Anda di halaman 1dari 6

Garis Panduan Solat Dalam Keadaan Duduk:

Garis Panduan Solat Dalam Keadaan Duduk Seperti Berikut:


Solat adalah ibadah asas dalam Islam dan dipertanggungjawabkan kepada
setiap mukallaf dalam apa jua keadaan termasuk ketika sakit. Cara
perlaksanaannya ketika sakit hendaklah dilakukan mengikut kemampuan
masing-masing.

Hadis Rasulullah s.a.w:

‫صل قا ئما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب‬

Maksudnya: Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah


secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga, maka lakukan secara
mengiring.

H.R al-Bukhari : 1066.

Berdiri dalam solat fardhu merupakan rukun solat. Walau bagaimanapun,


bagi pesakit yang tidak boleh berdiri dibolehkan solat dalam keadaan
duduk. Duduk bersila adalah lebih utama. Walau bagaimanapun boleh
sahaja solat duduk dalam bentuk-bentuk yang lain. Sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA, dia berkata:

‫رايت النبي ملسو هيلع هللا ىلص يصلي متربعا‬

Maksudnya: Saya pernah melihat Nabi s.a.w solat dengan duduk bersila.
(Hadis riwayat imam al-Nasa’i dalam Sunannya, kitab Qiyam al-Lail wa
Thathauwu’ al-Nahaar, bab ‫ كيف صالة القاعد‬no:1661).

Kebelakangan ini muncul persoalan berkenaan solat secara duduk di atas


kerusi bagi mereka yang uzur. Hal ini amat perlu ditangani dengan baik
untuk memelihara kesempurnaan ibadah yang menjadi tiang agama.

A. Kedudukan kerusi adalah seperti berikut:

i. Kedudukan bagi ma’mum yang menggunakan kerusi hendaklah di


bahagian paling kiri atau kanan saf solat.

ii. Jika keuzurannya adalah untuk duduk di atas lantai, atau ruku’ atau
sujud namun masih mampu berdiri, maka hendaklah berdiri selari
dengan orang bersebelahannya dalam saf solat.

iii. Jika keuzurannya adalah untuk berdiri dan terpaksa menunaikan


keseluruhan solat dalam keadaan duduk, maka kaki kerusi belakang
hendaklah sama dengan kaki orang yang berdiri.

iv. Kelurusan saf bagi orang yang terpaksa menunaikan keseluruhan


solat dalam keadaan duduk dikira ketika jemaah lain dalam keadaan
duduk.

B. Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh orang yang


mengerjakan solat dalam keadaan menggunakan rukhsah seperti
berikut:

i. Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya


mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini
adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama.
Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan
bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.

ii. Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah


sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila
tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.

iii. Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah


kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan
tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan
kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.

iv. Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika


melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.
v. Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat
atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan
duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.

vi. Hendaklah membezakan secara konsisten keadaan tunduk untuk


ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud
hendaklah lebih rendah daripada isyarat tunduk untuk ruku’.

vii. Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang
dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan
meja makan sebagai tempat sujud.

viii. Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah
solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau
sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda
ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.

ix. Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika


tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika
tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan
sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan
sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau
diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan
pada kerusi jika ada.

x. Tidak digalakkan menjadi imam kepada ma’mum yang solat dalam


keadaan sempurna tanpa duduk di atas kerusi atau lantai. Walau
bagaimanapun, tiada halangan menjadi imam sekiranya semua
makmum daripada kalangan mereka yang uzur atau solat dalam
keadaan duduk. Begitu juga sekiranya imam berkenaan merupakan
imam bertugas dan keuzurannya adalah sementara dan boleh sembuh.
Manakala makmum pula tetap wajib berdiri sekiranya mampu.

xi. Jika keuzurannya sementara dan boleh hilang, maka hendaklah solat
dalam keadaan berdiri apabila hilang keuzuran tersebut. Sebagai
contoh sekiranya sedang solat dalam keadaan duduk, tiba-tiba rasa
sakit atau uzur yang menghalangnya berdiri hilang, maka ketika itu
wajib ke atasnya berdiri dan begitulah sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai