Anda di halaman 1dari 5

Huraikan struktur ilmu mengikut Taksonomi Bloom dan Bagaimana taksonomi Bloom ini dilaksanakan

dalam Jadual Penentu Kandungan (JPK)

Benjamin Bloom merupakan pengasas kepada teori taksonomi bloom yang mana teori ini di susun dari
aras rendah hingga ke aras tinggi. Terdapat enam aras dalam teori ini iaitu pengetahuan, pemahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Aras pengetahuan - aras paling rendah yang menguji sejauh mana keupayaan murid untuk
mendapatkan kembali, mengeluarkan kembali dan mengingat semula pengetahuan yang relevan
daripada ingatan jangka panjang.

Aras pemahaman - aras ini memerlukan keupayaan murid untuk huraian atau membina makna daripada
maklumat lisan, tulisan dan grafik melalui memberikan contoh, memberikan ringkasan dan menjelaskan.

Aras aplikasi - aras ini menguji keupayaan murid untuk menggunakan konsep,teori,prinsip, hukum dan
proesedur.

Aras analisis - aras ini menghendaki murid memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur.

Aras sintesis - aras ini memerlukan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas.

Aras penilaian - aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang
perlu diketahui.

Teori taksonomi bloom ini membantu guru dalam melaksanakan jadual penentu kandungan (jpk) di
mana guru dapat mengetahui permulaan dan pengakhiran untuk mencapai objektif yang diingin dalam
sesuatu subjek pengajaran. Guru dapat merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih sistematik bagi mendapat pencapaian dan perkembangan yang setinggi-
tingginya. Guru boleh mengaplikasikan setiap aras yang ada dalam teori taksonomi bloom ini iaitu dari
aras rendah hingga aras tinggi sebagai panduan dalam melaksanakan jadual penentu kandungan agar
setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berjalan lancar dan objektif yang
diinginkan tercapai.

Huraina strategi pegajaran untuk Pengajaran Kepelbagaian berikut:-


Memadatkan kurikulum dan pengajaran (Compacting the Curriculum and Instruction)

- tujuan memadatkan kurikulum adalah supaya murid bergerak dengan lebih laju supaya mereka
berpeluang untuk belajar isi pelajaran yang mereka inginkan serta dapat mendalami sesuatu isi
pelajaran dengan lebih baik. Strategi ini digunakan dalam proses pengajaran yang mana di dalam
sesebuah kelas itu terdapat murid yang pintar. Menurut Sally, 2007, guru boleh merekabentuk tingkat
pelajaran yang sesuai dengan murid tersebut. Selain itu, guru juga boleh menyediakan kandungan
pengajaran yang sesuai dan tugasan yang mencabar dengan menggunakan aras kesukaran yang semakin
sukar dan semakin kompleks.

Aktiviti Bertingkat (Tiered Activities)

- dalam strategi pengajaran juga boleh guru boleh melaksanakan akriviti bertingkat (tiered activities)
sebagai aktiviti P&P, di mana mereka boleh memilih tahap untuk mempelajari sesuatu subjek tersebut.
Dalam aktiviti ini, guru akan menyediakan set bahan pengajaran dan tugasan yang berbeza mengikut
tetingkat Taksonomi Bloom agar bersesuaian dengan semua kategori pelajar yang berbeza keupayaan
iaitu kumpulan mahir, sederhana dan lemah. Pada akhir sesi P&P, setiap pelajar akan dapat
menghasilkan persembahan multimedia tetapi dengan kualiti yang berbeza. Antara rasional pemilihan
aktiviti ini ialah kerana aktiviti sebegini membolehkan guru melayani kepelbagaian pelajar dengan
menyediakan aktiviti pengajaran mengikut aras keupayaan pelajar. Selain itu, ia membolehkan semua
pelajar mendapat hasil pembelajaran yang sama walaupun dengan aktiviti yang berbeza.

Kontrak-kontrak pembelajaran (Learning Contracts)

- merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara
individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis. Kontrak pembelajaran
penting dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar mengenal pasti dan merekod objektif dan
matlamat pembelajaran kendiri. Selain itu, memberi peluang pelajar menentukan matlamat
pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri serta membantu pelajar membuat
refleksi sepanjang proses kerjanya. Strategi ini menggalakkan pembelajaran kendiri dimana pelajar
diberi hak untuk mempelajari apa yang mereka kehendaki dan ia sesuai digunakan dalam kepelbagaian
pengajaran.

FORUM 3 New
Bincangkan Strategi pegajaran untuk Pengajaran Kepelbagaian mengikut:-

Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner (Multiple Intelligences by Gardner)

- Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama
rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkan melalui peluang-peluang
pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yang
menyeronokkan.Teori ini diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang menjelaskan bahawa
kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang dihargai
oleh sesuatu budaya. guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan
pelbagai murid. Peringkat pertama, guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi
memudahkan proses pembelajaran.. Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori
kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan.Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru
perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid.
Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau
menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja

Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning)

- Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik berbanding pembelajaran
tradisional dan pembelajaran ini berpusatkan murid. Guru akan memberikan masalah bukan latihan.
Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan, pembelajaran akan menjadi aktif apabila murid meneroka
dan menemui maklumat yang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku
fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah. Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid
berpeluang untuk mencuba apa yang diketahui dan menemui apa yang ingin dipelajarinya. Ia sesuai
digunakan sebagai strategi pengajaran kepelbagaian dimana setiap murid boleh berfikir dan bekerja secara
berkumpulan yang di dalamnya terdapat tahap pengetahuan yang berbeza dikalangan ahlu kumpulan dan
pelbagai latar belakang.

Pendekatan Pembelajaran Kooperatif (Cooperative Learning)

- Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Secara dasarnya setiap murid adalah pelbagai yang terdiri daripada latar belakang dan kebolehan yang
berbeza-beza dan kerana perbezaan ini mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu,
sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

1. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

2. saling berinteraksi secara bersemuka,

3. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,


4 kemahiran koperatif, dan

5. pemprosesan kumpulan

FORUM 5 New

Bincangkan bagaimana anda melibatkan para pelajar sekolah secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui motivasi, penyoalan dan pemilihan kaedah mengajar

- motivasi : dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai salah satu unsur
penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan proses
pembelajaran itu berlansung dalam keadaan yang bermakna, berfaedah dan mengembirakan
(Kamarudin Hj.Husin, 1993). Motivasi akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih
bermakna. Apabila murid seronok belajar keadaan kelas tidak akan menjadi tegang. Guru harus
mengajar dengan cara yang menarik agar dapat menimbulkan keseronokan belajar dalam kalangan
murid. Keseronokan belajar ini penting bagi meningkatkan lagi mutu pencapaian akademik. Motivasi
juga dapat mendorong pelajar melibatkan diri dengan aktif dalam proses pembelajaran. Interaksi antara
guru dengan murid sangat penting bagi meningkatkan tindak balas pelajar semasa guru mengajar.

- penyoalan : Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara
guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-
konsep, kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri
sendiri di kalangan pelajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal. Ia juga secara tidak lansung menggalakkan pelajar untuk terlibat secara aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlansung.

- pemilihan kaedah mengajar : guru sering kali berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi
kebolehan dan kekuatan mereka. Dalam situasi inilah kepakaran itu penting dalam memilih dan
menentukan strategi dan kaedah pengajaran. Oleh itu guru perlu menentukan pendekatan, memilih
kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan
pelajar. Guru juga harus kreatif dalam merencana pembelajaran dan pengajaran yang bervariasi bagi
menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Pemilihan teknik pengajaran yang berbagai untuk
diaplikasikan akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebig menarik dan akan memberi ruang kepada
pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran
tanpa rasa jemu dan bosan.
Saya bersetuju dengan kenyataan saudari yang mana saudari menyatakan bahawa terdapat enam aras
dalam domain kognitif yang telah dinyatakan dalam Taksonomi Bloom. Aras-aras tersebut bermula
dengan aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan akhir sekali penilaian yang mana
aras-aras ini membantu guru dalam membentuk jadual penentu kandungan (JPK). Melalui aras-aras ini
guru dapat melaksanakan JPK dengan lebih teratur dan tersusun agar sesi pembelajaran akan berjalan
dengan lebih lancar dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai