah
meningkatkan dan memperbaiki lagi teknologi pelayaran dari segi ilmu navigasi kepada
masyarakat lingkungan Nusantara.
Pengaruh kebudayaan Lapita yang turut mempengaruhi corak kehidupan dalam
masyarakat Mikronesia dan Polinesia ialah dari segi sektor pertanian dan perkebunan yang
menjadi warisan secara langsung dari kebudayaan masyarakat Austronesia. Di mana
masyarakat Mikronesia yang tinggal di pulau-pulau kecil terutamanya pulau gunang berapi
yang mempunyai tanah lanar yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian dan perkebunan.
Antara kegiatan pertanian dan perkebunan yang dijalankan oleh penduduk pulau ini ialah
penanaman buah pisang, buah kelapa, buah sukun atau kultur dan lain-lain. Selain itu,
pengaruh kebudayaan Lapita juga telah menyebabkan masyarakat pada masa itu mula
mengembangkan sistem pencarian sumber makanan. Masyarakat Mikronesia mencuba
kaedah baru dengan mengembangkan pencarian sumber makanan kerana pada masa itu
tanah pertanian mereka tidak mencukupi untuk kegiatan pertanian, di samping berlaku
peperangan antara ketua-ketua puak disebabkan perebutan tanah tersebut. Justeru itu,
dengan adanya pengaruh kebudayaan Lapita dalam masyarakat Mikronesia, maka mereka
mula mengembangkan pencarian makanan dengan cara menangkap ikan di kawasan perairan
yang cetak dengan kaedah yang lebih sistematik berbanding sebelumnya.9

8Lee Bih Ni, Op.Cit, hlm 26.


9Peniel Chandra, 0p. Cit, hlm 2.

5
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebudayaan Lapita merupakan suatu bentuk kebudayaan yang muncul hasil
daripada pertembungan dua budaya iaitu dari rumpun Austronesia dan Papua purba. Melalui
penghijraan masyarakat Austronesia ke kawasan-kawasan Mikronesia, Polinesia dan
Melanesia telah membentuk suatu kebudayaan baru dalam setiap kawasan tersebut. Dengan
adanya kebudayaan-kebudayaan yang dibawa oleh masyarakat Austronesia ini telah memberi
manfaat kepada masyarakat di sekitarnya untuk mengadaptasikan kebudayaan tersebut.
Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi dapat dikatakan bahawa
budaya-budaya yang dibawa oleh masyarakat Austronesia di kawasan-kawasan Nusantara
telah memperlihatkan kemajuan yang baik di samping penerimaan masyarakat sekitarnya
yang telah memperbaharui budaya-budaya tersebut sehinggalah menjadi lebih baik. Justeru
itu, dapat dikatakan kebudayaan Lapita yang telah dibawa ini sangat memberi manfaat kepada
kawasan-kawasan sekitar Polinesia, Mikronesia dan Melanesia. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan bahawa kemunculan budaya yang seiring dengan kewujudan koloni manusia di
Pasifik itu berlaku dengan melalui beberapa proses adaptasi dengan kebudayaan lain
terutamanya dengan kebudayaan dari Nusantara yang begitu banyak mempengaruhi.

Anda mungkin juga menyukai