Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PEMBANGUNAN

SUKAN RAGBI 2020-2021

1. PENGENALAN
Kertas cadangan ini adalah bertujuan memohon kebenaran pihak JPN / PPD
bagi menganjurkan klinik Ragbi 10TKB dan 14TKB bagi semua 5 Zon PPD di
Pulau Pinang yang juga merupakan penganjur bersama serta merupakan pihak
yang akan menanggung kos penganjuran. Kertas cadangan ini adalah bertujuan
untuk menetapkan dan memandu pengurusan perjalanan program agar kemas
dan sistematik.

2. RASIONAL
Program yang dirancang adalah selari dengan program pembangunan jangka
panjang oleh Jawatankuasa Ragbi MSS Pulau Pinang secara berterusan.
Pembangunan akar umbi dijangka dapat menyediakan pasukan yang lebih
matang malah pendedahan dan penglibatan dalam pertandingan akan memberi
pengalaman yang sangat berguna kepada pemain dari negeri Pulau Pinang
khususnya kategori bawah 12 TKB dan 18TKB. Sebanyak 20 buah sekolah
rendah dan menengah yang melibatkan pasukan sekolah dari setiap PPD akan
dijemput untuk menyertai klinik ini. Pasukan dari negeri Pulau Pinang merupakan
pasukan yang sentiasa memberikan komitmen dalam program pembangunan di
negeri Pulau Pinang dan diharap dapat mengembangkan bakat dari semasa ke
semasa dan menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan sukan ragbi negeri
Pulau Pinang.

3. OBJEKTIF
3.1 Membentuk pasukan yang berkualiti diperingkat sekolah.
3.2 Mendedahkan kepada pemain cara permainan yang berkualiti
3.3 Platform pembentukan pasukan pelapis dan usaha mencungkil bakat baru
diperingkat akar umbi di Pulau Pinang.

4. MATLAMAT
4.1 Melahirkan sejumlah pemain yang mempunyai kemahiran serta mampu
bersaing di peringkat yang lebih tinggi
4.2 Membentuk pasukan sekolah yang mantap melalui latihan yang berterusan
dan pertandingan
4.3 Membina keyakinan yang tinggi di kalangan pemain semasa pertandingan
4.4 Membentuk pasukan negeri yang sempurna menjelang tahun 2023-2025.

5. TARIKH / JANGKAMASA
FASA 1 : OKTOBER- DISEMBER 2020 ( Klinik Mencungkil Bakat setiap PPD )
FASA 2 : Program latihan berterusan
6. KUMPULAN SASARAN
5.1 Sekolah Rendah : Pelajar-pelajar sekolah berumur 10 tahun dan ke bawah
5.2 Sekolah Menengah : Pelajar-pelajar sekolah berumur 14 tahun dan ke bawah

7. TEMPAT
PPD Utara : SMK Pokok Sena
PPD Tengah : SMK Permatang Pasir
PPD Selatan : SMK Mutiara Impian
PPD Pulau : SMK Penang Free

8. SASARAN 2021-2023

2021 2022 2023


Tempat ke 10 Tempat ke 9 Tempat 8

9. PENCAPAIAN 2017-2019
2017 2018 2019
Tempat ke 12 Tempat ke 12 Tempat 13

10. STRATEGI PELAKSANAAN


Penganjuran Klinik Jelajah seluruh PPD di Pulau Pinang.

11. JADUAL PROGRAM


- Rujuk Lampiran A

12. PROSPEK ATLIT


- Rujuk Lampiran B

13. PEMBENTUKAN JAWATANKUASA


- Rujuk Lampiran C

14. IMPLIKASI KEWANGAN


- Peruntukan JPNPP RM15,628.00 ( Lebihan MSSM 2020 )
15. PENUTUP
Adalah diharapkan program ini akan dapat meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kualiti permainan ragbi khususnya pemain dari negeri Pulau
Pinang. Program dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid ( Sukan )
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini selari dengan program
pembangunan jangka panjang yang menjurus kecemerlangan permainan ragbi.
Program ini juga diharap dapat mengasah bakat pemain dan seterusnya
melahirkan pemain yang berwibawa serta mampu bersaing bukan sahaja di
peringkat negeri, kebangsaan malah juga di peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai