Anda di halaman 1dari 17

DIPLOMA LEPASAN PERGURUAN

JANUARI 2024 SEMESTER 1

HPGD1103

PEMBANGUNAN KURIKULUM

NO. MATRIKULASI : CGS03582026


NO. KAD PENGENALAN : 950912-12-5332
NO. TELEFON : 013-8887950
E-MEL : hidayuh@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU, SABAH


ISI KANDUNGAN

NO TAJUK MUKA SURAT

1. 1.0 PENGENALAN 1

2. 2.0 BAHAGIAN 1

3. 3.0 BAHAGIAN 2

4. 4.0 PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN

5. 5.0 KESIMPULAN

6. 6.0 LAMPIRAN

7.
7.0 RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, penguasaan dalam bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan
sememangnya sangat penting. Tunjang utama dalam Pembangunan sesebuah negara adalah
pendidikan. Sistem pendidikan negara yang mantap merupakan asas yang utama dalam
memajukan negara. Terjejasnya pembangunan sesebuah negara adalah disebabkan terabainya
hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Bernet Berry (2011), menjelaskan pembelajaran abad
21 sebagai suatu bentuk pembelajaran yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan
menghasilkan, mensintesis (penyatuan atau penggabungan) dan menilai maklumat daripada
pelbagai mata pelajaran dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang
berbeza. Oleh yang demikian, bagi memastikan sistem pendidikan negara terus maju ke hadapan
kurikulum di sekolah haruslah sentiasa dinaikkan taraf dari semasa ke semasa bagi membolehkan
kebolehan berfikir dalam pembelajaran pelajar seiring dengan kehendak pembangunan
kurikulum abad ke-21. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad 21 juga merujuk
kepada beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah. Berikut adalah tiga artikel yang membincangkan berkenaan inovasi
kontemporari dalam pembangunan kurikulum.

1. Teknologi multimedia dalam pendidikan abad 21yang ditulis oleh Siti Zaharah Mohid,
Roslinda Ramli, Khodijah Abdul Rahman dan Nurul Nadhirah Shahabudin pada tahun
2018
2. Model pembelajaran abad 21 dan pembelajaran menulis kolaborasi yang di tulis oleh
Imam Suhaimi dan Futika Permatasari pada tahun 2021.
3. Penyebatian Konsep Penyelesaian Masalah Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(Kbat) Dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam yang ditulis oleh Mohd
Syaubari Othman, Abu Bakar Yusof, Hasrul bin Hosshan, Mohd Afifi Bahurudin
Setambah, Mazarul Hassan Mohamad Hanapi, Kama Shafeei dan Mohd Ridhuan Mohd
Jamil pada tahun 2022

2.0 TUGASAN 1

Artikel yang pertama mengkaiji tentang mengulas tentang teknologi maklumat dan multimedia
dalam pendidikan abad ke-21 telah meluas digunakan dikalangan pendidik kerana mampu
memberi kesan dalam meningkatkan kualiti PdP. Manakala artikel yang kedua mengulas
pembelajaran abad ke-21 adalah sangat mendukung terhadap peningkatan penulisan kolaboratif,
sehingga penggunaan teknologi informasi yang sedang berkembang pesat dapat dimanfaatkan
dengan baik oleh guru atau siswa. Seterusnya artikel yang ketiga mengkaji pemahaman guru-
guru tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
dalam kurikulum pendidikan Malaysia mempunyai pengaruh yang amat besar dalam
mempersiapkan guru-guru supaya mempunyai kesediaan yang penuh dalam pelaksanaan KBAT
dalam PdPc abad ke 21.

Terdapat beberapa kemajuan terkini yang berlaku dalam sistem kurikulum yang dapat diulas
dalam ketiga-tiga artikel yang telah ditinjau. Literasi digital merupakan salah satu kemajuan
yang didapati dalam tinjauan artikel ini dimana pendidikan Teknologi Maklumat dan Multimedia
(TMm) telah meluas dan keseluruhannya telah digunakan oleh para guru oleh sebab ianya
mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran (PdP). TMm sememangnya
menjanjikan potensi besar dalam pendidikan alaf 21. Cara seseorang belajar, cara memperolehi
maklumat dan cara menyesuaikan setiap maklumat turut dipengaruhi oleh kewujudan teknologi
maklumat. Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik
mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik
belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan
masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Menurut Marcia & Lindqvist (2013), Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat
dengan buku teks sahaja tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran TMm menerusi internet
menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dimana setiap maklumat dalam
pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan mudah dan pantas. Ini telah memberi
peluang kepada setiap individu kepada capaian maklumat dan pengetahuan yang sangat luas,
jaringan komunikasi kepada lebih ramai orang serta pelbagai kemudahan di dalam dunia
pendidikan dan kerjaya. Selain itu, Zatul (2011) mengatakan TMm yang diguna dalam kurikulum
pendidikan untuk kanak-kanak OKU pendengaran dapat meningkatkan ketercapaian kepada reka
bentuk berarahan, meningkatkan hubungan komunikasi, menggalak perkembangan kemahiran,
menggalak pembelajaran jarak jauh serta menggalak pembelajaran berasaskan
penerokaanRingkasnya, TMm mempunyai pelbagai kesan positif dalam pendidikan selain
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.
Kemajuan kedua yang ditinjau dalam artikel kedua-dua artikel adalah berkaitan dengan
pembelajaran berkolaborasi. Menurut Muttaqin, Yoesoef & Abdulla (2018), pembelajaran
kolaborasi adalah salah satu pendekatan dalam pembelajaran yang lebih menitik beratkan pada
tugas spesifik dan berbagai tugas dalam kerja kelompok dengan membandingkan kesimpulan
dan prosedur kerja kelompok serta memberikan keleluasaan pada peserta didik dalam bekerja
kelompok. Apabila pelajar-pelajar telah membiasakan diri dengan cara pembelajaran kolaborasi
iaitu aktiviti pembelajaran dilakukan secara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain
di dalam kumpulan kecil untuk memperoleh ilmu, maka mereka akan mudah berkembang untuk
menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.

Kemajuan ketiga daripada artikel seterusnya adalah dari aspek kemahiran penyelesaian
masalah. Berdasarkan artikel Menerusi konteks kajian ini, penganalisaan penyelesaian masalah
pengajaran guru ditentukan kepada tiga komponen iaitu permulaan pengajaran, perkembangan
pengajaran dan penutup pengajaran dengan setiap komponen diperincikan bagaimana elemen
penyelesaian masalah dapat dilaksanakan. Kemahiran menyelesaikan masalah ini adalah untuk
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang difikirkan penting dalam
disiplin dan kurikulum di IPT bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dri segi akademik, emosi
dan akhlak. Mohd Anuar (2014), untuk itu pengaplikasian teknik penyelesaian masalah yang
berkesan berkeupayaan mendorong dan merangsang pemikiran pelajar. Guru yang mempunyai
kemahiran pengenalpastian masalah bukan sahaja berupaya mendorong dan merangsang
pemikiran pelajar malah mampu meningkatkan keyakinan diri dan pelajarnya daripada bersifat
pasif atau pendiam kepada pembelajaran yang lebih aktif.

Tidak dinafikan bahawa revolusi iaitu Revolusi Industri 4.0 telah memberi impak yang besar
kepada kaedah pembelajaran di mana sistem teknologi semakin maju sehinggakan kesemua info
dan data boleh dicari dihujung jari dan kini mengalami revolusi perlahan-lahan yang dikenali
sebagai Pendidikan 4.0. Artikel tiga juga menyatakan kemahiran berfikir salah satu kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat yang membantu individu membuat keputusan dengan tepat,
munasabah, memberi justifikasi dan yakin tanpa sebarang kekeliruan. Oleh yang demikian guru
dan murid di semua peringkat pengajian perlulah menguasai kemahiran berfikir kritis bagi
memastikan hasrat kompetensi pembelajaran abad ke-21 dapat dicapai. Dalam proses
pembelajaran, budaya belajar murid amat berkait rapat dengan gaya pengajaran guru. Oleh yang
demikian, jika sekiranya guru menguasai konsep kritis dengan baik sudah pasti murid dapat
mengaplikasinya dengan penuh keyakinan. Secara langsung akan dapat membantu meningkatkan
keterampilan berfikir murid sama ada dalam atau luar bilik darjah. Setiap pelajar yang bakal
dilahirkan mestilah mempunyai kemahiran penyelesaian masalah kompleks, cemerlang di dalam
kemahiran berkomunikasi secara verbal dan bertulis, berkepimpinan dan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi serta sentiasa kreatif dan bijak memanfaatkan semua peluang yang ada.
Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar terlebih dahulu perlu mempersiapkan diri dengan semua
nilai-nilai teras tersebut kerana mereka merupakan inspirasi kepada pelajar. Para pendidik juga
perlu bersedia untuk melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Abu Bakar Nordin (2013) mencadangkan penilaian keatas kurikulum yang sedia ada bagi
keseimbangan sosio-ekonomi. Hal ini turut merujuk kepada ketersediaan sumber kerana sosio-
ekonomi yang mantap dan stabil sangat diperlukan bagi negara yang sedang membangun.
Pembangunan pesat sesebuah negara bergantung kepada rakyat-rakyatnya. Jika rakyat-rakyatnya
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, maka negara tersebut akan sentiasa ada sumber tenaga
manusia yang berkemahiran tinggi. Kestabilan status ekonomi dan politik negara sangat
bergantung daripada sumber tenaga manusia.

Seterusnya penilai dari faktor integerasi teknologi. Integrasi teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah langkah penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan.
Dengan merancang dengan teliti, memilih teknologi yang sesuai, dan memberikan latihan yang
mencukupi, pendidik dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik dan
efektif. Perkara yang penting dalam integrasi teknologi ialah setiap strategi itu harus menjurus
kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar
menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan
denagan isi kandungan (Rusmini Ku Ahmad, 2012). Dengan itu integrasi adalah menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
menghasilkan pelajar yang lebih berpengetahuan dan juga dapat mewujudkan proses
pembelajaran yang lebih menarik.

Manakala dari aspek Latihan guru boleh dilihat berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
(2013-2025), konsep Latihan dalam perkhidmatan ialah suatu prosespenambahbaikan dalam
pengetahuan yang dimiliki, kemahirandan kompetensi guru-guru sebagai kunci proses
penambahbaikan sekolah. Malah ia menggariskan hanya guru-guru yang berkualiti tinggi dan
berpencapaian tinggi dalam peperiksaan awam akan mengisi sistem pendidikan negara kita.
Maka kerajaan mempromosikan pembangunan profesionalisme secara berterusan (CPD) bagi
guru-guru yang sedia ada sebagai satu langkah menambahkan kualiti dan kelayakan mereka. Ia
adalah sebagai salah satu usaha bagi mencapai anjakan dalam pelan pembangunan pendidikan
2013-2025 (KPM,2012). Latihan dalam perkhidmatan juga dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran oleh guru-guru mengenai amalan-amalan dalam pengajaran agar mereka dapat
menambahbaik pengajaran supaya pelajardapat belajar dengan baik. Ia adalah proses
peningkatan, kemajuan guru-guru secara profesional (Lieberman, 1996). Menurut beliau juga,
latihan dalam perkhidmatan merupakan satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan
keupayaan guru dalam pengajaran dalam kelas. Secara rumusannya, latihan dalam perkhidmatan
sentiasa dikaitkan dengan peningkatan profesionalisme dan ia dianggap sebagai satu usaha yang
berterusan. Dalam konteks Malaysia latihan dalam perkhidmatan adalah satu usaha secara
sistematik untuk memberikan input kepada guru-guru menerusi kursus, bengkel dan sebagainya
agar mereka menjadi lebih professional dan mempunyai kompetensi yang sesuai bagi
menjayakan matlamat sistem pendidikan negara kita.

3.0 TUGASAN 2

Tajuk Perkara
i) Tajuk kursus  Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
ii) Penerangan kursus  Setiap sesebuah sekolah yang cemerlang sudah tentu
mempunyai barisan pelajar yang dilanti sebagai Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS). PRS ialah seorang pelajar yang dilatih
dari aspek Kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia
dikategorikan sebagai seorang kawan yang mampu
membimbing rakan sebayanya terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan. PRS juga akan menjadi seorang
pendengar yang setia, peka kepada perasaan orang lain,
mengambil berat serta dengan rela hati berkhidmat kepada
sistem sekolah.
 Kursus kepimpinan ini sangat berguna kepada pelajar untuk
membantu pelajar untuk memupuk potensi mahupun bakat
kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa,
bertolenrasi, setia membantu dan membina budaya kasih mesra
dalam kalangan pelajar.
 Pelajar akan mampu membantu mengurangkan salahlaku di
kalangan pelajar melalui pengaruh positif .
iii) Rasional  Kursus ini penting untuk memberikan pendedahan kepada
pelajar bahawa khidmat pelajar membantu pelajar memrupakan
salah satu khidmat sokong yang penting. Hal ini kerana pelajar
dijangka lebih memahami luahan perasaan rakannya dan akan
lebih mudah untuk mereka rapati.
 Selain itu, kursus ini memberi kepada pelajar yang berpotensi
untuk meningkatkan keberkesanan mereka dengan
berkomunikasi dan kaunseling secara berkesan bukan sahaja
dengan rakan sebaya tetapi juga dengan orang ramai dalam
pelbagai konteks sosial di dalam sekolah dan masyarakat.
iv) Tempoh kursus  Kursus ini dijalankan selama 2 hari 1 malam
v) Objektif Pernyataan hasil pembelajaran kursus (HPK):
1. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam
perkhidmatan PRS.
2. Melatih pelajar mengaplikasikan Kemahiran dan keupayaan
berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan pelbagai konteks
sosial.
3. Memberikan kesedaran dan pendedahan awal kepada pelajar
mengenai peranan pemimpin sekaligus menjadi peneraju
kepada sekolah yang cemerlang dari segi sahsiahnya.
vi) Pra-Syarat Kursus  Terbuka kepada pelajar yang telah dilantik menjadi
Pembimbing Rakan Sebaya
 Pelajar haruslah mempunyai semangat yang tinggi
vii) Kandungan Kursus ini mempunyai 5 modul :

Modul 1: Pengenalan kepada asas kepimpinan


 Apa itu kepimpinan
 Kepentingan kepimpinan yang berkesan
 Gaya kepimpinan
 Cabaran dan stategik kepimpinan

Modul 2: Kemahiran komunikasi dan kaunseling


 Ciri-ciri teknik komunikasi yang efektif
 Cara menjadi pendengar yang setia dan peka
 Teknik kaunseling yang berkesan
 Matlamat kaunseling

Modul 3: Botol Harapan


 Aktiviti berkumpulan dimana pelajar akan diminta untuk
berbaris dalam satu barisan
 Peserta akan bergilir-gilir memasukan air ke dalam botol
menggunakan tangan dalam jarak yang telah ditetapkan
 Setiap Kumpulan diminta berusaha untuk mengisi air sebanyak
mungkin dalam tempoh masa 10 minit dan penilaian
pemarkahan berdasarkan paras air yang diisi.
 Perserta akan dinilai dari aspek kecekapan dan ketelitian
berdasarkan kesungguhan mereka menyelesaikan aktiviti
tersebut tanpa berputus asa.

Modul 4: Radio Rosak


 Pelajar akan dibahagikan beberapa Kumpulan dan ketua
Kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi ayat
yang perlu diingati
 Ketua kumpulan akan membisikan ayat yang telah diingatinya
itu kepada orang kedua dan orang kedua akan menyampaikan
kepada orang ketiga dan sehingga lah orang yang terakhir
 Pelajar yang terakhir akan menyampaikan maklumat yang
didengari. Laporan ayat kumpulan yang tepat akan dianggap
pemenang
 Objektif aktiviti ini ialah untuk melihat ketelitan, kepekaan
pelajar tentang sesuatu maklumat

Modul 5: Pengucapan Awam


Asas pengucapan awam:
 Pengumpulan isi
 Penyusunan isi
 Penguasaan isi
 Pengunaan gaya dan bahasa yang sesuai
 Penyampaian ucapan
Panduan pengucapan awam yang berkesan:
 Menangani kegugupan
 Mengumpul idea dan maklumat
 Mengatur bahan ucapan
 Merancang pengenalan ucapan
 Merancang penutup ucapan
 Membuat latihan berucap
 Menyampaikan ucapan
vii) Bahan Berikut adalah beberapa barang yang diperlukan oleh peserta:
 Kit pelajar (fail, buku nota, kertas A4 dan pen)
 Sistem siar raya
 Laptop
 LCD
 Slaid Power Point
 Cetakan nota slaid
 Cetakan lampiran aktiviti dalam modul
 Botol
ix) Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran kursus ini merangkumi beberapa pendekatan dan
metodologi yang bertujuan untuk memberikan pembelajaran yang
berkesan dan interaktif kepada pelajar. Berikut adalah beberapa kaedah
pengajaran yang diaplikasikan di dalam bengkel ini:

Ceramah
 Slot ceramah berkaitan peranan Pembimbing Rakan Sebaya
akan disampaikan kepada para peserta program. Slot-slot
tersebut adalah berkaitan dengan ceramah kepimpinan, ceramah
pengurusan kepimpinan dan ceramah motivasi kendiri bagi
menjana kecemerlangan pelajar. Dengan adanya slot-slot
ceramah tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada pelajar
tentang kepentingan menjadi seorang pemimpin dan
meningkatkan motivasi pelajar. Di samping itu, ia dapat
membentuk jati diri pelajar yang berketrampilan dari segi
perwatakan dan tingkah laku yang positif dalam menghadapi
cabaran pada masa hadapan

Latihan dalam kumpulan (LDK)


 Latihan dalam kumpulan (LDK) merupakan satu aktiviti yang
dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil yang telah
dibentuk. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan dan mereka
akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan yang
diberikan. Dengan ini, ia dapat memupuk semangat kerjasama,
percambahan idea, keyakinan diri dan semangat berpasukan.

Indoor dan Outdoor


 Program ini melibatkan aktiviti indoor dan outdoor yang
bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak
mudah merasa bosan dengan hanya tertumpu kepada satu jenis
aktiviti sahaja. Antara aktiviti indoor yang dijalankan adalah
seperti kemahiran kepimpinan dan motivasi kendiri serta
latihan dalam kumpulan (LDK). Manakala aktiviti outdoor pula
lebih tertumpu kepada luar dewan seperti aktiviti riadah dan
beberapa amali fizikal yang lain.

Persembahan video
 Penceramah memaparkan contoh-contoh video tentang cara
berkomunikasi dengan berkesan supaya pelajar dapat
berkomunikasi dengan betul.
x) Prosedur Pentaksiran Antara teknik penilaian yang boleh digunakan untuk mengesan
dan Penggredan kemajuan peserta ke arah mencapai matlamat dan objektif kursus ialah:

 Untuk menguji tahap kreativiti peserta dalam kemahiran


komunikasi dan kaunseling.
 Penceramah akan menilai dan memerhati pelajar semasa sesi
berkomunikas secara lisan serta bertulis dan sekaligus
memberikan respon tentang kekurangan dan kelemahan mereka
dengan memerhati pelajar semasa mereka berkomunikasi secara
lisan dan bertulis. Fasilitator juga boleh membantu untuk
membetulkan kesilapan peserta.
xi) Rujukan utama  Slaid Power Point
 Ebook dari laman web
https://eprints.ahmaddahlan.ac.id/id/eprint/1/1/
Kepemimpinan.pdf
 Video youtube
https://www.youtube.com/watch?v=3HDIMI1cQV0
 Buku bertajuk kepimpinan yang berkesan
xii) Maklumat tambahan Berikut adalah empat maklumat tambahan tentang kursus ini:

 Kursus ini akan diketuai oleh guru sekolah dimana guru


tersebut adalah guru yang mengawal bahagian jawatan PRS.
Mereka juga mempunyai pengalaman dalam menjadi sebagai
pengajar dalam beberapa kursus kepimpinan.
 Kursus ini terbuka kepada semua pelajar yang berjawatan
sebagai PRS dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.
 Tiada sebarang yuran atau bayaran dikenakan
4.0 BAHAGIAN 2

PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN


5.0 RUJUKAN

Davies, C. (2011). Changing Academics, Changing Curriculum: How Technology Enhanced


Curriculum Design can Deliver Strategic Change. Proceedings of the European Conference on
E-Learning, 153–156.

Hj. Mu’ah, Tri Ifa Indrayani, H. Masram & Muhammad Sulton. (2019). Kepimpinan.
Kharisma Putra Utama Offset.

Muhali, M. (2019). Pembelajaran inovatif abad ke-21. Jurnal Penelitian Dan Pengkajian
Ilmu Pendidikan: E-Saintika, 3(2), 25-50.

Muhammad, N., & Ismail, M. S. (2020). Analisis keberkesanan penggunaan ICT dalam
mendepani gelombang revolusi industri 4.0 dalam kalangan pelajar di negeri Terengganu,
Malaysia. Asian People Journal (APJ), 3(1), 101-109.

Mustafa, P. S., & Dwiyogo, W. D. (2020). Kurikulum pendidikan jasmani, olahraga, dan
kesehatan di Indonesia abad 21. Jurnal Riset Teknologi dan Inovasi Pendidikan (JARTIKA), 3(2),
422-438.

Norlida Mohd Yaacob, Rosnah Ishak & Muhammad Faizal A. Ghani. (2024). Hubungan
Kepimpinan Multidimensi Pengetua Dengan Penerimaan Guru Terhadap Digital Education
Learning Initiative Malaysia (DELIMa): Satu Tinjauan Awal. 11(1)

Radin, M., & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan pendidikan abad ke-21 di Malaysia:
Satu tinjauan awal. Sains Humanika, 10(3-2).

Zulkifli, Z. (2020). Analisis Kompetensi Guru Menghadapi Era Revolusi Industri 4.0. JISIP
(Jurnal Ilmu Sosial Dan Pendidikan), 4(3).

Anda mungkin juga menyukai