Anda di halaman 1dari 3

Rancang Perbelanjaan Dari Muda Untuk Kesenangan Masa Hadapan

Merancang Secara Berhemah


Adalah penting untuk adik-adik dan para remaja mempelajari
bagaimana untuk berbelanja secara berhemah disamping
dapat adik-adik menyimpan. Merancang kewangan secara
berhemah jika diamalkan sejak muda akan dapat memberi
keselesaan pada adik-adik sepanjang hayat. Apabila adik-adik
meningkat dewasa, keperluan kewangan akan semakin
bertambah bukan hanya tertumpu kepada membeli 'play
station'. Adik-adik mungkin berkeinginan untuk pergi bercuti
kesesuatu tempat yang menarik di dalam negeri. Selain
daripada melancung, adik-adik juga ingin memiliki kereta atau
rumah, membiayai pelajaran, menjaga ibu-bapa dan
menyimpan wang untuk pesaraan. Sehubungan dengan itu,
merancang kewangan secara bijak dapat memenuhi
keperluan-keperluan ini
Merancang Kewangan Tugasan Anda
Merancang kewangan adalah mudah dan merupakan salah
satu tugasan dalam kehidupan adik-adik. Walaubagaimana
pun, kegagalan adik-adik untuk melakukan tugasan ini akan
mengakibatkan adik-adik tidak dapat mencapai
matlamat/impian hidup adik-adik. Bertindaklah dengan bijak.
Mintalah pertolongan dan nasihat daripada ibu-bapa
bagaimana adik-adik boleh merancang perbelanjaan dengan
bijak dan berkesan.
Kegiatan ini adalah penting oleh kerana jika adik-adik
kekurangan pengetahuan dalam merancang kewangan
semasa zaman kanak-kanak, boleh mengakibatkan adik-adik
tidak mempunyai kemahiran kepenggunaan yang kukuh. Adikadik akan melakukan pembaziran yang ketara apabila
membeli sesuatu barang. Adik-adik seharusnya pandai
menilai wang walaupun wang membolehkan adik-adik
membeli banyak barang yang inginkan. Jauhkan dari amalan
meminta ibu-bapa membeli sesuatu kerana mereka perlu pula
berkerja keras semata-semata untuk menyediakan wang
kontan untuk adik-adik berbelanja.

Belanja Mengikut Kemampuan


Kebanyakan adik-adik diberi elaun tetap atau wang saku oleh
ibu-bapa. Adalah mustahak untuk ibu-bapa untuk
memaklumkan kepada kanak-kanak tentang kegunaan elaun

yang diberikan samada untuk membelanjakannya untuk


membeli permainan, buku, pakaian atau perbelanjaan secara
am. Adik-adik mesti diajar untuk berbelanja mengikut
kemampuan. Adik-adik yang berbelanja berlebihan akan
membebankan perbelanjaan seisi keluarga. Ada setengah
daripada adik-adik pula akan meminjam daripada rakan-rakan
atau mencuri untuk menampung perbelanjaan adik-adik.
Tabiat-tabiat yang buruk ini mesti dijauhi.
Merancang Sebelum Mengguna
Perbelanjaan berhemah serta tabiat simpanan yang bijak
adalah sangat penting dalam merancang kewangan. Apabila
adik-adik pergi membeli belah, adik-adik perlu mengetahui
beberapa strategi. Diantaranya ialah beli saja apa yang
diperlukan dan jangan beli mengikut hati/nafsu. Buatlah
perbandingan tentang harga dan kualiti barangan yang
hendak dibeli. Tawar untuk mendapat pembelian yang lebih
baik. Adalah sangat penting untuk membuat sedikit
penyelidikan sebelum adik-adik membeli sesuatu barang.
Maklumat tentang berbagai-bagai jenis barang boleh didapati
dalam surat khabar, majalah dan internet. Apa yang
diperlukan adalah sedikit usaha untuk mencari maklumatmaklumat tersebut. Setelah adik-adik melakukan ini, adik-adik
perlu menanya diri sendiri samada adik-adik perlu berbelanja
untuk barang barang ini.
Merancang merupakan satu aspek yang penting dalam
menguruskan wang adik-adik. Jika perbelanjaan adik-adik
melebihi elaun yang diberikan oleh ibu-bapa adik-adik, maka
adik-adik perlu menilai tabiat pebelanjaan adik-adik. Dengan
menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli akan dapat
membantu adik-adik. Adik-adik perlu melihat senarai
perbelanjaan dan memastikan bahawa perkara-perkara
tersebut boleh dikurangkan atau tidak diperlukan langsung.
Merancang Dengan Buku Wang Saku
Salah satu alat yang boleh digunakan untuk menguruskan
perbelanjaan adik-adik ialah dengan menggunakan Buku
Wang Saku. Buku ini telah diperkenalkan olek kerajaan
dibawah pengawasan Jawatankuasa Perancangan Kewangan.
Jawatankuasa ini berhasrat untuk menggalakkan perbelanjaan
secara berhemah. Dibawah program ini, Jawatankuasa ini
bermatlamat untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai wang.
Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
adik-adik. Adik-adik perlulah menggunakannya dengan bijak.
Wang saku adalah wang yang diberi oleh ibu-bapa, penjaga,

saudara mara atau lain-lain pihak kepada adik-adik untuk


dibelanjakan. Oleh itu, wang ini hendaklah dibelanjakan
dengan bijak dan bakinya bolehlah disimpan.
Diantara kelebihan mencatat perbelanjaan adik-adik dalam
Buku Wang Saku adalah ia membolehkan adik-adik mengesan
di mana penjimatan perbelanjaan dapat dilakukan dan baki
wang dapat disimpan. Oleh itu, Buku Wang Saku adalah
panduan merancang perbelanjaan setiap bulan.
Menjadi Ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah
Persekitaran sekolah mungkin mempengaruhi bagaimana
adik-adik merancang. Oleh yang demikian, menjadi ahli Kelab
Kewangan disekolah boleh membantu adik-adik memupuk
nilai merancang kewangan semasa muda. Kerajaan telah
dengan aktifnya membuat promosi tentang penubuhan Kelab
Kewangan di sekolah. Terdapat 1093 Kelab Kewangan
diseluruh negara and institusi kewanganlah merupakan
penggerak kepada penubuhan kelab ini. Adik-adik yang
menjadi ahli kelab ini bukan sahaja dapat mengambil
bahagian didalam aktiviti-aktiviti merancang kewangan, tetapi
dapat menambah pengetahuan dalam bidang ekonomi,
perniagaan, kewangan dan perbankan. Buat itu saja, menjadi
ahli kelab kewangan juga ada keseronokannya. Melalui
aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh kelab seperti lawatan
ke institusi kewangan, bank pusat, dan juga aktiviti-aktiviti
kesenian bertemakan kewangan, permainan dan sebagainya,
adik-adik akan dapat berinteraksi dengan rakan adik-adik.
(Maklumat lanjut tentang Kelab Kewangan boleh didapati
dimuka sebelah).
Walau pun memupuk tabiat merancang kewangan dikalangan
remaja adalah penting, tetapi nilai-nilai penyayang dan sifat
perkongsian patut di pelihara. Adalah tidak menjadi kesalahan
untuk adik-adik untuk berkongsi sedikit makanan atau pun
membeli hadiah dengan rakan adik-adik. Sesungguhnya
perbuatan ini akan mengeratkan lagi silaraturahim dikalangan
adik-adik dan rakan-akan adik-adik.

Anda mungkin juga menyukai