Anda di halaman 1dari 2

KEM PERFECT SOLAT 2015

PENYEMBELIHAN SYAR’IE

OLEH ZAINAL ABIDIN BIN SYUAIB MUHJA

Wajib bagi setiap muslim mukallaf untuk tidak melakukan sesuatu


perkara hingga ia mengetahui terlebih dahulu apa yang dihalalkan dan apa
yang diharamkan oleh Allah dari perkara tersebut.

Termasuk perkara yang perlu diketahui hukum-hakamnya sebelum


dilakukan adalah penyembelihan syar’ie. Ini disebabkan segala haiwan yang
tidak disembelih secara syar’ie maka hukumnya adalah bangkai. Dan hukum
memakan bangkai adalah haram. Allah Ta’alaa berfirman:

‫(( ح رمت عليكم الميت ة وال دم و لحم الخ نزير وم ا أه ل لغ ير هللا ب ه والمنخنق ة والموق وذة والمتردي ة‬
)3 :‫والنطيحة وما أكل السبع إال ما ذكيتم وماذبح على النصب)) (سورة المائدة‬

Maknanya: “Diharamkan keatasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi,


(daging haiwan) yang mati disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,
yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas kecuali
yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang
disembelih untuk berhala” (Q.S. al Maidah: 3)

Rukun sembelihan:

1. Dzabhun (Penyembelihan)
2. Dzabih (Penyembelih)
3. Dzabih (Yang disembelih)
4. Alat (Alat sembelihan)

Penyembelihan syar’ie terjadi dengan:

a. Memotong halkum (saluran pernafasan)


b. Memotong marii (saluran makanan)
c. Membunuh yang tak mampu disembelih dengan cara apapun.
d. Disyaratkan bermaksud ketika menyembelih hewan yang mampu
disembelih.
Disunatkan di dalam penyembelihan:

a. Membaringkan binatang sembelihan ke arah kiri


b. Memotong dua urat leher sembelihan
c. Menajamkan pisau sembelihan
d. Menjadikan binatang sembelihan ke arah kiblat
e. Menyebut nama Allah sahaja
f. Bershalawat keatas Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Bagi mereka yang menyembelih disyaratkan yang boleh dinikahi dalam agama
Islam dan melihat ketika membunuh yang tak mampu disembelih. Makruh bagi
yang buta, bukan mumayyiz, dan mabuk untuk menyembelih.

Disyaratkan bagi yang disembelih itu merupakan haiwan yang boleh


dimakan dan dalam keadaan hidup biasa pada awal penyembelihan.

Alat yang digunakan untuk menyembelih mestilah tajam yang mengiris


kecuali gigi dan tulang.

Faedah:

 Boleh memburu binatang yang halal dimakan dengan menjadikan


perkara lain yang melukai dan telah diajarkan sama terdiri daripada
binatang buas atau burung tetapi dengan syarat berikut.

1. Jika dilepas untuk berburu dia pergi berburu


2. Jika diminta berhenti dia berhenti
3. Jika dia membunuh buruan dia tidak memakannya
4. Dan semuanya sudah sering terulang

Kalau syarat-syarat di atas tidak didapati maka tidak boleh dimakanhaiwan


buruan tersebut kecuali didapati dalam keadaan hidup kemudian segera
disembelih.

 Segala yang dipotong dari haiwan yang masih hidup maka dia adalah
bangkai kecuali bulu yang boleh dimanfaatkan.

Anda mungkin juga menyukai