Anda di halaman 1dari 17

RINGKASAN DSKP TINGKATAN 5:

MENDENGAR DAN BERTUTUR


1.1Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
ayat dalam pelbagai ujaran.
1.1.1Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan makna dan fungsi perkataan,
rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan jelas dan betul.
1.1.2Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai jenis komunikasi lisan dengan
betul.

1.2Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai
ujaran.
1.2.1Mendengar dan memberikan respons dalam pelbagai jenis ayat tanpa mengubah maksud
konteks ayat.

1.3Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan
memberikan respons.
1.3.1Mendengar dan menghubungkaitkan maklumat daripada pengetahuan sedia ada dengan fakta
baharu secara betul, tepat dan bermakna.
1.3.2Mendengar dan menjana idea baharu daripada maklumat yang diperoleh dengan betul dan
bermakna.

1.4Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1Memberikan maklum balas yang berbentuk idea baharu dalam perbualan secara bertatasusila.
1.4.2Berbahas tentang sesuatu perkara dengan mengemukakan fakta yang logik dan relevan secara
bertatasusila.

1.5Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.


1.5.1Bersoal jawab menggunakan soalan terbuka untuk meneroka dan mengetahui sesuatu perkara
secara bertatasusila.
1.5.2Bersoal jawab dalam pelbagai situasi untuk mengemukakan idea baharu bagi meningkatkan
kebolehpasaran diri secara bertatasusila.

1.6Mempersembahkan maklumat secara lisan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi.
1.6.1Mempersembahkan idea dan maklumat dalam pelbagai situasi dengan betul, tepat dan jelas
serta menggunakan intonasi yang sesuai secara kreatif dan bertatasusila.

1.7Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


1.7.1Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak hujah secara rasional dan
bertatasusila.
1.7.2Berunding secara kritis untuk membuat keputusan dengan memberikan justifikasi tentang
sesuatu perkara secara bertatasusila.
1.8Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik.
1.8.1Merumus dan mengulas isu semasa secara kritis dan bernas dengan menggunakan ayat yang
gramatis.
1.8.2Merumus dan menilai kekuatan dan kelemahan karya secara kritis dengan menggunakan ayat
yang gramatis.
KEMAHIRAN MEMBACA
2.1Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
2.1.1Membaca pelbagai jenis teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada
yang sesuai.
2.1.2Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai
berdasarkan situasi.

2.2Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta ungkapan dan ayat
dalam pelbagai bahan.
2.2.1Membaca untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan maklumat daripada bahan dan
sumber yang berbeza dengan betul menggunakan pelbagai teknik bacaan.

2.3Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


2.3.1Membaca, menilai dan membandingkan bahan teks yang berbeza dengan betul berdasarkan
bukti yang terdapat dalam teks menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
2.3.2Membaca untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah daripada pelbagai bahan
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
2.3.3Membaca untuk membuat inferens daripada pelbagai bahan dengan betul menggunakan teknik
bacaan yang sesuai.
2.3.4Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang
betul dan tepat menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
2.3.5Membaca untuk merumus pandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu
berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai.

2.4Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa dan
meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.
2.4.1Membaca pelbagai bahan ilmiah untuk membuat refleksi bagi meningkatkan pengetahuan
dalam pelbagai bidang ilmu.

KEMAHIRAN MENULIS
3.1Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1Menulis untuk menjelaskan maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut
konteks.

3.2Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu perkara.


3.2.1Menulis untuk membuat justifikasi berdasarkan penilaian sesuatu perkara dengan
menggunakan ayat yang gramatis.

3.3Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.


3.3.1Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam
pelbagai bahan.

3.4Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.


3.4.1Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.
3.4.2Menulis untuk menghuraikan perenggan isi secara kritis dan kreatif dengan menggunakan
bahasa yang gramatis.
3.4.3Menulis untuk menghasilkan pelbagai jenis karangan yang lengkap dengan menggunakan
bahasa berbudaya.
3.5Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
3.5.1Menulis untuk mengolah maklumat dan membuat justifikasi daripada pelbagai bahan dan
sumber bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat
yang sesuai.
3.5.2Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi
menghasilkan penulisan dan bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda
wacana yang sesuai.
3.6Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.
3.6.1Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam
pelbagai teks.

ASPEK SENI BAHASA


4.1Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
4.1.1Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam prosa
moden dan prosa tradisional.
4.1.2Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam puisi moden
dan puisi tradisional.
4.2Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.
4.2.1Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah
pujangga dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.
4.3Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk prosa dan puisi.
4.3.1Menghasilkan skrip drama dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan menarik.
4.3.2Menghasilkan gurindam secara tertib, menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah.
4.4Mempersembahkan pelbagai prosa dan puisi secara kreatif.
4.4.1Mempersembahkan drama dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.
4.4.2Mempersembahkan seloka dan gurindam dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan
pelbagai media secara kreatif.
4.4.3Mempersembahkan sedutan novel secara langsung dengan kreatif dan menarik.

ASPEK TATABAHASA
5.1Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.1.1Mengaplikasi bentuk kata tunggal dan kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa dengan betul
mengikut konteks.
5.1.2Mengaplikasi pelbagai kata terbitan dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut
konteks.
5.1.3Mengaplikasi bentuk kata ganda dan akronim dalam pelbagai laras bahasa dengan betul
mengikut konteks.
5.2Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.2.1Memahami dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan betul
mengikut konteks.
5.3Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.3.1Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai laras bahasa dengan betul mengikut
konteks.
5.3.2Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut konteks.
5.3.3Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
5.3.4Memahami dan menggunakan ragam ayat yang betul mengikut konteks.

RINGKASAN DSKP TINGKATAN 4:


MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.1Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
ayat dalam pelbagai ujaran.
1.1.1Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai
kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.
1.1.2Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

1.2Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai
ujaran.
1.2.1Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
kefasihan dengan betul.

1.3Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan
memberikan respons.
1.3.1Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi
dengan betul, tepat dan bermakna.
1.3.2Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul
dan bermakna.

1.4Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila.
1.4.2Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum
dengan yakin secara bertatasusila.

1.5Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan.


1.5.1Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan
terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila.
1.5.2Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara
berhemah dan bertatasusila.
1.5.3Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dengan yakin.

1.6Mempersembahkan maklumat secara lisan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi.
1.6.1Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan
dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.

1.7Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


1.7.1Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara
secara bertatasusila.
1.7.2Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang
santun.

1.8Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik.


1.8.1Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan
gramatis.
1.8.2Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis
menggunakan ayat yang betul dan gramatis
KEMAHIRAN MEMBACA
2.1
Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
Murid boleh:
2.1.1
Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar.
2.1.2
Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
2.2
Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta ungkapan dan ayat dalam
pelbagai bahan.
2.2.1
Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada
pelbagai bahan primer.
2.3
Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.
2.3.1
Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan
tepat.
2.3.2
Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
2.3.3
Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
2.3.4
Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
2.3.5
Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
2.4
Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa dan meluaskan
pengetahuan bagi pembangunan diri.
2.4.1
Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.

KEMAHIRAN MENULIS
3.1Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan ayat.
Murid boleh:
3.1.1Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata,
dan ungkapan dengan betul mengikut konteks.

3.2Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu perkara.


3.2.1Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan
memberikan justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.

3.3Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.


3.3.1Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan.

3.4Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.


3.4.1Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.
3.4.2Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras
bahasa yang sesuai dan gramatis.
3.4.3Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis.
3.4.4Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.
3.4.5Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.

3.5Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
3.5.1Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
3.5.2Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.

3.6Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


3.6.1Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

ASPEK SENI BAHASA


4.1Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
4.1.1Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya.
4.1.2Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya.

4.2Memahami dan menggunakan peribahasa dalam lisan dan penulisan.


4.2.1Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.

4.3Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk prosa dan puisi.


4.3.1Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan
menarik.
4.3.2Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila.

4.4Mempersembahkan pelbagai prosa dan puisi secara kreatif.


4.4.1Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.
4.4.2Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai menggunakan
pelbagai media secara kreatif.
4.4.3Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.

ASPEK TATABAHASA
5.1Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.1.1Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul
mengikut konteks.
5.1.2Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.
5.1.3Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut
konteks.

5.2Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.2.1Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.
5.2.2Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
5.2.3Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
5.2.4Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
5.3Memahami dan menggunakan ayat yang sesuai dalam pelbagai bidang
5.3.1Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
dengan betul mengikut konteks.
5.3.2Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.
5.3.3Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat
majmuk yang betul mengikut konteks.
5.3.4Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang
betul mengikut konteks.

RINGKASAN DSKP TINGKATAN 3:


MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.1Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
ayat dalam pelbagai ujaran.
1.1.1Mendengar, mengenal pasti dan menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan
dalam pelbagai ujaran dengan betul, tepat dan jelas.
1.1.2Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang
sesuai dan jelas.

1.2Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai
ujaran.
1.2.1Mendengar dan menerangkan maksud perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam
pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.
1.2.2Mendengar dan menerangkan maksud ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
mengikut konteks secara bertatasusila.

1.3Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan
memberikan respons.
1.3.1Mendengar dan mengkategorikan maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana, serta
memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna mengikut konteks.
1.3.2Mendengar dan menganalisis maklumat yang terdapat dalam pelbagai wacana serta
memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna.

1.4Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca dalam situasi
tidak formal secara bertatasusila.
1.4.2Berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar, ditonton atau dibaca

1.5 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai soalan, dan mengemukakan
jawapan.
1.5.1Bersoal jawab untuk mencambahkan idea secara kritis dan bertatasusila.

1.6Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi.


1.6.1Menjana idea dan menyampaikan pidato dengan betul, jelas, dan intonasi yang sesuai
menggunakan ayat yang gramatis

1.7Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


1.7.1Berbincang tentang sesuatu perkara untuk menerima atau menolak pandangan secara rasional
dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
1.7.2Berunding untuk membuat pertimbangan tentang sesuatu pilihan secara rasional menggunakan
ayat yang gramatis dan bahasa yang santun

1.8 Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik.


1.8.1 Mengkritik secara membina tentang sesuatu isu kemasyarakatan dengan kritis dan jelas
menggunakan ayat yang gramatis.
1.8.2Mengulas dan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan audio
visual dengan kritis menggunakan ayat yang gramatis.

KEMAHIRAN MENBACA
2.1Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
2.1.1Membaca dan memahami laras bahasa sesuatu laporan dan berita dengan sebutan dan intonasi
yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.
2.1.2Membaca dan memahami laras bahasa cerpen dengan sebutan, intonasi yang betul dan nada
yang sesuai.

2.2Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta ungkapan dan ayat
dalam pelbagai bahan.
2.2.1Membaca dan menerangkan maksud istilah yang tepat dalam pelbagai bahan menggunakan
glosari, kamus dan tesaurus dengan betul dan tepat.
2.2.2Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan
respons peribadi yang sesuai.
2.2.3Membaca dan memahami serta membuat ulasan keseluruhan maksud sesuatu bahan grafik.

2.3Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


2.3.1Membaca dan mengulas maklumat daripada pelbagai teks dengan betul dan tepat.

2.4Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa dan
meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.
2.4.1Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat yang rasional tentang pelbagai
bahan fiksyen dan bukan

KEMAHIRAN MENULIS
3.1Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah, rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1Menulis dan menerangkan makna kata, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dengan betul
mengikut konteks.

3.2Menulis untuk mengemukakan maklumat tentang sesuatu perkara.


3.2.1Menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu perkara yang dibaca,
didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis.

3.3Menulis untuk melengkapkan maklumat dan menjawab soalan dalam pelbagai bahan.
3.3.1Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
3.3.2Menulis dan menjawab pelbagai soalan secara kritis dengan betul.

3.4Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara terancang.


3.4.1Menulis kerangka penulisan dengan menyusun isi secara terancang.
3.4.2Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan menggunakan bahasa yang menarik dan
gramatis.
3.4.3Menulis perenggan isi dengan bahasa yang gramatis secara kritis dan kreatif.
3.4.4Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta menepati tema menggunakan ayat
yang gramatis.
3.4.5Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap serta menggunakan bahasa yang
gramatis dan kreatif.

3.5Menulis untuk meringkaskan dan merumuskan pelbagai bahan prosa.


3.5.1Menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai bahan prosa
menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

3.6Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
3.6.1Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan prosa kepada pelbagai bentuk penulisan yang
baharu, betul, sesuai dan menarik.
3.6.2Menulis dan mengadaptasi sesuatu bahan grafik kepada prosa menggunakan ayat yang menarik
dan gramatis.

3.7Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


3.7.1Mengedit dan menyunting ayat dalam pelbagai teks tanpa mengubah maksud asal.

ASPEK SENI BAHASA


4.1Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
4.1.1Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan menyatakan respons peribadi terhadap
kekuatan dan kelemahan sesuatu karya.
4.1.2Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons peribadi tentang
maksud tersurat dan tersirat dalam sesuatu puisi.

4.2Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah
pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan.
4.2.1Menggunakan kiasan dan peribahasa dengan betul mengikut konteks.

4.3Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.


4.3.1Menghasilkan cerpen secara terancang dengan menggunakan idea yang kreatif serta bahasa
yang indah dan menarik.
4.3.2Menghasilkan puisi berdasarkan bahan rangsangan yang sesuai menggunakan bahasa yang
indah dan menarik.

4.4Mempersembahkan pelbagai prosa dan puisi secara kreatif.


4.4.1Mempersembahkan karya prosa dalam bentuk ilustrasi menggunakan pelbagai media secara
kreatif.
4.4.2Mempersembahkan puisi dalam pelbagai media secara kreatif.
4.4.3Mempersembahkan karya prosa dan puisi secara kreatif dalam pelbagai aktiviti berbahasa.

ASPEK TATABAHASA
5.1Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.
5.1.1Memahami dan menggunakan kata nama dan kata pinjaman dengan betul.
5.1.2Memahami dan menggunakan kata adjektif dalam ayat mengikut konteks.
5.1.3Memahami dan menggunakan kata tugas dalam ayat mengikut konteks.
5.1.4Memahami dan menggunakan kata kerja dalam ayat mengikut konteks.
5.2Memahami dan menggunakan kata ganda.
5.2.1Memahami dan menggunakan pelbagai kata ganda dalam ayat mengikut konteks dengan betul.

5.3Memahami dan menggunakan kata terbitan.


5.3.1Memahami dan menggunakan pelbagai kata terbitan dalam ayat mengikut konteks dengan
betul.

5.4Memahami dan menggunakan frasa.


5.4.1Memahami dan menggunakan pelbagai frasa dalam ayat mengikut konteks.

5.5Memahami dan membina pelbagai ayat.


5.5.1Membina dan menukar struktur ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.

5.6Menganalisis ayat.
5.6.1Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat.

RINGKASAN DSKP TINGKATAN 2


KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.1Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
ayat dalam pelbagai ujaran.
1.1.1Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam
pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.
1.1.2Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang
betul.

1.2Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai
ujaran.
1.2.1Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta
menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara
bertatasusila.
1.2.2Mendengar dan memahami ayat majmuk serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan
betul dan tepat mengikut konteks.

1.3Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan
memberikan respons.
1.3.1Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan
respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.
1.3.2Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang
sesuai dan bermakna.

1.4Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1Berbual dengan menerangkan sesuatu isu yang berkaitan komuniti menggunakan sebutan yang
betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
1.4.2Berbicara untuk memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal
secara bertatasusila.
1.4.3Menceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat dalam situasi formal dan tidak formal dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.
1.5Bersoal jawab tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai soalan, dan mengemukakan
jawapan.
1.5.1Mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai secara bertatasusila.
1.5.2Memberikan jawapan dengan pelbagai penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara dengan
betul, tepat dan secara bertatasusila.
1.5.3Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan
jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila.

1.6Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi.


1.6.1Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis.
1.6.2Menjana dan menyampaikan maklumat dalam bentuk panduan dan pesanan dengan betul dan
jelas, intonasi yang sesuai dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.

1.7Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


1.7.1Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara
rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
1.7.2Berunding untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu perkara secara rasional dengan
ayat yang gramatis dan bahasa yang santun

1.8Mengulas sesuatu perkara dan isu.


1.8.1Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang
betul, tepat dan gramatis.
1.8.2Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan
bernas menggunakan ayat yang gramatis.

KEMAHIRAN MEMBACA
2.1Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
2.1.1Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan
dan intonasi yang betul.serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.
2.1.2Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

2.2Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta maksud ungkapan dan
ayat dalam pelbagai bahan.
2.2.1Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan
menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
2.2.2Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai
bahan dengan memberikan respons yang betul.
2.2.3Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan
daripada pelbagai bahan .

2.3Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


2.3.1Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

2.4Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa dan
meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.
2.4.1Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka
maklumat baharu.
KEMAHIRAN MENULIS
3.1Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah; maksud rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta
menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

3.2Menulis untuk mengemukakan maklumat dan pandangan tentang sesuatu perkara.


3.2.1Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada
daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis.

3.3Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.


3.3.1Menulis untuk melengkapkan perenggan dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.

3.4Menulis untuk menghasilkan perenggan dan karangan secara terancang.


3.4.1Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.
3.4.2Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegas secara terancang.
3.4.3Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang
gramatis.
3.4.4Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

3.5Menulis untuk meringkaskan dan merumuskan pelbagai bahan prosa.


3.5.1Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang
gramatis.

3.6Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
3.6.1Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi
menggunakan ayat yang gramatis.

3.7Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


3.7.1Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah
maksud asal dalam perenggan.

ASPEK SENI BAHASA


4.1Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi.
4.1.1Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan
pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.
4.1.2Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud,
tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

4.2Memahami dan menggunakan bandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan madah
pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan.
4.2.1Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama
dengan betul dan mengikut konteks.

4.3Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.


4.3.1Menghasilkan papan cerita berasaskan idea dan tema yang mudah menggunakan bahasa yang
betul.
4.3.2Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang diberi berdasarkan pengalaman
murid secara kreatif.
4.4Mempersembahkan pelbagai prosa, puisi dan karya kreatif lain.
4.4.1Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.
4.4.2Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.
4.4.3Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

ASPEK TATABAHASA
5.1Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.
5.1.1Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.
5.1.2Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan
betul mengikut konteks.
5.1.3Memahami dan menggunakan kata prafrasa iaitu, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata
nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata iaitu kata penekanan dan kata
pembenda dengan betul mengikut konteks:
5.1.4Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

5.2Memahami dan menggunakan kata ganda dalam pelbagai ayat.


5.2.1Memahami dan menggunakan kata ganda separa tunggal dan separa berimbuhan dalam
pelbagai ayat.

5.3Memahami dan menggunakan kata terbitan dalam pelbagai ayat.


5.3.1Memahami dan menggunakan apitan bagi kata nama dengan betul mengikut konteks.

5.4Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat.


5.4.1Memahami dan menggunakan pelbagai frasa adjektif dengan betul dan tepat mengikut
konteks.

5.5Memahami dan membina pelbagai ayat.


5.5.1Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut
konteks.

5.6Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat.


5.6.1Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
RINGKASAN DSKP TINGKATAN 1
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.1Mendengar, mengenal dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi
ayat dalam pelbagai ujaran.
1.1.1Mendengar dan mengenal sebutan perkataan dan rangkai kata dalam pelbagai ujaran dengan
betul dan tepat.
1.2Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan dan ayat dalam pelbagai
ujaran.
1.2.1Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai
ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.
1.2.2Mendengar dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dalam ujaran dengan
menyatakan maksud yang betul, tepat dan jelas mengikut konteks

1.3Mendengar dan memahami maklumat, fakta, idea dan hujah dalam pelbagai wacana dan
memberikan respons.
1.3.1Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam pelbagai wacana dengan
memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.
1.3.2Mendengar dan memahami maklumat, fakta dan idea dalam pengumuman dan ucapan dengan
memberikan respons yang betul, tepat dan bermakna.

1.4Berbicara tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi formal dan tidak formal.
1.4.1Berbual tentang kegiatan harian serta hal-hal persendirian menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul secara santun.
1.4.2Berbicara untuk memulakan dan mengakhiri perbualan, bertanya khabar, serta menyatakan
terima kasih dan penghargaan secara bertatasusila.
1.4.3Menceritakan pengalaman diri dan orang lain dalam pelbagai situasi dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara santun.

1.5Bersoal jawab tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan dan
mengemukakan jawapan.
1.5.1Mengemukakan soalan bertumpu untuk mengetahui pesanan, arahan, panduan dan tunjuk cara
dengan betul tepat dan secara bertatasusila.
1.5.2Memberikan jawapan yang sesuai tentang sesuatu perkara dengan betul, tepat dan secara
bertatasusila.
1.5.3Bersoal jawab dalam perbualan menggunakan soalan bertumpu dan mengemukakan jawapan
yang sesuai dan betul secara bertatasusila.

1.6Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi.


1.6.1Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan betul dan jelas menggunakan ayat
yang gramatis.
1.6.2Menyampaikan maklumat dalam bentuk ucapan dan pengumuman dengan betul, tepat, jelas,
intonasi yang sesuai dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.

1.7Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara.


1.7.1Berbincang tentang sesuatu perkara yang didengar atau dilihat untuk bertukar-tukar
pandangan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
1.7.2Berunding untuk mendapatkan persetujuan bagi sesuatu tawaran tentang sesuatu perkara
secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.
1.8Mengulas sesuatu perkara, isu atau topik.
1.8.1Menerangkan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang
betul, tepat dan gramatis.
1.8.2Mengulas peristiwa mengikut urutan secara jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.

KEMAHIRAN MEMBACA
2.1Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi.
2.1.1Membaca secara mekanis pengumuman, ikrar, iklan dan promosi dengan sebutan dan intonasi
yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan yang wajar.
2.1.2Membaca secara mekanis pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul dan nada yang
sesuai.

2.2Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, ungkapan, ayat, maklumat
dan maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.
2.2.1Membaca untuk memahami makna perkataan yang terdapat dalam pelbagai bahan
menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
2.2.2Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan dengan
memberikan respons yang betul dan tepat.
2.2.3Membaca untuk memahami idea keseluruhan dalam pelbagai bahan prosa dengan betul dan
tepat secara luncuran dan imbasan.

2.3Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


2.3.1Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul
dan tepat.

2.4Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan kelancaran membaca, meluaskan
perbendaharaan kata dan ilmu pengetahuan.
2.4.1Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dan ungkapan menarik dengan pemahaman dan penghayatan yang baik

KEMAHIRAN MENULIS
3.1 Menulis untuk menerangkan makna kata dan istilah; maksud rangkai kata, ungkapan dan ayat.
3.1.1Menulis untuk menyatakan makna kata dengan betul mengikut konteks

3.2Menulis untuk mengemukakan maklumat dan pandangan tentang sesuatu perkara.


3.2.1Menulis untuk menyatakan sesuatu situasi yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan
ayat yang betul, tepat dan gramatis.

3.3Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.


3.3.1Menulis untuk melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan dengan betul dan
tepat.

3.4Menulis untuk menghasilkan prosa secara terancang.


3.4.1Membina kerangka penulisan dengan menyenaraikan isi yang sesuai secara terancang dan
kemas menggunakan bahasa yang tepat.
3.4.2Menulis perenggan pendahuluan dengan membina ayat tema, ayat rangsangan dan ayat arahan
secara terancang, tertib dan kemas menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.
3.4.3Menulis perenggan isi dan kesimpulan yang kemas menggunakan ejaan yang betul dan bahasa
yang tepat.
3.4.4Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan dan cerita menggunakan ejaan yang betul
dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

3.5Menulis untuk meringkaskan dan merumus pelbagai bahan prosa


3.5.1Menulis isi-isi penting untuk menghasilkan ringkasan dengan betul menggunakan ayat yang
gramatis.

3.6Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik.
3.6.1Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada bentuk prosa bentuk puisi
dan bentuk ilustrasi dengan menggunakan bahasa yang betul dan tafsiran yang tepat.
3.6.2Menulis untuk mengolah maklumat daripada bahan grafik kepada perenggan dan bahan prosa
atau puisi kepada bahan ilustrasi menggunakan ayat yang gramatis.

3.7Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


3.7.1Mengedit ejaan, tanda baca dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah
maksud asal ayat.

KEMAHIRAN SENI BAHASA


4.1Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons peribadi
4.1.1Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan memberikan respons
peribadi tentang sinopsis, tema dan persoalan dengan betul, rasional dan
penuh penghayatan.
4.1.2Memahami dan mengapresiasi karya puisi dengan memberikan respons
peribadi tentang bentuk, huraian maksud dengan betul, rasional dan penuh
penghayatan.
4.1.3Memahami dan mengapresiasi karya sastera dengan memberikan respons
peribadi dari aspek pengulangan kata dan singkatan kata dengan betul dan
penuh penghayatan.

4.2Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, peribahasa, kata-kata hikmat, kiasan


madah pujangga, dan bahasa berirama dalam komunikasi dan penulisan.
4.2.1Memahami dan menggunakan perbandingan semacam dalam komunikasi dan
penulisan dengan betul, tepat dan mengikut konteks.

4.3Menghasilkan karya fiksyen dan puisi secara terancang.


4.3.1Menghasilkan karya fiksyen dengan mengaplikasikan kerangka penulisan
sastera secara terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif serta
bahasa yang indah dan menarik.
4.3.2Menghasilkan syair secara terancang dan tertib, menggunakan idea yang
kreatif serta bahasa yang indah dan menarik.

4.4Mempersembahkan karya prosa, puisi dan pelbagai persembahan lain.


4.4.1Mempersembahkan pengacaraan menggunakan sebutan, intonasi, nada,
gaya dan bahasa badan yang sesuai melalui teknik yang menarik dan
berkesan.
ASPEK TATABAHASA
5.1Memahami dan menggunakan perkataan daripada pelbagai golongan kata dalam pelbagai ayat.
5.1.1Memahami dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas yang tunggal dan yang
mengalami pemajmukan dengan betul mengikut konteks.
5.1.2Memahami dan menggunakan kata adjektif warna, bentuk, perasaan dan waktu dengan betul
mengikut konteks.
5.1.3Memahami dan menggunakan kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata
pangkal ayat dengan betul mengikut konteks.
5.1.4Memahami dan menggunakan kata kerja tak transitif dengan betul mengikut konteks.

5.2Memahami dan menggunakan kata ganda dalam pelbagai ayat.


5.2.1Memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan dan kata
ganda majmuk dengan betul mengikut konteks.

5.3Memahami dan menggunakan kata terbitan dalam pelbagai ayat.


5.3.1Memahami dan menggunakan awalan dan akhiran bagi kata nama dengan betul mengikut
konteks.

5.4Memahami dan menggunakan frasa dalam pelbagai ayat.


5.4.1Memahami dan menggunakan frasa nama dengan betul mengikut konteks.

5.5Memahami dan membina pelbagai ayat.


5.5.1Memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat inti dengan betul dan tepat mengikut
konteks.

5.6Menganalisis dan membetulkan kesalahan sesuatu ayat.


5.6.1Menganalisis dan membetulkan kesalahan ayat mudah.

Anda mungkin juga menyukai