Anda di halaman 1dari 3

KARNIVAL RAGBI BAWAH 11 TAHUN

MSST 2016
PERATURAN PERTANDINGAN
1. NAMA
Pertandingan ini dikenali sebagai Karnival Ragbi bawah 11 tahun MSST 2016.
2. TUJUAN
2.1
Pendedahan awal permainan ragbi sentuh kepada murid- murid sekolah rendah.
2.2
Persiapan awal untuk membentuk pasukan ragbi sentuh bawah 12 tahun bagi
menghadapi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2.3
Ke arah pembangunan ragbi MSST dan MSSM.
3. ANJURAN
Pertandingan ini adalah anjuran Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
4. PENYERTAAN / KELAYAKAN
4.1
Pemain-pemain hendaklah di bawah umur 11 tahun pada 01.01.2016.
4.2
Pemain-pemain mestilah pelajar-pelajar bone-fide.
4.3
Hanya surat beranak asal diterima sebagai bukti umur.
5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
5.1
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang terkini permainan Ragbi
Rimau yang digunapakai untuk MSSM.
5.2
Sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi pentafsiranya, perkara ini akan
dirujuk kepada PT Ragbi MSST.
6. PENDAFTARAN PEMAIN / PEGAWAI
6.1
Setiap satu pasukan dibenarkan mendaftar 9 pemain dan 3 pegawai sahaja.
6.2
Satu salinan Borang Pendaftaran Pasukan dan salinan surat beranak yang
lengkap mestilah diserahkan kepada J/K Pengelola selewat-lewatnya sebelum
perlawanan pertama pasukan tersebut.
6.3
Sebarang permohonan pertukaran pemain selepas pendaftaran dibuat tidak akan
dilayan.
6.4
Pasukan yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan atau melebihi had umur
akan dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan ini.
7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1
Pusingan pertama adalah sistem liga dalam kumpulan.
7.2
Pusingan kedua dan seterusnya adalah mengikut sistem kalah mati.
7.3
Johan dan Naib Johan kumpulan akan bertanding dalam Kategori Cup.

8. PENENTUAN KEMENANGAN LIGA DALAM KUMPULAN / KALAH MATI


U11 MSST 2016

8.1

8.2

8.3

Bagi pertandingan secara liga, mata berikut diberikan


8.1.1 Menang
3 mata
8.1.2 Seri
1 mata
8.1.2 Kalah
0 mata
Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang
kumpulan
akan ditentukan mengikut sistem berikut :8.2.1 Pasukan yang mendapat lebih beza mata (points difference) dikira menang
8.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor terbanyak dikira
sebagai pemenang.
8.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira
menang.
8.2.4 Jika masih seri, jumlah pungutan try, akan diambil kira.
Dalam pusingan ke-2 dan seterusnya, pertandingan akan diadakan mengikut
sistem kalah mati. Jika berlakunya kedudukan seri selepas masa penuh, masa
tambahan selama 3 minit akan dimainkan secara sudden death. Sekiranya
masih seri, keputusan perlawanan akan ditentukan dengan lambungan syiling
sebanyak 3 kali.

9. MASA PERLAWANAN
9.1
Masa perlawanan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit waktu rehat.(71-7).
9.2
Hanya perlawanan akhir sahaja dijalankan selama 10 minit bagi setiap separuh
masa dengan 2 minit masa rehat.(10-2-10)
10. PERTUKARAN PEMAIN SEMASA PERLAWANAN
10.1
Menggunakan sistem Rolling Substitution
10.2
Pengantian tidak dibenarkan jika seorang pemain itu diarahkan keluar padang oleh
pengadil.
11. PENGGANTUNGAN
Pemain yang diarahkan keluar padang ( kad merah ) oleh pengadil, secara automatik
digantung daripada bermain dua (1) perlawanan yang berikutnya. 1 Kad kuning gantung 3
minit manakala 2 kad kuning gantung 3 minit dan satu perlawanan yang berikutnya.
12. MASA MELAPOR
12.1
Semua pasukan hendaklah berada di padang sebelum masa perlawanan seperti
yang dijadualkan.
12.2
Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 5 pemain untuk
memulakan perlawanan. Jika gagal, kemenangan percuma akan diberikan kepada
lawannya dengan kiraan 15 mata.
13. PENGADIL / TOUCH JUDGE / IN-GOAL JUDGE
13.1
Pengadil pengadil adalah dilantik atas nasihat JK Teknik Ragbi MSST.
13.2
Setiap keputusan pengadil adalah muktamad
13.3
Touch judge yang terlatih disediakan oleh pihak pengelola.

14. BANTAHAN
U11 MSST 2016

14.1
14.2
14.3

Bantahan hendaklah ditulis secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola


Kejohanan dalam masa 20 minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
Bermain di bawah bantahan adalah dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya,
keputusan kemenangan dengan mata 15 0 akan diberikan kepada pihak yang
membuat bantahan.
Setiap bantahan mesti disertakan dengan wang tunai RM300.00 dan wang ini tidak
akan dikembalikan dalam apa-apa keadaan sekalipun.

15. LEMBAGA RAYUAN / TATATERTIB


Semua bantahan / rayuan alam diputuskan oleh Lembaga Rayuan yang terdiri daripada :a.
Pengerusi Pengelola
b.
SU. JK Pengelola
c.
Pengerusi Teknik Ragbi MSST / Wakil
d.
2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan.
16. HADIAH DAN SIJIL
Hadiah serta sijil akan disediakan seperti berikut :17.1
Johan, Naib Johan, ke 3& 4 , - Medal iringan dan Sijil

17. INTERPRETASI
Apa jua yang tidak disebut dalam peraturan ini akan dirujuk kepada PT Ragbi MSST.
Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

U11 MSST 2016

Anda mungkin juga menyukai