Anda di halaman 1dari 4

Pengklonan dan kejuruteraan genetik merupakan sumbangan besar kemajuan sains dan teknologi terutamanya dalam usaha menghasilkan

produktiviti pertanian dan penternakan ataupun juga perindustrian dan perubatan. Usaha pengklonan pertama kali dilakukan oleh ahli embriologi Scotland, Ian Wilmut menghasilkan kambing biri-biri bernama Dolly. Bagaimanapun, apabila isu pengklonan ini menular kepada manusia, isu kehebatan sains telah bertukar kepada isu etika. Di dalam Islam, Prof Qardawi menjelaskan kaedah pengklonan tidak dapat diterima dari segi akhlak kemanusiaan sejagat kerana menimbulkan impak yang tidak sesuai dengan prinsip asas pembiakan manusia yang dicipta oleh Allah. Dengan kata lain ianya akan bertentangan dengan fitrah manusia yang hidup berpasangan berkahwin dan berkeluarga.

Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Setiap sel itu mengandungi molekul-molekul asid nukleik deoksiri (DNA). Proses klon biri-biri umpamanya dilakukan dengan mengambil sel daripada biri-biri dewasa. Sel yang lengkap dengan DNA ini kemudiannya diletakkan di dalam kultur iaitu bahan genetik sel dengan kurang makanan supaya ia berhenti membahagi dam mendormankan gen-gennya. Satu sel daripada telur biri-biri yang lain yang belum disenyawakan diambil. Semua ciri DNA dalam telur kedua ini dibuang. Dua sel ini kemudian diletakkan berdekatan dan diberi denyutan eletrik, menyebabkan kedua-duanya bergabung. Denyutan eletrik kedua memulakan pembahagian sel dan emberio yang terhasil setelah beberapa hari diletakkan ke dalam rahim biri-biri tumpang. Proses mengandung berjalan seperti biasa dan seterusnya seekor biri-biri yang kandungan gennya sama seperti biri-biri pertama dihasilkan. Begitulah juga proses klon yang melibatkan manusia. Dalam Islam klon tumbuh-tumbuhan bagi meningkatkan lagi mutu pengeluaran pertanian tidak menjadi kesalahan, malah hukumnya adalah harus. Begitu juga klon binatang, asal sahaja tidak memudaratkan binatang tersebut. Tetapi klon manusia tidak dibenarkan sama sekali, malah hukumnya adalah haram kerana memudaratkan kehidupan manusia itu sendiri.

Dalam Islam setiap kemudaratan itu perlu dihilangkan. Ini kerana klon akan melibatkan berlakunya perubahan kepada struktur kehidupan manusia. Manusia membiak melalui proses beranak pinak. Ini adalah sunnah Allah yang telah ditetapkan kepada mereka. Merosakkan sunnah ini akan menimbulkan kemudaratan kepada manusia itu sendiri. Selain itu klon juga boleh menghapuskan sistem kekeluargaan dan menimbulkan masalah dalam penentuan keturunan bayi yang dilahirkan melalui cara ini. Al-Quran melarang kita mencampakkan diri kita kepada kemusnahan.

FATWA TENTANG HUKUM PENGKLONAN PEMBIAKAN MANUSIA DAN PERUBATAN DARI SUDUT SYARA Isu : Fatwa :

Hukum pengklonan pembiakan manusia dan perubatan adalah haram. Ini adalah berdasarkan hujah seperti berikut: Sudut Aqidah (i) Pengklonan akan menyebabkan wujudnya pertentangan terhadap tujuan Allah S.W.T menjadiakan manusia serta meningkatkan darjat mereka kepada sebaik-baik kejadian. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya; Dan Dialah yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikanNya (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikendaki-Nya). (ii) Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada pertaturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T: Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (iii) Perbuatan pengklonan akan menyebabkan manusia merasai dirinya mempunyai kuasa dan mampu

untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya .Kepercayaan seperti ini bertentangan dengn akidah Islam yang menyakini bahawa hanya Allah S.W.T sahajalah yang mempunyai kekuasaan dan kehendak dalam menentukan apakah nasib yang akan mebnimpa diri seseorang dari alam rahim sehinggalah hari kematiannya. Sudut Syariat (iv) Manusia tidak harus dijadiakan bahan percubaan sepertimana yang dilakukan kepada tumbuhantumbuhan, binatang dan batu-batan. Ini kerana Allah S.W.T telah memuliakan serta mengangkat darjat manusia melebihi makhluknya yang lain. Kejadian manusia bermula daripada tanah kemudian ditiupkan roh sehinggalah sempurna kejadiannya. Mereka kemudian dipertanggujawabkan dengan tugas-tugas agama. Jesteru, pengklonan manusia sebagaimana yang dilakukan k eats binatang akan menjadikan manusia sama seperti binatang sedangkan Allah S.W.T menjadikan manusia dengan sempurna dan manusia diberi tangungjawab untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya. (v) Pengklonan manusia akan mengganggu system keturunan dan kecusian system kekeluargaan. Anak yang dilahirkan daripada kasih saying ibu dan bapa akan terjaga urusan hidup dan tempat pergantungannya, sebaiknya anak yang dilahirkan daripada pengklonan boleh meruntuhkan system kekeluargaan. (vi) Pengklonan juga membuatkan seorang wanita tidak memerlukan lelaki dan seorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkan anak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlaku keluarga yang kan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selama ini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrah manusia dan alam. (vii) Bagi wanita yang tidak berkahwin, kebenaran penggunaan kaedah ini untuk membolehkan mereka mendapatkan anak juga tidak boleh dibenarkan. Ia akan menambahkan masalah ibu tunggal dan menidakkan hak seseorang anak untuk memdapatkan kasih saying seorang ayah. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan kerana pembiakan tidak lagi kepada spema. Perhubungan seksual akan dijadikan bahan permainan hanya untuk memenuhi nafsu manusia. (viii) Anak yang diklon bukanlah dilahirkan dari perkahwinan yang sah. Ia tidak mempunyai bapa yang sepatutnya bertanggujawab memberi nafkah kepada anak tersebut. (ix) Dari Segi perwalian nikah. Keadaan ini akan menjadi rumit ketika anak tersebut akan berkahwin. Siapakah yang sepatutnya menjadi wali nikahnya jika anak tersebut perempuan. Bagaimanapula hubungannya dengan kerabat yang lain seperti adik beradik, ipar dan sebagainya. Apakah batas pergaulan yang sepatutnya antara anak klon dengan bukan mahramnya. (x) Dari segi nasab anak klon juga akan menghadapi masalah yang sama. Anak klon tidak dapat diangkat menjadikan anak sendiri.

(xi) Dari segi pusaka, kerana anak pengklonan tidak ada hubungan darah dan kerabata yang sebenarnya tidak berhak memdapat pusaka atau menjadi sebab untuk dia memperolehi warisan. Tidak ada ukuran syarak yang boleh dibuat kepada anak klon bagi membolehkannya memperolehi harta pusaka

Anda mungkin juga menyukai