Anda di halaman 1dari 18

KONSEP BINTANG BERPASANGAN DARI ASPEK NAS AL-QURAN DAN ASTRONOMI

Nurul Hidayah Awang @ Ab Rahman*, Monika @ Munirah


Abdul Razzak**,Mohd Zambri Zainuddin***
Abstrak
Bintang merupakan objek samawi yang menghasilkan cahaya melalui proses
pelakuran nuklear. Terdapat bintang-bintang di langit mempunyai pasangan
yang dikenali sebagai bintang berpasangan. Bintang berpasangan ialah bintang
yang mempunyai lebih daripada satu bintang yang mengorbit antara satu sama
lain. Justeru, artikel ini membincangkan teori bintang berpasangan menurut ahli
astronomi diikuti dengan tafsiran nas al-Quran. Hasil daripada kajian didapati
bintang berpasangan telah dinyatakan dalam al-Quran dengan menggunakan
istilah al-Shira dalam surah al-Najm (53): 49. Dari segi saintifiknya bintang ini
dikenali sebagai bintang Sirius yang berada pada buruj canis major. Oleh itu,
artikel ini diharap dapat dijadikan sebagai rujukan untuk pengkaji ilmu falak
pada masa akan datang.
Kata Kunci: al-Quran, Bintang, Berpasangan, al-Shira, Sirius, Orbit.

* Tutor di Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 03-79676011 (Pej), (603)
79676141 (fax), adek_nurul113@yahoo.com (email).
** Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran & al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 0379676010 (Pej), munirahar@um.edu.my (email).
***Professor di Jabatan Fizik Angkasa, Fakulti Sains Universiti Malaya. 03-79674100 (pej), mzz1@um.edu.my
(email).

KONSEP BINTANG BERPASANGAN DARI ASPEK NAS AL-QURAN DAN


ASTRONOMI

1.0 Pengenalan
Bintang merupakan objek samawi bergas yang memancarkan cahayanya sendiri1 dan ia
dikategorikan sebagai bintang nyata.2 Bintang juga dikenali sebagai bebola gas panas
yang menghasilkan cahaya terang pada waktu malam.3 Bintang menghasilkan cahaya
melalui proses pelakuran nuklear pada terasnya iaitu proses tindakbalas pelakuran gas
hidrogen kepada gas helium.4
Mengikut Mujam Al-Fz wa al-Alm al-Qurniyyah lafaz-lafaz yang membawa
maksud bintang adalah al-Najm ( )dan al-Kawkab (). Lafaz al-Najm seerti
dengan lafaz al-Kawkab mengikut kesesuaian ayat, sama ada membawa maksud bintang
atau planet.5 Menurut Ibn Manzr, bintang ialah objek yang kelihatan dan muncul di
langit pada waktu malam.6
Manakala berdasarkan al-Qams al-Wajz li Mani Kalimah al-Qurn al-Karm,
lafaz al-Nujum terdapat empat maksud iaitu sebagai objek-objek samawi, tumbuhtumbuhan yang tidak berbatang, al-Quran dan tempoh waktu tertentu seperti tempoh

Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 351.
Lloyd Motz (1957), Astronomy A to Z. United State of America: Fischer Bcherei Kg Frankfurt-Main
Hamburg, h. 260.
3
Ian Ridpath (1987), Longman Illustrated Dictionary of Astronomy and Astronautics. Beirut: York Press,
h. 69.
4
Ian Ridpath (1997), Oxford Dictionary of Astronomy. New York: Oxford University Press, h. 450.
5
Muhammad Ismail Ibrahim (1998), Mujam Alfz wa al-Alm al-Qurniyyah. Kaherah: Dar al-Fikr, h.
464 & 517-518.
6
Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram, (1988), Lisan al-Arab, j. 12. Mesir: Dar al-Ihya Turath alArabi, h. 568-569.
2

waktu penurunan ayat al-Quran.7 Jadi dapat disimpulkan bahawa maksud al-Najm
merupakan salah satu objek samawi iaitu bintang.
Walau bagaimanapun, di dalam al-Quran terdapat 25 ayat yang menyebut
mengenai bintang dengan menggunakan enam lafaz yang berbeza iaitu al-Najm, alKawkab, al-Misbah, al-Buruj, al-Khunnas dan al-Shira. Sehubungan dengan itu, dalam
kajian ini, pengkaji akan membincangkan istilah al-Shira iaitu bintang berpasangan
menurut pandangan ahli tafsir dan pakr astronomi. Bintang berpasangan juga dikenali
sebagai bintang dedua. Bintang ini terdiri daripada dua bintang dalam satu sistem yang
mengorbit antara satu sama lain pada satu pusat yang sama. Ini disebabkan adanya daya
tarikan graviti.8

2.0 Sejarah Bintang Berpasangan


Pada abad kedua Ptolemy telah menjumpai bintang dedua iaitu bintang sagittarii yang
mana bintang ini dapat dilihat dengan mata kasar. Pada abad kesepuluh pula Al-Sufi9
menyatakan bahawa bintang Alcor10 dan bintang Mizar merupakan bintang dedua. Pada
tahun 1650 seorang ahli astronomi Itali, iaitu John Baptiste Riccioli11 telah menemui
bintang Ursae Majoris (Mizar). Penemuan ini telah dicerap secara fotografi dan imejnya
diukur secara teliti oleh G. P. Bond12 di Harvard Collage Observertory pada tahun 1857.13
Bilangan bintang berpasangan yang dapat dikenalpasti meningkat setelah
teleskop digunakan secara meluas pada tahun 1609. Bintang dedua Mizar yang dicerap
7

Majma al-Lughah al-Arabiyyah (1970), Mujam al-Fz al-Qurn al-Karm. Mesir: al-Hayah alMisriyyah al-Ammah, h. 283-284.
8
Nebojsa Duric (2004), Advanced Astrophysics. United Kingdom: Cambridge University Press, h. 11-19.
9
Beliau juga dikenali Azophi di dunia barat. Beliau merupakan ahli astronomi islam di Parsi (iran). Nama
sebenarnya beliau Abd-Rahman Abu Al-Hussain. Beliau menterjemahkan dan mengembangkan kerja-kerja
astronomi Greek terutama menterjemahkan buku al-Magest yang ditulis oleh Ptolemy. Beliau membetulkan
senarai bintang yang telah dilakukan oleh Ptolemy. Sumbangan beliau terlalu banyak dalam bidang
astronomi sehinggakan sebuah kawah bulan dinamakan sempena namanya iaitu kawah Azophi.
10
Merupakan bintang muda dan cerah. Bintang ini berada berhampiran dengan buruj biduk dan bintang
mizar.
11
Beliau dilahirkan pada 1598 dan meninggal pada 1671 dan beliau telah melakukan kajian mengenai
teleskop lunar dan peta bulan.
12
George Phillips Bond merupakan ahli astronomi Amerika. Bintang pertama yang dicerap oleh beliau
adalah bintang vega pada 1850 dan bintang ganda mizar pada 1857.Beliau juga yang menyarankan supaya
fotografi digunakan untuk mengukur saiz bintang.
13
Donald H. Menzel, Fred L.Whipple, Gerard de Vouvouleurs (1970), Survey Of The Universe. United
State: Prentice-Hall inc Englewood cliffs, h. 463.

oleh Ricciolli14 di Eropah dapat mengukur jarak pisah antara kedu-dua bintang tersebut
dengan menggunakan teleskop pada 1651. Pada 1656, Huygens15 telah menjumpai
bintang kembar tiga iaitu Theta Orion dan bintang kembar empat iaitu bintang Trapezium
Cluster masing-masing berada pada buruj Orion. 16
Katalog bintang dedua yang pertama telah di susun oleh Christian Mayer 17 di
Mannheim pada 1778 sebanyak 88 rekod dan diterbitkan pada 1781. Kemudian usaha ini
diteruskan oleh William Herschels18 pada 1782 dengan mengumpul sebanyak 269
pasang bintang dedua dan pada tahun 1785 semakin meningkat kepada 700 pasang
bintang dedua. Usaha ini disambung pula oleh anak beliau iaitu John Herschel yang
menerbitkan katalog bintang dedua dengan mengumpul sebanyak 3134 bintang dedua
dalam katalognya yang berjudul Stellarum Duplicium Et Mutiplicim Measure
Micrometricae.19
Pada tahun 1802 William Herschel adalah orang pertama yang menggunakan
istilah bintang berpasangan binary stars dan telah membuat penyelidikan mengenai
pergerakan bintang dedua di atas orbitnya. Beliau juga mentakrifkan bahawa bintang
berpasangan adalah gabungan dua bintang yang terbentuk bersama-sama menjadi satu
sistem yang terikat oleh tarikan graviti yang kuat antara satu sama lain manakala Paderi
John Micheal telah mebuat kesimpulan bahawa bintang dedua adalah bintang
berpasangan.20
Setelah berkembangnya pengetahuan mengenai bintang berpasangan, pada 1842,
Christine Doppler dari Austria dapat mengesan bintang berpasangan berdasarkan kesan
anjakan Dopler. Anjakan ini berdasarkan spektrum warna yang mana bintang
berpasangan yang muncul menghasilkan cahaya biru kemudian berubah kepada cahaya
merah, ini disebabkan bintang berpasangan mengorbit antara satu sama lain. Pada 1861

14

Nama sebenar beliau Giovanni Battista Riccioli. Beliau merupakan ahli astronomi Itali yang juga paderi
khatolik. Beliau menulis karya al-magestum novum pada 1951.
15
Nama sebenar beliau Christiaan Huygen.
16
Robert Grant Aitken (1963), The Binary Stars. New York: Dover Publication, h. 1-10.
17
Beliau merupakan ahli astronomi Czech. Beliau merupakan perintis pengkaji terkenal dalam kajian
bintang dedua.
18
Nama sebenar beliau ialah Sir Frederick William Herschel merupakan ahli astronomi inggeris yang di
lahirkan di Jerman. Beliau merupakan orang yang pertama mengemukakan bahawa bintang ganda bukan
bintang ganda optic sahaja bahkan ia juga bintang ganda binary.
19
W.Kruse And W.Dieckvoss (1957), The Stars. United States Of America: Michigan Press.
20
Robert Grant Aitken (1963), op.cit., h. 39.

F.W Bessel, A.Auwers dan A.G Clark telah menjumpai bintang Sirius dan
mengklasifikasikan bintang ini kepada bintang astrometric berpasangan.21

3.0 Metodologi Kajian


Bagi mengumpul data cerapan dan merekod imej, penkaji telah melakukan
beberapa langkah persediaan dan kaedah yang telah dilakukan di sepanjang kajian
dijalankan. Pengkaji akan memastikan keadaan cuaca dalam keadaan baik, iaitu tidak
berawan tebal dan hujan. Kebiasaannya maklumat mengenai cuaca boleh diketahui
daripada laman web. Sementara instrument yang akan digunakan pula perlu berada dalam
keadaan baik dan selamat. Peralatan dan Instrumen yang diperlukan adalah:
i.

Teleskop meade 8 dan celestron 11 dan bateri 12V

ii.

Kanta mata 12mm dan 32mm, Diagnol dan Flip Mirror

iii.

SBIG-STV dan CCD Kamera

iv.

Laptop (Software The Sky, STV, AIPs dan CCD Ops)

v.

Kotak peralatan cerapan

vi.

Kabel-Kabel Instrument yang berkaitan

vii.

Katalog Double Star for Small Teleskop

viii.

Meja (untuk laptop dan STV)

ix.

Plag

x.

Lampu Suluh

Bagi memudahkan cerapan senarai bintang yang ingin dicerap perlu disenaraikan
terlebih dahulu dengan mengenalpasti buruj dan bintang dengan menggunakan Perisian
The Sky dan Katalog Double Star for Small Telescope. Bintang yang akan dicerap
mestilah sesuai dengan lokasi, tarikh dan masa cerapan yang akan dilakukan. Manakala
buruj dan bintang dipilih berdasarkan kedudukannya di langit mengikut kesesuaian
latitud dan longitud lokasi cerapan, masa dan tarikh. Bintang dedua perlu di pilih dan
disenaraikan dengan memastikan nilai magnitud,sudut posisi dan jarak pisah bagi bintang
primer dan bintang sekunder sesuai untuk mendapatkan imej dan data.

21

Alan H. Batten (1973), op.cit., h. 1

Dalam kajian ini penulis telah menggunakan dua instrumen yang penting untuk
mengumpul data iaitu mendirikan teleskop dan menghidupkan STV. Setelah teleskop
dilakukan penjajaran data-data seperti koordinat lokasi cerapan (latitud dan longitud),
masa dan tarikh dimasukkan. Pastikan bintang yang dipilih berada di tengah ruang
penglihatan teleskop utama dan teleskop pencari. RA dan Deklinasi bintang dimasukan
pada pad kekenci dan teleskop mula menjejak bintang yang telah dipilih.
Apabila bintang telah dijejak, CCD kamera STV disambung pada teleskop
untuk memperolehi imej. Imej bintang difokuskan supaya dapat dilihat pada STV dengan
jelas. Sekiranya imej tidak jelas, nilai dedahan exposure perlu di ubah bergantung
kepada imej yang dilihat. Kemudian Tutup perjalanan teleskop (telescopes drive) dari
astronomical kepada terrestrial untuk mengetahui arah perjalanan bintang sama ada ke
kiri atau ke kanan.
Sekiranya bintang bergerak ke kiri maka kiri adalah Barat dan sekiranya
bintang bergerak ke kanan maka di kanan adalah Barat. Jadi, perlu pastikan bahawa imej
bintang-bintang yang diperolehi bergerak samada ke kiri atau ke

kanan dengan

mengubah kedudukan CCD kamera pada teleskop. Selepas mengetahui arah pergerakan
bintang tersebut, arah utara dapat dikenalpasti. Apabila bintang bergerak ke kiri maka
utaranya di atas manakala apabila bintang bergerak ke kanan maka utaranya di bawah.
Semasa mengubah kedudukan CCD kamera, pastikan imej tidak hilang dari skrin STV,
ini disebabkan perjalanan teleskop telah dimatikan.
Setelah mengetahui arah pergerakannya, imej diletakkan di tengah-tengah ruang
penglihatan crosshair skrin STV dan disimpan dalam File Ops sebagai FITS
(Flexible Image Transportsystem). Imej yang diperolehi di proses dengan menggunakan
perisian AIPs. Kemudian saiz piksel ditetapkan iaitu 7.4 x 7.4, ini disebabkan STV
menggunakan saiz piksel tesebut. Nilai panjang fokus teleskop disetkan bergantung
kepada teleskop yang digunakan. Dalam kajian Teleskop Meade 8 digunakan, jadi
panjang fokusnya adalah 2000mm.
Kemudian imej mula diproses. Jika imej yang di simpan songsang iaitu Utara di
bahagian bawah makaflip dan flop perlu dilakukan dengan menggerakan imej ke
bawah flip dan ke sisi flop supaya imej kembali kepada asal iaitu utara di bahagian
atas dan timur di sebelah kanan manakala jika Utara di atas flip dan flop tidak perlu

dilakukan. Maklumat ini diketahui berdasarkan pergerakan bintang yang telah dicatat
ketika cerapan dilakukan.
Bintang primer dan bintang sekunder dikenalpasti terlebih dahulu. Parameter x
mewakili bintang primer manakala parameter y mewakili bintang sekunder.
Kebiasaannya bintang primer lebih besar dan cerah daripada bintang sekunder. Kemudian
nilai sudut dan jarak pisahan bolehlah diambil. Berikut adalah data yang diperolehi di
balai cerap KUSZA Kuala Terengganu dengan menggunakan teleskop MEADE 8 pada
25 November 2008.
STARS RA
DEC
1108
07 32.8' 22 53'
20 Gem 06 32.3' 17 47'
15 Gem 06 27.8' 20 47'
1149
07 49.5' 03 13'
Cnc
08 46.7' 28 46'
Jadual: Bintang dedua yang dicerap.

1. Bintang 1108

2. Bintang 20Gem

3. Bintang: 15Gem

4. Bintang : 1149

5. Bintang : Cnc

4.0 Teori Bintang Berpasangan Menurut Ahli Astronomi

Kebanyakannya bintang yang wujud di alam semesta mempunyai pasangan masingmasing. Sistem bintang berpasangan atau dedua ini mempunyai dua atau lebih bintang
dalam satu orbit yang mengelilingi antara satu sama lain dan berpusat pada satu pusat
jisim yang ditarik oleh daya tarikan graviti yang kuat. 22 Bintang-bintang ini bergerak
pada orbitnya yang berbentuk elip.23
Kebiasaannya bintang utama dalam sistem bintang berpasangan dikenali sebagai
bintang primer Primary Star. Manakala pasangan bintang ini dikenali sebagai bintang
sekunder Secondary Star atau bintang pasangan Companion star.24 Bintang primer lebih
besar dan lebih cerah jika dibandingkan dengan bintang sekunder yang lebih kecil dan
lebih malap. Sebahagian daripada bintang primer dapat dilihat dengan mata kasar tetapi
bintang sekunder hanya boleh dilihat dengan menggunakan alat bantuan optik seperti
teleskop.25
Bintang primer dan bintang sekunder masing-masing akan mengorbit pusat jisim
yang sama tetapi kelihatan bintang sekunder seolah-olah mengorbit bintang primer
kerana bintang primer dianggap pegun di angkasa tambahan pula jaraknya yang sangat
jauh daripada bintang sekunder.26
Terdapat juga situasi apabila dilihat terdapat bintang-bintang yang berdekatan
antara satu sama lain tetapi sebenarnya bintang ini bukan kategori bintang berpasangan.
Fenomena ini berlaku kemungkinan bintang yang muncul, berada pada kedudukan yang
hampir ketara dan bintang-bintang ini kelihatan sejajar dengan garis pandang pencerap
dari bumi,27 kerana jarak antara pencerap dengan kedudukan bintang sangat jauh.

22

Neb Duric (2004), op.cit., h. 11-19.


Stephen P. Maran (2005), Astronomy for Dummies second Edition. Canada: Wiley Publishing Inc. h.
183-187.
24
Micheal A. Seeds (2005), Foundation of Astronomy. Canada: Thomson h. 182-189.
25
Micheal Zeilik (2002), Astronomy: The Evolving Universe Ninth Edition. United Kingdom: Cambridge
Press University, h. 296-297.
26
Ibid.,
27
Peter Duffett Smith (2005), Practical Astronomy with Your Calculator. United Kingdom: Cambridge
University Press, h. 119-120.; Jean Meeus (1985), Astronomical Formulae for Calculator. United State:
William-Bell,Inc, h. 189-192.
23

10

Rajah 5: Kedudukan Bintang Dedua


5.0 Bintang Shira Atau Bintang Berpasangan Menurut Al-Quran

Al-Shira ialah sejenis bintang yang sangat terang cahayanya di langit, yang dikenali
sebagai bintang sirius.28 Mengikut al-Qurtubi bahawa bintang al-Shir berada sangat
jauh dan tinggi, tetapi sangat terang serta jelas kelihatan di bumi.29 Bintang al-Shir
sebenarnya adalah bintang yang mempunyai pasangan dan paling cerah pada waktu
malam.30 Dari segi bahasa menurut Ibn Manzur menyatakan dalam kitabnya bahawa alShira ialah dua bintang bersebelahan yang terletak pada buruj Canis Major. 31
Al-Shira (Sirius32, dog-star)33 ialah sejenis bintang bercahaya dan kelihatan
paling cerah di langit34. Ia turut dikenali sebagai Alpha Canis Majoris35 dan ia timbul

28

John Penrice (2006), A Dictionary and Glossary of the Quran, Duraid Fatouhi (ed.). Kuala Lumpur: The
Other Press, h. 118.
29
Abi Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami li Ahkam al-Quran, j.17.
Kaherah: Matbaah Dar al-Kutub Misriyyah, h. 119.
30
Ibn Kathir (2004), op.cit., j.4. h. 2708.
31
Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram, (1953), Lisan al-Arab, j. 19. Beirut: Dar Sader, h. 416.
32
Spitz. A. & Gaynor, F., (1959), Dictionary Of Astronomy and Astronautics, London; Peter Owen Limited
h.358.
33
John Wortabet & Harvey Porter, op. cit., h.157.
34
Hamzah Mohd Noor, et al,. (1995), Glosari Astronomi, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
h.334.
35
Safra, J. E., Chairman of the Board, et al, (2007), The New Encyclopaedia Britannica, Chicago;
Encyclopaedia Britannica, Inc., edit.14, j. 10, h.845.

11

pada waktu yang sangat panas36. Di dalam al-Quran perkataan al-Shira disebut sekali
sahaja iaitu dalam surah al-Najm.



Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan yang menciptakan Bintang
Shir
Surah al-Najm (53): 49
Bintang al-Shira sesuai apabila dipadankan dengan bintang sirius37 kerana
mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu bintang yang sangat besar dan sangat terang di langit
pada waktu malam,38 tambahan pula bintang ini mempunyai pasangan.39 Sesungguhnya
semua makhluk yang di ciptakan oleh Allah sama ada bernyawa ataupun tidak,
mempunyai pasangan masing-masing, jadi tidak hairanlah bintang ini mempunyai
pasangannya40 seperti yang telah di firmankan oleh Allah:






Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya
berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri
mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Surah Yasin (36): 36
Terdapat dua bintang al-Shira iaitu berada di sebelah kiri dan sebelah kanan41
dalam bahasa saintifik bintang ini dikenali sebagai bintang Sirius A dan bintang Sirius B,
tetapi bintang ini hanya satu sahaja kelihatan kerana cahaya bintang yang terang
menutupi cahaya bintang yang malap. Bintang Sirius A iaitu bintang primer yang mana
bintang ini lebih terang daripada bintang lain dan mampu dilihat dengan mata kasar
kerana saiznya yang lebih besar dan kedudukannya yang paling dekat dengan langit

Terdapat dua bintang al-syira iaitu . Rujuk Ibrahim Unays, et al, op. cit.,
h.484; Perkara sama disebutkan oleh al-Razi dalam Mukhtar al-Sihhah. Rujuk al-Razi, op. cit., h.340.
37
Yusuf al-Hajj Ahmad (2010), Sains Moden Menurut Perspektif Al-Qurn dan As-Sunnah. Johor:
Jahabersa, h. 548
38
Imam al-Jalil Imad al-Din Abi al-Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-Damashqi (2004),
Tafsir al-Quran al-Azim al-Maruf bi Tafsir Ibn Kathir, j.4, c.6. Riyad: Dar al-Salam, h. 2708.
39
Ibid.
40
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Al-Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Pustaka Darul
Iman Sdn.Bhd. h. 528.
41
Muhammad Ibn Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafii al-Maruf bi al- Fakhr al-Razi Abu Abd Allah
Fakhr al-Din (t.t), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb, j. 14,
c. 2. Beirut: Dar al-Fikr, h. 457.
36

12

bumi. Manakala bintang Sirius B pula sukar untuk dilihat kerana cahayanya yang malap
dan saiznya lebih kecil, jadi ia hanya dapat dilihat dengan menggunakan teleskop.42
Pada zaman jahiliyyah bintang al-Shira disembah oleh kaum lakham43 di wilayah
Hebron disebabkan bintang ini paling terang dan paling jelas kelihatan di langit pada
waktu malam. Bangsa Mesir purba juga menyembah bintang al-Shira kerana kagum dan
percaya bahawa bintang ini membawa tuah kepada mereka.44 Mengikut mitos rakyat
Mesir peristiwa banjir Sungai Nil dikaitkan dengan kemunculan bintang al-Shira yang
terbit pada waktu fajar atau dikenali sebagai terbitnya heliakel Sirius.45
Dengan adanya daya tarikan graviti, bintang-bintang dapat beredar di atas orbit
masing-masing dengan teratur dan sistematik tanpa berlanggar antara satu sama lain.
Daya tarikan graviti berfungsi untuk menstabilkan alam semesta, yang mana semua objek
samawi bergantung kepadanya.46 Sekiranya daya tarikan graviti tidak wujud maka sudah
tentu alam ini tidak wujud.47 Dalam hubungan ini Allah berfirman:










Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak
berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika
keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat
menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia
Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Surah al-Fatir (35): 41
pada ayat tersebut membawa maksud menahan, memegang dan
Perkataan
memelihara.48 Ibn kathir menyatakan bahawa terdapatnya kekuatan yang sangat kukuh
untuk menahan daripada bergeser antara satu sama lain dan jatuh daripada tempatnya.49
Ayat ini menunjukkan keagungan Allah menguruskan alam semesta bergerak mengikut
arah pergerakan yang telah ditetapkan di atas orbitnya, ini membuktikan adanya suatu
42

Fred Schaaf (2008), The Brightest Stars. Canada: John Wiley & Sons, h. 84.
Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), Tafsir al-Maraghiy, j. 9. Muhammad Thalib (terj.). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 4538.
44
Abi Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami li Ahkam al-Quran, j.17.
Kaherah: Matbaah Dar al-Kutub Misriyyah, h.153-154
45
Fred Schaaf (2008), op.cit., h. 83.
46
Zaghlul al-Najjar (2005), Min Ayah al-Ijaz al-Ilmi fi al-Quran al-Karim, j.1, c.9. Kaherah: Maktabah
al-Syuruq al-Dawliyyah, h. 40.
47
Muhammad Ismail Ibrahim (1986), Sisi Mulia al-Quran, Agama & Ilmu. Jakarta: CV. Rajawali, h: 99
48
Hassan, Abd Qadir (1970), Qamus al-Quran. Jakarta: al-Muslimun, h.297.
49
Ibn Kathir (2004), Op.cit., j.3, h. 2348.
43

13

kuasa yang memegang iaitu daya tarikan gravity yang mengimbangkan pergerakan dan
dan
kedudukan sesuatu objek samawi tersebut.50 Manakala perkataan
membawa maksud yang sama iaitu berganjak, berpindah atau beralih tempat,51 ini
menunjukkan bahawa objek-objek samawi sentiasa bergerak. Ayat ini sesuai untuk
mengambarkan hukum graviti iaitu keupayaan objek samawi untuk saling menarik antara
satu sama lain supaya pergerakannya teratur pada garis edarnya.52

Kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masingmasing.


Surah Yasin(36): 40
Firman Allah di atas menjelaskan bahawa semua objek samawi masing-masing
beredar di atas paksinya dengan lancar, pendapat ini telah diperjelaskan oleh Ibn Abbas,
Qatadah dan beberapa lagi ahli mufassirin yang lain.53 Bintang ini bergerak mengorbit
dan mendekati antara satu sama lain. Bintang berpasangan mempunyai orbit yang
berbentuk elip,54 ini juga telah disebut dalam surah al-Najm ayat 9 yang menyatakan
bahawa kedua-dua bintang ini sentiasa menghampiri dan mengelilingi antara satu sama
lain dengan lintasan orbit yang berbentuk busur55. Bentuk ini telah pun dijelaskan dalam
nas al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu dalam surah al-najm ayat 9.




Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad)
sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;
Surah al-Najm (53): 9
Apabila membaca ayat ke 49 dan ke 9 dalam surah al-Najm bersama dapat
membuktikan bahawa bintang-bintang ini mendekati antara satu sama lain kerana di

50

Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah, j.11. Jakarta: Lentera Hati, h. 487.
Budi Santoso (2008), Kamus al-Quran. Jakarta: Pena Ilmu dan Amal, h. 408
52
Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 147
53
Imam al-Jalil Imad al-Din Abi al-Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir al-Qarshiy al-Damashqi (1999),
Tafsir al-Quran al-Azim, Sami bin Muhammad salamah j.8. Riyad: Dar Tayyibah, h.439
54
Robert Grant Aitken (1963), op.cit., h. 39.
55
Perkataan Qawasayn membawa maksud lintasan orbit bagi bintang Shira yang berbentuk elip iaitu
bujur seperti telur.
51

14

tengahnya terdapat daya tarikan graviti, nas ini bersesuaian dengan penemuan saintis
kini.
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan yang menciptakan Bintang
Shir[Surah al-Najm (53); 49] Sehingga menjadilah jarak (di
antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah,
atau lebih dekat lagi; [Surah al-Najm (53); 9]
Tempoh masa putaran lengkap bintang al-Shira mengorbit satu pusat graviti ialah
49.9 juta tahun. Kenyataan ini sesuai dengan nombor ayat yang berkaitan dengan bintang
shira dalam surah al-Najm iaitu ayat yang ke 49 dan 9.

6.0 Kesimpulan

Al-Quran dan sains saling berkait rapat antara satu sama lain, al-Quran menjelaskan
kejadian alam secara umum manakala sains menjelaskan secara rasional dengan
melakukan cerapan untuk mengemukakan teori dan formula. Alam semesta diciptakan
melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti
Apabila kajian dilakukan selari dengan al-Quran maka ini dapat membuktikan
bahawa ilmu sains merupakan salah satu cabang dari al-Quran. Fakta-fakta sains di dalam
al-Quran membuktikan bahawa al-Quran sememangnya datang dari wahyu Allah s.w.t.
walaupun al-Quran bukan sebuah buku sains, tetapi terdapat banyak ayat al-Quran yang
menyeru manusia untuk memikirkan maksud dan tujuan hidup di dunia ini dengan
melihat dan mengkaji kejadian alam semesta.
Apabila mengkaji dan menghayati pengertian isi kandungan al-Quran dengan
mendalam mengenai bintang shira banyak persamaan yang telah dikemukakan oleh
saintis barat mengenainya. Perkataan al-Shira adalah perkataan dalam bahasa arab yang
membawa maksud bintang dan ia merujuk kepada bintang Sirius. Bintang al-Shira ini
telah dibuktikan bahawa ia merupakan bintang berpasangan kerana jelas dalam nas alQuran yang menyatakan tentang pergerakan antara dua bintang tersebut.

15

7.0 Bibliografi

Abd al-Hamid Mahmud Samahah (1949), Muqaddamah fi Ilm al-Falak. Kaherah: Dar
al-Shirq.
Abi Abd Allah Muhammad Ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi (1948), al-Jami li Ahkam
al-Quran. Kaherah: Matbaah Dar al-Kutub Misriyyah.
Ahmad Mustafa al-Maraghi (2001), Tafsir al-Maraghiy. Muhammad Thalib (terj.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alan H. Batten (1973), Binary And Multiple System Of Stars. Canada: Pergamon Press.
Budi Santoso (2008), Kamus al-Quran. Jakarta: Pena Ilmu dan Amal
Donald H. Menzel, Fred L.Whipple, Gerard de Vouvouleurs (1970), Survey of The
Universe. United State: Prentice-Hall inc Englewood cliffs.
Fred Schaaf (2008), The Brightest Stars. Canada: John Wiley & Sons.
Glosari Astronomi (1995), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H.Kartunnen (1994), Fundamental Astronomy Second Englarged Edition. Berlin:
Springer Verlag.
Hassan, Abd Qadir (1970), Qamus al-Quran. Jakarta: al-Muslimun.
Hamzah Mohd Noor, Abdul Hamid Tahir, Abdul Halim Abdul Aziz, Abdul Majid
Hamid, Ahmad Zahari Mohd Tahir, Kaida Khalid, et al,. (1995), Glosari Astronomi,
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)
Henry Norris Russell & Charlotte E.Moore (1940), The Masses of The Stars. Chicago:
the University of Chicago Press.
Ian Ridpath (1987), Longman Illustrated Dictionary of Astronomy and Astronomautics.
Beirut: York Press.
Imam al-Jalil Imad al-Din Abi al-Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir al-Qarshiy alDamashqi (2004), Tafsir al-Quran al-Azim al-Maruf bi Tafsir Ibn Kathir, c.6. Riyad:
Dar al-Salam.
Imam al-Jalil Imad al-Din Abi al-Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathir al-Qarshiy alDamashqi (1999), Tafsir al-Quran al-Azim, Sami bin Muhammad salamah. Riyad: Dar
Tayyibah.

16

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Al-Quran dan Terjemahan. Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Iman Sdn.Bhd.
Jean Meeus (1985), Astronomical Formulae for Calculator. United State: WilliamBell,Inc,.
Jim Breithaupt (2000), 101 Key Ideas Astronomy. London: Teach Yourself.
Lloyd Motz (1957), Astronomy A to Z. United State of America: Fischer Bcherei Kg
Frankfurt-Main Hamburg.
Micheal A. Seeds (2005), Foundation of Astronomy. Canada: Thomson.
Micheal Zeilik (2002), Astronomy: The Evolving Universe Ninth Edition. United
Kingdom: Cambridge Press University.
Muhammad Ibn Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafii al-Maruf bi al-Fakhr al-Razi
Abu Abd Allah Fakhr al-Din (1994), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir
al-Kabir wa Mafatih al-Ghayb. al-Shaykh Khalil (ed.). Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Ibn Umar Ibn al-Husayn al-Razi al-Shafii al-Maruf bi al- Fakhr al-Razi
Abu Abd Allah Fakhr al-Din (t.t), Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mushtahar bi al- Tafsir alKabir wa Mafatih al-Ghayb. c. 2. Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Ismail Ibrahim (1986), Sisi Mulia al-Quran, Agama & Ilmu. Jakarta: CV.
Rajawali.
Muhammad Quraish Shihab (2002), Tafsir al-Misbah. Jakarta: Lentera Hati.
Nebojsa Duric (2004), Advanced Astrophysics. United Kingdom: Cambridge University
Press.
Peter Duffett Smith (2005), Practical Astronomy with Your Calculator. United Kingdom:
Cambridge University Press.
Robert Grant Aitken (1963), The Binary Stars. New York: Dover Publication.
Sheikh Abdullah Basmeih (2008), Mushaf Tajwid, c. 5. Kuala Lumpur: Darulfikir.
Spitz. A. & Gaynor, F., (1959), Dictionary Of Astronomy and Astronautics, London; Peter Owen Limited

Stephen P.Maran (2005), Astronomy for Dummies second Edition. Canada: Wiley
Publishing Inc.
W.Kruse & W.Dieckvoss (1957), The Stars. United States Of America: Michigan Press.

17

Yusuf al-Hajj Ahmad (2010), Sains Moden Menurut Perspektif Al-Qurn dan AsSunnah. Johor: Jahabersa.
Zaghlul al-Najjar (2005), Min Ayah al-Ijaz al-Ilmi fi al-Quran al-Karim, j.1, c.9.
Kaherah: Maktabah al-Syuruq al-Dawliyyah.

18

Anda mungkin juga menyukai