Anda di halaman 1dari 16

BAB 1: PENDAHULUAN

Pengenalan
Darab merupakan salah satu operasi asas dalam matematik. Murid-murid mestilah

menguasai setiap operasi untuk memastikan mereka dapat menguasai sesebuah topik.

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas Matematik.

Kemahiran operasi darab ini penting untuk pembelajaran matematik yang lebih tinggi.

Bagi kajian yang akan saya jalankan ini, saya mendapati murid-murid

berhadapan dengan masalah sekiranya ingin mendapatkan jawapan untuk topik

pendaraban yang melibatkan nombor besar dan salah mentafsir nilai tempat.

Kebanyakan daripada mereka cuai dan melakukan kesalahan yang sama ketika

menjawab soalan dengan menggunakan bentuk lazim. Ini merupakan pengalaman saya

sendiri semasa mengajar Tahap 2. Nilai tempat puluh bagi pekali mengelirukan

kebanyakan murid ketika mendarab untuk menentukan nilai tempat sehinggakan

mereka menulis di bahagian nilai tempat sa. Kajian ini adalah untuk memerhatikan

keberkesanan pembelajaran Matematik berasaskan pernyataan masalah yang

melibatkan jalan penyelesaian masalah bagi meningkatkan prestasi murid - murid Tahun

5 dalam mata pelajaran Matematik khususnya topik pendaraban. Kajian ini juga

merupakan kajian tinjauan untuk melihat keberkesanan Kaedah Sikal Method dalam

proses pembelajaran fakta asas darab Matematik Tahun 5. Dua pendekatan pengajaran

akan digunakan sebagai perbandingan iaitu kaedah bentuk lazim dan Kaedah Sikal.

Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari

segi kepercayaan, nilai dan maksud. Pengajaran berkesan pula merujuk kemampuan

guru untuk merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai

dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. Ini bermakna penggunaan atau

1
pendekatan sistematik dalam pengajaran hendaklah ditekankan iaitu dengan

memperkenalkan Kaedah Sikal sebagai langkah awal untuk mengajar topik pendaraban.

Walaupun keadah Sikal ini termasuk dalam buku teks Tahap 2, saya dapati penekanan

tidak diberikan dalam mengajar cara ini kepada pelajar-pelajar lemah. Ini kerana hasil

temubual dengan beberapa guru yang mengajar kelas terakhir, mereka berpendapat

bahawa kaedah ini mengelirukan dan mengambil masa yang lama. Walau

bagaimanapun, saya berpendapat, lebih baik murid itu lambat asalkan jawapannya betul

kerana ini akan memotivasikan murid tersebut untuk menjawab soalan-soalan

seterusnya.

Refleksi nilai pendidikan

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula danmenambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi

keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR

menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan

Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa

Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan

dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard

Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh

lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti

pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Bagi menyahut pelaksanaan KSSR, KPM telah menjalankan kursus penyebaran

KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Pada zaman

teknologi ini, guru memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang
2
berdaya saing iaitu generasi yang dikatakan cemerlang. Terdapat pelbagai pendapat

mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan bermaksud seorang

pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam

mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik

profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994).  Mereka berpendapat yang

pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata

pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak

diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan

kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan  proses pembelajaran.

Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran

oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi

sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.

Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang

dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula

menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995). 

Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan

oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh

meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai

pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan

pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan

pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan

maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung

dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru

berkesan merupakan keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang memberi

kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti

3
dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah

pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam

konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan

penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar. 

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab

mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat

pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan

cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai

keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang

dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid

yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan  Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan

bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan

terhadap guru terlebih dahulu. Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran,

guru haruslah memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah

ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M

(1988) pengajaran berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan

mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah

guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh

mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas tentang

perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan

bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau

pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu

ditiitkberatkan.

Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan

warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan

4
Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini

adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi

seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang

pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap

program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan

perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru

yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam

menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. 

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan

berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat

dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi

komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum

standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat

dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid

selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa

kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat

mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan

pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar

yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu, penglibatan pelajar di

dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi membantu penerapan nilai-nilai murni

di dalam diri pelajar itu sendiri dan memastikan proses pengajaran berlangsung secara

5
efektif. Pendapat ini disokong oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan

bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa

pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.

Tinjauan Literatur

Subjek matematik merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh

kebanyakan murid. Menurut Sabri Ahmad (2006), mata pelajaran Matematik merupakan

satu mata pelajaran yang sukar dan tidak diminati oleh murid-murid. Satu kajian kes

mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang mempunyai pencapaian rendah dalam

mata pelajaran Matematik adalah dalam kalangan mereka yang menganggap mata

pelajaran Matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan (Johari

Hassan dan Norsuriani Ab Aziz, 2011). Guru harus mempelbagaikan kaedah mengajar

dan menvariasikan bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan minat murid

untuk terus belajar. Pernyataan ini disokong oleh Marianne D. Nelson (2009),

menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar Matematik

melalui cara yang menarik untuk menarik perhatian murid supaya mereka berasa

seronok untuk belajar Matematik.

Hasil tinjauan yang saya lakukan, saya dapati murid mengalami kesukaran untuk

melakukan pendaraban dengan betul. Hal ini berlaku kerana murid mempunyai masalah

untuk melakukan pendaraban dengan pengumpulan semula. Murid biasa didedahkan

dengan teknik mendarab menggunakan bentuk lazim. Namun pendaraban nombor yang

besar sukar untuk dilaksanakan dalam bentuk lazim kerana murid sukar untuk

mendarab dengan mengumpul semula. Untuk angka 1 atau 2 digit tidak menjadi

masalah. Namun untuk pendaraban sehingga 5 angka, seseorang murid itu perlu betul-

betul menguasai teknik pengumpulan semula yang mengelirukan bagi kebanyakan

murid.Oleh itu, saya akan mengkaji tentang teknik alternatif untuk membantu murid

6
melakukan pendaraban dengan betul. Seterusnya saya telah mengkaji bahan-bahan

berkaitan teknik alternatif ini berdasarkan kajian atau dapatan yang lepas.

Sesetengah guru hanya mengutamakan peperiksaan semata-mata tanpa

mengutamakan pemahaman murid-murid. Di dalam kelas, terdapat banyak golongan

murid. Malangnya, guru hanya menggunakan satu teknik untuk mengajar darab

sedangkan terdapat banyak lagi teknik untuk membantu murid. Golongan pelajar lemah

mempunyai masalah untuk melakukan pendaraban secara bentuk lazim namun mereka

terpaksa menggunakan jua kerana hanya itulah sahaja cara yang diajarkan. Hal ini

menyebabkan mereka mengalami ketakutan untuk mempelajari matematik kerana

kesukaran yang dialami ketika belajar matematik. Menurut Ashcraft dan Kirk (2001)

“mengelak Matematik dan penguasaan mereka lebih kurang dari Matematik tidak dapat

dielakkan dan kualitinya hanya kurang kompeten disebabkan atas kecemasan individu

dalam Matematik”. Hal ini bermakna, murid hanya belajar matematik disebabkan oleh

keadaan terpaksa (tuntutan peperiksaan) dan menyebabkan kualiti pembelajaran

mereka menjadi rendah.

Menurut Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010),

‘Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan pelajar

sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan fakta asas matematik

seperti fakta asas kira tambah, kira tolak dan kira darab. Ini akan menimbulkan

perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Persoalan timbul apabila hal

ini berlaku dan banyak faktor penyebab yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh

para pendidik di Malaysia’. Hal ini bermakna faktor pengajaran dan pembelajaran yang

stereotaip telah menyebabkan murid bosan dan hilang minat untuk belajar matematik.

Sesetengah murid pula tidak meminati matematik kerana tidak memahami fakta asas

dalam pengiraan aritmetik. Mereka masih tidak menguasai sepenuhnya kaedah untuk
7
melakukan operasi aritmetik terutamanya darab. Oleh itu, murid hilang minat dengan

pelajaran matematik. Justeru, saya cuba menggunakan teknik baru agar murid lebih

mudah untuk memahami pendaraban dan seterusnya membuatkan pembelajaran

matematik menjadi mudah.

Kebanyakan murid mengalami masalah untuk melakukan pendaraban kerana

mereka tidak memahami teknik pendaraban yang sebetulnya. Murid hanya didedahkan

dengan satu atau dua teknik sahaja sedangkan sebenarnya banyak cara boleh diajarkan

kepada murid. Jesteru, dalam mengatasi masalah ini, guru perlulah memperkenalkan

dan menggunakan teknik yang sesuai dengan keupayaan murid. Ini kerana teknik yang

tidak bersesuaian dengan murid akan menimbulkan masalah baru terhadap murid dalam

memahami konsep pendaraban dalam Matematik. Pernyataan ini bertepatan dengan

pendapat Smith S.Z. & Smith M.E (2006) yang menyatakan murid yang menggunakan

cara pengiraan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian dalam melakukan pengiraan

Matematik akan menimbulkan pelbagai masalah dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Salah satu teknik yang boleh diperkenalkan ialah Kaedah Sikal. Menurut

Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam mempelajari

pendaraban. Kaedah Sikal merupakan satu teknik yang menggunakan petak-petak atau

kekisi untuk mendarab. Teknik ini lebih kepada pengaplikasian teknik pola atau corak

dalam menyelesaikan masalah darab.

Chan Yaw Jong (2011) dalam kajiannya berkata ‘Biasanya, murid-murid tidak

tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang

melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir. Penggunaan Kaedah Sikal

telah meminimumkan kesukaran murid untuk mendarab kerana mereka hanya perlu

menumpukan kepada sifir satu angka darab satu angka sahaja. Murid tidak perlu lagi

memikirkan tentang penggunaan nilai tempat dan sebagainya kerana mereka hanya

8
perlu melakukan pendaraban sahaja dan mengisi di dalam kotak.setelah tamat mengisi,

mereka hanya perlu menambah hasil darab dan akan mendapat jawapan.

Pendaraban merupakan suatu cabang dan kemahiran yang wajib dipelajari oleh

semua murid namun ramai murid yang mengalami masalah dan keliru dalam konsep

pendaraban. Pendapat ini disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa

konsep pendaraban adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran

penambahan dan penolakan nombor. Dalam tajuk darab, terdapat kemahiran darab tiga

digit dengan dua digit yang dianggap susah dan tidak dapat dikuasai oleh ramai murid.

Masalah ini menjurus kepada masalah murid-murid tidak dapat membuat pengiraan dan

melakukan operasi yang betul semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua

digit. Masalah ini akan lebih ketara bilamana melibatkan pengumpulan semula seperti

2526 x 23 dan 3245 x 24 serta seumpama dengannya. Melalui kajian oleh Zamatun

Nasrah (2011), didapati murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi

mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang

melibatkan pengumpulan semula. Ini disokong melalui ujian “PROTIM” dan analisis yang

telah dijalankan kepada murid tahun 6 oleh Tengku Halim Tengku Ahmad (1998) turut

menyatakan bahawa murid-muridnya masih belum dapat menguasai kemahiran

mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit atau tiga digit di Sekolah

Kebangsaan Batu 7, Dungun.

Objektif Inovasi

Kaedah Sikal merupakan kaedah yang mementingkan penyelesaian secara

sistematik untuk mendarab. Pendaraban menggunakan Kaedah Sikal ini telah

diperkenalkan dalam silibus ini telah diperkenalkan dalam silibus matematik sekolah

rendah bagi tajuk pendaraban sebagai alternative kepada kaedah tradisional iaitu

9
bentuk lazim. Kaedah ini memiliki beberapa kelebihan jika diamalkan dalam system

pendaraban. Antara kelebihan kaedah ini ialah lebih bersifat sistematik dan mudah

untuk difahami, tidak mengelirukan bagi proses pengumpulan semula, dan kesalahan

pengiraan dapat dikurangkan kerana penggunaan kotak memisahkan operasi darab dan

tambah.

Kumpulan Sasaran

 Murid – Murid Sekolah Rendah Tahap 1

 Murid Pendidikan Khas

Bahan dan Kos Sikal

Untuk menghasilkan inovasi, kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi. Hanya 3

bahan diperlukan untuk menghasilkan Sikal iaitu Kayu, Kertas dan gam. Kos yang diperlukan

untuk meghasilkan produk ini adalah RM20.00

BAB 2: FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

10
Hasil dari pengamatan saya semasa membuat kajian tindakan ini di Sekolah

Kebangsaan SERI INTAN, saya mendapati bahawa terdapat pelbagai masalah

pembelajaran yang berlaku dalam kalangan murid.

1. Murid sukar untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul.

Setelah mengikuti beberapa siri pengajaran dan pembelajaran, saya telah

mendapati terdapat segolongan murid yang mengalami kesukaran dalam melakukan

operasi pendaraban dengan betul. Majoriti murid menggunakan bentuk lazim untuk

menyelesaikan sesuatu operasi pendaraban. Golongan ini mempunyai kekeliruan ketika

meletakkan susunan nombor pada bentuk lazim. Justeru, saya merancang untuk

memperkenalkan teknik alternatif bagi mengatasi masalah ini.

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah

Berpandukan kepada hasil penelitian saya, saya akan menumpukan kajian

terhadap isu kesukaran murid untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul. Saya

akan menjalankan suatu kajian bagi mengenalpasti apakah punca kepada permasalah

tersebut dan seterusnya merencanakan suatu kaedah atau strategi yang berkesan bagi

memastikan murid dapat melakukan operasi pendaraban dengan betul. Berdasarkan

kepada refleksi yang telah saya lakukan, saya mendapati murid mengalami kesukaran

untuk melakukan operasi pendaraban dengan betul bagi tajuk darab.

2.2.1 Pemerhatian

Saya mendapati terdapat sebilangan murid tidak dapat menyelesaikan masalah

matematik yang melibatkan opersai darab. Apatah lagi apabila operasi darab yang
11
melibatkan digit yang besar. Ujian matematik kertas 2 menunjukkan kesilapan yang

mereka lakukan dalam operasi mendarab.

2.2.2 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik pengamatan ini adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru

pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang

dihadapi oleh seseorang murid dalam aspek pengamatan.

2.2.3 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dalam penguasaan asas

Matematik. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu penyelidik menilai tahap

penguasaan asas Matematik sebenar di kalangan murid-murid yang lemah. Ujian

Pasca pula dijalankan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah ini untuk kumpulan

sasaran.

BAB 3: OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

12
Kajian yang saya jalankan ini bertujuan untuk membantu pemahaman murid dalam

mendarab dengan menggunakan Kaedah Sikal. Objektif kajian adalah: Mengkaji

kesesuaian Kaedah Sikal bagi meningkatkan kefahaman murid dalam melakukan

operasi darab.

3.2 Soalan Kajian

3.2.1 Adakah Kaedah Sikal sesuai dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid

dalam melakukan operasi darab?

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang dijalankan untuk mengkaji tentang

keberkesanan Kaedah Sikal dalam meningkatkan Kemahiran mendarab. Kajian ini

melibatkan 5 orang responden. Kesemua responden dipilih berdasarkan kepada kepada

pemerhatian awal yang dibuat terhadap murid-murid semasa proses pengajaran dan

pembelajaran yang lalu. Selain itu, responden juga dipilih berdasarkan pemeriksaan

buku latihan dan lembaran kerja murid, keputusan Ujian OTI, dan keputusan Ujian

Diagnostik yang dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen ujian

iaitu ujian pra dan ujian pos, analisis dokumen dan temubual. Instrumen yang digunakan

ini adalah untuk melihat pencapaian responden dalam kemahiran mendarab dengan

menggunakan Kaedah Sikal. Data-data yang dikumpul, dianalisis bagi melihat

penggunaan Kaedah Sikal dalam meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam

pendaraban.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Saya telah menggunakan tiga instrumen bertujuan untuk menilai kembali

keberkesanan penggunaan Kaedah Sikal. Instrumen pertama yang digunakan ialah

13
pemerhatian berstruktur, instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen berdasarkan

ujian dan instrumen ketiga pula ialah melalui soal selidik. Instrumen pertama iaitu

pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini menggunakan senarai semak

untuk mengumpul data. Hasil pemerhatian akan danalisis berpandukan kepada kiraan

frekuensi dan juga peratus.

Instrumen kedua pula ialah penelitian dokumen ujian murid. Melalui instrumen

ini, saya akan menilai apakah perkembangan yang dilalui oleh responden di dalam dua

ujian yang dijalankan. Ujian pertama merupakan ujian pra dan ujian kedua pula ialah

ujian pasca. Ujian pra diadakan sebelum intervensi dan ujian pasca diadakan selepas

intervensi.

Instrumen ketiga pula ialah soal selidik. Dengan soal selidik ini, dapat

memungkinkan saya untuk mencari apakah hasil kepada implementasi Kaedah Sikal

dalam pengajaran operasi darab. Seramai 5 responden telah dipilih dan sebanyak 8

item telah diberikan kepada responden untuk dijawab. Sebelum responden menjawab,

saya telah berikan sedikit penerangan tentang item terbabit. Responden menjawab item

dalam suasana yang kondusif bagi membolehkan mereka menjawab dengan tenang

tanpa sebarang tekanan.

6.0 RUJUKAN

14
Abu Bakar, Zainudin and Mat Jalil, Mohd. Rashidi (2007) Kaedah petak sifir : kajian
perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta asas darab. Jurnal Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, 12 . pp. 91-98. ISSN 1394-1801

Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. (2001). The relationships among working memory,
math, anxiety, and performance. Journal of Experimental Psychology: General, 130(2),
224-237.

Chan Yaw Jong (2011). Refleksi Pembelajaran Tentang Teknik Menyemak Data
Dalam Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan Bertajuk “Penggunaan Kotak Ajaib Dan
Sikal Dalam Meningkatkan Penguasaan Pendaraban Murid Tahun Lima”. Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Cooper, R. (1994). Alternative Math techniques instructional guide. ERIC digital


dissertations. Diperoleh pada 26 Mac 2015 dari http//www.
eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my

Brumbaugh, D. K., Moch, P. L., & Wilkinson, M. E. (2005). Mathematics content


for elementary teachers. Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum Associates.

Dunne R & Wragg T (2005). Effective Teaching. London: Taylor & Francis e-
Library.

Johari Bin Hassan dan Norsuriani Binti Ab Aziz, (2011), TESIS-Faktor-Faktor


Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Matematik Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Malikow, M. (2006). When students cut themselves. Education Digest: Essential


Readings Condensed for Quick Review, 71(8), 45-50. (ERIC Document Reproduction
Service No. EJ741060) Retrieved December 2, 2008, from ERIC database.

Mok, Soon Sang (1995). Matematik Untuk Dinamika Guru. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

15
Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah):
Kompenan 1 & 2. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah Matematik Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah:
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Sabri Ahmad. et.al, (2006), Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik, Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Psikologi pendidikan I : konsep-konsep asas      


psikologi dan psikologi pendidikan,psikologi perkembangan.Petaling Jaya.Longman
Malaysia Sdn . Bhd.

Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil (2010). Keberkesanan
Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4:
Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

16

Anda mungkin juga menyukai