Anda di halaman 1dari 3

KLON MANUSIA: PRO DAN KONTRA

Oleh: Prof. Madya Dr. Mustafa Hj. Daud PENDAHULUAN Dunia seolah-olah tergugat apa-bila saintis kaji hayat berjaya mencungkil rahsia yang meme-cahkan peti misteri hayat orga-nisme bernyawa iaitu meng-hasilkan klon manusia. Ia kini menjadi isu sejagat yang ter-hebat dalam sejarah manusia di mana manusia menghasilkan manusia sendiri

DEFINISI:
Mengklon manusia ialah aktiviti menghasil dan menyalin semula organisme bernyawa sama ada haiwan atau manusia untuk menghasilkan haiwan atau in-dividu manusia yang lain.

PROSES:
Klon haiwan atau manusia ter-hasil melalui proses di mana satu sel DNA dan satu telur penderma disatukan melalui arus elektrik. Terbentuklah embrio dengan gen pada telur penderma. Ia ditanam di dalam rahim ibu tumpang. Ia membesar seperti bentuk janin suami dan isteri.

SEJARAH:
Bayi tabung uji pertama telah dihasilkan oleh Louis Brom dalam tahun 1978. Ia meng-gunakan sperma (lelaki lain) dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang (isteri orang). Klon haiwan iaitu kambing dan lembu dari embrio telah dihasilkan dalam tahun 1987. Dalam tahun 1993 klon bayi lelaki telah berjaya dihasilkan secara tidak sengaja. Kini telah berusia 4 tahun. Saintis British pula iaitu Dr. Ian Wilmut dari Institut Roslin, Edinburgh, Britain, berjaya menghasilkan klon biri-biri bernama Dolly awal tahun 1997. Beliau memberitahu parlimen Britain klon manusia boleh di-hasilkan menjelang tahun 1999.

GOLONGAN PRO:
Setengah masyarakat barat me-restui. Demikian juga masya-rakat Cina menurut kajian Business News. Alasan yang mereka berikan adalah seperti berikut: i. Dapat mengatasi masalah pasangan mandul untuk men-dapat anak ii. Membolehkan ibu yang enggan bersalin kerana untuk menjaga kecantikan badan untuk mendapat anak. iii. Hasilkan manusia tercantik, terpintar dan sebagainya se-perti Bill Clinton, Awei, Erra Fazira dan sebagainya. iv. Mengekalkan spesies haiwan pupus seperti anjing laut, ikan paus, ikan lumba-lumba dan sebagainya. Golongan Menentang: Ma-jalah Massa 22 Mac 1997 telah menjalankan penyelidikan di Malaysia. 500 responden telah di-temuramah melalui telefon. 97% menolak aktiviti mengklon manusia dan hanya 3% mem-berikan jawapan yang menyo-kong. Di antara alasan yang di-berikan oleh golongan yang menolak klon manusia adalah seperti berikut: i. Y.B. Datuk Dr. Abdul Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 8 Mac, 1997 menjelaskan bahawa aktiviti mengklon manusia itu haram di sisi Islam. Hal ini di-sebabkan keturunan ma-nusia hanya boleh dilahirkan melalui pernikahan suami dan isteri. Tindakan itu telah jauh menyimpang dari nilai dan akhlak hidup manusia. Melanggar hukum Allah

S.W.T. menyimpang dari syariat Islam. Justeru itu penyelidikan sains harus kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. ii. Dr. Ian Wilmut yang meng-hasilkan klon biri-biri ber-nama Dolly sendiri me-nentang aktiviti mengklon manusia. Beliau sendiri me-rayu parlimen Britain dan PBB supaya menggubal undang-undang menyekat aktiviti tersebut. iii. Di Amerika Syarikat, 18 orang saintis menemui Presiden Clinton sebanyak lima kali mendesak agar aktiviti mengklon manusia diharamkan. Undang-undang antara-bangsa yang mengharamkan pengklonan manusia digubal oleh PBB. Hukuman yang berat seperti denda, penjara dan merampas harta peng-klon dicadangkan. Pembiayaan penyelidikan untuk saintis dan makmal perlu dihentikan. Presiden Clinton menyatakan persetujuannya. iv. Dr. Jon Cardon, Mount Sinai Medical School membantah pengkolonan manusia. Ri-siko-nya tinggi. Di mana DNA mungkin cacat dan sukar di-kesan. Pengklonan boleh meniru fizikal manusia tetapi mustahil meniru rohaninya. Manusia klon mustahil sama 100% dengan penyumbang kerana faktor persekitran yang boleh mengubah ciri-ciri DNA. v. Klon manusia tidak mem-punyai nilai dan perasaan ke-manusiaan dan kasih sayang. Maka lahirlah masyarakat yang tidak berperi ke-ma-nusiaan dan belas kasihan. Tindak tanduk mereka lebih kejam dan lebh hebat lagi. vi. Mark De Bernardino Allagheny dari Philadelphia menjelaskan aktiviti pengklonan manusia sama seperti bermain judi. Kemungkinan kelahiran anak yang tidak normal adalah besar. Hal ini disebabkan peng-gunaan sel yang telah lama yang tersimpan di makmal terdedah kepada bahan kimia dan sinaran radiasi yang boleh mengubah susunan kandungan genetik. vii. Penjagaan kebersihan zuriat dan nasab penting dari kaca mata Islam. Ia bermula dari peringkat pemilihan pasang-an lagi hingga kepada pernikahan. Justeru itu pengklonan manusia dilarang keras kerana kebersihan zuriat dan nasab akan musnah. viii. Pengklonan manusia juga me-rosakkan generasi manusia. Hal ini disebabkan fungsi ibu bapa tidak lagi wujud. Juga tidak wujud lagi hubungan anak dengan ibu bapa. ix. Pembentukan generasi me-merlukan asuhan, didikan dan tarbiah. Manusia klon tidak mempunyai persediaan untuk menerimanya. Justeru itu manusia klon merosakkan generasi manusia. x. Klon manusia menjejaskan akidah dan syariah kerana keraguan dari segi nasab dalam pewarisan harta pe-saka atau faraid. xi. Manusia klon bukan sahaja meruntuhkan institutsi keluarga dan salasilah keluarga, malah kelahiran manusia yang lari dari fitrah. Sebab itulah dilarang keras oleh Islam. xii. Ia juga merosakkan fungsi manusia sebagai khalifah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini iaitu untuk beribadat kepada-Nya. xiii. Ustaz Ahmad Awang, Presiden Persatuan Ulama Malaysia menjelaskan bahawa pengklonan manusia ber-tang-gungjawab kepada ke-runtuhan akhlak manusia. Masyarakat akan menjadi lebih huru hara. Hal ini di-sebabkan manusia klon bertuhankan nafsunya bukan Allah S.W.T. xvi.Prof. Madya Dr. Azizan Baharuddin, pensyarah sejarah dan falsafah sains Universiti Malaya menjelas-kan bahawa klon manusia mendatangkan bencana yang besar kepada ma-sya-rakat manusia. Justeru itulah Islam mengharamkannya. xv. ABIM juga menentang aktiviti pengklonan manusia atas alasan ia bertentangan dengan akidah, meruntuhkan institusi keluarga, perkah-winan dan zuriat. xvi.Masyarakat begitu gerun dan ketakutan kerana peng-k-lonan manusia kemung-kinan meng-hasilkan manusia kejam se-perti Adolf Hitler, Joseph Stalin dan se-bagai-nya. xvii.Pengklonan manusia kononnya untuk menghasilkan manusia yang cerdik pandai dan berkemahiran tinggi. Apa akan terjadi jika semua manusia ini pandai dan berkemahiran tinggi. Dunia men-jadi huru hara apabila tiada siapa yang hendak me-laku-kan pekerjaan buruh dan se-bagainya. Sedangkan sunnah Allah S.W.T. telah menetap-kan kewujudan yang cerdik, yang kurang cerdik, yang cantik, yang kurang cantik dan sebagai-nya yang mengandungi hikmah agar manusia itu bekerjasama, tolong me-nolong dan bersatu padu.

xviii.Ciptaan manusia yang terbaik adalah milik Allah S.W.T. bukan saintis peng-klon manusia. Hal ini di-jelaskan di dalam ayat, ter-jemahannya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaikbaiknya. (Surah al-Tin: 4) xix.Pengklonan manusia juga bertentangan dengan akidah Islamiah. Seolah-olah mahu mencabar kekuasaan Allah S.W.T. Di mana saintis ber-lagak seperti tuhan untuk mencipta nyawa. Sedangkan penciptaan rohani adalah hak mutlak Allah S.W.T. dan menjadi rahsiaNya. Ia melambangkan sikap manusia yang tidak bersyukur ter-hadap anugerah Allah S.W.T. Keinginan dan keghairahan saintis melampaui batas pemikiran manusia sehingga sanggup mencabar qada dan qadar Ilahi. xx. Ia bertanggungjawab meren-dahkan martabat manusia, menolak kebenaran dan menolak kekuasaan Allah S.W.T. sebagai pencipta. Akidah mereka terpesong kerana lupa diri dan lupa Tuhan. xxi.Tanpa syariah manusia klon menjadi manusia haiwan. Ia semestinya tidak memberi sebarang faedah kepada manusia. Dunia hampir ke-pada kemusnahan ang-kara perbuatan manusia. Justeru itu manusia wajib kembali kepangkuan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Kesimpulan: Sesungguhnya kejayaan sainstis kaji hayat menghasilkan klon haiwan dan manusia telah menggemparkan masyarakat manusia. Kesan buruknya lebih banyak dari kebaikan. Justeru itu ia harus dihentikan. Saintis se-harusnya menumpukan penyelidikan yang lebih berfaedah seperti mencari penawar virus HIV positif atau AIDS dan virus koxasaki B. AIDS muncul sebagai pembunuh utama manusia kini dan akan datang. Ke-manakah menghilang-nya para saintis yang berbangga dengan kejayaan mengklon manusia.

Anda mungkin juga menyukai