Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KVKV DALAM

KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

PERMAINAN ‘MARI BUKA DAN PASANG’

ABSTRAK

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum intervensi dijalankan, murid didapati
menghadapi masalah dalam kemahiran membaca perkataan konsonan + erja + konsonan + erja
(kvkv) dengan baik. Ujian erjaya ic, temubual dengan guru dan pemerhatian telah mengesahkan
wujudnya masalah tersebut. Justeru, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv melalui teknik permainan ‘Mari Buka dan
Pasang’. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas 3 orang murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran di SK. Kuala Perlis. Murid-murid telah diberikan intervensi menggunakan teknik
permainan ‘Mari Buka dan Pasang’ selama 20 minit pada setiap sesi dalam tempoh 4 minggu.
Data dikumpulkan melalui ujian Pra dan ujian Pos dianalisis dalam bentuk peratus dan murid
menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos berbanding ujian pra. Data pemerhatian
dianalisis melalui senarai semak dan dapatan menunjukkan penguasaan murid dalam kemahiran
membaca perkataan kvkv telah meningkat antara 1 perkataan sehingga 4 perkataan pada setiap
sesi. Data yang diperolehi daripada sampel kerja dianalisis melalui lembaran kerja yang
diberikan dalam setiap sesi dan dapatan menunjukkan jumlah soalan yang dijawab dengan betul
meningkat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa teknik permainan ‘Mari Buka dan Pasang’
telah erjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan kvkv pada akhir
intervensi. Justeru, teknik ini berkesan dan boleh diluaskan kepada kemahiran membaca pada
aras yang lebih tinggi. Untuk gelungan yang seterusnya, teknik ini dicadang untuk digunakan
bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup
kv+kvk, kvk+kv dan kvk+kvk.
1.0 REFLEKSI AWAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas Program Khas Integrasi

Bermasalah Pembelajaran A (PPKIBP A) Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis semasa praktikum

Fasa 3 yang lalu. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah

menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu bagi mengetahui tahap murid. Tiga orang murid

didapati menghadapi masalah membaca perkataan konsonan + vokal + konsonan + vokal

(kvkv). Oleh itu, saya telah menjalankan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid mempunyai daya ingatan yang lemah terhadap

sesuatu yang abstrak, bacaan murid sering tersekat di tengah-tengah perkataan dan sering keliru

sewaktu mengeja suku kata kv terutamanya yang berawalan atau berakhiran dengan gabungan

huruf konsonan dan vokal ‘si’, ‘ci’, ‘gi’, ‘gu’, ‘ju’ dan ‘ji’. Oleh itu, saya merancang satu

intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid.

2.0 FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengalaman sepanjang menjalani praktikum, saya mendapati kebanyakan murid

gagal menguasai kemahiran membaca perkataaan kvkv dengan baik. Ujian diagnostik, temubual

bersama guru dan semakan rekod pencapaian telah mengukuhkan kewujudan masalah ini. Oleh

yang demikian, fokus kajian saya ialah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan

kvkv menggunakan teknik permainan yang saya namakan sebagai permainan ‘Mari Buka dan

Pasang’.
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

3.1 Murid boleh meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv menggunakan

kad gambar dan kad perkataan dalam teknik permainan ‘Mari Buka dan Pasang’.

Soalan Kajian

Soalan kajian yang boleh dikemukakan antaranya:

3.2 Bagaimana kad gambar dan kad perkataan yang digunakan dalam permainan

“Mari Buka dan Pasang” dapat meningkatkan kemahiran murid dalam membaca

perkataan kvkv?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian yang dilaksanakan adalah terdiri daripada 3 orang murid

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Kelas PKBP A Sekolah Kebangsaan Kuala

Perlis. Seorang murid dalam kategori bermasalah pembelajaran dan dua orang murid kerencatan

akal minima tetapi masih tergolong dalam kategori murid bermasalah pembelajaran.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Cara Mengumpul Data

i. Ujian Bertulis Pra dan Ujian Bertulis Pos

Ujian bertulis pra diberikan sebelum intervensi dimulakan manakala ujian bertulis pos

diberikan setelah intervensi “Mari Buka dan Pasang” dijalankan. Hasil daripada ujian

tersebut, saya mendapati semua murid menunjukkan peningkatan markah dalam ujian
bertulis pos berbanding ujian bertulis pra. Perbandingan markah yang diperolehi adalah

seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1: Graf Bar Perubahan Pencapaian Murid Dalam Ujian Bertulis Pra dan Pos
120

100
Peratus (%)

80

60
Ujian
40 Pra
20

0
Murid X Murid Y Murid Z
Kumpulan Sasaran

ii. Pemerhatian

Pemerhatian telah dicatatkan menggunakan senarai semak semasa murid membuat

lembaran kerja, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan semasa soal

jawab. Murid yang dapat membaca 8 perkataan dengan betul tanpa bantuan guru pada

akhir intervensi dikira telah mencapai obejektif yang disasarkan. Dapatan yang diperolehi

daripada pemerhatian telah menunjukkan peningkatan dan dicatat seperti dalam Jadual 1.

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4


Bil Murid (5 perkataan ( 8 perkataan (10 perkataan (12 perkataan
kvkv) kvkv) kvkv) kvkv)
1. X 1 4 5 8
2. Y 3 5 8 12
3. Z 2 3 6 10
Jadual 1: Jadual jumlah perkataan yang boleh dibaca

iii.Lembaran Kerja

Lembaran kerja diberikan kepada murid selepas setiap aktiviti ‘Mari Buka dan Pasang’

dijalankan. Ia mengandungi 20 soalan berdasarkan perkataan yang dipelajari dalam setiap

sesi pengajaran. Pencapaian murid dinilai berdasarkan jumlah soalan yang dapat dijawab

dengan betul dan tidak dibandingkan dengan prestasi murid yang lain. Murid yang dapat

menjawab 80% soalan dengan betul dikira telah mencapai objektif yang dikehendaki.

Murid-murid telah menunjukkan peningkatan markah dalam setiap lembaran kerja yang

diberikan. Markah yang diperolehi dalam setiap aktiviti telah direkodkan seperti dalam

Rajah 2.

Rajah 2: Graf peratusan markah lembaran kerja

120
100
Markah (%)

80
60 Murid X
40 Murid Y
20
0
L1 L2 L3 L4
Lembaran Kerja
5.2 Tindakan yang Dijalankan

Saya telah menjalankan intervensi melalui aktiviti permainan ‘Mari Buka dan Pasang” selama 4

minggu pada setiap hari Isnin hingga Rabu dan semasa saya tiada kelas. Permainan ini

menggunakan kad gambar, kad perkataan dan papan tapak sebagai bahan bantu belajar. Secara

ringkasnya, intervensi ini telah dibahagikan kepada empat aktiviti yang mengambil masa selama

20 minit dalam setiap sesi. Setiap aktiviti dibezakan mengikut bimbingan yang diberikan

kepada murid dimana bimbingan oleh guru semakin berkurangan dalam setiap aktiviti. Saya

telah menjalankan empat aktiviti yang dinamakan aktiviti ‘Mari Buka dan Pasang’ 1-4.

o Aktiviti 1- Mari Buka dan Pasang 1, saya menjalankan peneguhan pengamatan dan daya

ingatan terhadap 5 perkataan kvkv.

o Aktiviti 2- Mari Buka dan Pasang 2 pula, saya memberikan peneguhan terhadap 8 perkataan

kvkv.

o Aktiviti 3-Manakala dalam Mari Buka dan Pasang 3, saya mengukuhkan pemahaman murid

terhadap 10 perkataan kvkv.

o Aktiviti 4- Mari Buka dan Pasang 4, saya membuat pengukuhan membaca 12 perkataan

kvkv.

5.3 Pelaksanaan Tindakan

5.3.1 Aktiviti 1- Mari buka dan pasang 1,

Saya telah membuat peneguhan pengamatan dan daya ingatan terhadap perkataan kvkv dengan

menunjukkan kad gambar dan kad perkataan, manakala murid mencari kad gambar dan kad

perkataan.

1. Guru memberikan set permainan ‘mari buka dan pasang’ kepada murid-murid.
2. Guru menunjukkan kad gambar dan minta murid menamakan gambar tersebut.

3. Guru menunjukkan kad perkataan kepada murid dan membaca perkataan tersebut.

4. Guru meminta murid mengulang semula perkataan yang telah dibaca oleh guru.

5. Murid diminta mencari kad gambar serta kad perkataan bagi perkataan yang dibaca dan

melekatkannya pada papan tapak.

6. Guru meminta murid membaca perkataan yang telah dilekatkan secara berkumpulan dan

individu.

7. Murid diminta membuka semula kad gambar dan kad perkataan yang telah dilekatkan

dan memasang semula berdasarkan arahan yang diberikan.

8. Guru meminta murid membaca secara individu untuk menguji ingatan.

Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, saya mendapati murid-

murid menunjukkan minat terhadap aktiviti ‘Mari Buka dan Pasang’. Murid dapat memahami

arahan yang diberikan dengan baik. Namun, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dicapai. Murid masih tidak dapat membaca perkataan yang dipelajari dengan sebutan yang betul

walaupun telah dibantu dengan kad gambar dan kad perkataan. Murid keliru dengan perkataan

dagu, dahi, gari dan raja. Oleh itu, saya akan mengulang semula perkataan yang masih tidak

dapat dikuasai oleh murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.

5.3.2 Aktiviti 2- Mari buka dan pasang 2

Saya telah membuat peneguhan membaca perkataan kvkv dengan menunjukkan kad perkataan

dan murid mencari kad gambar serta perkataan tersebut.


1. Guru menunjukkan kad perkataan kepada murid-murid dan menyebut perkataan tersebut

serta meminta murid ulang semula.

2. Murid diminta mencari kad gambar serta kad perkataan bagi perkataan tersebut dan

dilekatkan pada papan tapak.

3. Guru meminta murid membaca perkataan yang dilekatkan secara berkumpulan.

4. Kad gambar dan kad perkataan dibuka semula dan dipasang mengikut arahan guru.

5. Murid diminta membaca secara individu dan aktiviti diulang sehingga 8 perkataan kvkv.

Sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dapat dijalankan dengan baik dan suasana bilik

darjah lebih ceria. Disiplin murid terkawal dan murid melibatkan diri secara aktif semasa

aktiviti ‘Mari Buka dan Pasang’. Murid dapat mengikuti semua langkah dalam aktiviti ini

mengikut arahan yang diberikan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, murid

masih tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi bunyi huruf konsonan ‘s’ dan ‘c’.

Oleh itu, saya akan mengulang semula perkataan yang tidak dapat dibaca pada hari ini dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

5.3.3 Aktiviti 3- Mari buka dan pasang 3,

Saya telah mengukuhkan pemahaman murid dalam membaca perkataan kvkv dengan

menunjukkan gambar sahaja dan murid mencari kad gambar dan perkataan kvkv berdasarkan

gambar yang ditunjukkan.

1. Guru menunjukkan kad gambar kepada murid-murid dan meminta murid menamakan

gambar tersebut.

2. Guru meminta murid mencari kad gambar dan perkataan berdasarkan gambar yang telah

ditunjukkan oleh guru.


3. Murid diminta membaca kad perkataan yang dilekatkan pada papan tapak secara

berkumpulan dan individu.

4. Murid membuka semula kad perkataan dan kad gambar tersebut dan pasangkan semula

berpandukan arahan guru dan diminta membaca secara individu.

5. Langkah 1 hingga 5 diulang sehingga 10 perkataan dipelajari.

Refleksi yang dapat saya buat setelah sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini adalah

objektif yang dirancang tercapai tetapi murid masih tidak menguasai kemahiran membaca

perkataan kvkv yang dipelajari dengan baik. Walaubagaimanapun, didapati murid lebih yakin

semasa membaca dan lebih bersungguh-sungguh menggunakan permainan ‘Mari Buka dan

Pasang’. Murid dapat menamakan gambar yang ditunjukkan tetapi kadang-kala menyebut

dengan sebutan yang tidak tepat semasa diminta membaca. Murid masih memerlukan

bimbingan dengan dibantu oleh kad gambar yang ditunjukkan oleh guru. Kelemahan lain yang

dikenal pasti ialah murid tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi bunyi huruf

konsonan ‘g’ dan ‘j’. Contohnya murid membaca perkataan ‘biji’ sebagai ‘bigi’. Perkataan yang

masih tidak dikuasai oleh murid diulang dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan

datang.

5.3.3 Aktiviti 4- Mari buka dan pasang 4

Saya telah membuat pengukuhan membaca perkataan kvkv dengan menyebut perkataan tersebut

manakala murid mencari kad gambar dan membina perkataan tersebut.

1. Guru memperkenalkan 12 perkataan yang dipelajari dengan menyebut perkataan tersebut.


2. Murid diminta mencari kad gambar dan kad perkataan berdasarkan perkataan yang telah

disebut oleh guru dan dilekatkan pada papan tapak.

3. Murid membaca perkataan yang telah dilekatkan mengikut arahan guru.

4. Langkah diatas dijalankan secara individu sehingga semua kad perkataan dan kad gambar

dilekatkan.

Suasana pembelajaran yang interaktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran telah membantu

sesi pembelajaran berlangsung seperti yang dirancang. Murid-murid menunjukkan sikap dan

kerjasama yang baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya tidak perlu

memberikan arahan yang banyak kerana murid telah memahami langkah-langkah dalam aktiviti

‘Mari Buka dan Pasang’. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya mendapati

murid telah dapat membaca perkataan yang dipelajari dengan sebutan yang betul secara

individu walaupun tidak dibimbing dengan menunjukkan kad gambar atau kad perkataan.

5.4 Refleksi Keseluruhan Kajian

Setelah sebulan menjalankan penyelidikan dan intervensi ke atas murid X, Y dan Z, saya

mendapati hasil yang ditunjukkan adalah seperti yang diharapkan. Berdasarkan Rajah 1, jelas

menunjukkan peningkatan murid dalam kemahiran membaca perkataan kvkv. Murid Y dan Z

menunjukkan peningkatan sebanyak 28% manakala peratus murid X meningkat sebanyak 46%

dalam ujian pos berbanding ujian pra. Peningkatan kemahiran membaca murid juga dapat

dilihat melalui jumlah perkataan yang dapat dibaca dengan betul (Jadual 1) bertambah antara 1

hingga 4 perkataan daripada jumlah perkataan yang dipelajari dalam setiap sesi intervensi.

Perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama dapat dibaca dengan lebih baik. Soalan
yang diberikan dalam lembaran kerja pula telah dapat dijawab dengan lebih tepat setelah

kemahiran membaca dapat dikuasai. Peningkatan ini dapat dilihat dengan jelas melalui Rajah 2.

Pelaksanaan intervensi ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca perkataan

kvkv malah mewujudkan suasana p&p yang menyeronokkan. ‘Best la cikgu…syok permainan

ni!!! Itulah antara kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid-murid ini selepas intervensi

dijalankan. Namun saya turut menghadapi masalah dalam menjalankan kajian ini iaitu kekangan

masa untuk melaksanakan intervensi. Pada peringkat awal, saya berasa bimbang kerana murid

yang terlibat tidak hadir ke sekolah dan menyebabkan perancangan yang telah disediakan

tertangguh. Dalam masa yang sama juga saya perlu membahagikan masa untuk menganjur dan

melaksanakan program serta melibatkan diri dalam program yang diadakan oleh pihak sekolah.

Namun segalanya dapat diatasi dan dengan pelaksanaan kajian ini, saya telah mendapat

pengalaman dan pengetahuan baru untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar. Kesimpulannya,

teknik permainan ‘Mari Buka dan Pasang’ dilihat dapat membantu murid mengatasi masalah

dalam kemahiran membaca perkataan kvkv dan menjadikan murid lebih yakin dengan

keupayaan diri mereka.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk gelungan seterusnya, saya bercadang untuk menambah jumlah perkataan kvkv

yang digunakan. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga boleh dibuat penambahbaikan

dengan menggunakan bahan yang tahan lasak seperti kad yang dileminate. Saya turut berhasrat

untuk menggunakan teknik ini apabila saya ditempatkan di sekolah kelak. Saya juga

mencadangkan teknik ini digunakan oleh guru-guru lain untuk membantu murid pendidikan

khas menguasai kemahiran asas membaca terutama perkataan kvkv. Teknik ini boleh digunakan
untuk mengajar kemahiran membaca perkataan pada aras yang lebih tinggi seperti perkataan

kv+kvk, kv+kvk dan kvk+kvk. Saya berharap semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan

dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan

menyeronokkan.

RUJUKAN

Cecil D. Mercer (1992). Students With Learning Disabilities Fourth Edition. United States:
Macmillan Publishing.

Dewan Bahasa dan Pustaka (1992). Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasrul bin Abdul Rahman (2008). Meningkatkan Penguasaan Murid Pemulihan Khas Dalam
Kemahiran KVKV Melalui Penggunaan Teknik ‘Klik’. Program Kajian Tindakan
Negeri Perak Peringkat Sekolah 2009.

Janet W. Lerner (2000), Learning disabilities: theories, diagnosis and teaching strategies.
Boston, New York: Houghton Mifflin Company

Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu
dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan IPBA 2005

Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran


Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV KVK Dalam
Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah
Rendah.

Yahya Othman (2007). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai