Anda di halaman 1dari 1

Ya Mu'min,

Aku amat menyintai isteriku


Kau titipkanlah kebahagiaan buat kehidupan kami suami isteri
berilahkan lah hidayah yang berpanjangan untuk isteriku
dalam menerima didikan dariku

Ya Ra'uf,
Sucikanlah hati isteri kesayangan ku
Kau benarkanlah cinta suci meresap dalam hatinya
dan berterusan lah Kau menyala api cinta suci itu
untuk Mu, untuk Kekasih Mu, untuk ku dan juga untuk yang berhak
mengecapi cinta tulus nya Ya Allah

Ya Mu'tadir,
Berikanlah kekuatan dalam jiwa ragaku
dalam membimbing isteriku
kejalan yang di redhoi Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku jua insan yang amat lemah
namun aku sedar, bahawa isteri ku itu adalah
satu tanggungjawab yang perlu ku galas
dalam meraih syurgaMu

Ya Muhaimin,
Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan
buat isteri tercinta ku itu
semoga dia terus kuat dalam mengharungi
liku2 kehidupan yang penuh pancaroba ini

Ya Mutakkabir,
Perkenankan lah doa ku ini
Semoga semua nya dalam redho dan jagaan Mu
Aku memohon sungguh2 memohon
tiada lain yang mampu memakbulkan hamba
seperti ku ini melainkan Mu Yang Maha Kuasa.

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..

Salam Perkenalan 1998-2020


Salam Ulang Tahun Perkahwinan 2005-2020

Anda mungkin juga menyukai